Dah Nak Habes Tahun


Assalamualaikum.. kali ni macam rekod paling lama je aku tak hapdet T___T  Takdela bizi sangat sampai tahap takdak masa langsung untuk hapdet.. Ermm tapi.. tapi.. tapi dia macam ade je hal yang membuatkan aku takleh nak hadap depan lappy lelama.. Ofis hour dah memang tentu² la takleh nak wat keje-keje hapdet ceni.. ahakss =P 

So sepanjang duaminggu yang konon macam bizi tu sebenarnye aku ada la dua-tiga-empat aktiviti yang aku setelkan.. Antaranya aku sibukkan diri p majlis bertunang member aku dari kecik --- si kenit kemetot tapi comel gila (Ella).. kamiorang dari zaman kecik lagi main pondok-pondok sesame, main rounders sesame.. pastu main tanah boh dalam tempurung pastu wat konon-konon macam kek lah =P Heaven gila rasa masa zaman kecik-kecik dedulu tu.. wuwuwu

And on 8 December 2013 aritu Ella dah selamat jadi tunangan orang.. Tunangnye pon kecik molek jugak.. memang suweetlah korang dua.. aku ni je entah bila entah nak jumpa bakal suami aku.. sobss sobss


Setel bab Ella bertunang. Pastu start bizi balik wat preparation untuk Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia kat Felda Gunung Bongsu, Kedah.. sebelum² tu pon team kerja kat sana dah roger mintak tolong ape yang buleh kami setelkan dari jauh memandangkan diorang kat Kedah dan kami yang lain kat Perak.. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat sebab berjaya harung and tolong team kat Kedah setelkan Openday diorang eventho aku kena hadap macam-macam-macam halangan dan dugaan.. 


Masa ni jugak aku dengan 3 lagi rakan sekerja aku kena terima satu dugaan besar yang sebelum ni tak pernah kami hadap.. Aku terus terang cakap, aku gerak awal sehari ke Kedah pon sebab aku memang dah berniat nak bagi full commitment kat member-member sana. Sebab masa Karnival sebelum tu kat Behrang aku tak dapat fully commit sebab masa tu ada few things yang aku kena setelkan.. 

Sejujurnya aku memang sangat sedih sebab kamiorang berempat kena hentam kaw-kaw punya dengan our superior.. dah la itu final event untuk tahun ni.. dan entah-entah final event sefinalnye.. Sekalinya camtu ending dia.. seriyes aku sedih gila untuk part tu.. Eh bukan aku sedih sebab part kamiorang kena marah tu semua. Tak. bukan sebab tu.. Aku sedih sebab segala usaha murni kamiorang takde ucapan Terima Kasih langsung dari diorang.. Aku tak kesah kalo aku sorang je yang kene marah atau kena hentam, tapi aku sedih sebab ada lagi 3 orang member aku yang kena hentam sama.. Wal hal kamiorang memang betol-betol datang sana tolong setelkan kerja-kerja preparation sampai pukul 1--2 pagi sebelum hari event.. 

Tapi yelah kan, orang kalo dah tak suka, ko buatlah cemane pon memang tetap ko buruk lah dimata dia.. Dan yang aku rasa lebih bersalahnya adelah aku yang drive bawak private jet aku.. Aku rasa macam aku lah puncanya sampai kawan aku yang lagi 3 orang pon terlibat sama.. Sipbaikla mantan Boss dulu ada datang sekali masa hari event tu.. Masa aku teruk kena hentam kaw-kaw tu dia jugak yang back-up saying that dia tak percaya staff yang dia tinggalkan adalah kurang hajar. He knows us well sebenarnye. 

Hurmm banyak lagi sebenarnye yang pahit berlaku sepanjang 2--3 hari event ni.. Tapi aku rasa biar aku dengan 3 orang member aku tu je lah yang tau.. Biarlah ape orang lain nak fikir.. Selagi nawaitu lillahita'ala, inshaAllah dipermudahkan :')




*again -- terima kaseh Encik Nafis.
sebab backup kamiorang malam tu..
our relationship will remain forever.
inshaAllah encik :)




mungkin akan ada perubahan sempena perubahan tahun :)


Dikala Malam Bulan Mengambang


Assalamualaikum awak.

