Juling Bijik Mata

18 July 10 Comments
Yaaa mood rajin aku mai dah.. kalau mai angin rajin, kemain lagi aku pulun hadap skrin godek coding blog ni.. kalau mai mood malas -- sampai berbulan la aku buat tak peduli langsung.. dari awal blogging dulu lagi dah aku perati je perangai aku sendiri jenis cemana.. hahaha 

Bukan apa, (selama kewujudan diary-kecilku ni) aku ni jenis tak berapa buleh stay dengan satu tu je dalam berblog. maksud aku dari segi template, jenis font, warna, dan jugak susun atur.. Aku jadi cepat cemuih (jemu lah kata orang utara hehehe)

Untuk part header saja kalo ikot yang dok ada dalam koleksi aku, fuhhhh ada gak la sepuluh kot.Tu baru header.. tapi kebanyakannya memang hasil air tangan aku sendiri la yang tak berapa nak seni ni hahaha.. dari segi template pulak -- berdasarkan hasil kajian yang aku buat atas diri aku sendiri, aku dapati aku lebih banyak gunakan simple template. Faktor utama dia adalah sebab dia simple la. senang nak godek. hehe

Pastu dari segi jenis font pulak setakat ni aku cuma guna font jenis Verdana, Trebuchet MS, Comic San, Consolas dan yang paling latest skang ni aku guna font Short Stack. Dari segi warna pulak, memang aku lebih suka warna cerah putih camni. bukan apa sebab aku selalunya on dikala malam bulan mengambang jadinya haruslah guna kaler yang terang benderang kalo tidak nanti jenuh pulak meraba aku dalam kelam kehkehkeh

Dari segi susun atur, tak banyak berubah pun.. semuanya base on simple template je.. Mood rajin dok ubah template / coding blog ni bagusnya adalah dapat memantapkan lagi lah skill mengenal dan menggodek coding. Tapi yang tak besnye adalah mata naik  juling la jenuh dok perati coding nak capai tahap puas hati yang kita letak sendiri tu kikiki

#PrayForAll :'(


Jeng..Jeng..Jeng..

18 July 28 Comments
Alhamdulillah pejam celik - pejam celik dah nak masuk duapuluh hari dah kita puasa.. siapa yang takdak lobang lagi puasa dia ? angkat tangan nak tengok sikit muka hehehe. Tahniah lah sebab belom tinggal lagi kan.. aku pun alhamdulillah setakat ni berjaya lagi puasa.. moga-moga teruslah sampai hari last puasa, senang tak gaduh nak ganti nanti hehehe

Ini hari hati manyak sinang lah. Muka pon maaaaanyak lebarlah itu sunyum.. Apa pasal ? haaaa nin dia la nak habaq mai.. Awal pagi tadi masa aku sampai je kat depan pintu masuk ofis aku ni, ada satu barang ni dalam bungkusan baekkkkk punya kaler pink parcel tu.. Aku dok pikir bilamasa aku ada order barang online ?

Owhhh maybe ni barang ofis punya la ni -- aku dok monolog dalam hati la..

bila aku belek pusing, uiiiii ada tulis nama aku la ! Makna kata memang untuk aku lah.. errmm tapi yang peliknya takdak pulak nama atau alamat pengirim ke atau daripada siapa.. Arhhh pedulikkanlah. Asalkan dah memang tertulis nama aku ber binti kan ayah aku. tapi aku dok musykil lagi pasainya kalo posmen yang mai antaq, takkan dia buleh mai letak camtu ja sebab mesti kena sain otograf bagai pastu baru dia bagi barang.. takpa.. takpa.. rilek..

Dengan penuh rasa kuriositi, aku pon bukakla bungkusan yang ada nama aku tu.. tup-tup bila bukak, nin dia la barang dalam dia. haaaa ce teka apakah benda yang kaler coklat siap ada sulam tu ? hehehe fuhhh pastu siap ada wallet bertemakan batik.

dan yang lagi wow adalah bila wallet tu aku bukak-- kat dalam dia tadaaaaa ada sebuah sekeping sampul raya. ishh ini lain maciamm je ni.. aku dok bajet ada orang nak prank aku ke apa ni. Toksah la dok buat hangit bulan posa ni.

Tapi alangkah terkejutnya aku. dan terus aku wow buat kali kedua sebabnya dalam sampul raya tu pulak siap ada jeng jeng jeng tudia !!! aku tak tau nak kata apa. terkejut dan terkesima sungguh. aku tanya gak partner kerja aku kot dia tau ka sapa yang bagi tapi dia pulak memang taktau la sebabnya dia pon rasa kalo posmen yang mai antaq tak pernah awai pagi buta. paling awai pon slalunya dalam pukul 12 tengah hari camtu la pun baru sampai.. 

