Sampai Bila?

07 September 20 Comments

Ramai yang dah perasan agaknya pasal pertukaran blogspotdotcom ke blogspotdotmy. Ramai jugak blogger² otai yang share pasal benda ni. Aku terbaca kat blog SayidahNapisah pasal benda ni. Sesiapa yang memang dah beli dan guna domain blog sendiri takde effect apa katanya. 

Ahah! Persoalannya sekarang, pada sesiapa yang guna domain free yakni guna blabladotblogspotdotcom akan jadi masalah hape? Macam aku ni lah salah sorangnye. Tapi aku rasa kalau macam blog aku ni takde effect apa pon kot sebabnye aku bukannya ikot teknik SEO ke adsense ke hape segala bagai tu semua. Main hentam ikot sedap tekak aku je nak sharing pasal hape. Pastu pulak blog pon suam²  Radix kuku  je. 



Pada yang mementingkan SEO dan jugak adsense tu semua haaa yang tu kot engkorang kena re-check balik kot ada effect sebabnya nanti maybe die tak crawl ke link yang betul. Pening² lalat pastu dia redirect ke web lain. 

Agaknye gitu la kot.
Kena tanya blogger otai la kalo nak lebih tahu.
Aku bukan blogger. kehkehkeh 




Sekodeng Part 1 : Perempuan

07 September 20 Comments


Aku ada 3 - 3 jenis member perempuan yang cenggini. Dan perangai pon memang berbeza diorang bertiga tu.

Jenis #1 tu memang dia pakai cincin sebab taknak lelaki kacau dia. Yelah sebabnye kalo orang lelaki tengok dia dah pakai cincin selalunya orang lelaki akan elak untuk kacau sebab dah berpunya katanya.

Jenis #2 tu dia pakai cincin sebab dia rasa pada dia cincin tu cantik. Member aku yang sorang ni memang belambak koleksi cincin. Kalo orang perempuan  lain pantang tengok tudung or baju mesti nak beli tapi dia ni pantang tengok cincin mesti sangkut.

Jenis #3 tu plak of kos la dia pakai cincin sebab dia dah berpunya. Dah bertanda dia ada yang booking..

Errr tapi.. tapi.. ada lagi 1 jenis. Member aku yang perempuan sorang ni dia pakai cincin sebab mak dia suruh pakai. Warisan katanya. Gittewww =P


Aku pulak jenis tak biasa pakai cincin atau gelang. Aku memang jenis yang tak berapa suka dengan eksesori wanita ni. Bukan tak suka sebab apa. sebab tak biasa.

Entah bila nak biasa gamaknye 



Selalu Singgah

02 September 39 Comments


Sepanjang bulan Ogos ramai yang sudi singgah sini. Terima kaseh semua yang sudi singgah bermesra rakyat dengan tuan rumah yang kadang² macam tak berapa mesra ni hehehe. Antara insan² yang rajin singgah kat blog ni sepanjang Ogos haritu :


Tak lupa jugak kawan lain yang selalu sudi jenguk blog tak seberapa ni. Antaranya Amir, Plain83, Bro Ley, Perdu Cinta, dan ada lagi beberapa insan yang selalu sudi singgah sini. Terime kaseh datang singgah. Kalau sudi nanti mai la rumah hehehe

Oh ya. Mohon doakan untuk rakan sekerja aku yang melahirkan baby dia pra-matang haritu 31 Ogos. Baby kecik sangat. Baru 900gram. Perlukan doa dari kita semua. Mohon doakan baby dan ibunya sama-sama kuat. Sahabat aku merangkap kawan sepermainan aku dari kecik dulu :"(




Selamat Bertunang

01 September 33 Comments

Haritu masa tengok² idea DIY untuk nak bagi hantaran bertunang anak jiran aku, segala macam jenis mak nenek bentuk roti, kek dan cupcake yang keluar. Sampai nak juling jugakla bijik mata aku tengok segala yang ada. Daripada idea lipatan kain baju, pastu gift set untuk bertunang, sampailah ke bab makanan. 

