Fikirlah Dulu Sebelum Tulis

27 February 13 Comments
kat fesbuk memang macam-macam ragam status kita boleh tengok. dari cara penulisan status kat fesbuk pun orang boleh menilai diri kita kan ? sebab tu apa jugak yang aku nak tulis atau share kat status fesbuk, aku akan amek masa fikir dulu. sebab apa yang kita tulis--- orang yang membaca tak semestinya fikir macam apa yang kita fikir.
macam gambar ni--aku pinjam member aku share kat ig dia. betoi kawan dia kata-- NAFSU bukan kita buleh agak sampai tahap apa. kan?

Feveretable : Char Kueh Teow

26 February 8 Comments
salam engkorang. errr ampun sekali lagi. kali ni pon entry aku pasal makanan.. aku pon kurang pastilah kenape bulan ni banyak pulak entry pasal makanan.. dah macam jalan-jalan cari makan pulak dah aku rase ngeee ampun :') 
kali ni pasal char kueh teow plak.. aku ni selain  hantu chocolate, haaa ni benda ni lagi satu yang aku takleh tolak --- kuehteow. asalkan base ingredient dia ada kuehteow je memang aku tak tolak. bagi la ape saje : kuehteow goreng ke, kuehteow sup ke, kuehteow tomyam ke memang aku bedal..apetah lagi kalau charkuehteow memang konfemla aku tak tolak hehehe
aku ni kan bekerja dalam felda aku ni je.. sebelum ni (sebelum berakhirnya tahun 2013) memang ada sorang brader ni dengan wife die jual charkuehteow kat tapak pasar tani kat felda aku ni.. boleh kata tiap kali pasar isnin aku lah pembeli setia charkuehteow dia.. tapi masuk je duaribuempatbelas ritu dah tak nampak dah dia meniaga kat situ.. tak tahulah kemana dia bawak diri.. pastu nasib baik lah start januari aritu ada pakcik ni meniaga charkuehteow kat depan rumah dia.. sebelum ni wife dia memang dah lama meniaga goreng pisang dengan ABC kat depan umah tu.. tiap kali lalu lalang nak p kerja atau balik kerja memang aku singgah beli.. sekalinya bila dapat tau sekarang dia dah upgred bisnes goreng pisang dia jadi charkuehteow memang aku tak lepas peluang la ! pucuk dicita ulam mendatang la katakan kehkehkeh


Feveretable : Cheesekut

23 February 15 Comments
ok ampun. aku memang suka makan. tambah pulak kalo melibatkan bahan ada chocolate. memang hantu. kali ni aku terbeli ni  benda ni pulak-- cheesekut nama dia. mungkin sebab faktor basic ingredients dia ada cream cheese dan biskut cream cracker kot sebab tu dia dapat nama cheesekut. 

RESEPI CHEESEKUT MUDAH :

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm cream cheese 
  • setengah tin susu pekat (aku taknak manis sangat)
  • susu low fat / fresh milk / full cream (pilih salah satu)
  • biskut petak camtu (jenama apa pun terpulang lah ikut tekak masing-masing)
  • nestum / oreo / milo / M&M candies / chocolate syrup (untuk topping)

CARA-CARA:
1.Cream cheese tu satukan dengan susu pekat masuk dalam mixer atau blendkan aje sampai jadi creamy tekstur dia.
2.Celup biskut dalam susu segar (takyah lembik sangat. biskut acah-acah mandi susu ni tujuannye supaya lembut masa dimasukkan ke mulut nanti kikiki)
3.Susun biskut tu pastu lapiskan dengan adunan cream cheese + susu tadi tu.
4.Ulang step melapis tadi sampailah habis biskut dan cream adunan tadi tu.
*untuk topping taburkanlah milo ke, chocolate syrup ke atau apa saja ikut tekak engkoranglah hehe
5.Bila dah setel proses melapis + dah siap toppping tadi, masukkan dalam fridge / chiller beberapa jam.


aku beli je cheesekut ni. pada hal nak buat dia senang ya Rabbi. tapi sebab bizi dengan kerje kan *pada hal malas* so aku p je terjah kedai kek kak nana kat area tempat keje aku. memandangkan kedai tu pulak tak jauh, so memang lagi kukuhla alasan aku untuk p singgah beli. wahahaha adehh asyik makan sesaje =P

Fun Facts : Anak Felda

22 February 9 Comments


"untungla jadi anak felda"

aku benci tiapkali ada yang sesuka hati sinis keluarkan statement tu.
untung--rugi tu satu PILIHAN.
apa hang rasa-
jadi anak Felda, celik mata terus kaya?
kalo bukan sebab mak-pak bersussahpayah masuk rancangan,
tak payahla nak eksyen jadi anak Felda.

apa hang ingat-
nak tunggu hasil sawit keluar,
tunggu sehari dua ?
makan tahun wa cakap lu.

ada yang bungkus kain baju,
balik kampung, tak tahan nak tunggu.

bila sekarang, Felda dapat macam-macam,
senang tempek ayat sesuka hati :

"untungla ko anak Felda, semua dapat"
"untungla hang cucu Felda, semua ditanggung"

dulu-dulu masa zaman susah,
ada yang amek kesah ?

tak duduk dalam kasut kami,
tak payah nak banyak bunyi.

Feveretable : Online Coloring

20 February 11 Comments
salam. pasal entry whoopie pie sebelum ni. dia bukanla exactly rasa macam cocopie tu. kan aku cakap tulis dia punya rasa ada sikit² macam cocopie. sikit je la. sebab aku kan beli dua flavor -- red velvet (inti vanilla) dengan chocolate (inti mint) haaaaaa yang chocolate tu je la ada sikit rasa macam cocopie. pastu macam rasa hero yang  ala² cocopie tu pon ada jugak.. ok dah. cukup pasal whoopie pie. skang aku dok ushar pasal #crunchychocmonday pulak kat instagram.. kemain pulun lagi deme² pakat sharing--hashtagging pasal menatang crunchychoc nih. huh nak kena order sedaihh nih baru ngamho ! =P

ok habes bab whoopie pie =P whoopie dah selamat jadi poop dah pon wakakaka.. ohhhh btw kan aku ada cakap job scope aku sebelum ni cemane.. so ini salah satunya --- training class with kindergarten kids.setiap selasa dengan khamis cikgu diorang akan datang bawak diorang ke center (ofis) aku untuk sesi gunakan komputer (9.30 pagi -- 10.30 pagi) aku akan handle diorang sepuluh orang selalunya untuk satu sesi.. 

ada antara diorang ni yang 4 tahun, 5 tahun dan jugak 6 tahun.. selalunya untuk kelas yang 4 tahun hari selasa dan kelas untuk 5 dan 6 tahun hari khamis.. kena asingkan sebab tahap kefahaman tu tak sama.. pastu pulak diorang kan bebudak kecik lagi, memang eksaited gila la bila bab-bab gadget / komputer apa semua ni.. belom bagi arahan apa-apa lagi diorang dah kalut nak tekan.. melayan sepuluh orang ni perhhhh buleh pengsan gak wo kalo tak kena gaya hahaha

partner aku si Ida memang surrender awai lagi dah-- 

"aku takleh la Na nak handle bebudak kecik ni.. tak pandai nak tolerate.. hehehe"

aku ni pulak, memang bebudak jadi cepat rapat.. kemain nak melekaaaaat je kemana aku pegi.. sampaikan ada yang takmo balik.. nak kak ana yang antarkan balik.. jenuh jugakla cikgunye memujuk sampaila die mau ikot cikgu.. adehhhh =P