Tapi takpa, siapa sekalipun yang bagi, aku sangat berterima kasih banyaklah sebabnya aku memang ada terniat nak beli, tup tup tudia terus ada yang bagi. siap pakej dengan duit raya pulak tu ! hadoi syukurnya rasa.. dari pagi sampai habeh kerja dok senyum lebaq sesaja aku harini.. Allah bagi doa aku tu sampai kat hati orang yang bagi ni dengar apa yang aku doa (Paham ke ayat aku nih ? )  Allahuakbar.


semoga melimpah ruah rezeki siapa yang memberi :)
Hurmm tapi.. tapi.. tapi kan.. aku dok risau gak lagi ni.. kot kot la nanti yang bagi ni, mai tuntut balik kat aku sebab dia salah bagi ka.. ishh tapi ada nama penuh aku dah pun.. hurmmm

#prayforMH370
#prayforMH17
#prayforGaza
#prayforall

Jangan Jadi Camni

15 July 35 Comments
Ya ampunnnnnn ! Nak kata tua, takdela tua sangat. Nak kata aku banyak makan kepala ikan, pun tidak sebabnya aku memang tak berapa nak minat kepala ikan.. Mungkinkah sebab banyak TERminum air yang banyak semut ? Hishh hape daa nak salahkan semut pulak.. Pada hal sendiri yang lupa.

Frankly speaking lah kan, cheyyyy todia kemain lagi engko nak frankly bagai hahaha.. Takdelah sebenarnye aku memang jaaaaaarang sangat terlupa kalau yang melibatkan perkara-perkara penting contohnya : tarikh kena service kereta, tarikh kena renew lesen / roadtax dan yang berkenaan.. Malah, aku ni lah insan yang selalu jadi tukang ingatkan pada insan-insan tersayang di sekeliling aku..


Tapi kalini entah mana silapnye, aku pun tak tahulah. Aku sendiri boleh pulak terlupa yang bahawasanya lesen memandu aku dah tamat.. Bermula pada tahun bila entah dah dikuatkuasakan yang tarikh luput lesen memandu adalah pada tarikh lahir kita sendiri kan ? salah satu puncanya deme buat camtu adalah untuk nak kurangkan alasan 'terlupa lesen dah tamat tempoh'. Yela dah tarikhnye sama dengan DOB engko, takkan lah lupe lagi kan? tapi kalau benda dah nak jadi, memang Kun Faya Kun jugak.. bukti nya? ni ha. aku sendiri buleh terlupa. bukan satu -- dua hari pulak tu.. lesen aku dah expired 13 Mei haritu. dan aku baru tersedar dua tiga hari lepas ! itu pun sebab aku dengan partner kerje aku dok belek-belek ic masing² pakat dok tengok muka makin membulat dengan jayanya hahaha

Rupanya selama dah expired dalam lebih kurang dua bulan lebih ni, aku kemain lagi ke sana sini dengan konfidennya.. Sampai dah 2--3 kali p Ipoh, Kampar, Subang apa segala bagai.. Sipbekla takdak jadi apa² yang tak diingini selama dah mati lesen nih.. haisshhh ~ 


Makanya, kemarin dulu tu aku pun apa lagi. Kalut la p ke JPJ Tapah untuk renew. Sipbekla orang tak ramai memandangkan bukan hari Isnin.. Takyah beratoq lama la aku kat situ.. Amek nombor -- bayaq -- snap gambar terus kat situ -- tunggu 2,3 minit -- setel . Aku tak tau lah memang sekarang ni minimum period untuk renew lesen adalah memang 2 tahun ke atau disebabkan aku ni terlewat, so dia kata takleh buat setahun dik, kena minimum 2 tahun.. errr ke cane ea?

Lesen baru sekarang ni dah tak mainla yang laminate-laminate tu.. sekarang ni dah canggih.. lesen dah jenis keras macam ic tu.. kehkehkeh.. Alhamdulillah  masih dilindungi. Allahuakbar. Ingat naaaa, jangan jadi lagu ni ok ? :)


Jangan takde

14 July 14 Comments
Bila aku terbaca cerita ramadhan tahun lepas kat blog Cero, aku sengeh sesorang sebabnye aku antara pembeli murtabak tegar tiap kali ramadhan.tapi berbeza dengan kisah Cero --- peniaga murtabak tu pompuan. untuk kisah aku pulak --- peniaga murtabak tu lelaki. hehe

Tiap kali Ramadhan, juadah wajib kena ada tiap kali aku nak berbuka puasa adalah MURTABAK. ya murtabak.. murtabak ni pulak kalo lain tempat, lain cara kuah / cicah dia.. macam kalo area utara (Penang,Kedah,Perlis) selalunya peniaga akan bagi cicah dia hirisan bawang yang digaul dengan cuka which is yang tu aku paling tak suka.. aku prefer murtabak yang didatangkan dengan kuah kari / gulai.. 