Terime kaseh sebab awak selalu datang sini.
Datang selongkar entry-entry dulu².
 Walaupun entah hape je yang saye tulis.
Tapi awak keep on selongkar jugak bace.
Terime kaseh.
Again ;)




Adoi bizi lettew konon sampai enam hari tak hapdet ape².. dah la tak hapdet, pastu tak p jenguk blog kengkawan pulak tu.. hnnss hnnnss ampun ya sobat sekalian.. guwe lagi sibuk ngaturin jadual gerakkerja guwe sekarang ini.. hahaha dah jadi minah indon pulak.. ini semua salah Nabil Maharaja Lawak Mega la ni.. dok bantai gelak tengok Nabil jadi Malin Kundang sampai teringat² pulak cara dia becakap.. "ya kan ? ya kan ? ya kan? " --- dia becakap pekat giler indonnye kononnye.. adoi haha

Pheww ok habes part Nabil.. Nampak tak atas tu ? Itu chat conversation antara aku dengan lagi dua orang lagi besfren aku --- si Reff & Iszuwan.. Antara yang masih bujang dalam team tu adalah aku.. Makanya dorang ni pakat dok risau kalo aku dah kawen nanti takot kalo aku dah takleh nak havoc² dengan dorang apa semua.. Tu yang siap pesan kena carik laki sporting hape semualah.. Masalahnye nak mencari tu yang aku tak tahu camne.. Well maksud aku memangla boleh cari, pastu bila dah jumpak nanti kau mesti macam :

"wahhhhhh cenggini la jejaka impian aku !" 

Pastu mata siap kelip-kelip adorable gittew dok ushar je muka jejaka impian kekononnye tu... Pastu tetibe nanti kau tengok masa dia balik kerja ada sorang gerl ni dah tunggu kat depan ofis. Siap salam ciom tangan bagai. sekali hasben orang daaaaaa. PAP ! habes lah mimpi siang kau kat situ. kehkehkeh


Aku sebenarnye takdela risau mane pon pasal jodoh--nikah--kawen ape semua ni.. dedulu masa jiwa tengah panas zaman muda memangla kalut dok fikir bila la aku ni nak berjodoh.
Pastu mengeluh.
haiishhh~

Tapi skang semenjak makin merangkak usia remajatua ni dah makin tak kesah sangat dah..
Belajar muhasabah. 
Belajar redha. 
Belajar telan semua yang jadi memang dah diatur baekkkk punye.

Takyah susah² fikir serabut kepala.. Hadap je ape yang datang. Pastu doa dan senyum selalu. InshaAllah memang dari kau bukak mata awal pagi sampai ke malam lah akan ada benda yang indah² je.

Tak caye try ;)





Data -- Permaisuri




Aku rela hidup dengan mu
Demi bahagia...
Hanya Tuhan bisa memisahkan kita

( korus )
Di jaga dan lena kukuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu

Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi
Bersamamu...

Kubinakan mu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri

Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat di hati
Manisnya asmara 
Kekal selamanya --

Nothing Else Matters


Salam November. last entry aku two weeks ago. dah la two weeks ago, panjang berjela macam karangan spm pon ade. naek menyampah kawan-kawan nak hadam =P

bila sampai duaminggu tak sharing ape-ape kat blog, momentum nak menulis menaip tu jadi agak lambat dan agak susah jugak kot untuk jari jemari menari.. hermm tapi perasaan dan tangan sangat menggelegak untuk sharing sesuatu. 

hermm untuk last two weeks, ada beberapa perkara yang aku setelkan dan macam biasalah dengan bantuan rakan-rakan sekeliling jugak.

Pertamanya--aku tolong hantar dan tolong amek Bro Renjer Sungai kat KLIA sebab dia terpilih menerima enterprenuer award kat Bangkok, Thailand. aku ada cite pasal tu kat sini.. Ofkos la aku tak pegi sendiri disebabkan aku memang tak pernah p kemana-mana sorang-sorang.. Aku mintak tolong partner kerja aku (Cik Ida) temankan pastu aku roger Ex-Boss aku dulu (En.Nafis Adha) untuk tolong guide kitorang untuk masuk parking kat KLIA tu. Giler engko kalo aku p sorang konfemla aku terkial-kial pastu end up aku nanges je karang sebab tak jumpe jalan.. wahahaha
*Terima kaseh Encik Nafis sebab baaaaanyak tolong saye T_____T

Keduanya--Alhamdulillah Karnival Fiesta Jalur Lebar 2013 pon dah berjaya kamiorang hadap walaupun baaanyak rintangan dan dugaan yang kamiorang kena telan sepanjang sebelum-semasa- selepas program.. yang penting kemunculan Upin Ipin + Azmeer + Jalil Hamid memang kasi havoc habes lah fiestajalurlebar kamiorang tu.. weehuuuu ~






Bersyukur diletakkan dalam satu Team yang sangat supportive dan membantu rakan-rakan lain ;)


Nak Menitis Air Mata



salam november. 

aku ada sorang kenalan. beliau pada aku sangat tabah. tabah sungguh. diuji seawal usia 3 tahun. terlibat dalam kebakaran rumah. burn injured agak kritikal pada seluruh muka. telinga dan tangan kiri. 

meniti usia hingga dewasa bukan satu perkara mudah. 
sedangkan kita yang agak sempurna kononnya --
membuat segala kerja menggunakan tangan yang dua.
sedangkan dia hanya ada sebelah yang sempurna.
dengan itulah sahaja dia selesaikan segalanya.

caci-cemuh-hina --
sudah biasa di telinga dia.

