Cinta Sayang Resort | Part 3

06 April 9 Comments


gile kamera team nih =P

tup tup dah hari ke keempat kamiorang berkursus kt resort cinta sayang Sg Petani ni.. macam-macam modul gak yang kamiorang kene absorb.. berdesup kena telan semua.. penuh gak dah ilmu kat kepala ni.. tunggu masa je lagi kamiorang nak bawak balik ilmu tu semua untuk kamiorang share dengan orang kampung... kehkehkeh~



semalam kamiorang ada slot dengan En.Osman Bin Affan - Pakar Motivasi dari Team Smart Study yang femes tu..menggunung terus semangat! fuhhhhh~ =P


Cinta Sayang Resort | Part 2

04 April 8 Comments

alhamdulillah kamiorang sampai kat resort ni dalam pukul 5 petang.. sebab konvoi reramai so takleh nak lelaju la.. biar lah lambat takpe asalkan selamat kan? hehehe... masa sampai je kamiorang pon check in la bilik.. plan asalnya 1 bilik 2 orang.. bila dah bayar & kunci pon dibagi, kamiorang pon pakat drive la p cari blok bilik masing-masing.. turun je keta dengan dah angkut beg+luggage smua siap, mai pulak dah sorang akak kaunter nih panggil.. dia kata sorry sebab bilik yang kami dapat tu semua belom setel kemas lagi.. ha part ni dah buat guwa menyirap dah.. dah la kita ni mai tadi bukan amek masa sejam dua.. naik kematu pungkoq.. ingtkan dah buleh la nak landing atas katil ka apa.. tetiba bila dah dapat kunci, dia bleh kata takleh masuk plak.. dia bagi plak kunci bilik lain.. jenuh plak berangkut segala beg yang ada.. ok fine~

kamiorang pon diminta untuk stay malam yang pertama ni kat Sky Apartment-1 penthouse 4 orang la kami.. guwa, cik ida, shue dengan rihan skali.. sipbek dapat bilik cun gila view dia.. selesa pon selesa.. sejuk gak la hati walaupon mula tadi rasa nak maki je dah.. hahahaha


gadis-gadis berCHECK IN




ni plak dalam apartment kamiorang.. hall dia+bilik mandi+master bedroom+meja makan+ruang dapur untuk masak+washing machine skali wo! tak rugi gak la kamiorang kena stay sini.. dan gak la rasmikan segala benda yang ada.. maklumla nanti kena pindah bilik dah.. sebab company dah booking bilik lain..cissss nak kena berangkut lagi..huh penat~

pagi ni start slot pertama---janganla guwa ngantok..huwaarrghhhhh *nguap* =P



Cinta Sayang Resort | Part I

03 April 15 Comments

macam kat entry guwa sebelom ni.. guwa dengan team kerja guwa iaitu P1 Team dijadualkan start kursus pembangunan fasa 3 on 3 hingga 8 april.. start harini sampai ahad nanti kat cinta sayang resort Sg Petani Kedah.. dapat tau je kena kat area SP hape lagi, memang senyum panjang le partner guwa--cik ida sebab tunangnye memang orang sane.. kebetolan pulak tunangnye pon tengah annual leave skang nih and ade kat sana.. wahhhh3 cik ida bleh curik-curik p dating la nanti ea??? hehehe


skang ni guwa dengan P1 Team on the way ke sana.. dari sini kamiorang 14 orang and kamiorang  share kereta je.. guwa dengan 3 orang member naik 1 kete.. cik ida bawak lagi 3 orang.. and ada lagi 2 kete.. so kamiorang gerak konvoi 4 kete la dari perak ni ke kedah.. kat sana nanti ada lagi 3 kete.. semoga kamiorang selamat sampai ke Cinta Sayang Resort nanti =)


saya tidak bertudung..bila nak pakai?

02 April 20 Comments


pinjam dari Butik Qoma





Soalan:

Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?


Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.

Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)       




nota kecik : BERTUDUNG itu lebih sopan & cantik je sebenarnye =)


   

jeruk bawaku pergi demo anti PTPTN

01 April 11 Comments
fuhhhh~ dah masuk april! guwa ditinggalkan bekerja sesorang sebab partner guwa (cik ida) p kursus di SKMM Penang start 26 sampai 29 mac aritu.. finally cik ida dah balik.. and part yang bestnye sebab kepulangan cik ida bukan dengan tangan kosong.. beliau tak lupa kat guwa ni.. guwa dapat souvinier dari penang-jeruk! Trime kaseh cik ida!!! i lap u lah ceni!!!! wohooooo~


tak sempat nak kuarkan dari plastik dah habes guwa bedal =P

itu part jeruk.. now part "bawaku pergi".. dah diharamkan ea lagu tu?? sebabnye??? based on rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah...

sumber :  gua.com.my


tapi ramai je yang respon cakap tulis takde kene mengena pon lirik lagu ni dengan kes remaja nak lari dari rumah ke hape.. takyah tunggu lirik lagu pon kalo dorang nak lari.. kalo ada berita pasal kes lari rumah pon takde plak tulis penyebabnye :  "terpengaruh dengan lirik lagu" <--releven gak kan? mungkin ini kot yang worang kate marahkan nyamuk, pigi bakar itu kelambu =P    lu orang remaja rase????


and now part  "demo anti PTPTN"... pasal hutang pon nak kecoh gak ke? siap nak buat demonstrasi bagai.. dah hutang,pandaila bayar.. semua benda nak free.. masa nak hutang taknak pikir,bila dah time kena bayar, macam-macam alasan plak.. orang len rilek je bayar.. kalo nak free, mintak bapak sendiri buat Universiti arrr bro! 

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang."Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya."

sumber : demo anti-PTPTN

guwa setuju dengan satu komen reply nih :  

"...aku baru selesai bayar PTPTN. charge..3%. Satu sen tak boleh discount. Ujrah, aku tak layan. 8 tahun bayar. Adilkah jika kalian sume berhutang dan kemudiannya mahu tuntut lupus. Bukan soal politik atau soal kerajaan, soalnya kamu berhutang. Lepas grad dengan bangga kamu memiliki kereta baru, isteri anggun, apartment moden... lagi hutang belajar mau lari. Ada maruah tak? Kalu ada maruah, bertindaklah sebagai seorang muslim yang bermaruah. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut... Tanyalah ustaz."




komen yang ni pon guwa setuju :


"Orang nak ke universiti, engkau pun nak ke universiti. Orang dapat biasiswa, engkau pinjam daripada PTPTN. Orang berbiasiswa dapat ijazah tak payah bayar kos pengajian, engkau yang pinjam daripada PTPTN iri hati.Ni lah perangai orang kita - tak boleh tengok orang lain lebih sikit.Pinjam duit nak belajar, pasal kemudian hari, engkau nak hidup senang, bukan? Kalau tak sanggup bayar, kenapa engkau pergi pinjam duit kerajaan?Nak beli rumah, pinjam duit bank, bukan? Adake masuk akal, bila dah dapat rumah, engkau tak nak bayar balik duit bank?Dah banyak dah kerajaan beri benda free-free. Sudah-sudahlah tu. Jangan menagih subsidi kerajaan memanjang..."

banyak lagi komen balas yang ada.. guwa bukan anti mana-mana pihak.. guwa jugak bukan penyokong tegar mana-mana pihak..tapi akal allah bagi,tolongla guna sebaik-baiknya.. jangan sampai gelap bijik mata sebab harta dunia.. orang lain pon ramai je susah + kena bayar hutang tapi hidup aman je.. rilek je bayar.. pandai hutang,mau pandai bayar balik arrr.. lu yang cari tempat nak p pinjam, lu yang sign agreement, lu sendiri bayar la bro!  




guwa pon pinjam PTPTN..guwa tak pernah joli pon sepanjang guwa study sebab guwa tau guwa bkn dari family senang.. duit PTPTN tu je la cukup² untuk guwa makan+minum+belanja masa kat Uni.. guwa tak gamak nak mintak kat mak abah guwa kat kampung.. takde istilah nak beli henpon baru / shopping baju+kasut+baju baru / tengok wayang macam student²  kaya yang lain.. sendiri dah buat pinjaman, sendiri bayar arrr.. semua nak free, untung arrrr! apsal nak buat muka toye plak nak buat demonstrasi bagai.. jadah hape???