Nak Menitis Air Mata

3:50 PM 44 Comments A+ a-



salam november. 

aku ada sorang kenalan. beliau pada aku sangat tabah. tabah sungguh. diuji seawal usia 3 tahun. terlibat dalam kebakaran rumah. burn injured agak kritikal pada seluruh muka. telinga dan tangan kiri. 

meniti usia hingga dewasa bukan satu perkara mudah. 
sedangkan kita yang agak sempurna kononnya --
membuat segala kerja menggunakan tangan yang dua.
sedangkan dia hanya ada sebelah yang sempurna.
dengan itulah sahaja dia selesaikan segalanya.

caci-cemuh-hina --
sudah biasa di telinga dia.

"pedulikkanlah orang nak kata apa,
cuping telinga pon aku dah tak ada.
biarkan lah..
nanti Allah pandailah bagi dia rasa"

begitu jawapan dia.
selamber gila terima segala.
jiwa pon kental gila.

cuma kadang-kadang menitis juga airmata jantan dia.
mana taknya, depan cermin -- tengok rupa :


"macam alien je kadang-kadang aku rasa, ana"

pernah dia cerita meluah rasa segala.
menitis airmata dia tiap kali tengok rupa sendiri katanya.
aku yang jiwa perempuan ni lagilah sebak sayu segala.
jenuh tahan asalkan jangan mutiara jernih turun menggila.

cuma yang aku selalu khabarkan pada dia--
sabarlah. solat dan doa.
itu tiang utama.
buatlah apa saja.
datanglah ujian seberat mana.
kena yakin saja.
Allah ada.

kehidupan dia :
dari seringan kerja, hingga seberat beratnya, semua dia boleh saja.
cuma kadang hati kita yang melihat saja tertanya-tanya, boleh ke dia?

kerjanya, jiwanya -- lebih kepada alam. SUNGAI lebih tepatnya.
bukan dia tak cuba mohon kerja.
sudah berjuta tangga dia teroka.
jawapan yang sama saja -- negatif semua.

mohon kebajikan ? 
kalian tak pernah minta bantuan.
maka ramai antara kita tak pernah rasa malunya tebalkan muka meminta-minta.

aku pernah temankan dia mohon itu ini segala.
bukan mudah. banyak birokrasinya. sungguh.
menyinis pandang tak payah ceritala.
aku yang peneman ni pulak kadang yang lebih terasa.
dia rilek saja telan semua.

selama hidup 30 tahun lamanya,
setiap malam bertakung airmata,
mengenang nasib diri yang berbeza dengan lain manusia,
kini dia boleh tersenyum bangga.

satu satu berita gembira hadir dalam hari hari dia,
dapat sahabat maya,
Najib sendiri bagi anugerah usahawan pada dia,
Ya Allah, ujian selama ini terasa berbaloinya.

bila kini kemanisan mula menjenguk dia,
ramai pulak yang dulunya mencaci hina, perli ape segala ,
mula kipas sini sana.
cissss ! dasar manusia.

tak apalah, biarkanlah mereka.
mungkin mereka tak faham apa ertinya pedih macam dia rasa.
harini perli perli -- esok dah lupa.
tak apalah. biarkan.

doa aku satu saja--
apa pon juga yang datang di hari muka,
jangan sekali sekali lupa DIA.
ujian datang dalam macam macam perkara.
ingat satu saja ya.
sujud pada DIA.
tak kira apa juga.



