Anak-anak merentas desa

by - 11:42 AM

Masa 13 April (Sabtu) yang lepas, satu program Felda Fun Run telah diadakan di kawasan Felda tempat aku tinggal bersempena dengan pihak pengurusan baru di sini. 

Program ni merupakan julung kali diadakan sebab sebelum ni memang tak pernah lagi Pihak Pengurusan Felda buat. Kalau ada pun mesti anjuran pihak luar dan dengan kerjasama pihak pengurusan tapi kalini betul-betul semuanya disediakan dan dianjurkan oleh pihak pengurusan felda kat sini untuk komuniti setempat sekitar sini.

BUKU ATURCARA PROGRAM



Semua peserta berkumpul di kawasan Padang Awam pada jam 7.40 pagi dan selepas tu ada ucapan perasmian sikit oleh Pengurus Felda kemudian bacaan doa dan selepas sesi warm up baru flag off dibuat oleh Pengurus Felda sendiri pada jam 8.10 pagi. 

Tak lama pun peserta larian masing-masing dah tiba ke penamat sebab hanya 5 km sahaja. Sambil lari pusing kampung merentas desa je sebenarnya sebab acara julung kali diadakan katanya nak buat santai-santai aje. Mungkin pada masa akan datang nanti baru lebih mencabar.

Seramai 380 orang peserta yang melibatkan diri dalam program ni dan terdiri dari pelbagai peringkat umur sebab kebetulan 13 April tu memang takde majlis lain di kawasan sekitar sini. Ada juga penyertaan dari SJK Cina & SJK Tamil dari kawasan sekitar. Memang majmuk pelbagai kaum ada. Hadiah pulak banyak hamper barang makanan dan juga barangan dapur sebab yelah kebanyakan hadiah hasil sumbangan ahli jawatankuasa penganjur dan orang persendirian.

Takpelah sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berfaedah macam ni daripada terlibat aktiviti sosial yang lain kan? Semoga banyak penambahbaikan untuk program akan datang nanti.

You May Also Like

12 Lovenote(S)

  1. Ini budak-budak sekolah diwajibkan masuk ke or diaorang masuk secara suka rela ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak sekolah ada yang diwajibkan mcm dari Kelab Doktor Muda & Kelab Rekreasi. Lain-lain tu diorang join secara sukarela je hehe

      Delete
  2. best jgk join aktiviti gini... santai2 sambil membuang lemak hheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu akak. join aktiviti gini sambil membuang lemak hehe

      Delete
  3. Merentas desa.. teringat masa sekolah..sangat seronok, dapat jalan ramai-ramai dengan kawan2.. masuk pelusuk kampung😄 kenangan sangat

    ReplyDelete
  4. Wah! seronok berlari-larian nih!
    Lori milo ada tak? ;-)
    Sepatutnya tarikh ni pun ada Georgian Charity Run yang Mrs. A nak join tu tapi dah tunda ke tarikh 22 Jun sebab kebetulan sama tarikh dengan PRK DUN Rantau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lori milo takde. penjual air milo balang je ade Mrs.A hehe. haah la 22 jun PRK dun rantau.

      Delete
  5. peh mantap dah boleh buat event sendiri je... fun tak run tu? haha..

    ReplyDelete
  6. kat area rumah kak ana ni memang laluan merentas desa sekolah ana, meriahnya acara :)

    ReplyDelete