Oooi Lama Tak Hapdet

21 October 44 Comments
Aku agak bizi terlajak bizi sebenarnye semenjak dua tiga menjak ni. Memandangkan kena kerja sorang² sebab partner kerja aku terbersalin awal daripada due date dia. Pastu pulak banyak program luar kena buat. Tu yang lama tak muncul sini.

Bebaru ni pulak, turn ofis aku kena buat Open Day (Karnival) untuk komuniti sekitar sini. Aku terpaksa mohon bantuan rakan² sekerja dari site lain untuk bantu aku sepanjang persiapan sebelum, semasa dan selepas program. Sipbaiklah jugak diorang semua tak berkira tenaga. Sudi jugak tolong aku ni. 

Alhamdulillah penuh jugak dewan untuk program separuh hari tu. Mulanya masa pagi tu aku...

Online Video Rotator

01 October 24 Comments
Bebaru ni aku didatangi (tudia skemanya rasa ayat) oleh seorang cikgu tadika (bukan cikgu tadika yang selalu datang bawak anak murid dia belajar komputer kat ofis aku ni) Ni cikgu dari tadika kawasan jajahan kampung sebelah.

Dia datang ofis aku pastu mintak bantuan kat aku cemana nak combine video yang dia record kat fon untuk jadikan 1 video panjang terus. Bila aku dah tolong tunjukkan cara untuk transfer video dari henfon dia tu masuk ke komputer pastu aku ingatkan bolehlah terus combine kan aje. 

Rupanya tidak seperti yang aku angankan. Tak semudah itu. Dah la masa dia datang tu waktu tu lah jugak ramaaaaaaai pulak customer datang waktu yang sama. Masa tu lah jugak semuanya perlu dibantu macam-macam. Semput gak aku mulanya tu. Sana sini dok panggil.

Aku terpaksa handle ofis sesorang bermula 1 September haritu disebabkan partner kerja aku TERbersalin awal (baby pra-matang) masa subuh 31 Ogos kat Hospital Kuala Lumpur. So bermulanya September aritu maka bermulalah jugak timeline kerja berseorangan bagi aku. Semuanya aku kena handle sorang compare sebelum ni kami berdua handle sesama.

Bila dah terpaksa kerja sesorang, segala masalah aku kena telan sesoranglah sebab takde dah lagi sebelah sayap T__T . 


Untuk kes cikgu tadika yang datang mintak tolong tu,


Short Trip Di Cameron Highland | Part 2

30 September 11 Comments
Lepas setel drop by kat TIGA pit stop yang aku citer sebelum ni, kami gerak lagi dan singgah ke pit stop seterusnya. 

Pit Stop #4 : Butterfly Garden


Tak jauh sangat pon dengan Bee Farm pastu kami singgah pulak kat Butterfly Garden ni. Tiket masuk RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (kanak-kanak) . Daripada pemerhatian aku, kebanyakan rate tiket masuk kat CH ni cenggitulah. 5ringgit dewasa dan 2ringgit kanak-kanak. Selain daripada tu masuk percuma je.

Dalam Buterfly Garden ni bukan ada rama-rama je rupanya. Ada jugak haiwan lain antaranya ular, spiderman, guinea pig, kura-kura, scorpion, King Praying Mantis (bapak ahhhhh besar giler! meremang segala bulu roma aku masa terpandang cengkadak tu dalam cage). Aku nak snap gambar pon tak sanggup. Cepat-cepat aku jalan tengok tempat lain =P


Sepuluh Hari Cabaran | Day #10

29 September 21 Comments
Cabaran terakhir #10 aku kena list Best Childhood Memories. Kalau memori zaman kanak² dulu memang banyak je yang aku rasa best. Zaman aku kecik dulu mana ada gadget elektronik internet apa segala tu takde. Aktiviti kebanyakannnya outdoor. Main hujan, main mandi sungai, main kawen-kawen hahaha

