Orang Perempuan Ni

20 October 26 Comments

Orang perempuan sifat dia kalau kasar---
Sebenarnya  mereka ni lah yang paling mudah untuk didekati.
Sebab mereka kalau gurau kasar, tetap boleh terima.
Cuma satu je tentang mereka ni ---
HATI mereka tetap perempuan.
Kasih sayang mereka tetap lembut.
Dan teman mereka tetap yang satu --- "menangis"


Senang je sebenarnye nak tackle perempuan.
Cuma kena mencuba.
Try.
Tak berjaya ?
Cuba lagi.
Tapi kena bersungguh.
Dan jujur.



Ooo yang ni lah

16 October 33 Comments

Salam Aidiladha.. masing-masing pakat dalam mood beraya lagi kot.. Raya aku masih macam tahun sebelum-sebelumnya jugak --- masih berstatus single.. belom berumahtangga jugak.. dan maksudnya belom ada hasben mahupun anak-anak lah.. tapi aku adala sorang dah anak sedara. Nak wat camna, rezeki abang long aku masih takat tu je untuk part anak. moga² ada rezeki melimpah ruah buat abg long dan kakak iparku.. aminnn

Haaa sekolah pon dah makin ke penghujung tahun.. Cuti sekolah pon makin dekat.. Bila cuti sekolah datang je, makna kata kenduri kendara jugak makin melambai-lambai lah..Dalam erti kata mudahnya, cuti sekolah jugak memang sinonim dengan majlis kenduri.. Tak kisahlah kenduri kawen ke, kenduri cukur jambul ke, kenduri bertunang ke.. Dan selalunya kalo kenduri kawen lah, mesti akan ada DJ atau pengendali PA sistem yang akan memeriahkan suasana majlis walimatulurus tu.. Cita pasal DJ ni, dua tiga hari lepas aku ada la melawak-melawak dengan sorang Abg DJ ni.. dia ni antara DJ majlis terbaeklah yang pernah aku kenai..

Mulanya perkenalan aku dengan Abg DJ ni adalah masa Karnival Hari Terbuka Pusat Internet Felda Gunung Bongsu masa tahun lepas kat Kedah.. Aku memang kagum abeh kat Abg DJ ni disebabkan pembawakan dia dan jugak cara dia perform di sepanjang program berlangsung.. Mula dari situ jugaklah aku dok ushar semua event yang dia update kat fesbuk mahupun kat blog dia.. 

Dan aku sangat salute kat Abg DJ ni sampaikan aku sanggup fight bersungguh untuk dapatkan dia sebagai DJ bertugas pada Program Karnival Jalurlebar tempat aku nanti.. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku salute dan bersungguh-sungguh fight untuk itu... Abg DJ ni sangat sempoi dan memang loqlaq habeh baq hang ! hahaha adeh la...




Abg DJ ni orang Kepala Batas, Pulau Pinang.. Jangan tanya kenapa aku yang dok kat perak ni sanggup nak hire orang Penang.. Awatnya orang kat Perak takdak dah ke DJ yang best camtu ? Jawapan aku satu je --- memang takdak yang macam Abg DJ ni. 

So sapa-sapa yang bakal melangsungkan walimatul'urus dan masih tercari-cari DJ atau PA sistem harga sempoi  boleh la rajin-rajin p terjah terus fesbuk Abg DJ ni.. atau pon p jenguk blog dia.. Diskas sendiri harga apa semua.. Sebut je nama ANAMIZU. Konfem dapat diskaun. Tapi kalo tak dapat, jangan maki hamun berbakoi kat aku pulak naaaa.. kehkehkeh



Ok Dah Selesai

06 October 22 Comments

Alhamdulillah harini setel Program 1citizen Siri 1--Edisi Oktober yang kamiorang jalankan kat SMK Trolak (SEMETRO), Perak.. Bermula 5 Oktober lagi dah kamiorang mulakan sesi hari pertama dengan penerangan 8 Modul Utama dan jugak sesi membuat Portfolio.. Aku sendiri yang mulakan talk pada hari tu... Kali ni 2 kelas jugak yang terlibat iaitu pelajar tingkatan 4 Sinar dan tingkatan 5 Sinar.. 

