Jom Check : Kereta Persona Tak Boleh Hidup

09 January 31 Comments

Sekuel kisah Bimbo aku tak berbunyi langsung 2-3 hari lepas. Konfemlah aku gelabah bila chobaan menghidupkan dia tak berjaya. Nasib baiklah jugak masa kejadian dia takmau hidup tu betul² kat parking rumah. Kalaulah kejadian tu kat perjalanan ke hape entahlah cemane pulak aku nak hadap agaknye.


Masa kejadian kereta aku : Persona tak boleh hidup haritu, ada beberapa langkah yang perlu dibuat. Terutamanya kalau engkorang jenis gegerl yang noob dalam hal-hal kereta (macam aku ni lah =P). Ada beberapa sebab kereta tak boleh hidup antaranya :

1.Check bateri 

Kemungkinan bateri dah sampai jangka hayat perlu ditukar. Selalunya ada DUA JENIS bateri : jenis kering dan jenis air. Kalau yang jenis air kena selalu periksa. Biasanya kalau servis setiap 5000KM tu periksa air dia cukup ke tak. Bagi bateri yang berusia 2-3 tahun ke atas kena keraplah periksa. Kalau bateri yang jenis kering pulak (free maintenance), periksa indicator kat atas bateri tu. Kalau masih ok, warna dia hijau. Kalau ada cincin hitam tu dah mula lemah dan kalau hitam, memang dah sampai masa untuk tukar.Bimbo aku guna bateri kering (selalunya jangka hayat dalam 2 tahun lebih kurang perlu ditukar)

Jangan biarkan kereta hidup dalam jangkamasa yang lama kalau takde sesiapa yang memandu. Pastikan lampu kereta dipadam selepas guna. Apa yang perlu kita buat kalau bateri lemah dan kereta tak boleh hidup? Boleh guna cara 'jump start' sambung dengan bateri kereta yang lain. Kalau tak dapat start juga, memang kena beli bateri baru teruslah (ini kena mintak kepastian daripada mekanik yang kita percayalah)

Jadi apa yang membuatkan bateri ni habis? Kadang-kadang lupa tutup lampu kereta, ataupun bateri tu jangka hayatnya dah tak lama, ataupun alternator yang sepatutnya mengecas bateri tu rosak.

Bateri yang dah padam habis sampai alarm tak menyala, ataupun panel meter tu langsung dah tak menyala tu dah tak boleh nak jump start dengan bateri lain.Jadi penyelesaiannya? Kena la bukak bateri kedua-dua kereta tu dan kemudian pasangkan bateri yang masih baik tu pada kereta yang dah habis bateri, hidupkan enjin dan kemudian tanpa memadamkan enjin tu tukar balik bateri ke kereta asal. Jangan risau. Enjin takkan mati kalau bateri dicabut. kalau enjin mati tu maknanya alternator rosak la tu! Jadi lupakanlah bateri tu dan pergi tukar alternator baru.

Untuk kereta manual? (kes Bimbo aku ni manual lah) Takyah tukar bateri. Masuk gear 2, tekan clutch dan mintak la sape² tolong tolak, agak² dah berjalan sikit tu lepas clutch dan enjin akan hidup. Jangan lupa pusingkan kunci ke ON dulu sebelum buat, kang sia² je.

Nak jump start pulak hati-hati. Kalau dah rasa bateri tu kong sangat, wayar positif tu memang kene letak pada kedua-dua terminal positif. wayar negatif pulak satu pada terminal negatif kereta dengan bateri yang elok tu satu lagi pada rangka kereta dengan bateri yang bermasalah tu. Biasa orang letak pada terminal je kan? Bahaya.. takut meletup bateri tu.

Satu lagi, kalau bukak bonet je tengok betul²ade bateri ke tak, entah-entah bateri dah hilang kene curi tak?

Kalau panel meter menyala tapi bila pusing kunci lampu makin malap ade bunyi "tik tik tik tik" tu pun menandakan bateri lemah.
*Abah aku tak galakkan aku guna bateri basah sebabnye aku ni konfem takkan reti nak jaga maintenance bateri tu karang =P

2.Minyak Petrol

Ini pun boleh jadi faktor kereta tak boleh hidup. Kemungkinan minyak habis atau pun minyak tak sampai atau tersumbat.Pam petrol kereta atau 'oil filter' mungkin bermasalah dan menyebabkan minyak tak sampai ke bahagian komponen² dalam kereta.

