Jalan-jalan Ke ?


Khamis dan Jumaat tadi aku dengan beberapa orang Team Kerja aku pergi Kulim Golf & Country Resort.. Ada program Seminar Transformasi Usahawan Get Malaysian Business Online(GMBO) kat sana pada pagi Jumaatnye.. so kamiorang gerak petang khamis tu la.. Kamiorang konvoi 3 kereta je kali ni sebab jauh.. and ini kira first time aku drive jauh dalam hal yang melibatkan kerja.. kalo sebelum ni memang aku takkan drive sebabnye aku selalunye boleh tompang keta Boss yang dulu tu.. tapi skang ni kene drive sendiri la.. and aku lebih rasa selesa kot drive sendiri memandangkan rasa best travel 1 keta dengan Boss macam dulu tu dah takde skang ni.. yelah Boss yang dulu dapat rezeki di tempat kerja baru.. sobss sobsss

1- Exora : Boss II drive   2-Waja : Abg Lan drive   3-Pesona : Aku drive

Kamiorang gerak dari Sungkai lebih kurang 3.30 petang pastu dengan kadar pemanduan yang agak berhemah gak la, kamiorang selamat sampai kat Kulim Golf Resort tu lebih kurang pukul 8.30 malam kot.. sebabnye sebelum tu kamiorang ade melencong kejap makan Mee Udang kat Port Weld.. maklumlah drive non stop dari Sungkai.. sampai kat area Taiping je perut memasing dah bunyi keroncong.. Leader bagi dua pilihan untuk makan:

1-Mee Udang Port Weld, Perak       2-Char Kueh Teow Sg Dua, Penang

Memandangkan ahli dalam Pesona aku pakat dah lapar, kamiorang berkeras la pilih Mee Udang sebab itu je destinasi yang dah dekat masa tu.. nak menunggu sampai ke Penang tu macam dah tak rela je.. pakat kebulur dah semua masa tu =P

Bila sampai je kami kat Kulim Golf Resort tu, Team Kerja yang dari sana dah siap sedia tunggu untuk sambut ketibaan jet kamiorang semua.. siap diorang bookingkan 2 bijik banglo lagi untuk kamiorang stay bermalam.. dia punya banglo perhhhhhhh giler stylo baq hang! cun habes arr ! fully furnished banglo tu = RM450.00 per night (5 rooms with 10 single bed) + kitchen + air conditioner + flat screen TV + bilik air dalam every single room.. memang selesa habes la.. lena gila tido malam tu =P


ni banglo yang stylo habes tu.. rugi betol dapat stay 1 malam  je :'(


Tapi sayang sebabnye kamiorang dapat stay 1 malam je.. esok siangnye lepas habes program terus kene balik.. takdela sempat nak bersosial life.. memang takde la istilah 'jalan-jalan'.. chitt~

Dalam kawasan Kulim Golf Resort tu giler banyak banglo besau-besau! sampaikan tak tahu dah itu rumah ke istana ke taman tema disneyland ke hape.. *melampau tak hyperbola aku bagi? =P  tapi seriyes memang banyak banglo besar².. dah la tu, dok dalam kawasan tu rasa tenangnye la hai.. keliling tu kan padang golf menghijau je.. kalo la aku dapat rumah sebijik kat situ memang tak kuar umah  dah aku rasa .. kehkehkeh

"wahai orang kulim semua ! enibadi single mingle ??? " =P

Janji Rajin

ramai gak kengkawan guwa dok bagi soalan cepumas :
"best dak ada blog?" 
"camne nak dapat follower ramai giler ha?" 
"aku teringin nak ade blog. tapi tak tahu nak tulis ape"
alah sebenarnye ada blog ni dia punya feeling bukanla macam kita ada berjuta duit dalam akaun bank yang boleh kita joli tak hengat sampai tujuh keturunan pon takkan habes. no seriyesli bukan camtu rasa dia.. guwa sendiri pon dulu yang boleh jadi terjebak dengan blog ni memang takde secara formal pon.. masa tu tahun 2010..guwa dah kerja masa tu.. kerja guwa memang kena hadap komputer + internet bagai.. dari situ la guwa mula buat kajian sesikit pasal hape ke bendanye blog nih semua.. curiosity punye pasal la. 