Seawal jam 8.00 pagi lagi adik² tu semua dah ready dalam makmal komputer SEMETRO tu.. Aku dengan 2 orang lagi member sampai agak lewat 15 minit disebabkan kamiorang tersesat dan tak jumpa cari sekolah SEMETRO tu.. maklumlah tak pernah masuk ke Felda tu sebelum ni.. Tapi alhamdulillah dalam pusing² dok cari tu terjumpa jugak... hehe nerves jugakla aku sebabnye aku yang kena bagi talk pagi tu pastu terlewat sampai pulak kan ? Sampai² je kat Lab Komputer tu, semue mata dah memandang kamiorang,  manenye tak nerves engko ! =P

Tapi alhamdulillah bila dah dapat pegang mic je, haaa tak hengat engko ! Tu pon sipbaik memang aku jenis set masa tiap kali bagi talk -- aku takkan jauh dengan jam. Tak kiralah jam dinding ke, jam tangan ke or even jam kat henfon.. So aku boleh bajet berapa lama lagi aku perlu membebel kat depan supaya tak terover amek masa.. kehkehkeh


4 Sinar

5 Sinar


Cikgu Amir selaku cikgu IT diorang pon sangat memberi kerjasama sepanjang taklimat program dijalankan.. Dan ekceli aku lebih suka program² camni sebabnye :

1-Bertukar surrounding kerja (takdela kena hadap benda sama je)
2-Pengalaman -- bercakap in public, kerja² manual, ad-hoc decision
3-Berkongsi ilmu dengan komuniti luar


Computer Lab SEMETRO ni dah ok -- komputer baru + flat screen cuma :

1-Takde kemudahan internet / wifi / LAN


Aku doakan adik² SEMETRO jadi anak soleh, solehah dan jangan lupa tanggungjawab sebagai pelajar.. Kalo ikot pada apa yang diluahkan Cikgu Amir tentang sikap  kebanyakan pelajar zaman sekarang ni, memang agak membimbangkanlah.. Eventho aku sendiri belom kawen dan belom ada anak, tapi sikit sebanyak aku dah mula terfikir, kalo zaman duaributigabelas sekarang ni pon murid sekolah dah berani belagak dengan cikgu, entah cemanelah nanti sepuluh tahun akan datang.. 


*Apa itu 1citizen ? Klik sini untuk lebih info


Oh Pelisss Lah

04 October 18 Comments





duaribu tigabelas --
bukan sesuatu yang pelik pon kalo org beli brg online.

contoh:

dia ni bekenan kat satu kasut.
jenuh dah pulun cari dalam dunia nyata.
tapi tak jumpak pon yang bekenan.
kalo ada pon -- mahal nak mampos.

dah bila dia jumpa kat alam 'online',
plus dia beli barang tu pulak guna DUIT dia sendiri,
ape relevennya dia nak kena inform atau mintak izin sesiapa ?

"cehhhh dah mcm org kaya je nak beli² online..
memang sengajala takmau bagitahu kan?” –- sinikal.  

pelis la--
positif thinking la sikit bro.
penat lelah dia usaha kumpul duit dia sendiri,
untuk reward diri dia sendiri --
apa salah kiranya ayat tu kasi sikit positif sapot ?


demmm.



************************************

UPCOMING PROGRAMs :


1-Sabtu,Ahad | 5 & 6 Oktober | 1Citizen | SMK Trolak, Perak
2-Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23 & 24 November | Karnival Jalurlerbar | Padang Awam Felda Sg Behrang, Perak



Sibuk Betul

25 September 7 Comments

Minggu ni agak sibuk dengan macam-macam agenda dan program luar.. mula dari isnin dan selasa aku ada program 1 citizen dengan adik-adik di SMK Sg Kruit, Sungkai Perak.. pagi isnin lagi kamiorang (team kerja aku + beberapa lagi rakan lain) gerak untuk handel program One Citizen kat skolah tu.. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya apekebenda lah  Program One Citizen (1 Citizen) ni ? Apa itu 1 citizen ? Silalah rajin²kan jari jemari klik ke laman web ni untuk lebih info.