3.Starter Problem

Starter ni digunakan untuk menghidupkan enjin dan jika kereta rosak memang tak dapat hidup. Starter yang rosak akan menghasilkan bunyi seperti geseran besi bila dihidupkan. Kalau ada dengar bunyi yang lain dari kebiasaan masa menghidupkan enjin, berkemungkinan starter kereta tu dah mula haus dan perlu ditukar sebelum dia terus tak boleh hidup langsung.

4.Spark Plug dan Ignition Coil Rosak

Ahah! Yang ini antara petanda benda ni rosak, pick up kereta mula tak memuaskan. susah nak hidup dan semput-semput, kereta terasa berat dan perlahan walaupun dah tekan habis rapat ke dinding dah pedal minyak tu. Fungsi spark plug ni sebagai pencucuh untuk memulakan pembakaran (ignite) kereta kita. Kalau rosak biasanya memang kena beli baru sebab rasanya memang takde orang yang membaiki Spark Plug ni. Buatlah cemana pun memang konfem kereta takkan mau hidup kalau spark plug tu rosak walaupun guna cara jump start. Ignition Coil rosak lebih kurang sama kesan dan petanda dengan kerosakan Spark Plug.


5.Steering Lock dan Gear Level

Yang ni tak mungkinlah dalam kes Bimbo aku, sebabnye beliau kategori MANUAL. Pernah jugak terjadi kes kereta takleh hidup pastu punye la panik! (terutamanya gegerl yang noob lah citernye) Tapi bile sedar tengok gear tu kat D lah, kat R lah, kat 2 atau L. Memang lah tak hidup dek non. Untuk kereta jenis automatik, kena pastikan gear level tu pada 'P' baru enjin tu boleh dihidupkan hehehe

6.ECU Bermasalah

ECU ni adalah komputer atau otak kereta. Kadang-kadang kapasitor dalam tu pecah dan bocor pastu menghasilkan asid yang boleh mencairkan board ECU tu. Kalau ECU tu yang rosak cepat-cepat hantar baiki. Kalau orang tu pandai dia boleh cuci balik board tu dan tukar kapasitor baru melainkan kalau dah lama jadi dan asid tu dah makan board tu. Tapi pada yang tak berapa pandai nak tukar kapasitor tu diorang suruh beli ECU baru je dan kos dia memang Allahuakbar nak telan ayaq lioq pon boleh tercekik wo hehehe.



Dan kalau dah mintak tolong mekanik yang kita percaya untuk tolong check apa masalah berkenaan macam yang kat atas tadi tu, masih jugak kereta tak boleh hidup (ataupun mekanik tu sendiri pun dah pening dan redha sebab tak mampu nak dapat kesan apa punca sebenar masalah kereta kita tu takmau hidup jugak), cara terakhir adalah kena tahu kereta kita tu under insurance apa (untuk minta bantuan towing).

Dalam kes Bimbo, dia under ETIQA Insurance & Takaful . Jadinya, lepas dah tak dapat jugak kenalpasti apa masalah dia takmau hidup tu, aku terus je call Etiqa Oneline:

Nombor telefon ETIQA ONELINE :  
1 300 13 8888 (untuk kerosakan dalam Malaysia sahaja)

Kalau under insurance lain, engkorang kena dapatkan nombor untuk call pihak berkenaanlah. Dalam kes Bimbo, aku call je Etiqa pastu pihak diorang akan dapatkan beberapa butiran penting dan bila dah buat semakan dan pengesahan barulah akan hantar pihak towing ke lokasi kat mana kereta kita tersadai tu. 

Dalam kes Bimbo, kereta aku tersadai kat parking rumah aku sendiri dan dalam kawasan kampung yang agak jauh dari pekan. (Jadi kita kena alert dan make sure sentiasa dapat latest updates dengan pihak insurance dan jugak pihak towing).

Under Etiqa Insurance, bayaran untuk towing adalah :

50KM pertama (PERCUMA) 
selebihnya akan dikenakan RM3.00 per 1KM

Total bayaran untuk towing Bimbo : PERCUMA (jarak rumah aku untuk sampai ke Proton Service terdekat di Pekan Bidor adalah lebih kurang 45KM camtu. Jadi FREE ajelah part towing. Phewwww lega jugak kat situ.

Bila dah selamat sampai je kat Proton Service tu, Bimbo pon dimasukkan ke ICU dan mengadaplah sesi 'bedah siasat' kat situ sampailah dapat tawu apa masalahnye. Bermalam jugaklah Bimbo kat situ sebabnya waktu sampai kat service center tu dah jam 4.00 petang.

