Fun And Rilex : Kompleks Sejarah Pasir Salak

12:46 AM 13 Comments A+ a-

hai engkorang. harini aku off day. dan memandangkan dalam kepala aku dah lama plan nak menjejakkan kaki ke Pasir Salak so arini aku decide untuk merealisasikan impian aku. sebelum pegi, aku dah plan nak mohon bantuan brader Renjer Sungai untuk jadi co-pilot aku sebabnya dia kaki pancing dan dia memang expert jalan area Sg Perak--Pasir Salak. so aku tak perlu bersusah payah untuk guna maps ke waze ke atau apa lagi entah apps dalam phone yang ada untuk cari jalan.

mulanya konon² nak gerak seawal jam lapan atau sembilan pagi, namun niat suci murni itu terpaksa ditangguhkan kerana perut aku buat hal pulak. entah apa benda yang aku silap makan malam sebelumnya tu aku pon tak pasti lah. mungkin makan berger special yang adik aku si aiman beli kot sebab banyak sangat dia letak sos blackpepper sampai meleleh-leleh-leleh masa nak suap ke mulut =.='
last² lebih kurang jam 10.30 jugak baru bertolak dari Felda aku ni. sampai dekat Kompleks Pasir Salak tu lebih kurang jam 12 tengah hari. gambar replika labu sayung tu sebenarnya dekat simpang 4 traffic light yang pertama.. kena terus lagi sampai jumpa simpang traffic light yang kedua baru amek ke kiri.. pastu tak jauh dah dari situ akan jumpa lah simpang menghala ke Kompleks Pasir Salak tu..

cantik dan unik bangunan Kompleks tu rupanya. itu lah first time aku jejak kaki ke situ walaupun aku sendiri anak jati Perak =P   

siap ada Terowong masa--Sejarah Pasir Salak. untuk masuk dalam tu kena lapor diri dulu kat pondok pengawal depan pintu masuk -- kena tulis nama pelawat, dari mana, berapa orang hadir bersama etc.. pastu baru la boleh masuk ke kawasan kompleks tu.

cantik betol- tepi Sungai Perak.

dalam bangunan unik Kompleks tu, ada diorama tentang sejarah pasir salak, perang di Perak, Kedah, dan negeri kat tanah melayu yang lain. kagum tengok susun atur replika patung dalam tu semua. diorang buat sebijik gambaran masa zaman kesultanan dulu². masuk dalam terowong sejarah tu satu--satu kepala otak aku flashback semula apa subjek yang cikgu sejarah ajar dedulu.. terasa kagum dengan semangat pejuang pada zaman tu. pastu tingkat bawah dia pulak ada Galeri Keris. macam-macam bentuk dan saiz keris ada. tak pernah terfikir pon selama ni.

TAPI.. haaa ada tapi. dalam terowong sejarah dan galeri keris tu no cameras allowed. dan sepanjang perjalanan dalam tu jugak ada abang security follow je kita. mungkin sebab nak pelihara keunikan atau mungkin jugak ada sebab mistik yang lain ke entahla. 

rupanya perjalanan dalam terowong sejarah tu amek masa lebih kurang setengah jam jugak la. keluar je dari situ jam pun dah 12.45 dekat-dekat nak masuk jam 1 tengahhari dah. perut pun dah berkeroncong, so aku dengan brader Renjer Sungai pon decide untuk park tepi Sungai Perak depan sana sikit daripada kompleks tu dan kami pon makan kat tepi sungai tu bawah pokok sambil ditemani angin yang tak berapa nak sepoi-sepoi sangat. sebab angin tepi sungai agak kuat. syahdu pulak aku bila dibuai angin pabila perut kenyang =P

13 Lovenote(S)

Write Lovenote(S)
February 12, 2014 delete

tak pernah lagi jejak sini..besarnya labu sayung tu..

Reply
avatar
wan niahix
AUTHOR
February 12, 2014 delete

Macam best tempat tu kak ana... hehe... boleh bawak balik sarawak tak labu sayung tu? hehehe...

"keep smiling"
^_^

Reply
avatar
ayut
AUTHOR
February 13, 2014 delete

Sg perak belah mne ni ek?hahahaha.suami belah perak sna..tp sungai perak ada labu sayung ni mcm xpnh nmpk la pulak.sungai perka pjg kan?hihihi ;p

Reply
avatar
Syahril Hafiz
AUTHOR
February 13, 2014 delete

Kalau pergi Perak, selalu pi ipoh ja. :D , pekena burger bakar..
Pasir salak belum pernah sampai, mungkin next boleh cuba pi kot, santai sambil makan angiin, sekarang panas kuat, elak outdoor sikit :D

Reply
avatar
jamian sarif
AUTHOR
February 14, 2014 delete

saya tak pernah sampai pasir salak,cuba share gambar2 kat situ...

Reply
avatar
Cik Itah@RRP
AUTHOR
February 14, 2014 delete

salam. tak penah menjejakkan kaki ke sana lagi hikks

Reply
avatar
February 14, 2014 delete

Saya yang orang Perak ni pun masih belum berkesempatan berkunjung ke Pasir Salak ni. Hehe. Apa pun, melawat tempat-tempat menarik di negara kita ni memang banyak manfaatnya.

Reply
avatar
Razi ten
AUTHOR
February 14, 2014 delete

I love Pasir Salak, eventhough I never really been there, only passing by with car there.. Cause I read a novel about Pasir Salak before, the historical one ^^

Reply
avatar
Syazana Zainn
AUTHOR
February 16, 2014 delete

ade komen kat ig cik ana pi sini hihi

rajinnya kalan2 on weekend

kite skrg malas nak jenjalan wuwwuu -_-

Reply
avatar
Syazana Zainn
AUTHOR
February 16, 2014 delete

jalan2#
typo pulak. hihi

Reply
avatar
Nick Nashram
AUTHOR
February 17, 2014 delete

duk dekat upsi 2 tahun tapi x pernah sampai pun lagi kat pasir salak..huhu

Reply
avatar
QasehnyaRania
AUTHOR
February 18, 2014 delete

sini pon sama x pernah jugak sampai.
dpt suami org kuale kangsar tp nak kesini macam jauh je.ngehngeh :D

Reply
avatar
Puan Kutu
AUTHOR
February 19, 2014 delete

sy org perak gak.tp utara perak la.ni pun sbb lahir je kt tepeng.sesekali mengorek sejarah best jugak.tiada dulu tiadalah sekarang...

Reply
avatar