Semua aku tunjuk idea tu kat mak aku. 4-5 tahun sebelum ni, mak aku rajin jugak buat benda² untuk hantaran ni semua. Pantang ade anak jiran yang nak bertunang je mesti mak aku antara insan paling sibuk cari idea. Eksaited lain macam sikit perginye. Maklumlah, abang long aku dah 8 tahun selamat nikah. Ada hero sorang dah. Mak aku jadi eksaited la gamaknye sebab dah lama tak kenduri kat rumah sendiri kehkehkeh =P

Daripada semua idea yang aku usulkan kat mak aku, last² cupcake yang menyerupai Cookie Monster ni yang berjaya menawan hati sanubari mak aku. Kesahnye, berusaha sehabes gigih la jugak aku bodek akak guardian of galaxy sorang tu untuk tolong aku buatkan cupcake bentuk mende nih. Bile dah siap, nampak comel sangat la pulok. Terus rasa macam tak mau bagi kat anak jiran tu. hahahaha. Tapi sebab dah memang niat nak bagi, kena lah bagi. Mana boleh tak bagi kehkehkeh =P



Allah Menentukan Segalanya...

31 August 5 Comments


Kesahnye pasal partner kerja aku --- Ida. Dia TERbersalin awal. Kelahiran yang sepatutnya bulan Disember nanti tapi baby dah keluar 31 Ogos 2015 jam 4.44pagi kat Hospital Kuala Lumpur. Petang sebelumnya tu Ida dan suami dia pergi ke Melaka untuk uruskan check out adik ipar dia pastu sempatlah berjalan-jalan di sekitar Melaka.

Balik je dari Melaka tu, terus air ketuban keluar tak benti. Terus lah ke HKL untuk rujukan. Pastu doktor terus nasihat untuk stay kat wad supaya senang pihak hospital nak monitor. Sekalinya lepas subuh tadi pagi mak Ida call mak aku untuk inform yang Ida dah selamat melahirkan. 

Baby tak cukup umur lagi. Baru masuk 25 Minggu 6 hari (6 bulan lebih kurang). Memang kena duduk dalam inkubator.Ida mohon doa daripada sahabat-sahabat semua supaya dia dan baby kuat dan selamat. Aku sendiri sebak masa on call sekejap dengan Ida tadi pagi. Semoga sehat dan kuat hendaknya baby dan jugak mama baby. 

Aku kena kerja kuat jugak sebab perlu handle ofis sorang sepanjang Ida cuti berpantang ni. Moga urusan kami sama-sama dipermudahkan segalanya. Mohon doa dari korang juga ya ;)





August DIY Project : Crayon Candle

25 August 17 Comments

Kalerful gila crayon candle ni. Macam best pulak kalau buat benda ni hehehe. Kalau rajin nak buat dengan adik-adik pelanggan setia tapi macam leceh pulak nak buat kat ofis sebab melibatkan api untuk cairkan crayon tu.. Kang tak pasal-pasal pulak smoke detector dalam ofis aku menjerit. Satu kampung datang kang ingatkan ofis terbakar huhuhu.

Kena tukar plan la nampaknye. Buat kat rumah aje la. Tunggu anak buah yang kenit tu balik cuti. Ajak dia buat benda ni lah nanti =P


Air Liur Meleleh

22 August 41 Comments
   
 

Walaupun ia hanya sekadar roti, tetap membuat ayaq lioq aku meleleh. Comel gila roti! Nak makan pon sayang kalo cenggini rupa rotinya. Aku sibuk tengok-tengok idea kreatif kat page Kreatif Lifestyle pastu terjumpa album roti kiut miut ni. Sambil-sambil cari idea nak bagi ape untuk hantaran bertunang anak jiran aku 30 Ogos nanti. Kalo ikot rajin, nak cuba buat benda-benda kiut cenggini tapi kalo ikot malas, nak beli aje terus kikikiki =P


Anak Genius : Nama

21 August 26 Comments


Jangan memain dengan nama. Aku baru terbaca entry kat blog Hanis Amanina berkenaan dengan 'nama'. Aku setuju apa yang Aiman Azlan kata dalam video dia :

"Nama yang mak dan ayah kita pilih untuk kita, bukan semata-mata depa pilih untuk suka-suka. Nama tu membawa hajat dan harapan orang tua kita"

Contoh kalau kata nama Jamilah. Harapan mak dan ayah dia supaya anak dia sentiasa cantik sepanjang masa. Dan bila orang panggil kita dengan nama yang baik tu, dengan maksud yang baik juga, itu kan satu doa. Kalau tiap hari orang panggil "Jamilah... Jamilah..." haaa kan ke cantik sepanjang masa kalo gitu? hehehe