bila ada masa free sesikit, masa tu la guwa google pasal blog.. dari situ jugakla guwa try je buat blog sendiri.. standardla masa memula tu memang macam jakun gak la guwa dok bubuh memacam benda / gadget kat blog nih.. alahh budak baru kenal la katekan.. habes segala mak nenek guwa taruk.. sampaikan nak loading page tu perrhhh buleh p mandi + makan nasik + tido dulu la kot baru dia siap loading page.. pastu mula dari situ jugak guwa p melawat la blog orang lain.. jumpakla memacam blog ada.. daripada yang sesuka sendiri je hapdet pasal kehidupan dia.. kisah sedih dia dengan bf dia.. hapdet pasal baru beli baju lah.. macam² la yang ada.. majoriti blogger pompuan la camtu..

tapi guwa paling suka bila TERsinggah blog yang smooth gila loading page dia.. pastu tak serabut dengan macam² gadget yang tak perlu.. start dari situ pon guwa belajar la cemane nak buat blog kemas, ringkas, cantik tapi cepat loading.. dan dari situ jugakla guwa belajar ape yang perlu ada, apa yang tak perlu ada langsung kat blog.. pastu pulak dari situ jugakla guwa baru kenal istilah² macam blogwalking, shoutbox, giveAway, award ape segala lagilah.. 

ada jugak guwa terjumpak blog yang memang sempoi habes.. ada 3--4 blog tu guwa jadi silent reader je.. tiap kali dia up entry baru, guwa memang setia p baca.. tapi tak drop komen pon.. saja takmo tinggal jejak la konon. keh keh keh. dari entry first dia sampailah entry latest dia guwa kasi hadam.. sempoi gila guwa rasa blog dia.. guwa tak tau kenapa. tapi guwa tak rasa jemu baca apa yang dia tulis.. guwa dapat rasa dia punya ikhlas masa tulis entry tu.. cheyyyy !

dan memang takkan ade shortcutnye untuk dapat ramai follower lah. dapat income riburiban lah.. tu semua amek masa.. mana ade orang baru keja 1 hari pastu dapat income riburiban.. kecuali dia keja menipu.. tu lain cita dia.. so nak taknak, satu je cara kalo  nak dapat follower ramai ke.. nak dapat income banyak ke.. kena rajin.. kena rajin blogwalking. kena rajin singgah komen entry orang lain.. barula takde rasa bila buat blog ni, macam syok sendiri je sebab takde orang datang baca.. memangla takkan ada orang yang datang nak baca dah kalo engko sendiri tak pernah nak p rumah orang lain drop komen ke hape ke.. dalam blogging itu la cara nak buat orang lain mai baca blog kita.. bukannye taip, publish. pastu nak orang berjuta mai baca.. bajet engko Izzue Islam ke hape ? phuii~




Jenuh Mikior Tajuk

Salam Jun. 3 entry je untuk Mei. Semakin berkurang daripada tahun² sebelumnya. Bukan malas. Masa yang ada semakin terhad. Kalau sebelum ni ada 3 per empat waktu senggang, tapi sekarang hanya tinggal 1 per empat je masa senggang tu. Penuh dah to do checklist menanti dengan macam² kerja yang perlu diselesaikan.. cheyyy ~

Musim cuti sekolah jugak jadi pilihan untuk majlis perkahwinan. Boleh dikatakan tetiap ujung minggu memang ada jemputan ke majlis kahwin. Guwa aku sendiri pon jenuh ejas masa untuk attend majlis kengkawan. Tambah plak bila kena hari yang sama ada 3-4 kenduri.. Jenuh ejas masa ejas perot segala.. ahakss ~

Pastu masa dok belek fesbuk, nampak la satu benda ni ada orang share.. kesahnye pasal Si A ni tak dapat nak p kenduri kawen kawan dia Si B.. Pastu Si A pon tulis la surat untuk Si B ni baca.. surat dia camni :

Assalamualaikum..Sebelum meneruskan pembacaan warkah ini, ingin sekali ku memperingatkan bahawasanya ia agak berjela dan memerlukan kekentalan jiwa dan raga. Andai dirimu tak punya banyak masa, biarkanlah ia sementara di dalam inboxmu. Pabila telah selesai segala kerja, barulah dibuka semula untuk dihadam barang sebaris dua..

