Differences : Montessori & Conventional Education

04 December 19 Comments
Aku tak tawu kenapa jiwa aku rasa tenang bila aku dikelilingi budak-budak / kanak-kanak (yang aktif dan tidak menjengkelkanlah maksud aku). Kalau yang anoyying tu tolak tepi atau tolak masuk longkang lah =P
Dan Alhamdulillah kerja aku sepanjang 5 tahun ni, kebanyakan masa kerja aku dikelilingi kanak-kanak yang aktif, bijak, soleh solehah dan tak kurang jugak ada je yang jenis menjengkelkan kadang-kadang tu. But i'm ok -- i'm cool (bak kata Shah Rukh Khan masa scene dia dengan Tina (Rani Mukherjee) dalam Kuch Kuch Hota Hai hahaha

Aku banyak kali selalu jugak ushar jawatan kosong berkenaan dengan kanak-kanak (mostly education) termasuklah jawatan kosong Tadika, Islamic Kindergarten (macam Children Islamic Center & Little Caliph), Montessori (mostly sekarang kena 'Good in Mandarin written & speaking' sebabnye kebanyakan Kindergarten di bandar sana memang ownernya Chinese) dan jugak jawatan kosong berkenaan Bakery. 

Memang dua benda tu feveret aku : children & foods. kehkehkeh

Daifkah Kita? | Kisah Telekung Busuk

03 December 16 Comments

Saya malu nak buka cerita ini. Namun, saya rasa penting juga jika sahabat semua tahu kesah yang menyedihkan ini.

Begini. Satu hari saya pergi party harijadi seorang kawan universiti. Itu adalah kali pertama saya ke rumah beliau. Masuk sahaja ke pagar rumah, di kiri kami ada laman hijau kecil dengan rumput karpet, kolam ikan, dan pasu-pasu bunga yang cantik. Mata ini terpegun. Owhhh sahabat ku sudah berjaya, beliau mampu hidup mewah sebegini. Alhamdulillah.

Melangkah masuk ke dalam rumah, ruang tamunya besar sekali (saya ketika itu masih tinggal rumah flat kecil 850 kaki persegi). Dalam hati, "Ya Allah. Ruang tamu ini sudah sebesar rumah flat kami." Ketika itu agak sedih juga kerana saya masih struggle dengan kerjaya. Masih duduk flat.

Party Harijadi itu amat meriah sekali. Mewah dengan makanan, kek, kuih muih dan hadiah goodies bag. Anak-anak saya teruja. Ini adalah kali pertama kami merasai suasana meriah penuh kemewahan.

sumber : Google

Sebelum pulang, saya meminta izin sahabat untuk tumpang solat asar. Beliau tunjukkan ruang solat, bilik air dan kemudian beri saya sepasang telekung dan sejadah.

Keluar sahaja dari bilik air, saya terus buka lipatan sejadah dan telekung. AllahuAkbar!
Sejadahnya sudah nipis dan lusuh sekali. Rambu ramba di hujung sejadah banyak yang dah terburai.

AIR MATA saya hampir menitik ketika saya hendak menyarung telekung. Telekungnya berkepam, sudah berbau masam. Kainnya sudah nipis sudah berwarna kekuningan. Telekung fesyen lama-lama dari kain cotton plain. BUSUK dan sungguh LUSUH sekali. Tali pengikat telekung di kepala hanya tinggal satu sahaja. Dagu telekung sudah bertahi lalat. AllahuAkbar!
Hiba sungguh hati ini. Keadaan sejadah dan telekung tidak SETIMPAL dengan kemewahan yang ada pada sahabat saya ini.

Hati ini terdetik.

Diikutkan sangat perasaan tu...

02 December 13 Comments
Ada banyak perkara yang berlaku dalam setiap hari-hari kita. Ada perkara yang membuatkan kita rasa nak senyuuuuuuuum je sepanjang hari.

Ada jugak perkara yang berlaku, membuatkan kita rasa nak memaki je. Rasa nak bagi penampor sulung je. Kan?

Sebenarnya, kita memang ada hak untuk marah. Allah tak ciptakan perasaan 'marah' tu saja-saja. Tapi walau macam mana kita rasa marah sekalipun, sebenarnya, dalam marah juga ada cara dan batasnya. 

