Short Trip Di Cameron Highland | Part 1

28 September 12 Comments
Selesai je program hari raya pertama Aidil Adha : beraya ke rumah jiran tetangga dan isi perut sana sini ziarah kengkawan zaman sekolah dedulu, balik rumah masing² tebongkang kenyang. Berhari raya ditemani jerebu adalah tak berapa ohsem. 

Malam hari raya pertama tu aktiviti membakor otak-otak masih diteruskan sebab masih ada berbaki satu beg (50 pieces) lagi sebab semalamnye baru setel satu beg je kami kerjakan. Sambung malam raya pertama pulak. Sambil membakor tu si akak ipar aku tak habes² lagi dengan wishlist dia : Nak pergi Cameron Highland. Dah lama ekceli dia teringin nak pergi sana tapi bila nak pergi, ada je hal yang tak dapat dielakkan dan terpaksa di cancle trip nak mendaki ke Cameron Highland tu.

Untuk tak menghampakan keinginan akak ipar aku tu, Abang Long aku setuju jugak untuk tunaikan impian wife kesayangan dia. Pagi tu seawal jam 8.00 pagi kami gerak dari rumah dan terus masuk highway kat Sungkai dan keluar Simpang Pulai. Ekceli untuk ke Cameron Highland ni boleh naik ikut jalan Tapah tapi kat situ laluan jalannya agak sempit dan corner dia lebih tajam kalo dibandingkan ikut Simpang Pulai.

Kami pergi naik satu kereta je sebabnya... 


Sepuluh Hari Cabaran | Day #8

27 September 22 Comments
Untuk cabaran #8 kalini aku kena listkan "Three Best Things Happen In This Year". Nasib baik kena listkan Best Things, kalo kena listkan Worst Things macam teruk pulak nak fikir hehehe.

Day #8 : Three Best Things Happen In This Year.

1.Office Fully Renovate

Perkara paling buat aku happy untuk permulaan tahun 2015 adalah ofis tempat aku bekerja siap renovate masa awal Januari haritu. Minggu kedua Januari dah siap dan boleh kembali beroperasi sepenuhnya setelah aku dan partner kerja aku terpaksa jadi mandor yang tak berapa mandor sangat selama 2 bulan. Kembali bertugas sepenuhnya dengan keadaan dan perabot serba baru berserta semangat jugak baru. Tu yang bersemangat lain macam sikit kikiki

2.Eagle Ranch Resort


Dapat peluang berkampung kat Kampung Cowboy di Eagle Ranch Resort, Nismilan. Ekceli kamiorang berkursus kat sana. Tema masa tu dah dipilih masa voting session. Pastu tema 'cowboy' menjuarai carta so berkoboilah kami sepanjang kat sana. Koboi atas darat dan jugak koboi dalam air hahaha

3.Abang Bomba Da Bomb!


Tajuk propa sangat kan? hahaha. Ekceli ni masa April haritu. Aku dapat surat jemputan dari pihak tadika yang selalu datang bawak student diorang belajar komputer kat ofis aku, untuk join program Lawatan Balai Bomba Slim River. Sepanjang aku jadi budak tadika dulu (aku tadika 2 tahun. 5 & 6 tahun) tak pernah pon kami dapat peluang pergi melawat ke balai bomba pastu siap dapat pakai uniform bomba kecik cenggitu. Jeles aku nengok bebudak tu dapat pakai uniform comel cenggitu. Kalo lah aku dulu dapat merasa pakai gitu, mesti double triple comel aku kahkahkah!


Ada lagi 2-3 perkara yang berlaku tahun ni yang aku kategorikan 'Best Things' tapi sebab kena listdown TIGA ajer, cukupla tu. Nanti-nanti kalo ada lagi next cabaran, aku listkan lagi yang lain pulak kehkeheh




Sate Korban

27 September 22 Comments
Hari Raya AidilAdha macam biasalah memang berkait rapat dengan daging korban. Kat kampung tempat aku tinggal ni pon tak terkecuali dengan proses korban lembu dan jugak kambing. Ayah aku antara yang tak ketinggalan dalam proses gotong-royong menumbangkan dan melapah daging lembu dan jugak kambing tu.

Selalunya, siapa yang rajin turun padang dan bergelumang dengan bau lembu / kambing, maka akan dapatlah sedikit habuan agihan daging lembu atau pon kambing tadi tu. 

Alhamdulillah ayah aku tak ketinggalan dapat sikit sekilo dua daging korban tu. Selebihnya yang lain ayah aku tolong jadi posmen agihkan dari rumah ke rumah ahli-ahli kariah sekitar kawasan kejiranan tempat aku tinggal ni.

Petang tu pulak,


Sepuluh Hari Cabaran | Day #7

26 September 18 Comments
Cabaran #7 kalini aku kena list kan 4 feveret cartoon character and why? banyak jugak kartun yang aku suka tengok tapi tu dulu la masa internet belum lagi power macam sekarang ni. Petang² je mesti berebut dengan adik² nak tengok feveret kartun masing².

Day #7 : Four Favourite Cartoon Characters And Why?

1.Cosmo and Wanda (The Fairly OddParents)


Dalam citer The Fairly OddParents ni ada sorang watak utama si budak kecik (Timmy Turner). Dia dianugerahkan 2 ekor pari² bernama Cosmo (lelaki) dan Wanda (perempuan) Banyak jugak yang Timmy belajar hasil daripada nasihat si Cosmo dan Wanda ni walaupon kadang-kadang pari² tu pulak yang terikut-ikut arahan / nasihat si Timmy kemetot tu. Biasalah citer pari-pari, pooffff je jadi ikan duyung, poofff je jadi cheese tart. Segalanya mungkin dengan pari-pari hahaha


2.Jimmy Neutron


Aku suka character si Jimmy ni sebab dia budak genius. Macam² masalah yang Jimmy berjaya handle disebabkan kepala hotak dia yang genius tu. Walaupon selalunya pada mulanya nampak macam tak mampu nak handle problem tu tapi akhirnya berjaya jugak Jimmy handle dengan bantuan kawan² dia si Cindy, Libby, Carl dan jugak Sheen. Eh tak lupa jugak anjing robot dia si Godard tu.


Sambutan Hari Keluarga

22 September 25 Comments

Masuk 4 bulan terakhir setiap tahun, macam biasalah aku dan jugak team kerja aku akan sibuk dengan aktiviti hari keluarga dan jugak karnival. Selalunya September akan dipenuhi 2 atau 3 event, sama jugak untuk bulan Oktober hingga Disember. Cuma tahun ni mungkin berbeza sikit disebabkan ada 2 orang team kerja aku bakal menamatkan zaman bujang dalam bulan November dan jugak Disember. Jadual program juga berlaku beberapa anjakan paradigma lah nampaknya. Aku je tak tawu lagi bila nak sampai ke garisan penamat zaman bujang =P

19 September baru-baru ni, kamiorang selesai handle program Sambutan Hari Keluarga Maahad Al-Ummah yang diadakan di Chalet Mengkawan di Felda Sg Klah. 

Jangan tanya aku kenapa nama chalet tu 'Mengkawan' sebab aku lupa nak soal jawab owner chalet tu tentang asal usul nama tu. Nanti kalo ada masa free, aku cuba jadi Detektif Conan. Siasat kenapa nama chalet tu cenggitu hehehe