Feveretable : air masak

11 February 18 Comments
hai engkorang. woahh semenjak dua tiga menjak ni cuaca panas gila. tu baru panas dunia. bila musim panas ni konfemla tekak asyik dahaga je. aku dulu memang jenis susah nak minum air masak. aku jenis yang minum air masak tapi kena yang sejuk baru kuar peti ais punya.. kalo yang tak sejuk memang aku tak pandang. huhhh dasar memilih engko ni ana =P 

tapi--

itu dulu. kini tidak lagi.. macam iklan jual produk pulak. ehh nak cakap pasal minum air masak tadi sebenarnye. sekarang ni, minum air masak dah jadi habit aku. manusia boleh berubah kata orang.. aku sendiri pon tak pasti entah sejak bila dan bagaimanakah aku mampu menjadikan aktiviti minum air masak ni satu habit. kalo sebelum ni kemain la susahnya tekak ni nak telan air masak yang tak sejuk tu. memilih.. 



sebenarnye memang kita kena minum air masak sekurang²nya 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas sehari. haaaa 2 liter engko ! lalu ke ? aku sekarang train diri aku untuk wajib habeskan 1 liter air masak untuk sesi masuk kerja pagi (dari kul 9 sampai kul 1 tengah hari) pastu untuk sesi petang pulak (2.00-6.00) kena habeskan lagi 1 liter.untuk satu bulan dalam Januari aritu agak positif sebab aku berjaya jugak habeskan setiap sesi pagi tu 1 liter.. sesi petang je kadang tak habes. sebab banyak sangat aktiviti yang kena hadap pastu sampai  tak sempat nak minum =.='

dan baru² ni pihak SKMM ada datang bawak goodies yang ada logo skmm untuk diberikan sebagai free gift pada peserta yang join program yang bakal dianjurkan oleh aku dengan partner aku Ida.. antara goodies tu ada jugak botol air 1 liter... kaler pink lagi tau ! ohsem sangat untuk gegerl macam aku kan ? hahaha 


Floor Mats

10 February 11 Comments
salam engkorang semua. harini mommy dengan daddy *wahhhhh mommy daddy sangat engko =.='   ikot rombongan kak ton ke port dickson. bawak kan pengantin anak jiran aku. satu bas peginye. over kan pegi sampai satu bas ? ehh takdelah over sebenarnye... memang dah jadi macam trend orang dalam felda ni, kalo anak dapat jodoh orang jauh, pastu pulak kalo rezeki lebih, memang mak ayah akan sewa sebijik bas pastu angkut la jiran tetangga join rombongan tu.. sambil jalan-jalan nengok tempat orang gittewwww ~

kemain eksaited lagi mak aku dari malam semalam dok mikior ape yang nak di shoppingkan.. yerlah sebabnye rombongan pengantin tu area port dickson--negeri sembilan. dah tentu lah pit stopnye --- Nilai 3 yang sangat bernilai tu. bawak seribu pon boleh tak tinggal nilai sekupang pon dah nanti =P
pastu petang tadi balik je dari kerja, aku tengok lah ape hasil rampasan mak aku. sekalinya naahhh amek engko. mak aku borong floor mat untuk cucu dia. maklumla cucu ada sorang tu je.. aslkan terpandang je Boboiboy ke otromen ke, super heroes ke, memang otomatik je mak aku akan rembat untuk cucu dia.

yelah selalunya kalo untuk cucu, memang segalanya dapat lah. untungla engko cu dapat nenek macam gini.

Feveretable : Rainbow Cookies

08 February 12 Comments
sekarang ni macam trending pasal rainbow cookiess.. ramai jugak member aku update pasal menatang cookies ni.. pastu pulak kat instagram lagi la ramai pakat update betapa nikmat dan lazatnya RC nih. majoriti depa ni menggambarkan RC ni sangatlah heaven lazat dia. sampai tahap apa pun aku tak tau. expert sungguh markerting teknik diorang nih semua sampaikan aku tergoda.. hahaha

so disebabkan teruja yang amat sangat tentang betapa nak merasanya camna tahap kelazatan RC ni, aku pon tak amek masa lama. aku terus order. sebabnya aku dah round sekitar pekan area tempat tinggal aku ni memang takdak seller jual benda nih. demmmm sungguhla.

dan sebenarnya pulak, kalo aku nak buat sendiri sememangnya tak lah. konfem satgi tak jadi.. hahaha.. 

aku order dari Wawa hari selasa malam. tengah hari jumaat dah sampai. masa abang posmen datang hantar barang tu aku memang dah agak menatang ni. tengok je saiz kotak dia, lagi bertambah tinggilah level kekonfidenan aku. ahaaakkss ! lepas setel je sign--abang posmen pon dah belah, hape lagi.. seraaaaanng ! 

hermm aku tak tau nak cakap rasa dia camna. tapi tekak aku merasakannya lazat. sipbaik aku beli dua balang terus. 1 balang ada 50 pcs. satu balang setel aku hadam sorang kat ofis. satu lagi aku bawak balik bagi adik aku si Aiman merasa. sebab niat aku beli ni pon untuk share dengan budak aiman ni. dia la dok provoke aku -- dok buat ayat ceni tiap hari :