Kehadapan sahabatku _ _ _ _ _ _ yang aku rindu selalu,Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara.Terasa lama benar aku tidak memantau-mantau keadaan dirimu.Tetapi memandangkan kini dirimu telah sah menjadi bidadari kpd suami mu,aku kuatkan juga jari-jemari ini untuk menulis sesuatu buatmu.Pertama dan buat kesekian kalinya, ingin ku pohon ribuan kemaafan darimu kerana diri ini tidak hadir di hari bersejarahmu. Ampunkan daku kerana ketidakhadiranku mungkin sedikit sebanyak menjejaskan tahap kelebaran senyumanmu. Malah, aku dapat merasakan dirimu diselubungi jutaan tanda tanya kerana ketidakhadiranku pada majlis mu itu.

Wahai Sahabatku _ _ _ _ _ _,
Ketahuilah bahawasanya tidak pernah sekelumit pon terdetik dalam naluri ku ini untuk memboikot majlis mu. Namun, disebabkan faktor daku ini orang bawahan, maka sesungguhnya daku tiada pilihan pabila diberikan arahan oleh orang atasanku. Aku perlu memenuhi tuntutan kerja pabila diriku harus ke _ _ _ _ _ _ & juga ke _ _ _ _ _ _ _ pada petang jumaat hari dimana majlis nikahmu berlangsung. Aku pergi dengan perasaan bercampur hiba pabila mengenangkan tidak dapat menyaksikan sendiri saat² indah dirimu dinikahkan pada malam itu.

Sahabatku _ _ _ _ _ _,
Sekali lagi diri ini memohon maaf atas ketidakhadiranku pada majlis mu itu. Daku tiada kuasa untuk menongkah arus pihak atasan mahupun melanggar arahan sesuka hati.Sahabatku.. tiadalah apa yang dapat aku katakan melainkan memohon kemaafan darimu. Aku kirimkan doa semoga dirimu & Encik Suami terus cekal dengan dugaan² yang datang menggoyah dirimu. Aku doakan juga semoga mahligai yang dibina kekal selamanya.Sahabatku,Aku hanya mahu kau tahu bahawasanya, jiwa ku ini sebak tatkala kini sahabatku _ _ _ _  & _ _ _  telah disunting menjadi permaisuri hidup suami kalian. Aku masih begini. Tidak tahu lagi penghujung cintaku. Aku hanya pasti dan aku tahu ia amat susah.Memerlukan pergorbanan yang sangat tinggi juga memerlukan mujahadah yang sangat tidak berbelah bagi.Namun, aku hanya yakin dengan satu ini:

"Bukankah KEKASIH kita Yang Abadi ada berpesan didalam surah Ali-Imran ayat 200,Wahai orang-orang beriman,bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah.."

Sebelum mengundur diri, Aku mohon kemaafan & doa dari dirimu. Jodoh kalian telah termetri kini. Rusuk kiri yang dicari selama ini, telah dijumpai. Semoga jodoh buatku juga bakal mengiringi. Amin.Assalamualaikum.

Sahabatmu: Aku

Dalam berseloroh (bergurau) mintak maaf sebab dia tak dapat nak p wedding member dia, ada mesej kat situ.. Kalo aku jadi Si B, masa baca memula macam geram pon ada. Tapi bila membawak ke part hujung tu mula rasa tacing sikit sebab Si A sendiri pon tak tau apa ending chenta dia.. Semoga cepatlah jodoh beliau dan dipertemukan dengan insan baik, dan kekal selamanyalah hendaknya. Aminn =.='






Janggal Rasenye

Musim cuti sekolah ni saja entah tak terkira berapa ramai kengkawan kahwin.. ada yang berjodoh dengan kawan yang memang dah kenal dari zaman sekolah dedulu.. ada jugak yang berjodoh dengan orang sekampung walaupun sebelum ni bercinta dengan orang lain.. ada jugak yang kawen dengan kawan masa sekolah rendah dulu.. lost contact  lepas habes sekolah rendah pastu tetiba bila tengok dia invite event kat fesbuk, tup tup laaaaa dengan dia tu ke rupanya ? Gitulah bila dinamakan jodoh.. kita sendiri memang takkan tahu siapa jodoh kita.. 

Aku pulak memang kalau pegi majlis kahwin member ke, saudara mara ke, kawan punya kawan punya kawan ke.. kalau tak dapat bergambar dengan pengantin memang aku rasa ralat betol.. totally janggal gila.. dia punya feel tu macam ala-ala berak pastu tak basuh. ha sampai tahap tu. biar aku tak makan masa kat kenduri tu takpe asalkan aku dapat begambar sekeping jadila dengan pengantin.. bukan nak banyak. SEKEPING je.. sebab pada aku, bila dapat begambar dengan pengantin tu dia punya kepuasan macam dapat menang award riburiban. ha gittew. hahaha.