Seawal jam 8.20 pagi kamiorang sampai kat Makmal Komputer skolah tu dan kami disambut oleh murid kat situ yang dah ready tunggu kehadiran kami sebagai fasilitator dorang untuk hari itu.. Untuk hari pertama, nothing much -- cuma perlu setelkan 8 Modul dan selepas tu para pelajar dikehendaki menjawab soalan online -- 45 soalan dalam masa 50 minit dan selepas tu perlu buat 1 portfolio. Tapi untuk hari pertama kamiorang cuma go through beberapa contoh portfolio sajelah untuk bantu adik-adik tu lebih faham..

Hari kedua -- proceed dengan menjawab soalan dan lepas setel je sesi tu terus proceed siapkan portfolio masing-masing dengan bantuan dan tunjuk ajar kamiorang.. Sangat best bila program kita disambut baik oleh audience kita.. 

Rasa sangat heaven bila audience kita bersungguh-sungguh buat--
Bersungguh shoot scene tertentu--
Bersungguh bertanya mana yang tak tahu--

dan alhamdulillah kamiorang dapat setelkan pada tengah hari je untuk hari kedua tu.. so maksudnya takdelah adik-adik skolah tu balik lewat.. Kamiorang tutup program haritu dengan sesi fotografi dengan adik-adik tu semua.. disebabkan ada dua kelas yang terlibat so kamiorang snap ikot kelas memasinglah.. memang happy je semua adik-adik nih.. Terbaeklah korang ! Semoga kalian jadi anak yang baik dan berbakti pada ibubapa masing-masing ya :)



Kelas 4 K


Kelas 4 D




UPCOMING PROGRAMs :

1.Rabu | 25 September | Expert Workshop Jahitan Manik | Pi1M Besout 4, Sungkai Perak
2.Rabu | 25 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 5 SK Sri Besout, Sungkai Perak
3.Khamis | 26 September | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 6 SK Sri Besout, Sungkai Perak
4.Rabu | 2 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 1 & 2 SK Sri Besout
5.Khamis | 3 Oktober 2013 | Klik Dengan Bijak (KDB) | Tahun 3 & 4 SK Sri Besout
6.Jumaat,Sabtu,Ahad | 22,23,24 November 2013 | Karnival Pi1M | Padang Awam Felda Sg Behrang


S.h.i.t

19 September 24 Comments


Aku tak tau lah sama ada aku yang emo ke atau apa tapi ceritanya begini -- entry aku yang sebelum ni pasal aku diuji seawal hujung Ogos haritu. Mak dan abah sakit.. Alhamdulillah semakin pulih walaupon belum sepenuhnya.. Aku masih bersyukur sebab masih ada peluang bersama keduanya..

Apa yang s.h.i.t nya kan ? Sabar. Belom sampai ke part itu lagi.. Abah aku athma itu hari -- aku terus bawak ke Hospital Slim River.. Memandangkan masa aku drop kat emergency area tu kondisi abah memang dah macam nyawa² ikan waktu tu so tanpa perlu banyak kerenah, terus je jururawat lelaki yang kat kaunter tu arahkan aku bawak abah terus ke Bilik Kuning (Pemantauan).. Ok lah sebab nurse terus buat apa yang patut  tanpa perlu banyak soal pon pada aku dan mak.. ok setel part Hospital Slim River.

Lepas beberapa hari, abah aku pitam masa kat kebun sawit milik kami.. Nasib baik waktu tu abang long aku ada balik cuti sempena cuti Hari Malaysia.. Teruslah dia bawak ke Klinik Kesihatan terdekat dalam Felda aku ni.. kebetulan waktu tu hari off day cuti hari malaysia tu so abang aku call nombor siapa yang 'on call' pada hari tu lah..