Esoknye lepas selesai orang solat Jumaat, pihak Proton Service tu pon call dan inform Bimbo dah berjaya dibaikpulih dan sihat sepenuhnya. Ok lega dengar bila dah ok. Cumanya nak mendengar part 'bayaran' tu yang berdebar. Rasa macam nak tekeluar jantung aku.

Jadinya, apa masalah Bimbo aku tu sebenarnye?

Sudahnye, tudia charge yang aku kena bayar :


  • Diagnostic Test                            RM63.60
  • Labour Change S/Cam Cover    RM31.80
  • Seal Cam Cover                            RM51.13
  • Spark Plug                                     RM40.28
  • Total (Include GST)                   RM186.80

Owhhhh rupanya Bimbo aku tu masuk kategori 'Spark Plug Bermasalah'.

Berangkatlah aku ke Proton Service tu naik motor dengan Abah aku. (Betapa panasnye kena bahang matahari yang panas terik gila waktu sekarang). Terus masa tu kepala hotak aku terbayanglah cemana rasa mak dan abah aku balik kampung naik motor masa kematian Nenek aku aritu sobssss sobssss :(

Itu sahajalah charge yang aku perlu bayar untuk 'sakit' Bimbo buat masa ni. Dan nasib baik jugak bukan melibatkan ECU bermasalah. Kalau yang tu yang problem, aku sempatlah jugak tanya kat tauke Proton Service tu, lebih kurang 5-6 ratuslah katanya. Adehhh mak aihhh.

Syukur Alhamdulillah Bimbo dah kembali 'bernyawa'. Barulah lega. Kalau tidak tido malam pon tak lena punya dok pikiaq pasal dia sesaja =P


Jangan Tinggal Daku Sayang

07 January 11 Comments
Januari DuaRibuEnamBelas bermula agak suam² kuku. Minggu pertama aku terasa berat jugak ujian yang datang walaupun tak berapa berat pada pandangan orang. Yelah bukan kena pikul biawak hidop ke hape.

5 Januari. Tengah hari. 

Macam biasa disebabkan tempat kerja aku tak jauh dengan rumah, tengah hari aku memang sebolehnya balik mencekik kat rumah. Mana boleh lepaskan peluang makan masakan mak. Sementara kerja depan mata mak ni lah nak mengada makan masakan mak setiap hari.

Lunch break jam 1 sampai 2 petang. Masa nak masuk kerja semula tu, aku petik punya petik punya petik kunci kereta, tapi hampa. Bimbo tak menunjukkan sebarang tanda mau hidup. Janganlah buat hal ye Bimbo, aku pujuk slow-slow.

Aku cuba dan terus menchobaaaaa~
Tapi masih sama. Takde bunyi langsung.
Hahhhh sudahhhh. Apa pulak masalahnye ni. 

Aku taknak serabut, aku pon rempit je naik motor abah aku pergi keje petang tu.

Aku serahkan pada abah aku yang tolong pergi panggil mekanik tolong check apa masalah dia. Aku pun teruslah kerja petang tu buat rilek walaupun dalam hati memang tak senang punya memikirkan kedaan Bimbo aku tu.

Balik dari keje tu, aku tengok Bimbo masih tersadai tak bernyawa. Abah aku explainlah panjang lebar camne betapa mekanik tadi tu usaha check dah segala benda tapi masih sama je takde perubahan. 

Bateri dah check [ok | ganti masa 17.03.2015]
Starter dah check [ok kata mekanik tu]

Mungkin ada masalah dengan electronics ataupun relay ape ke entah katanya. Aku dah la memang tak tawu hape pasal kereta. Aku cuma tawu petik kunci - jalan. Pastu yang aku tawu aku dah risau takot jugak kalau Bimbo kesayangan aku ni sakit kronik. Boleh patah kaki weyh sobss sobss

Malam tu pulak dapat call dari kampung, Pak Long aku call bagitawu nenek aku (mak kepada Abah aku meninggal sakit tua). Abah aku takde pilihan, terpaksalah balik kampung naik motor Yamaha Future je disebabkan Bimbo masih belum dapat dikenalpasti apa sakitnya.