"pedulikkanlah orang nak kata apa,
cuping telinga pon aku dah tak ada.
biarkan lah..
nanti Allah pandailah bagi dia rasa"

begitu jawapan dia.
selamber gila terima segala.
jiwa pon kental gila.

cuma kadang-kadang menitis juga airmata jantan dia.
mana taknya, depan cermin -- tengok rupa :


"macam alien je kadang-kadang aku rasa, ana"

pernah dia cerita meluah rasa segala.
menitis airmata dia tiap kali tengok rupa sendiri katanya.
aku yang jiwa perempuan ni lagilah sebak sayu segala.
jenuh tahan asalkan jangan mutiara jernih turun menggila.

cuma yang aku selalu khabarkan pada dia--
sabarlah. solat dan doa.
itu tiang utama.
buatlah apa saja.
datanglah ujian seberat mana.
kena yakin saja.
Allah ada.

kehidupan dia :
dari seringan kerja, hingga seberat beratnya, semua dia boleh saja.
cuma kadang hati kita yang melihat saja tertanya-tanya, boleh ke dia?

kerjanya, jiwanya -- lebih kepada alam. SUNGAI lebih tepatnya.
bukan dia tak cuba mohon kerja.
sudah berjuta tangga dia teroka.
jawapan yang sama saja -- negatif semua.

mohon kebajikan ? 
kalian tak pernah minta bantuan.
maka ramai antara kita tak pernah rasa malunya tebalkan muka meminta-minta.

aku pernah temankan dia mohon itu ini segala.
bukan mudah. banyak birokrasinya. sungguh.
menyinis pandang tak payah ceritala.
aku yang peneman ni pulak kadang yang lebih terasa.
dia rilek saja telan semua.

selama hidup 30 tahun lamanya,
setiap malam bertakung airmata,
mengenang nasib diri yang berbeza dengan lain manusia,
kini dia boleh tersenyum bangga.

satu satu berita gembira hadir dalam hari hari dia,
dapat sahabat maya,
Najib sendiri bagi anugerah usahawan pada dia,
Ya Allah, ujian selama ini terasa berbaloinya.

bila kini kemanisan mula menjenguk dia,
ramai pulak yang dulunya mencaci hina, perli ape segala ,
mula kipas sini sana.
cissss ! dasar manusia.

tak apalah, biarkanlah mereka.
mungkin mereka tak faham apa ertinya pedih macam dia rasa.
harini perli perli -- esok dah lupa.
tak apalah. biarkan.

doa aku satu saja--
apa pon juga yang datang di hari muka,
jangan sekali sekali lupa DIA.
ujian datang dalam macam macam perkara.
ingat satu saja ya.
sujud pada DIA.
tak kira apa juga.



*kenalan yang aku masudkan adalah (Mohd Saiful B Isa) Renjer Sungai. dia tabah gila. kaki pancing majoriti kenal dia.bukan sekecil-kecil dugaan dia kena hadap. aku sendiri kalo diuji tahap sebegitu, mau rebah ke bumi. aku sebak -- sayu semua ada. sebabnya, pada mula aku kenal dia dulu, memang dia sendiri cakap dia zero. pendidikan tak tinggi.semuanya dia rasa rendah diri. malu. tapi sekarang aku sendiri menitis air mata tiap kali tengok video pendek tu. try la tengok. siapa yang pernah alami je akan faham.



sumber : email Renjer Sungai


*syukur alhamdulillah sekarang kemanisan datang satu satu dalam hidup dia. dia bakal ke Bangkok pulak sebab terpilih sebagai salah sorang pemenang "Connecting at the Roots". aku tumpang bangga sebab dapat kongsi ilmu tentang komputer dan internet dengan dia selama ni. tak pernah sangka akan jadi sampai ke tahap global seglobal ni. Tahniah untuk Renjer Sungai.

*maaf pada kalian² yang singgah ke sini tapi aku belom buat kunjungan balas. agak sibuk dengan hal² karnival yang bakal aku dan team kerja aku hadap pada 22, 23 dan 24 november ni..