Rawat abah -- kasi masuk air -- inject sikit -- kasi rehat few hours -- boleh balik.. Esok kena datang semula untuk amek darah (kena puasa start dari malam lah)

Ok kisah s.h.i.t nya bakal bermula di sini -- 

Pagi besoknya selepas kejadian pitam tu, abah aku pegi la sendiri naik motor dia ke klinik kesihatan tu..  sebab tak jauh sangat dengan rumah dan aku kena kerja so tak boleh la nak tolong bawak abah pegi.. seawal jam lapan pagi abah dah pegi.. Punya nak kasi setel awal sebab memang selalunya klinik tu akan pack dengan orang yang sakit macam-macam.. Dari jam lapan abah pon tunggu.. Bila sampai je turn, ok nurse pon bagi lah arahan :


"ok pakcik kena pegi belakang untuk ambil air gula"


Abah aku pon pegi lah belakang. (memang takde guideline langsung lah 'belakang' tu ke mana)
Bila pegi 'belakang', nurse yang situ pulak suruh pegi 'depan' sana untuk bla.. bla.. bla..

Last² sampai jam dah pukul duabelas tengah hari, abah aku pon ringankan mulut tanya nurse kat kaunter,


Abah aku : "ni camne pakcik ni, nak kena tunggu ke atau nak kena datang besok ke camne ni? "

Nurse  : "errrrrr... ala ni pakcik kena datang semula Jumaat nanti ni pakcik"


Nampak tak ? Dari 8 pagi abah aku ditendang ke sana sini, pastu last² bila dah pukul 12 tengah hari -- bila dah orang ramai tadi dah makin surut plus makin clear dah takde orang menunggu giliran lagi dah, baru lah nurse tu nak suruh abah aku mai semula Jumaat nanti.. JUMAAT nanti kena mai balik ? Si abah punya lah puasa dari malam tu -- nak kena amek darah punye pasal..waddehek !

seriyes macam shit je aku dengar bila abah aku cerita masa aku balik kerja petang tu.. aku sendiri pon takkan tergamak nak tendang² customer yang datang tambahlah kalo diorang jenis level abah-abah aku.. 
mana pegi humanity bro ??
ape dah tak boleh berbudi bahasa ke kalo dah keja dalam klinik ??

aku tak tahulah cemane keadaan sebenar kat klinik tu sebab aku memang jenis yang takkan pegi klinik kalo sakit demam ke hape tapi base on ape yang partner kerja aku cerita, memang macam haram jugaklah sistem kat klinik tu.

sebolehnye aku takmau sakit demam. takmau jejak kaki ke klinik tu. hospital tu.
sebabnye ? 
sebab inilah ! 

dah dua kali kena layanan macam shilake ni..
kat hospital slim river itu hari kena satu kali masa adik aku eksiden.
kali ni kat klinik dalam felda aku pulak.



*UPDATED : S.H.I.T yang ni bukan yang mencarut tu tau.

s = seriyes
h = hati
i = ini
t = terluka

haaaa itu yg sebenarnye di sebalik s.h.i.t tu.
bukan mencarut tau.
tak. aku bukan kaki carut.
sungguh.
sebab tu aku tulis style macam ni -- s.h.i.t
maaf kalau ada kawan² yang fikir itu carutan.
kehkehkeh


Sebak Rasanya

08 September 22 Comments

September. Aku diuji seawal ujung Ogos.
Mak demam. Muntah-muntah..
Berlarutan seminggu..
Jamah nasi, muntah.
Air seteguk ditelan, sebaldi dimuntahkan--
Aku dan abah buntu.
Ke klinik sudah.
Ubat-ubatan sudah.
Hanya doa dan tawakal.
Alhamdulillah hari kelapan mak pulih.
Beransur pulih.




Lapan September.
Kali ni Abah. 
Athma --
sekian lama tak sesak nafas,
kali ni abah tewas.
Turun naik dada abah.
Nafas tersekat.
Sekali lagi aku diuji.
Satu-satunya puteri dalam keluarga--
Aku tak pedulikan apa.
Hanya hospital destinasi dalam kepala.