Subuh tu jam 4.00 pagi, Abah dan Mak aku gerak balik ke kampung di Bagan Serai, Taiping naik motor. Menitik jugaklah air mata aku terpaksa tengokkan aje Abah dan Mak aku balik kampung yang boleh tahan jauhnya tu naik motor. Dengan Abah aku pulak selalu athma, dengan cuaca tak menentu sekarang ni. Airmata aku cuma diiringi doa je supaya selamat sampai.

Selesai je urusan hal kematian Nenek aku tu, ayah aku pun balik semula ke rumah. Terperam jugaklah si Bimbo aku ni disebabkan abah aku memang dah pesan supaya jangan buat ape² dulu selagi abah belum balik. Ok, kakak menurut perintah Abah.

Aku pulak kalo ade masalah memang adik-beradik je lah jadi kaunter aduan. Abang Long dan jugak adik lelaki aku yang sorang lagi nasihatkan supaya aku call je insurance kereta tu pastu mintak towing ke Proton Centre paling dekat. Itu je last solution yang ada.

Aku tak tunggu lama, terus call Etiqa Oneline sebab kereta aku under insurans Etiqa.
Bertalu-talu jugak kena cuba asyik please try later (bizi katanye).

Dapat je tembus call, tak cakap banyak terus bagi data yang dia mintak pastu tunggu je orang towing datang.


Berangkatlah Bimbo aku di atas 'singgahsana' indah ni haaaa. Suka hati aku je keluar ofis kejap masa ni (aku masih bekerja sorang sebab staff baru belum masuk lagi) disebabkan orang towing ni tak jumpa cari alamat rumah aku memandangkan kawasan rumah aku kat pedalaman sikit adehhhhh :(

Moga² dipermudahkanlah urusan kenalpasti penyakit dia dan baikpulih dia. Jangan tinggal daku sayangggggggggggggggg sobssss sobsssss




Jom Masuk Sekolah

05 January 17 Comments
Selesai tugasan hari pertama semalam di tahun 2016. Macam² status kat fesbuk berkenaan pertama kali anak² masuk sekolah. Ada yang anak rilek je suruh mak abah die pergi balik sebab die nak sekolah katanya hehehe. Ada yang nanges taknak bagi mak ayah die balik tinggalkan die hehehe

Aku dulu sekolah tadika 2 tahun. Mak aku la citer. 

Aku dengan anak jiran sebelah rumah aku (anak dia lelaki), aku muda setahun daripada dia. Nama dia Shahrul Helmi tapi mak dia panggil Awie. Masa kecik dulu memang kamcing gila aku dengan dia. Kemana aje Awie pergi mesti aku ni ikut kecuali kalo dia masuk toilet. hahaha giler engko nak ikot!

Pastu masa Awie dah umur 6 tahun, aku baru 5 tahun. Masa zaman tu belum diwajibkan sangat lagi pendidikan awal kanak-kanak ni. Lagi pulak masa tu kamiorang baru je pindah ke petempatan Felda tempat aku tinggal sekarang ni jadinye tak kisah sangat kalau mak bapak tak antar anak masuk sekolah tadika.


Tapi yang masalahnye, bila si Awie dah didaftarkan masuk sekolah tadika (yelah sebab dia dah 6 tahun masa tu), aku ni pulak nanges² nak masuk sekolah jugak. Yelah nama pon besfren. Mana boleh tengok Awie dah sekolah tetiba aku pulak kena tinggal. Konfem aku meroyan nak masuk sekolah jugak. Sipbaikla mak abah aku layankan aje kehendak anak dia yang sorang ni hehehe

Jadinye aku ni sekolah tadika dua tahunlah (5 dan 6 tahun). Setiap hari pegi-balik sekolah kemain pegang tangan sesama. Awie pon jaga sungguh aku ni. Tak lepaslah tangan selagi tak sampai rumah. Suci murninyalah hai jiwa kanak-kanak. 

Tapi mak aku citer lagi, dalam pada Awie dok jaga aku pergi-balik sekolah tu pon, sebenarnye si Awie ni agak 'lembik' masa dulu tu. Aku ni pulak 'kasar' (faktor disebabkan adik-beradik aku semuanya lelaki agaknye =P) 

Berdasarkan cerita mak aku dan mak Awie (aku panggil Mak Lang), si Awie ni tak boleh sakit sikit mesti nak nanges. Ape orang jawa kata 'cengeng' kot ye? (Nak konfemesyen kena tanya Wak Lalat hehehe). Kiranya sebenarnye aku yang banyak 'jagakan' Awie ni sepanjang selama dok sekolah sesama tu. Bukan Awie yang tolong jagakan aku hahaha

Tapi tu lah, sekarang Awie dah kawen dah. Ada anak² comel dah. Aku jugak menyingle sampai sekarang. Pastu malu dah nak jumpa Awie ni bila dia ada balik kampung cuti dengan anak bini. Pada hal dedulu kemain taknak lepas langsung. Sampaikan Mak Lang nak buat jadi menantu. Tapi apekan daya jodoh Awie dengan orang lain kehkehkeh

#AteApeKisahKome? 