*kenalan yang aku masudkan adalah (Mohd Saiful B Isa) Renjer Sungai. dia tabah gila. kaki pancing majoriti kenal dia.bukan sekecil-kecil dugaan dia kena hadap. aku sendiri kalo diuji tahap sebegitu, mau rebah ke bumi. aku sebak -- sayu semua ada. sebabnya, pada mula aku kenal dia dulu, memang dia sendiri cakap dia zero. pendidikan tak tinggi.semuanya dia rasa rendah diri. malu. tapi sekarang aku sendiri menitis air mata tiap kali tengok video pendek tu. try la tengok. siapa yang pernah alami je akan faham.



sumber : email Renjer Sungai


*syukur alhamdulillah sekarang kemanisan datang satu satu dalam hidup dia. dia bakal ke Bangkok pulak sebab terpilih sebagai salah sorang pemenang "Connecting at the Roots". aku tumpang bangga sebab dapat kongsi ilmu tentang komputer dan internet dengan dia selama ni. tak pernah sangka akan jadi sampai ke tahap global seglobal ni. Tahniah untuk Renjer Sungai.

*maaf pada kalian² yang singgah ke sini tapi aku belom buat kunjungan balas. agak sibuk dengan hal² karnival yang bakal aku dan team kerja aku hadap pada 22, 23 dan 24 november ni.. 


44 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
plain83
AUTHOR
November 09, 2013 delete

Alhamdulillah, tumpang happy sekali buat rakan ana, hamba Allah Taala yang tabah tu... terima kasih kerana telah menjadi sahabat beliau selama ini :')

Reply
avatar
ciksengeh :D
AUTHOR
November 09, 2013 delete

MasyaAllah. Subhanallah! Tabah sungguh dia kan. Moga kita semua juga dapat amik iktibar daripada dia. InshaAllah.

Reply
avatar
Renjer Sungai
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Klu dulu sya menangis kerana kekurangan...tapi sekarang..inshaa allah..jika menangis lagi..mungkin kerana gembira.. Tq miss ana..luv u! :-)
Alhamdulilah!

Reply
avatar
November 10, 2013 delete

U r the best renger sungai!

Reply
avatar
Gieyana
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Alhamdulillah...

Reply
avatar
AtieAbid
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Assalamualaikum.

masa pertama kali nampak video Renjer Sungai ni dulu, masa tu kitorang pun tengah sibuk dengan usahawan rumpai laut Kunak Sabah. nampak diorang terima anugerah kat KL sama2. memang tersentuh hati tgk video abang Renjer Sungai ni.

sungguh, dalam kepahitan Allah pasti akan selitkan kebahagian.

semoga Renjer Sungai akan terus success hendaknya.

tak sangka pulak Renjer Sungai ni kawan cik Ana. :)

Reply
avatar
Aku Penghibur
AUTHOR
November 10, 2013 delete

allahmdulilah rezeki dari Allah itu siapa yang tahu

Reply
avatar
kacang buncis
AUTHOR
November 10, 2013 delete

alhamdulillah....ada hikmah disebalik ujianNya...:) kagum dengan beliau...
TQ singgah blog sue ye

Reply
avatar
Invisible Me
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Alhamdulillah. Kuatnya dia hadapi macam-macam. Moga Allah terus beri kekuatan dan memberkati hidup dia. InsyaAllah :)

*btw, Ana minat Fynn eh? Hehe

Reply
avatar
wanariahamiza
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Salam balas kunjungan cik Anna.

:)

Reply
avatar
PakcikLie PCL
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Salam singgah.. pcl turut bangga dgn pencapaian Renjer Sungai..tahniah utk beliau

~www.nazlee.com

Reply
avatar
Azahairi
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Sedih tgk cerita nier ...Anak saudara sy baru berusia 1 tahun sama dengan anak saya ....kecik2 kena suspek jantung berlubang bila usia dua bulan kena air panas melecur 1/2 badan kesian ....harap cerita nie akan jadi motivasi bila dia besar nanti Tq

Reply
avatar
November 10, 2013 delete

rasa kagum dengan semangat beliau.. setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. begitulah kekuasaan Allah..

Reply
avatar
MrShuk
AUTHOR
November 10, 2013 delete

Cuba lihat dari perspektif lain. Lihat cermin dari sisi, kita akan nampak orang lain, maka bersyukurlah.

Reply
avatar
Azlan Strider
AUTHOR
November 11, 2013 delete

nampaknya dia memang seorang yang tabah..mungkin ini sebahagian daripada ganjarannya kerana berjaya mengharungi hidup dengan penuh dugaan..

