Masih Lagi Menjadi Misteri

by - 10:51 PM

Allahuakbar. #prayformh370 . may miracle happened =.=


masih lagi menjadi misteri kata ezy. hehe. sebenarnye takdelah misteri  mana sangat. kesahnya agak tragis. pada aku lah. aku dengan R start kenal end of 2006. masa tu aku buat partime je kat kedai runcit dalam felda aku ni. baru habes form six masa tu. umo pon baru 19 tahun. muda gittew. si R ni selalu lah datang kedai beli itu ini apa semua. dan R jugak selalu main table tennis kat sebelah kedai runcit tempat aku keja tu. so memang buleh dikatakan keraplah menghadap muka aku ni. diipendekkan cerita, ushar punya ushar, satu hari tu dapat satu sms dari si R. memula memang aku tak kenal. tapi bila dalam mesej tu tulis :
"hai Farhana."
so kepala otak aku pon terus paaaaap--memang si R la ni. sebabnye dia je yang panggil aku Farhana pada hal tu bukan nama aku. dia tersilap dengar sebenarnye sebab dia malu nak tanye sendiri kat aku siapa nama aku.so dia pon tanya kat anak toke kedai tu yang umur 6 tahun masa tu. budak tu pelat² sikit mase tu terus si R terdengar macam  "kak Farhana lah nama akak ni". tu yang lekat nama Farhana kat dia.
dok sms punya sms last² daripada kawan biasa, terus timbul rasa sayang. and si R ni sebenarnye ada kelainan upaya kekal. he burn injured masa dia umur 3 tahun. habes burn muka dia. tangan dia. memang kalo orang tengok, phewwww ~
ok teruskan. lepas dah mula sayang tu, aku dengan R pon startla life kitorang as a couple gittew. tiap hari la dia tolong folow hantarkan aku balik kerja sampai lah aku betol-betol dah selamat sampai rumah. berlarutan dari end of 2006 sampailah Jun 2007. camtulah rutin aku. pergi kerja--balik kerja. R pulak memang kerja dalam kampung je. pernah dah kerja luar, tapi macam-macamlah kena tipu lah, orang amek kesempatanlah atas kekurangan fizikal dia apa semua. so dia decide untuk balik and kerja kampung je sekaligus untuk jaga orang tua dia sebab both parents dia pon dah uzur. so kami pon couple lah. start Jun 2007 aku pulak dapat masuk USM Penang. nahh kat situlah everything started. 1st day aku register kat USM tu, lepas habes sesi orientasi, mak aku pon call :

mak : kakak.. mak ada benda nak cakap ni.
aku : gulp... (dalam hati dah risau kot pasal abah ke sebab abah athma)
mak : ada orang sampaikan kat mak, kakak 'berkawan' dengan anak si *** tu betoi ke?
aku : owhh haah memangla. berkawan je.
mak : orang siap cakap, mak dia tu nak masuk minang. kakak dengar sini, kalo dia yang kakak pilih, mak takkan setuju sampai bila-bila. takkan kakak buta kan nak pilih orang macam tu?
aku : dak aih mak........ (pastu mak pon bagi salam and end of call. *mata aku berkaca. jenuh tahan.)

and start pada tu, aku dengan R memang stil macam couple la. cuma takleh proceed untuk next step. dari 2007 sampailah sekarang.aku jugak tak berani nak proceed apa² atau nak slow talk apa² kat mak pak aku sebab i know my parents well. kalo hitam kata abah,mak maka hitam lah. and aku yakin memang ada hikmah kenapa mak aku tak bagi. cuma yang tak bestnya-- tak SEMUA orang faham dan boleh terima.
kadang² jadi letih. 
dan cemuih.

You May Also Like

8 Lovenote(S)

  1. ooh, ermm, sorry to hear dat... :(

    ReplyDelete
  2. susah jugak kan kalo org tua x setuju.
    kita dah suka dah.
    payah jugak kalo mak ayah tak restu.
    buat la solat istikharah.

    ReplyDelete
  3. so smp sekarang la hubungan tak berkesudahan?mmg ssh klu parents tak terima..msti bersebab kan..klu betul dia pilihan awk,jgn lupa doa semoga Allah lembutkan hati mak..klu tak,lebih baik fikirkan masa depan dengan org lain..itu lebih baik rasanya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ana. sedihnya bila keluarga tak restui hubungan tu. ada hikmah disebalik apa yang terjadi Y____Y

    ReplyDelete
  5. kesian kak Ana... takpe kak Ana, ade hikmah di sebalik dolak dalih mereka tu.. ^_^

    ReplyDelete
  6. seriously cik ana
    rasa sedih pula tetiba. hmm
    cik ana byk kan berdoa supaya parents cik ana lembutkan hati
    mesti R ni baik org nya
    apa2 pun kite doakan cik ana akan bahagia dgn setiap keputusan cik ana buat :)

    ReplyDelete
  7. pasti ada hikmah tu...don woli ya

    ReplyDelete
  8. ala sedih pulak.. huhu..
    xkisahla si R tu cane pon yg pnting hati..
    tp kalo parents kite xrestu ssh jgk..
    mgkin ade hikmah disebalik sume ni..

    ReplyDelete