Macam contohnya zaman media sosial sekarang ni, kalau kita marah pada seseorang, terus je nak up status kat social site contohnya fesbuk,twitter instagram dan lain-lain lagi tu.

Tunjuk betapa marahnya kita ni kat orang tu. Sampai ada yang viralkan muka orang tu. Punya nak bagitawu kat satu dunia bahawasanya kita ni betul dan dia tu yang salah. 

Dia yang salah tu perlu di viralkan. Perlu dicanang satu dunia yang dia tu bersalah. Dia tu tak sepatutnya buat camtu kat kita ni. Dia tu macamlah bagus sangat kan? Dia tu tak tawu sebenarnya dia dapat duduk kat kerusi situ pun disebabkan orang-orang macam kita ni lah. Bla bla bla...

Disember Aku dan Anoi

01 December 8 Comments
Cerita harini.
Aku masih sendiri menguruskan hal-hal kerja.
Partner in crime kerja aku masih di HKL.




NOTIS BERHENTI KERJA
Assalam Ana, 
Cik Ida akan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan baby dia.
Saya sudah maklumkan pada dia untuk penyerahan segala tugas,
kewangan dan juga akaun pada Ana.
Saya akan update maklumat terkini secepat mungkin.
Terima kasih.

Aku dapat email daripada Boss awal pagi ni. Seperti yang aku share pada entry sebelum-sebelum ni, pasal partner kerja aku Cik Ida terbersalin awal (melahirkan baby pre-matured) dan baby dia terpaksa stay dalam incubator bermula 31 Ogos haritu.

Aku tak tawu nak rasa macam mana.
Aku tergamam beberapa second lepas baca email ni.

Aku dan Ida (atau lebih mesra dan lebih terbiasa aku gelar dengan panggilan Anoi).
Kami membesar sama-sama. Rumah aku dan Anoi hanya selang sebuah rumah saja.
Dari tadika main sama-sama. Sekolah sama-sama sampai tingkatan lima.
Terpisah sekejap masa zaman diploma dan aku di Tingkatan Enam saja.
Rezeki kerja kami tertulis bersama juga.
Februari 2010 bermula hingga 31 Ogos 2015 saja.

1 September bermula kisah kami masing-masing di tempat berbeza.
Anoi dan Assyifa terpaksa 'bersama' di HKL sana.
Aku sorang saja yang masih setia di tempat kerja.

Semoga keputusan ini memberi hikmah besar pada kami berdua.
Oh ya. dan baby Assyifa juga.

Noi, merambu ayaq mata T________T



Nak bersyukur je lah...

21 November 23 Comments
Setiap kali ada program Karnival yang kami kena buat, walaupun ada banyak acara yang diadakan tapi takkan pernah miss acara cabutan nombor bertuah. Semua yang terlibat hadir dan mendaftar di kaunter pendaftaran pada hari tersebut layak untuk mendapat SATU nombor yang melayakkan diri masing-masing tercalon semasa sesi cabutan nombor bertuah.

Boleh dikatakan sudah 3-4 kali jugak nombor di tangan aku terpilih semasa sesi cabutan nombor bertuah tu. Rezeki barangkali. 

Bukan selalu akan jadi BERTUAH. Yang selalunya mesti tak bertuah. Setakat jadi : "Bertuah punya budak!"  ada la hahahaha

Ini antara hadiah hamper barang makanan dan barangan plastik yang nombor-nombor aku berjaya terpilih menyelit di antara nombor-nombor bertuah tu hehehe

Basikal jenama Marsstar (Mountain Bike) Orange color yang aku dapat semasa cabutan bertuah di Karnival Felda Sg Klah, Sungkai (4 November 2015).

Nasib baik bukan dapat basikal color pink cenggini. Kalau tidak memang menonggeklah setiap hari berkayuh pergi dan balik kerja hahahaha

Alhamdulillah untuk musim karnival tahun ni, terselit juga beberapa kali aku dapat bawa balik hadiah-hadiah bertuah yang disediakan pihak penganjur. Antaranya ada hamper makanan, hamper barangan plastik dan yang paling bertuah adalah dapat menang basikal hehehe

Hangat je hati kengkawan lain bila tengok nombor di tangan aku terpilih dapat menang hadiah basikal tu. Nasib baik bukan menang motor.

Kalau tidak macam iklan Power Root tu la aku buat:
"Saya menang motor"  ahaksss =P