Dalam Gua

19 December 12 Comments

Satu hari harini coverage Maxis down di kawasan aku ni. Bermula jam 8.35 pagi lebih kurang dia mula takde coverage langsung. Saya tunggu punya tunggu punya tunggu -- bulan tak timbul timbul.Eh silap. Itu dialog filem Seniman Bujang Lapok hehehe. Aku tunggu punya tunggu, jam 6.50 petang lebih kurang barulah signal Maxis fully up semula. 

Takdelah tunggu sangat ekceli sebabnya nasib baik jugak aku ada simkad Celcom. Dan nasib baik jugak line internet Celcom dan P1 Wimax tak buat hal harini. Kalo tidak memang rasa macam duduk dalam gua lah.

Nasib baiklah minggu ni start dari sabtu haritu membawaklah ke harini, partner aku pulak yang cover jadi mandor tengok progress renovation ofis tu. Dapatlah aku rilek-rilek goyang kaki goyang jari jemari dok ziarah blog kengkawan kat rumah. Yelah sebelum ni aku dah bagi chance dah partner aku honeymoon dok dengan hasben dia dulu sementara aku boleh cover. Kesian gak kat dia sebab PJJ dengan hasben dia. Kita yang bujang ni kena bagi chance lah. Satgi bila kita dah kawen dia mau kena paham la pulak kikiki

Pastu start pagi tadi dia pass semula baton kunci ofis kat aku sebab dia ada urusan kena balik ke Salak Tinggi. Jadi mula baliklah tugas-tugas jadi mandor aku. Yang seronoknye memanglah buleh stanby je dari rumah. Tapi yang part tak seronoknye tu sebab kita jadi terikat. Tak boleh nak kemana-mana (keluar dari kawasan) sebab nanti akan ade je kontraktor lah call nak hantar barang, supplier barang lah call nak check itu ini, team cabling lah call. Phewww 'letih' jugak sebenarnye jadi mandor ni. Aku lagi rela dok ofis macam sebelum ni sebab memang dah tawu dah kerja apa kita kena setelkan.

Takpe, sabaq Ana. Less than 2 weeks hopefuly semua setel dan tadaaaaaa tak sabaq nak tunggu Januari dan ofis berwajah baru. Weeeee~ :D


Dapat Dah! | GiveAway By Jindrisska

19 December 30 Comments
Alhamdulillah dapat hadiah dari Give Away by Jindrisska (Siti Aisya Ibrahim) yang aku join end of October haritu. Balik daripada jadi mandor harini tetiba mummy cakap :
"Kakak tu ada posmen hantaq apa benda tah tadi. Dalam envelope tu. Kakak order barang online lagi ke?"
Oppss kantoi anak dia selalu online shopping kikiki. Sebenaqnya aku salah sorang pemenang yang dapat keychain Paris daripada GA Kak Aisya hehe. Mekaseh kak Aisya pos hadiah kecik comey ni jauuuuuuuuh nun dari Germany.

Sedih sikit sebenarnya sebab satu daripada kaki Eiffel Tower tu patah. Yelah turun naik kapal apa segala kan, sampai kat tangan aku tup tup envelope tu pon dah rabak sikit T___T  Dah la aku eksaited dapat hadiah jauh nun dari obersea haa. Sampai hati orang-orang kurier ni koyakkan envelope aku sobss sobss. Ehh tapi takpe, aku tersenyum semula sebab aku dapat DUA hadiah sekali yakni Eiffel Tower tu dengan SETEM Deutschland sekali ! Yeyyyyy muka ada sunyummm balik hehe. Again -- Mekaseh Kak Aisya . Moga terus dilimpahi sinar kebahagian bersama hasben tersayang kat Germany sana ;)


Dialek-Dialek di Negeri Perak

19 December 19 Comments

Negeri Perak memiliki sejarah yang setanding dengan sejarah Kedah Tua dan Kelantan Tua (Pan-pan,Tan-Tan,Chih-tu) dan Langkasuka.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa,ada disebut tentang negeri Perak yang bersaudara dengan Kedah,Patani dan Siam Lancang (kini terletak sekitar Champasak,Laos)

Negarakota Melayu (Malay city-states) yang terkenal di Perak adalah kerajaan Gangga Negara.Dalam Sulalatus Salatin menceritakan istanakota Raja Shah Johan,pemerintah Gangga Negara dikelilingi parit sebagai pertahanan seperti yang kita lihat pada Caerlaverock Castle.