Mak Abah, 
Aku sayang mak dengan abah
seluruh jiwa raga

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mohon,
janganlah Kau ambil mereka
Selagi mana aku belom bahagiakan mereka--




Apa Yang Mereka Tahu

29 August 37 Comments


Semakin tua manusia ni kadang-kadang tu bukan makin peka. Makin pekak pulak. Dah la tu, mulut pon boleh tahan. Kalah wartawan media hiburan.. Aku berharap dan berdoa agar aku dijauhkan berperangai camgitu bila usia meniti senja nanti. hermm.

Eh tak.. Bukan aku skeptikal dengan golongan tua.. Sama sekali tak. Cuma.. tulah orang kata kerana nila setitik, habes satu belanga rosak susu.. 

Banyak kali golongan² ni hambur soalan yang pada aku tak perlulah.. Tapi mungkin atas alasan 'bergurau', mereka teruskan jugak.. Kalau sekali je tanya soalan tu takpe makcikpakcik.. Tapi bila tiap kali tersua muka makcikpakcik hambur soalan sama tu, rasa macam pfttttt je.. huh ! Barangkali mereka-mereka tu tak tahu rembesan air lior yang keluar masa soalan tu dilontarkan ibarat api dari mulut naga yang membakar hati dan perasaan setengah golongan insan yang mungkin tika itu sedang berperang dengan rasa sebak dan sayu dia sendiri..


"... eh ha si kamu ni bila lagi ? kawan-kawan kamu dah selamat dah kawen tu ha.. memilih sangat kot kamu ni kan ?? .."


Aku melawat Anisa semalam.. melangkah masuk ke Hemisfera dia, aku terasa bagaikan ada something missing.. Terus aku selongkar gerobok dia.. Ada aura kesedihan barangkali.. Aku dapat rasa. Tapi tak semua.. 


Anisa,
Apa saja yang jadi, aku doakan yang sebaiknya untuk mu Nis.
InshaAllah pedih takkan selamanya.
InshaAlllah Nis.





Oh ya. dan aku pasti, ramai wanita bujang di luar sana yang pada golongan tua itu tadi usia  itu sepatutnya sudah menjadi suri pada seseorang , namun masih kekal sendiri. Belom ada teman setia disisi yang dipanggil 'suami'.. Aku yakin alasan mereka ada. Hanya mungkinlah kalau jawapan itu mampu dihamburkan juga seraya soalan itu terhambur didepan muka si penerima.


"...Untuk yang belom direzekikan, sabar je senjatanya. 
kecik hati kita bila orang mengata kita, Allah akan bagi 10 kali ganda kebaikan 
yang kita tak pernah sangka.." -- Fynn Jamal




Ajaibnya Kasih Ibu | Agungnya Kekuasaan Allah

28 August 20 Comments

Aku salah sorang insan di antara belasjuta yang jadi stalker tegar pada instagram(IG) Fynn Jamal. Antara belasjuta tu jugak, kami si stalker tegar ini menyaksikan sendiri rentetan -- kronologi Fynn Jamal sekeluarga bertiga.. Mungkin ramai je yang tertanya siapa Fynn Jamal ni??? Personaliti tv channel baru ke ? Artis baru ke? Ohh sila google sendiri.. 

Aku mungkin antara insan yang terlewat ambiltahu tentang kisah hidup Fynn Jamal.. Awal kewujudan IG dulu aku pernah uninstall daripada henpon cabok aku sebab merasakan betapa tak bernilainya instagram bagai tuh dimata aku.

Tapi.. semenjak terbaca tentang 'Bakti Arjuna Fitri' (Juna) kat satu blog ni (blog mana aku dah lupa), aku terus teruja untuk lebih tahu tentang siapa dia? Anak siapa dia? Siapa keluarganya? Bangsawankah dia? Pasal semualah.  Apa yang aku pasti, disebabkan rasa ingin tahu itulah aku dengan tanpa rasa was-was nya terus install semula aplikasi instagram dan juga Keek. Sekaligus. Niat aku waktu tu hanya satu ---- untuk follow Keek dan jugak instagram Fynn Jamal. Untuk lebih tahu tentang Bakti Arjuna Fitri. (Juna)

Terbukti. Memang aku tak puas. Setiap satu gambar di IG Fynn Jamal ada cerita. Caption dia jugak bukan kosong. Siapa yang follow kisah Fynn Jamal dari awal dulu mungkin lebih tahu betapa seninya cara Fynn Jamal meluahkan rasa.. Hidup di bumi orang sangat mengajar Fynn Jamal sekeluarga bertabah.. Disampaikan pulak pada strangers keliling dunia.. Setiap kali aku baca caption gambar dia pasal luahan rasa dia, nak meleleh air mata. sebak sayu semua ada.. 