Bila p kenduri tu tak dapat nak begambar dengan pengantin disebabkan alasan malu, segan nak tunggu lama kat situ sebab tak rasa macam welcoming, pada aku itu alasan macam bullshit. Dan disebabkan pegi secara berjemaah, maka aku terpaksa follow majoriti yang segan dan malu tu untuk blah dari majlis sebelum pon dapat begambar dengan pengantin. seriyesly aku memang terkilan gila. mai jauh² dengan harapan nak dapat begambar sekeping je pon dengan pengantin---- hancur.

Besoknye pengantin kol siap mintak maaf sebab tak sempat nak begambar. Masa sesi nak begambar, bila cari, tengok² kengkawan dah takde. aku nak jawab apa? nak kata apa lagi ? hermm kan je la. Takkan pulak aku nak kepoci pasal kesah sebenar disebalik kejadian.Seriyesly pengantin punya suara sayu gila sebab rasa bersalah tak sempat nak begambar dengan kengkawan yang dia nampak ada datang dan dia siap bisik tunggu dulu tau jangan balik dulu sebab nanti nak begambar. 

Ini wedding reception yang aku pernah pergi pastu aku balik dengan rasa paling tak puas.




Mainan Perasaan

Alhamdulillah dengan sekali lafaz saja Hafidz dah sah jadi isteri kepada Norihan (Rihan).. Rihan merupakan sahabat aku dari zaman sekolah rendah lagi.. jarak rumah kami pon tak jauh mana.. Jumaat lepas---25 Mei 2013 menjadi hari bersejarah dalam hidup Rihan bila dia selamat dinikahkan dengan pilihan hati dia iaitu Hafidz.. malam tu aku bersyukur sebab aku diberi peluang bernafas lagi untuk tengok sendiri Rihan sah jadi isetri orang.. Terasa sebak bila Hafidz ngam-ngam habes lafaz akad nikah depan Tok Kadi.. orang lain yang nikah, aku pulak yang sayu lebeyhhh.. kehkehkeh =P

Rihan bekerja under departmen yang sama dengan aku.. dan lepas sah jadi isteri orang ni pon Rihan masih mendapat keizinan suami dia untuk dia terus bekerja kat sini.. Rihan terpaksa bekorban jarak dengan suami dia sebab Hafidz duduk kat Kota Bharu Kelantan. Rihan pulak duduk kat Perak ni ha.. terpaksa berpisah jauh la dengan suami.. aku doakan semoga Rihan tabah dan sabar menempuh segala ujian ni.. bukan senang duduk berjauhan ni ye dak ? aku tak kawen lagi so aku tak berapa tau sangatla bab nih.. kehkehkeh =P

Tapi one thing for sure, memang konfemlah RINDU tu kat tahap gaban.. itu dah konfem. yang melaluinye je la yang faham. aku nak share 1 kisah ni yang aku pernah terbaca dulu.. aku lupa kat mana tapi aku nak share jugak sebab walaupon aku dah baca banyak kali kisah ni, hati aku tetap sayu bila baca..

"...Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami.

Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”.

Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang..."


Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda kita lakukan bersama adalah penting sebenarnya dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, atau pun wang kat bank tu je penentu kebahagiaan..  Semua tu hanya faktor yang membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tak dapat menjamin pon hundred percent kebahagiaan pada kita. cari masa untuk jadi sahabat kepada isteri/suami anda kita dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga. Hargailah setiap pengorbanan pasangan. ecehh aku cakap macam la aku dah kawen. kehkehkeh =P

Aku doakan semua yang dah ada suami, dah ada isteri, jagaaalah bebaik. biar seburuk mana pun perangai atau layanan dia, cuba sedaya upaya positifkan diri kita untuk overcome benda² tu..  Syaitan ketawa je bila tengok anak adam berantakan dalam rumahtangga.. sebaik²nya kita cuba jugak untuk pandang dari aspek positif.. biar pahit camne sekalipun, cuba untuk telan.. inshaAllah dugaan Allah tu selalunya besar hikmah dia ;)



Tahniah untuk Rihan. Semoga bahagia sampai Jannah. 




Entri yang sebelum ni sebenarnye aku refer pada Rihan yang bakal mengakhiri zaman bujang. Bukan aku. aku punya turn belom tau lagi bila. kehkehkeh