"kak... hang rasa rainbow cookies tu sedap dak?" 

chitt buat² tanya konon. aku tau hang nak soh kakak hang ni beli sebenarnya. hahaha

*sesapa nak order, request je kat Wawa tu.. pastu mention je dapat tau dari Anamizu. inshaAllah dapat harga terbaekkkk punya ;)


Feveretable : Pusat Internet 1 Malaysia

07 February 6 Comments
salam jumaat engkorang. semoga Jumaat engkorang semua indah-indah belaka.. aku macam biasa harini masih on duty sorang-sorang sebab Ida my partner officially berehat sampai this sunday dan tempat kerja aku ni pulak memang open seven days a week, from 9 am to 6 pm daily. phewww bapak letih =.='

tujuh hari seminggu. non stop. nak cuti pun kena bergilir-gilir je lah. sebab kamiorang memang takleh cuti bersama-sama unless memang public holiday contohnya hari-hari cuti perayaan SAHAJA atau pun public macam befday agong ke. befday sultan perak ke. selain daripada tu memang kena on duty.. wuhuuu ~

*ini masa training class. nampak heppy je semua*
*kalau masa handle kaunter, phewwwww penat baq hang ! *

dan job scope kamiorang pulak basically handle basic IT training untuk warga Felda dalam sini.. tak kiralah dari sekecil budak sampailah yang sebesar bapak budak dan jugak atok nenek budak..yuran yang dikenakan adalah RM10.00 sahaja dan ada dua pakej :
  • satu -- pakej keluarga (mak atau ayah daftarkan anak beranak plus cucu atau cicit sekali as long as stay with them dengan hanya bayar seploh hengget untuk seumur hidop) atau 
  • pakej individu (seploh hengget jugak bayarannya tapi hanya menggunakan nama sendiri sahaja)
so itulah kami. aku with my partner Ida. kamiorang berdualah kakak cantikkk yang selalu bagi training free pada semua orang yang sudi nak datang belajar guna komputer.. meh la datang tempat kamiorang weeeeee

Floor Plan

07 February 9 Comments
pheww harini packed gila kat tempat kerja. and harini my partner (Ida) dia dapat kerja half day je. sebab suspected kencing kotor.. pitty her. kisahnya begini : 

Ida story me on dis early morning : dari tengah malam semalam lagi dah rasa tak selesa. asyik terasa nak ke toilet je. tapi bila kencing, sikit je. pastu rasa sakit semacam je. dulu pun pernah kena jugak. and doktor sah kan kena kencing kotor. so bila tengah malam semalam asyik jadi benda yang sama,so aku dah agak mesti kena lagi. start dari pukul berapa entah asyik repeat ke toilet je.. air kencing aku siap ade macam ala-ala berdarah pulak tu.. aku dah cuak gila masa tu ana.. aku pun minum la air masak banyak-banyak untuk neutralkan balik kaler air kencing aku.. entah sampai pukul 6.00 kot baru la air kencing aku jadi kaler jernih semula.. pastu barula boleh terlena =.='  

pastu  pagi tadi Ida masuk kerja tapi memang lesu betul la muka dia.. kesian aku tengok dia.. and after lunch break harini, dia sms bagitahu aku yang dia pegi klinik untuk amek ubat apa semua.. dan aku tak sanggup pulak nak biarkan Ida masuk kerja semula  so i decided to let her take a rest je lah dulu sampai dia betul² recover.. *baik tak aku? kehkehkeh

so after lunch break tu memang aku on duty sorang² je la.. dan harini fuhhhh ramaigilababeng orang yang datang.. customer datang untuk bayar bil memang dah wajiblah tiap hari akan ada datang.. pastu yang datang untuk begambar ic photo size, drafting surat untuk tuntutan cerai mahkamah, typing lesson plan.. printing assigments dah tentu lah ramai.. dengan student sekolahnya, student lepasan SPM yang nak apply IPTA online lagi.. pastu pulak dengan cikgu tadika datang mintak tolong buatkan floor plan and nak printing jugak masa tu.. hadoiyai tak benapas mokcik tau ! hewhewhew

dan memandangkan cikgu tadika nak floor plan tu tak reti sabar nak dalam masa yang cepat dan pantas, so aku dengan bangganya terus buatkan floor plan tadika beliau yang sangat cantik begini.



cun kan ? baik puji je lah. kesian kat aku harini tercungap-cungap pulun kerja sorang-sorang tau =.=' huwawawawa .. so nak yang cepat dan pantas kan??  itulah hasil dia. kalo jenis yang buleh tunggu lama, sempat la jugak aku cari mood dulu nak godek and buatkan cantik-cantik guna floorplanner dot com ke hape.. ehh tapi yang camni pun beliau dah cukup puas hati dan kagummmmm sangat tau. hermm yelah, dia nak printing kasi besaaaaaar punya pastu nanti dia akan buat sesi mengenal huruf dan menampal.. haaaaa gittewww