Regards,
-Strider-

Reply
avatar
reenapple
AUTHOR
November 11, 2013 delete

Wahhhh... aku tabik dengan ketebahan kawan kau tu. :)

Yup betul tu.. apa jua yang berlaku, jangan lupakan DIA. :)

Reply
avatar
Daniel Hakim
AUTHOR
November 11, 2013 delete

Aku ada 1 kawan..sebelah tgn je..buat rumah sorang siap2 ok.

Ps:org yg hina..org buat lawak on oku people sgt biadap n nk kena makan penyepak.

Reply
avatar
Titisan Hujan
AUTHOR
November 12, 2013 delete

manisnya kesabaran itu

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah. sangat tabah dia tu ;)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

sangat tabah dia. tu lah banyak iktibar. dia byk mengajar erti sabar.

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Renjer !!! wahhhh tahniah renjer ! u are one of d selected winner ! Alhamdulillah :')

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Waalaikumsalam Atie,

Ana ade jumpa Renjer Sungai semalam. Terkejut & seronok dia baca komen Atie. hehe. dia sempat jugak sembang usahawan rumpai laut tu masa kal KL aritu katanya hehe.

tu lah. semoga beliau & usahawan GMBO lain juga terus succes hendaknya :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah.. tu lah acik betul tu

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah sue. tu lah ada hikmah disebalik ujian :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah.. tu lah kuat semangat Renjer Sungai ni.
sy sendiri tak sekuat tu rasanya kalo kena hadap camtu.
inshaAllah.. semoga beliau terus kuat :)


*haah minat kokping hehe

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Terima kasih kunjungan balasnya :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

tu lah tak sangka sampai ke tahap ni rezeki renjer sungai. Terima kasih pcl.

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

MashaAllah dugaan besar Dia bagi tu.. inshaAllah ada kemanisan nanti bakal hadir.
percayalah ;)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

sy pon sangat kagum dengan semangat dia. sangat tabah.

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

tu lah betul tu MrShuk.

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

betul tu azlan. sy pon rasa ini ganjaran dari Allah pada hambaNya yang terus sabar dan tabah dengan ujian dari Dia..

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

aku sendiri memang tak sekuat dia reen :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah cik itah :)

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

insan-insan begitu selalunya sangat tabah.
malah lebih tabah & kuat dari kita yg sempurna
kononnya ini --

aku sendiri pon rs menyampah kalo org buat joke
hal2 kekurangan etc

Reply
avatar
anamizu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

sangat. tengok riak wajah dia bila dpt tahu berita tu, sangat nampak kemanisannya.

Reply
avatar
Miss Volvo
AUTHOR
November 13, 2013 delete

kesiannya dia :')

Reply
avatar
acik idah
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Menginsafkan...!
Bak kata kumpulan ukays.. "Pahit akan manis akhirnya.." :D

Reply
avatar
Puan Kutu
AUTHOR
November 13, 2013 delete

Alhamdulillah speechless..apa pun tahniah en ranjer sungai..setiap kejayaan mmg memerlukan kepahitan yg bukan sedikit apatah lagi dengan ujian berat yg beliau hadapi..sekarang beliau dh mampu tersenyum..:)

Reply
avatar
Pha Is
AUTHOR
November 15, 2013 delete

kalau kita usaha, inyaAllah dapat.. jgn dipikirkan apa org kata..

Reply
avatar
November 19, 2013 delete

Bangga jadi kawan sekampung. Kenal dia pun dekat blog hehe. http://besout.blogspot.com

Reply
avatar
Hafizin Jamil
AUTHOR
November 27, 2013 delete

kita kadangkala lupa dengan nikmat yang kita ada dan seringkali pandang hina pada golongan yang macam ni

Reply
avatar
ct kektus
AUTHOR
December 04, 2013 delete

alhamdulillah. akhirnya segala jerit perih terbalas. ;)

Reply
avatar