Makanya, tiap kali hari pertama Ramadhan, aku akan buat survey dulu pada semua peniaga yang jual murtabak (untuk make sure dia bagi kuah apa) kalo bagi yang bawang tu semata-mata sebagai kuah memang aku takkan beli lah kat peniaga tu kehkehkeh.. tiga tahun masa aku duduk Penang dulu, memang murtabak lah makanan wajib aku beli tiap kali p bazar. maklumlah masa tu student, makan pun kena bajet sebab taknak miss shoru beb ! so kena pandaila ejas perut dan jugak tekak untuk tidak jadi haloba semasa ke bazar. so kena beli murtabak + (cucur/mee/kueh teow/laksam) + buah-buah. itu la menu wajib masa zaman merantau dulu. 

Kat bazar yang aku pegi tu, cuma ada 2 peniaga je yang jual murtabak. pastu pulak cuma 1 peniaga tu je yang ada bagi kuah kari dan bawang tu sekali.. maknanya aku memang jadi pembeli tegar dia la setiap hari sebab peniaga yang 1 lagi tu cuma bagi kuah bawang cuka tu je.. makanya setiap harilah aku jumpak brader murtabak ni. ada 3 orang yang handle gerai tu. sorang tukang tebar dan dua lagi tukang bungkus.. untuk minggu pertama puasa tu memang diorang tak menang tanganlah sebab memang ramai gila yang datang beli. aku pulak memang jenis akan datang---order nak berapa keping--pastu aku teman member round bazar tu dulu. dah nak on d way balik tu baru aku singgah amek. dan macam tu lah hari-hari seterusnya..mesti korang bajet aku ada kesah percintaan ke hape dengan brader murtabak ni kan? malangnye non hado ! ahaksss

Pastu sekarang ni bila dah kerja, pun masih sama jugak selera aku tiap kali berbuka puasa. masih murtabak. cuma bezanya sekarang ni, aku tak lagi pergi beli setiap hari murtabak tu.. kadang-kadang aku yang pegi beli dan kadang-kadang abah aku yang pegi belikan.. dan kalau dulu aku cuma beli paling banyak pun dua keping je, tapi sekarang ni disebabkan adik aku si aiman tu pun dah terjebak sama jadi pemakan murtabak tegar time berbuka puasa, jadinya memang tak cukupla kalo beli dua keping je. haruslah beli 3 atau 4 keping gittewww ~

*aku memang jenis tak makan nasik tiap kali berbuka puasa... setiap hari sahur pulak aku makan nasik goreng + berlauk ayamas je(selain pada tu tekak aku takleh telan sepanjang sahur)






July | Jom Jaga

06 July 5 Comments
Dah julai.. disebabkan tenet P1 slow mengalahkan siput cadbury beberapa hari kebelakangan ni.. atau lebih tepatnya beberapa minggu lepas, makanya aku memang batalkan je lah niat nak update ape-ape.. naik menyampah pulak tiap kali loading page pastu aku tunggu punya tunggu punya tunggu, hapa pon tarak.. yang keluar cuma 'cannot display the webpage'

huh seriyes rasa macam chiskek betol la ! selama ni tak pernah jadi slow tahap gaban camni.. sampaikan tiap kali aku buat speedtest, cuma dapat KOSONG point something je speed untuk download.. sebelum ni paling teruk pun setakat below than 2Mbps je.. rupanya bosses aku inform ada problem kat pencawang main base station itu hari kena lightning strike katenye.. technician tunggu barang yang diorder sampai untuk ganti barang yang rosak tu, so sebab tu la line jadi slow tahap mencabar keimanan sementara tunggu replacement tu.. 

aku dengan partner bukanla ape, yelah dah awok keje pun kat pusat internet, bila jadi je problem gini berlarutan sampai almost two weeks, mane tak panas telinga bila tiap kali customer datang je kene sembur :

"korang ni tak buat keje ke ?"
"takde report kat orang atasan ke?"
"dah dekat 3 minggu dah ni, apsal tak ok lagi ni?"
"kalo dah memang jenis makan duit customer, memang camni lah jadinye"

Fuhhh mencabar keimanan wo.. tu pun sipbek aku pikir customer semua orang-orang kampung sendiri gak, malas nak balas pape. buleh balas senyum tawar je la pun.. dah nak wat cane, benda tu diluar bidang kuasa aku dengan partner aku.. boleh buat report je la setiap hari kat Bosses pasal speed slow tahap teruk + mengecewakan + mendukacitakan, pastu kena tunggu je la. bukan buleh nak p ejas sendiri kat base station tu ke hape. 

Sipbek pulak la Ramadhan. Jenuh ajar diri sendiri jadi lebih sabar. Phewww =.='

Salam Ramadhan :)