Alamak Dah Ogos Rupanya

by - 5:26 PM


Haiyo sudah masuk Ogos. Baru je niat nak update selalu tup-tup ade sesaje yang menghalang. Tu pun nasib baiklah takde berita tak sedap untuk di dengar kalau tidak aiseyman memang ke laut dalam jugelah mood tu. Kesahnya haritu E-Boss baru pulang dari lawatan kerja di Bangkok Thailand.
Dan macam biasalah Ex-Boss memang jarang lupa pada ex-staff nye ni. Ke mana saja dia pergi lawatan kerja mesti akan ada ole-ole untuk kami-kami bekas staff dia. Alhamdulillah dapat sebutir Coin Purse dari Thailand warna hijau gitteww.

Haritu dapat coin purse DUA daripada blogger Akak Farah. Ini dapat lagi satu. Boleh buat simpan pendrive dan juga kunci. Al-maklumlah orang perempuan ni handbag kan gedabak besor. Jadi bila ada coin purse cenggini sangat memudahkanlah urusan menggagau di dalam beg besor tu hehehe

Terima kasih atas pemberian. Aku doakan semua sahabat dikurniakan kesihatan berterusan dan bertambah murah rezeki selalu. aminnnnn

You May Also Like

8 Lovenote(S)

  1. baiknyaa exboss tu, tak lupa exstaff semua. BV suka jugak coin purse sebab senang nak simpan barang and boleh terus campak dalam beg besar pastu senang cari 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ex-Boss tu memang boss paling baik yg i olls pernah jumpa setakat ni. yesss org pompuan memang jenis suka campak dlm beg besar kan? :P

      Delete
  2. baik sgt ex-boss! kalo gni sy pon suke! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ex-boss sangat baik dengan ex-staff nye. itu yg tak boleh move on hahaha

      Delete
  3. hadir diri untuk meninjau
    takut2 empunya diri sudah melilau
    syukur Alhamdulillah cakapnya disini belum lagi meracau
    makin rancak makin galau

    p/s: udah pkai spek =D. asal Foot prints x bleh pkai? mlas btul nk drop komen pkai gogel acc nih =p hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bukan main lagi madah berhelah. semenjak dah bertukar status skrg ni makin berkembang idea nampak.

      p/s:aiseh tengok mane pulok pakai spek? =D foot print tu elok je tapi setiap kali buka guna pc kena klik load unsave script kat atas baru akan timbul elok.

      Delete
  4. pejam celik pejam celik dah nk dekat hujung tahun..cepat sungguh masa berlari

    salam jengah dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
  5. My mom pun suka coin purse, kalau coin purse tu koyak mesti dia "Ala... Dah koyak.." hehe by the way, baiknya ex-boss ana

    ReplyDelete