Di negeri Perak,terdapat 5 jenis dialek iaitu:

1) Dialek Patani
2) Di Utara
3) Dialek Lembah Sungai Perak
4) Dialek Kinta
5) Dialek Selatan

Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman.Sebagai pengetahuan,Reman adalah sebuah negeri yang pernah wujud sekitar hulu Perak dan Jala (Yala) di Thailand kini.

Dialek Utara terdapat di sekitar bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai,Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis.Selain kedudukan geografinya bersempadan dengan negeri Kedah,faktor migrasi juga memainkan peranan akibat peperangan dengan Siam dan konflik antara pengikut raja.

Dialek Lembah Sungai Perak adalah dikatakan dialek asli negeri Perak.Ada juga memanggilnya sebagai bahasa Lambor.Ia berlokasi di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja.Dialeknya agak berbeza dan menjadi 'trademark' jika dibandingkan dengan dialek di negeri-negeri lain dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige" dan penggunaan perkataan era bahasa Melayu klasik seperti "ate" (hatta).

Dialek Kinta pula banyak bercampur-campur dengan dialek-dialek dari Siak dan Kampar juga dialek orang Banjar,Rawa dan Mendeiling.Faktor-faktor dialek dari seberang Sumatera ini adalah kerana daerah Kinta ialah daerah tengah Perak yang maju dengan perlombongan bijih timah,perdagangan dan aktiviti politik.

Akhir sekali ialah dialek Selatan iaitu terdapat di sekitar daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada penduduk yang datang dari arah Selangor kerana faktor sempadan dan konflik seperti perang saudara antara pengikut raja.

Memahami dialek asli Perak iaitu bahasa Lambor atau dialek Lembah Sungai Perak perlulah bersama-sama kajian bahasa-bahasa orang Asli di pedalaman Perak sebagai Aborigine atau Proto-Melayu sebelum kedatangan era kesultanan pada pada abad ke-16.


Aku anak jati Perak yang lahir di Bagan Serai (Utara Perak) tapi membesar di daerah Batang Padang dekat dengan sempadan Selangor. Jadi teman ni idokle pandey benor cakap dialek Lembah Sungai Perak tu sebabnye teman ni dari kecik sampey ke besor dengor orang keliling cakap dialek utara dan dialek selatan. Buleh le sikit-sikit nak meniru, pandey tu idokle kikiki

Ate cer kome komen ape bahase kome gune sehari-hari?  =P


Dah Keluar | Pemenang Contest Shopping With RM1212 at Lazada

18 December 18 Comments
Pheww setel dah episod Zahira (Slot Samarinda TV3) harini tadi. Sana sini status fesbuk orang dok menggila citer Zahira ni pulak. Maklumla Zara Zya dengan Adi Putra belakon. Ngamho betoi depa berdua dalam citer tu. Opp sori bukan nak citer pasal citer Zahira. Ada join dak haritu Contest Shopping RM1212 at Lazada ? Haaaa result contest sudah keluar maaa~ 
Akak², adik², abang² yang ada join haritu silalah pergi check result kat blog Iday kot² ada terselit luck kat sana ke siapa tahu kan? Haritu aku punya wishlist ada 3 benda (Huawei Mediapad + MIDEA Washing Machine + Elba Stand Mixer) dan nampaknya rezeki aku terselit dapat Elba Stand Mixer ni ha. 
Antara hadiah lain yang pernah aku menang hehe :
Menang RM1000.00 
Hadiah Dari Kak Anies
Menang Tab BenQ
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah yang memberi rahmat~ (nyanyi macam Kak Bed Abby Fana DJ SinarFm tu ye) Ke korang tak layan Sinar Fm sebab semua cakap SinarFM tu untuk orang veteren. Hey aku muda lagi tau. Telinga aku je suka dengar si Kak Bed tu bebel. Chisss~ =P