menang hadiah contest i'm proud to be a muslimah

19 October 37 Comments



gua menang hadiah weh!! dulu ade join kontes i'm proud to be a muslimah by blog FiQ'ra pancake yang comel gila tu.. 14 september - 14 oktober kontes tu berlangsung.. bila dah keluar result, tengok-tengok nombor bertuah gua #22 terpilih menang shawl.. wahhhh alhamdulillah..


17 oktober (isnin tadi) owner blog FiQ'ra pancake (mas) datang sendiri ke ofis gua untuk deliver by hand hadiah ni la kat tangan gua.. tapi gua plak kebetulan cuti.. so yang tolong sambut hadiah ni ofismate gua la.. hehe.. mintak ampun mas tak dapat bersua kita..takpe next time ade lagi..hehehe

bila gua datang kerja siang tadi , ofismate gua pun dengan surprisenye bagitawu yang ade something untuk gua.. nerbes gua bukak envelope tu weh~ hehehe

terime kaseh buat mas FiQ'ra Pancake dan juga semua penaja kontes.. lain kali buat la lagi dan pilih la lagi gua jadi lucky winnerS eh..hehehe






hadiah shawl dari mas FiQ'ra Pancake






terime kaseh =)

izara aishah | seriyes dem!

14 October 54 Comments

memang gua benci gila dengan lu.. seriyes! dari lu bawak watak laila.. lu kondem + hina makcik amoi yang pada hal tu mak lu sendiri.. dalam drama soffiya pun watak lu memang macam haremm~ tiap kali gua tengok scene lu, gua tak rasa macam lu berlakon.. memang real gila.. gua rasa real life lu memang camtu gak kot kan? kehkehkeh


cari no gadis sangap 2011

13 October 38 Comments


amek kau tajuk 18sx gila.. diary kecil gua ni dah jadi tempat simpan nombor gadis sangap ke hape? makhluk yang search ni mesti kes tak bace entry gua SANGAP itu apakah dengan mahu kawen dengan segera... sangap ke? kan? kan? kan? hahaha macam² betol la..gua dah la baru je activatekan gangster mood nih. ada pulak yang sangap cari nombor gadis sangap kat sini.

siap cari "ayat power untuk musuh" bagai... hadoi weh lu nak menuntut ilmu ape la sampai terbabas ke diary suci gua nih.. lu kena paham diary kecil gua ni suci murni.. semurni TOP *iklan sabun basuh baju


gua rasa kalo lu nak search nombor gadis sangap, lu boleh pilih kat list tepi tu.. gua dah tempek macam-macam LINK gadis² nakal + gadis² bucuk + daddy² gadis + mak² gadis pon hado.. pilih yo mano lu nak.. takyah susah
² ke fenin² ke nak picit nombor tepon.. terjah je blog dorang terus.. untung² dapat hadap wajah² comel mereka dengan pelbagai fesyen tudung mahupun shawlS.. dah tentu ada yang masih single dan boleh dijadikan peneman hidup =P




sangap tak nak tekan like?? =P

terubuk masin sarawak

13 October 31 Comments
ofismate gua : cik ida

setelah gua ditinggalkan beberapa hari oleh ofismate gua, hari ini beliau telah kembali dengan jayanya.. alhamdulillah beliau selamat pergi dan selamat kembali.. walaupun pelbagai dugaan dan rintangan diterima seawal bertolak untuk ke airport, akhirnya beliau selamat pulang kembali.. welkem back my partner! gua rindu lu lah..hehe.. part yang paling best adalah beliau tak lupa buah tangan untuk gua! hehehe



*klik sekali saja untuk membesar*

spesel terubuk masin dari sarawak! dengan muka penuh teruja, gua pun ajak mak gua kerjakan ikan terubuk nih untuk juadah kami sekeluarga.. lepas tung tang, tung tang with my best chef, tadaaaaaa! terubuk yang asalnya hanya terperap dalam bungkusan paper cina nanyang siangpau telah bertukar menjadi terubuk masin goreng bersama sayur pucuk.. kasi hiasan sikit taruk hirisan bawang besar + cili merah / hijau + hirisan limau.. memang yummy la maaaaakkk! nanti balik kerje nak ajak mak buat terubuk masin masak lemak cili api plak la.. kehkehkeh~


*klik sekali saja untuk membesar*

terubuk masin goreng bersama sayur pucuk + terubuk masin masak lemak cili api



*klik sekali saja untuk membesar*



gua jugak dapat souvinear spesel ni dari sarawak.. tempat letak pen + surat dan jugak keychain burung kenyalang.. senyum lebar kemain gua dari pagi sampai ke petang... kehkehkehkeh =P terima kasih buat ofismate gua cik ida.. kalo ceni la gayanya, gua rela je kene tinggal selalu.. hehe




suke tak?suke tak?? ce like..ce like =P

bini-biniku gengster + payung emas

12 October 64 Comments

*gangster mood activated*




dah tengok bini-biniku gengster(BBG)?? belom? gua syorkan p tengokla.. kat astero first pun dah keluarkan? tak tengok jugak? gua pun tak tengok kat astero sebab rumah gua memang abah gua takmau pasang kuali astero tu.. MEMBAZIR kata abah.. gua pikir pun memang logik gak.. memilih alternatif lain, gua pun paksa member gua donlodkan.. sipbaik dia pun takde hal nak tolong.. gua pun hape lagi.. bantai layan movie sambil kerja la.. memang terasa cool! hoyehh~ partner kerja gua pulak memang p holiday ke sarawak.. 




tajuk dia camtu bukan pasal gua nk riview BBG ke hape.. lu orang pon dah tengok sendiri kan? sendiri pon dah bleh review.. gua bukan buat show FUHHH ke rancangan CINEMA,CINEMA,CINEMA ke nak review-review nih =P tu gua nak fokus yang lepas tanda + (tambah) tu "payung emas"... pernah dengar? *apsal gua rasa masih berlegar-legar dengan perKAHWINan lagi nih..cis~ gua bukan anti poligami ke hape.. seriyes gua tak kesah pun lu orang nak kawen berape pon selagi lu MAMPU..saja nak tambah ilmu yang serba kekurangan nih.. sebab telinga gua mcm seringkali diperdendangkan dengan frasa "payung emas" nih.. *maklumla nanti-nanti nak menghadapi alam rumahtangga senang.. hahaha




SOALAN :
-Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

-Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?


JAWAPAN OSTAD :


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah..
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.


Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-


Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dan sebagainya..Wallahu'alam


sumber : soaljawabQuranDanHadis




kalau masih kabur penglihatan, pakat-pakatla kita p jumpa ostad-ostad & ostazah-ostazah yang lebih 'arif dalam hal yang berkenaan..kan orang terdahulu selalu pesan "malu bertanya, sesat jalan".. eventho zaman sekarang boleh google + GPS ke hape jadah lagi teknologi yang ade, rujukan pada yang 'ARIF tetap lebih releven bila berkaitan ilmu agama ;)