Ada satu gambar Fynn Jamal up di IG dia --- gambar Juna lena tido dengan bantal Nemo dia. 


Ha ni lah gambar tu. Aku pinjam dari IG Fynn Jamal... Ramailah yang berbalas komen kat gambar tu.. Macam biasalah. Ada positif. Ada negatif. Adatlah manusia.

Aku tertarik pada satu komen ni :


“… Salam alaik semua. Aku org baru di instagram (IG), posting pun tak ada apa lg, tp register je terus cari IG Fynn Jamal. Bahagianya hati bila baca kata² sokongan dari wanita² yang gagah dan luhur hatinya. Utk @the_zana, sabar ya dik. Allah dah janji yang Dia takkan duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung kan? Rezeki, ajal maut, jodoh semua rahsia n milik Yg Di Atas. Atas kehendakNyalah semua yg menerima.
@fynnjamal , aku salut dengan luhurnya hati kamu, yang saling berbagi kasih sayang sesama strangers. Kekal selamanya begitu ya Fynn :)

Dalam bahagia yang aku rasa skrg, dulu aku sebenarnya pernah hampir gila. Satu-satunya anak yg aku punya, hilang dilarikan ayahnya entah ke mana selepas p'ceraian kami. B'tahun aku nanar Fynn. Hanya mampu melepas rindu pd baju si kecil yg tak sempat berbasuh.
Tp Allah Maha Adil. Dijumpakan aku dgn mereka berdua di satu tempat yg beribu batu jauhnya dari Malaysia. Ajaibnya kasih ibu, dan agungnya kekuasaan Allah, b'tahun tidak bertemu, dia(si anak) pantas mengenali aku sebagai ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menyusukan dia. Seluruh kawasan gempar melihat si kecil yang tidak putus² berteriak mummy sedang tangan si ayah cuba menariknya pergi. Benarlah doa yg t'aniaya tiada hijabnya.

Drama itu dikesan pihak b'kuasa yang kebetulan sedang meronda, & alangkah ajaibnya, di sebuah negara yang Islam bukan agama utama, aku dijumpakan dengan anakku tanpa banyak bicara, dilayan dengan penuh mesra malah dihantar ke pejabat kedutaan kita utk diuruskan kepulangan kami b'dua ke Malaysia.

Sedang si ayah dibawa ke balai kerana disyaki menculik anak sendiri.
Nampakkan kasih sayang Ilahi di sini, sahabat² semua? Insya Allah, kita tidak akan mati tanpa cinta dari manusia, tapi hidup tidak akan ada erti tanpa cinta dr Ilahi. Jadi aku pinta pada semua wanitaku yang sedang diduga di luar sana, percaya pada Rabbimu. Dia Yang Maha Mendengar, Dia Yang Maha Memberi. Akan tiba masa, kalian beroleh sinar bahagia, seperti aku yang kini bahagia b'sama si kecil yang sudah 9 tahun usianya…”



Subhanallah betapa besar kuasa Allah. Dipertemukan ibu dan anak yang terpisah. Di bumi yang bukan Islam agama utamanya. Benarlah kasih ibu tak ada taranya.. Dan aku yakin, komen begini memang membantu ramai wanita yang diuji diluar sana rasa bersyukur apa adanya dengan apa yang ada sekarang. Kalau nak dibanding dengan insan lain yang lebih perit deritanya. ujiannya. Harus sedar kita masih beruntung.. Sama² doakan kita sama² bertabah. InshaAllah masa bahagia kita akan tiba. Yakin :')