Aiman jugak kata, untuk pilih nama anak ni bukan perkara mudah. Mak dan ayah jenuh tau bergaduh bertegang urat perah otak sebab nak memikir nama terbaik untuk dibagi pada anak sebaik lahir je kedunia ni. Mesti dia cakap berdasarkan pengalaman dia dengan wife lettewwww hehehehe

Aku juga setuju dengan point Hanis kat entry Hanis yang pasal orang kat Malaysia ni kalau nama ada tiga perkataan tu adalah sesuatu yang normal. Malah kalau zaman sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak bagi nama anak panjang-panjang sampai kadang tu agak susah jugak nak sebut dan juga nak mengeja namanya tu.

Contoh macam kat atas tu. Ada tujuh perkataan untuk nama dia sorang. Tu belum masuk nama ayah dia lagi. Tak tahulah nanti masa nak menulis nama kat kertas periksa cemane gayanya =P Tapi takpelah itu mungkin satu harapan parents dia. Dan diorang lebih tahu kenapa diorang pilih nama sebegitu rupa panjangnya.

Walau apa pun juga nama yang diberi oleh mak dan ayah kita, percayalah itu pilihan terbaik diorang untuk kita. Mana ada mak ayah yang nak pedajai anak dia sesaja bagi nama panjang-panjang. Takde. Errr tapi kalau kita nak tukar nama boleh je rasanya tapi kena pergi ke Jabatan Pendaftaran dan ikut prosedur yang ditetapkan. Bagi alasan yang kukuh apa semua pastu nanti dapatlah tukar nama yang kita nak. Errr mungkin boleh la kot. Cer tanye sesape yang kerja Jabatan Pendaftaran hehehe



American & British English

20 August 18 Comments


Owhhhh rupanya orang yang suka cakap nak 'rubber' tu sebenarnye dia lebih gunakan British English. Ingatkan dia sesaje menggatal guna perkataan tu sebab bunyi sama macam 'raba' dalam Bahasa Malaysia kehkehkeh =P

'takeaway' tu pulak memang selalu la guna tambah pulak kalo masuk fastfood restaurant. memang 'takeaway' sesaje la. 

Kalau 'takeout' tu pulak, selalunya aku dengar masa subjek English, teacher yang mengajar tu akan cakap : "Please takeout your text book and open to page bla bla bla.."  hehehehe =P






AjiNoMoto

20 August 26 Comments

Masa 15-20 tahun kebelakangan dulu, beg plastik Aji-No-Moto ni lah aku dan jugak kawan-kawan aku guna untuk bawak buku pegi sekolah fardhu ain. Masa tu bukan zaman gadget macam sekarang. Bawak beg plastik ajinomoto ni dah kira paling lejen dah masa tu. Harga pun baru 30 sen kalo aku tak silap.

Waktu tu sekolah fardhu ain atau aku panggil sekolah agama. Aku dapat sesi petang. Mula masuk kelas pukul 2.30 petang sampai 5.30 petang. Pegi sekolah agama memang boleh rilek bawak beg plastik ajinomoto ni sebabnya buku tak banyak. Cuma perlu bawak buku tulis yang masa tu buku tulis tu satu buku boleh dibahagi untuk kegunaan 2 subjek. 1 subjek tulis dari muka depan. 1 subjek lagi tulis dari belah belakang. Sempoi gila waktu tu. Ustaz ustazah pon memang sempoi habes waktu tu. Sangat tak berkira. Asalkan engko mau datang belajar pon dah cukup.

Dalam beg plastik ajinomoto tu jugak muat je aku sumbat telekung dengan bekal makanan. Tapi make sure kena pandai susun la. Baru dia compact dan senang nak dibimbit hehehe. Pastu bila waktu petang nak balik tu hujan, beg plastik ni waterproof. Ape ade hal. Redah je hujan. Siap balik sambil main lumba kapal kertas dalam longkang. Bila sampai rumah mak tanya kenapa habes baju basah pada hal hujan dah benti masa sampai rumah tu. slumber je jawab tadi masa kat sekolah hujan lebat lagi mak tu yang baju habes basah kikikiki =P