Jenuh Mencari

05 January 25 Comments
Malas nak cakap panjang.
Jubah hitam feveret aku hilang.
Hilang kat ampaian.
Dah la jubah tu paling aku sayang :(

Jubah tu paling aku sayang sebab pemberian orang
Sentimental value tu.
Beli semula pon tetap dah takkan sama lagi :(

Makcik jiran belakang rumah aku baru je dok bermesyuarat tingkap dengan mak aku beberapa hari lepas pasal menantu dia hilang baju kurung kat ampaian masa balik cuti haritu.

Tup tup harini jubah hitam feveret aku pulak hilang kat ampaian.
Waddeheck???

Jubah kat mane, 
Jubah jubah kat mane ♪♬

Kalau yang ambik jubah tu untuk kegunaan dia sendiri, silalah guna sebaiknya.
Aku harap sangat yang ambik tu takde niat lain huwawawawa


Jejari Gatal

04 January 26 Comments

Memandangkan aku masih bekerja sorang diri (pengganti partner aku masih belum ada), jadinya aku masih berpeluang untuk ambil cuti Sabtu dan Ahad (selalunya aku kena cuti on weekdays). 

Dan memandangkan jugak masa Sabtu 2 Januari haritu takde sebarang majlis kawen dah, masa free yang ada tu aku pun bawa diri ke Ipoh. Tempat aku tinggal sekarang ni dekat dengan kawasan Slim River (dah hujung Perak nak masuk sempadan Selangor dah) jadi, untuk ke Ipoh tu kalau takde urusan yang penting memang aku agak malas lah nak pergi.

Tapi untuk 2 Januari haritu aku nekad jugak untuk pergi sebabnye ada DUA faktor utama :

1.Aku nak habeskan berbelanja voucher AEON yang aku dapat masa program LimasTiga Melaka tahun lepas. (Beratus jugak jumlah voucher tu jadi amatlah rugi kalau aku biarkan lebih lama hehehe)

2.Aku nak cuci mata di bahagian craft kat Popular dan jugak Daiso.

DUA faktor tu je yang membuatkan aku curi jugak masa cuti tu untuk bawa diri pergi Ipoh sebab kat sana je aku boleh puaskan kehendak hati aku untuk kalini hehehe

Selesai je aku cuci mata kat tempat² yang aku kata tu, inilah hasil tuaian aku untuk hari tu. Masa aku masuk kat Popular padat gila manusia. Celah rak, tepi sudut sana, belakang sudut sini, semuanya ada manusia dan semuanya generasi membaca. Alhamdulillah lah kat situ hehehe

Masa aku belek kat area barang² craft dalam Popular tu, mak aihhhh harga dia, boleh tahan gak lah hehehe. Pastu disebabkan kat dalam AEON tu ada Daiso so aku decide untuk terus gerak p cuci mata kat sana pulak. Tapi kat Popular tu sempat jugakla aku beli 2-3 batang pen yang kaler silver and gold. Kononnya nanti senang kalo nak tulis atas kertas warna hitam. KONONnyelah. Kalau rajinlah citernye hahaha

Masuk je dalam Daiso tu rasa lega sikit sebabnye manusia tak padat macam kat dalam Popular tu tadi. Tu pasal senang hati aku belek semua benda yang ada dan sudahnye tu dua benda tu yang aku beli. Craft Punch dan jugak Craft Scisscors. Benda ni semuanya untuk deco² buat craft card tak kiralah untuk bookmark ke, birthday wishing card ke ataupun untuk hadiahkan special card untuk sesape yang engko sayanglah hehehe

Aku banyak ushar kat Tower Kak Farah kalo nak rujuk ape² pasal crafting nih sebab dia memang otai gila bab ni. Pergilah jenguk Tower Kak Farah tu kalo engko nak lebih tawu hape benda yang aku bebelkan ni kehkehkeh


Psstt~ Jejari Gatal tukar template sebenarnye. Kang bila ada problem mulalah meroyan sesorang hahaha