Day #10 : Best Childhood Memories



1.Main Tepuk Terup

Permainan ni dulu geng lelaki yang selalunya terer. Abang Long aku antara yang otai main benda ni. Terup tu dulu ada macam² gambar kartun yang ada masa zaman tu antaranya Power Rangers, He Man, Thundercats, Masked Rider dan lain-lain. Terup tu pulak akan dibengkokkan sikit dan disusun banyak-banyak. Ikotla berapa banyak yang peserta berani nak bertaruh. Benda ni bukanlah berunsur judi pon sebab takde bertaruh wang ringgit apa pon sekadar suka-suka lawan sapa terer tepuk dan dapat terbalikkan terup paling banyak dia lah pemenang. Pastu kalo tak puas hati jadi bergaduh hahaha



2.Milo Percuma

Ini memori paling lejen pada aku. Siapa yang ada memori Milo Percuma ni kita lahir dalam zaman yang sama lettewwww kehkehkeh. Aku dengan Abang Long aku ada sikit tragedi berkenaan dengan milo percuma ni. Berebut cawan milo percuma tu punya pasal, aku dengan Abang Long aku kena penampar dengan abah aku huhu. Tu la mengada lagi. Siapa suruh berebut. Kes nya masa balik sekolah, aku bawak balik cawan milo percuma tu kononnya nanti nak tanam kaktus dalam tu. Cawan yang aku dapat tu versi yang plastik bukan jenis kertas. Abang Long aku pulak takde pon bawak balik cawan tu. Yerlah budak lelaki mana pedulik pon benda gitu. Bila dia tengok aku dah cuci cawan milo tu pastu aku taruk atas rak elok² tetiba ewah kemain lagi Abang Long aku acah-acah nak rosakkan cawan tu. Aku pon emo lah hape lagi bergaduhlah berebutkan cawan milo percuma tu. Gaduh punya gaduh sampai abah aku yang tengah berehat balik dari kerja terjaga. Aku pulak bergaduh sampai nanges² nak kan jugak cawan aku tu. Abah aku dah tegur dua tiga kali suruh jangan gaduh tapi degil jugak. Last² dapat penampar sorang seliang. Degil sangat berebut. Pastu abah aku campak terus cawan tu ke tanah. Siapa pon tak berani nak amek dah. Leburlah angan² aku untuk tanam kaktus dalam cawan milo percuma tu =P


Sepuluh Hari Cabaran | Day #9

28 September 15 Comments
Cabaran kedua terakhir yakni cabaran #9 nampaknye aku kena listkan DUA feveret eskrem flavor. Wow! Ini aku suka hahaha. Dah la memang hantu eskrem. Pantang tengok peti eskrem mesti aku terjah tak kasi chance hahaha

Day #9 : Two Favourite Ice Cream Flavor

1.Vanilla  Chocolate 



Of kos lah pilihan pertama yang bertakhta di hati aku ini ha chocolate flavour. Mana mampu aku nak tolak tepi kalo dah nampak eskrem berperisa coklat pastu disalut pulak dengan kepingan coklat rangup disertakan pulak dengan taburan bijirin kekacang hazel yang menyempurnakan lagi kerangupan bunyi bila eskrem tu digigit lembut penuh syahdu. Ditambah pulak kalo eskrem tu vanilla coklat pastu boh pulak oreo crunch taburrrr menghiasi seluruh pelosok eskrem vanilla tu tadi. Perhhhh! meleleh ayaq lioq sambil menaip. Adehhhh eskremmmmmmm plisss come to me T___T


2.Chocolate Mint 

Flavor kedua pilihan tekak aku ni ha Chocolate Mint. Kalo yang  vanilla chocolate tu mudah je nak jumpa dalam pelbagai bentuk dan rupa (sama ada dalam bentuk scoop atau pon popsicle) tapi yang chocolate mint ni setakat ni aku jarang jumpa yang versi popsicle. Selalunya mesti kena beli jenis scoop baru ada flavor ni. Pastu tak semua brand pulak tu ada flavor ni. Sambil makan eskrem yang sejuk ditambah pulak flavor mint yang 'berangin' tu perhhhhhhh berdoudle-double sejuknye rawrrr!


DUA ni flavor yang paling aku suka. Flavor lain pon aku tak tolak sebenarnye selagi nama dia eskrem cumanye dua flavor ni yang paling aku naik hantu. Pantang tengok mesti sangkut terus. Jarang sangat aku boleh berlalu tanpa beli barang se-scoop dua hahaha