Ambik Sikit Sikit

18 April 12 Comments


 
Tiap kali ada jamuan rumah terbuka atau apa saja majlis makan-makan, mesti berlaku perkara ni.

Masa ambil makanan tu punyalah tamak, segala mak nenek ambil sebab nak rasa semua.

Bila dah hujung-hujung tu tak habis, terbuang macam tu saja.

Tolonglah jadi manusia yang bersyukur.

Kita ni mewah makanan sampai membazir terbuang.

Anak-anak di Palestin sana tu sampai kurang nutrisi tak cukup makanan T___T

Sebagai tuan rumah memang akan sedih tengok perkara ni terjadi.

Sebab kita plan dan buat anggaran untuk ramai tetamu boleh makan.

Sudahlah ambil banyak tak habis, lepas tu tinggal je macam tu.

Bukan nak tolong buang dalam plastik sampah ke ape.

Tapi disebabkan segelintir yang tamak, membazir rezeki macam tu je.

Orang belakang datang, dah takda tinggal apa sedangkan banyak terbuang T___T



Aduhai Kesian Kakak

17 April 10 Comments

 




Kisahnya Si Kakak Syaura balik sekolah mengadu cakap lapar.
Mak nya pelik jugak sebab dah bawa bekal isi macam-macam,
tapi masih lapar bila Mak nya ambil waktu balik sekolah tengah hari.

Bila ditanya kenapa Kakak lapar sebab kan dah ada bawa bekal.
Kakak pun bagitahu ada kawan yang ambil dan makan sampai licin.

Si Kakak Syaura ni memang sejenis lembut hati.
Dah terbiasa diajar kongsi semuanya dengan adik & sepupu.
Jadi hati Kakak Syaura memang jenis tak pandai nak cakap "No".

Mak nya terlepas pandang untuk ajar say no dalam beberapa perkara.

Kalau si Adik Musleh lelaki tu haaa jangan buat main.
Barang dia is barang dia. No kongsi-kongsi.
Siapa yang berkeras ambil jugak memang kena lah dengan si Musleh ni.

Aduhai kesiannya Kakak Syaura macam kena buli pulak.
Dah pesan kat mak nya kena ajar tegas sikit lepas ni.

Dannnn jangan bagi bawa bekal brand Tupperware pergi sekolah.
Satu hal pulak nanti kalau ada yang berkenan & ambil bekas tu hehehe 


Anak Berlumba Lenyek Nasi Impit

17 April 15 Comments

 



Tanyalah sesiapa pun, memang seronok menerima kunjungan tetamu tak kira bila masa sekalipun.
Tapi kalau ada yang terlalu nakal hingga berlumba lenyek nasi impit atas karpet, 
anda rasa ada masa untuk sakit kepala? 

Ditambah pula ibu bapanya tak tegur & hanya cakap : 

"Biasalah budak kecil kan? Memang nakal macam tu" 

Ini kalau zaman mak-mak dulu, silap banyaklah kalau buat main makanan macam tu.

Masa depan orang ramai tu memang engkau selamat, balik rumah nanti siappp!

Kebanyakan mak ayah zaman dulu memang tegas dalam mendidik anak.

Sebab tu kebanyakan anak menjadi 'orang'.

Berbalik pada didikan mak ayah juga lah sebenarnya kan?


Api! Api! Api!

16 April 10 Comments

 


Dalam pada kita semua masih bergembira meraikan kemeriahan bulan Syawal, satu tragedi berlaku di kawasan kejiranan kampung tempat aku sekeluarga tinggal.






Rumah Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah hangus dijilat api pada petang 05 Syawal (Ahad 14 April 2024). Kejadian berlaku dikatakan berpunca apabila petir menyambar suis utama di rumah Makcik Midah dan kemudian berlaku letupan dan menyebabkan api mula marak.

Anak menantu semua sudah pulang dan ke rumah mertua masing-masing dan hanya Pakcik Kamaruddin dan Makcik Midah saja yang tinggal waktu tu.

Petang sebelum kejadian tu juga ada beberapa kali petir guruh kuat.

Hati mana yang tak luluh setelah rumah yang dihuni sejak tahun 1984 hingga 2024 hangus begitu saja.

Syukur tidak meragut nyawa kerana sempat juga Makcik Inah sebelah rumah menjerit minta bantuan.

Semua jiran-jiran terdekat yang ada masa tu bantu padamkan kebakaran sementara bomba dalam perjalanan. 

Kami bersama-sama seluruh komuniti di sini ada buat kutipan derma kilat untuk bantu meringankan beban Makcik Midah & Pakcik Kamaruddin.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Pakcik Kamaruddin, boleh salurkan kepada waris keluarga iaitu anak beliau :

Akaun : Maybank 
Nombor Akaun : 158154294838
Atas Nama : Amirul Muzamir
Nombor Tel : 013-528 0187


Moga diberi kekuatan buat seluruh keluarga Pakcik Kamaruddin & Makcik Midah.
Sedih pilu terasa sebak sayu di hati sebab Makcik Midah juga Ahli Mesyuarat Mak :(



Ada Buat Kuih Raya Tak?-Part 2

16 April 3 Comments


 

Memandangkan tahun ni semuanya kos makin naik, jadi mana yang boleh kita buat sendiri.
Abah memang kegemaran dia Kuih Batang Buruk.
Tapi banyak tempat juga Abah cari, takda yang jual.

Selalunya tiap tahun Abah memang beli dari sorang akak tu di Pasar Langkap,Perak.
Tahun ni akak tu takda berniaga di lokasi yang selalu dia berjualan tu.
Abah ada juga tanya peniaga-peniaga situ & diorang kata tak pasti mungkin tular lokasi lain.

Disebabkan Abah tak jumpa orang jual Kuih Batang Buruk,
aku cakap kat Mak takpelah cuba buatkan sendiri sajalah untuk Abah.

Sebenarnya bahan-bahannya mudah saja tapi nak buatnya tu agak renyah (rumit) :

RESEPI BATANG BURUK ASLI

  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising

RESEPI BATANG BURUK MUDAH

  • Kulit Popia
  • Tepung Kacang Hijau
  • Gula Aising
  • Bancuhan Tepung (untuk pelekat)

Pilihan aku? Sudah semestinya yang paling mudah dan segera siapnya! hehehe
Gulungkan kulit popia gunakan straw sebagai sukatan saiz yang sama.
Potong dan gorengkan hingga masak & toskan sebentar hingga sejuk
Sumbatkan dan padatkan tepung kacang hijau ke dalam gorengan kulit popia tu.
Salutkan dengan campuran tepung tu beserta dengan gula aising.
Salutkan setebal mungkin kerana homemade, jadi pastikan optimum padatnya hehehe