Apa nak jawab bila boss besar datang?

09 August 8 Comments

Salam kenal pada semua. Terima kasih pada engkorang semua yang sudi singgah dan baca apa yang aku bebelkan hehehe.
Untuk pengetahuan, aku salah sorang staff yang bekerja di Pusat Internet 1 Malaysia di Perak di bawah portfolio Kementerian Komunikasi.Pada akhir Mac haritu, satu official site visit daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cyberjaya telah datang ke lokasi tempat aku bekerja.
Di setiap lokasi Pusat Internet sepatutnya ada dua orang staff tapi masa hari lawatan tu, partner aku perlu hadir kursus di Ipoh. Makanya, aku perlu hadap semua para pegawai tu sorang-sorang.
Site Visit ni sebenarnya bertujuan untuk memberi gambaran jelas kepada bakal Pegawai Pelatih yang akan berkhidmat dengan MCMC. Dan pemilihan lokasi pula dipilih berdasarkan Top Three di setiap negeri dan wakil dari setiap Telco (pembekal perkhidmatan contohnya TM, Celcom, Digi).
Macam Pusat Internet tempat aku berkerja ni dibawah kendalian Telco Webe.

Baaaaanyak soalan yang ditanya memandangkan Pusat Internet tempat aku ni dah masuk tahun ketujuh beroperasi bermula pada Februari 2010 dulu.

Antara soalan-soalan yang ditanya :

"Cuba bagi saya 5 sebab kenapa kami (Pihak MCMC) tidak perlu tamatkan kontrak / perlu teruskan kewujudan Pusat Internet di sini"

"Bagi saya 5 sebab utama kenapa awak masih setia bekerja disini walaupun sudah TUJUH TAHUN perlu hadap perkara yang sama setiap hari"

Encik yang berbaju kaler brown (tengah-tengah) tu yang bagi soalan-soalan killer sebab beliau merupakan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Infrastuktur.

Soalan-soalan lain cuma soalan basic dan data tu boleh cari dalam sistem sebab kebanyakannya statistik  dan jumlah sahaja yang diminta.



Masa sesi soal jawab tu, Pihak Atasan aku hadir sama. Lepas dah selesai segala soalan, diorang pon dah gerak balik, pihak atasan aku call :

"Congratulations for being the most confidence and outstanding staff on the site visit today. Good job! Saya sendiri sangat kagum dengan cara awak jawab soalan-soalan yang MCMC tanya tadi. Camtulah staff saya ;)"

Aku jawab 'ok terima kasih encik.' -- cenggitu aje lah.
Itu nasib baiklah jawapan aku memuaskan hati.
Cuba kalo aku tak konfiden dan jawab tergagap-gagap.





Ada Program Cuti Sekolah Edisi Mac

08 August 6 Comments

Setiap kali cuti sekolah, kami memang diarahkan untuk mengadakan akviti sempena cuti sekolah. Jadi, untuk cuti sekolah Mac 2017, aku dan partner baru aku (Zati), kami decide untuk adakan Program Cuti Sekolah Edisi Mac 2017.

Antara aktiviti yang kami adakan adalah pertandingan Kuiz, Jigsaw Puzzle, Crossword Puzzle dan juga Slideshow Creator. Kesemua aktiviti yang nak dibuat mestilah berkaitan dengan #DigitalLifestyle. 

Kami diberi kebebasan sepenuhnya untuk berfikir sekreatif mungkin untuk buat sebarang aktiviti asalkan tidak terbabas dari tema Digital Lifestyle.

Macam biasa, aku memang suka bab-bab buat aktiviti bersama dengan adik-adik sepanjang cuti sekolah. Aku lebih suka handle adik-adik pelajar sekolah rendah sebab lebih mudah untuk bagi kerjasama dan lebih dengar kata.

Aktiviti diadakan selama tiga hari berturut-turut. 
Alhamdulillah berjaya aku dan Zati selesaikan dengan jayanya.

Untuk majlis penutup, macam biasa.
Aku order Kek Bajet RM15.00 (500gram) daripada Sis Nora.
Puas hati tengok adik-adik makan dengan seleranya.
Sis Nora siap bagi free sebijik kek lagi sebagai sedekah kepada adik-adik tu semua.
Terima kasih dan semoga bisnes Sis Nora bertambah maju.

p/s : throwback Program Cuti Sekolah (PCS) Mac 2017. disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni aku baru nak share segala mak nenek throwback =P 



Antara Feveret Aku : Pau Goreng Kacang Merah

07 August 14 Comments

Aku memang antara penggemar Pau Goreng Kacang Merah. Beberapa tahun sebelum ni, ada sorang makcik jiran belakang rumah aku yang aku panggil sebagai Wak Tini.

Wak Tini seorang yang berketurunan Jawa dan sangat pemurah.
Setiap kali ada buat kenduri di rumah dia, mesti takkan ketinggalan akan ada kuih pau goreng ni.
Air tangan Wak Tini memang cukup membuatkan aku tak lena tidur kalau tak dapat rasa.
Tapi awal tahun 2016 yang lepas, Wak Tini pergi meninggalkan kami semua.
Kini takde lagi Pau Goreng hasil air tangan Wak Tini.

Awal tahun haritu, aku dapat tahu ada sorang sis ni berniaga Pau Goreng Frozen.
Pau Goreng Kacang Merah pulak tu !
Mana mungkin aku biarkan cenggitu saja.
Aku pon tak buang masa terus roger sis tu.
Rupa-rupanya beliau bukanlah sis sebabnya dia sebaya dengan aku hahaha !

Pau Goreng Frozen Mama E'da namanya.
Aku dah cuba. Banyak kali.
Memang menepati citarasa aku.
Rasanya memang saling tak tumpah macam yang Wak Tini buat !
Tapi Mama E'da takde kena mengena hubungan apa-apa pun dengan arwah Wak Tini.

Semoga bisnes Mama E'da terus maju.
Hidup Pau Goreng! hahaha tetibe =P

p/s : throwback keenakan Pau Goreng Frozen Kacang Merah.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P 


Aniya Kitchen | Nasi Arab Mandy

06 August 7 Comments


Nasi Arab Mandy daripada air tangan Cik Alin owner Aniya Kitchen memang sedap. Ayam yang diperap semalaman memang terasa semua rempah ratus resepi rahsia daripada keluarga Cik Alin.

Menjanjikan kepuasan yang luar biasa, bukan sahaja disebabkan ‘portion’ nasinya yang banyak malah saiz ayamnya juga besar. Memang tak rugi sesiapa yang mencubanya.
Nak lagi mudah? Roger saja whatsapp Cik Alin dan buat tempahan. Nasi Arab Mandy anda akan sampai ke depan pintu.

Selain daripada Nasi Arab Mandy, ada pelbagai lagi menu nasi yang lain dan unikya menu oleh Aniya Kitchen ini kerana setiap hari menu nasinya adalah berbeza.

Tapi rasanya Cik Alin hanya buat delivery di sekitar kawasan Slim River,Perak. Kalau untuk lokasi lain mungkin boleh tanya pada Cik Alin sendiri.


p/s : throwback kesah Nasi Arab Mandy ni masa Cik Alin buat promo price Mac haritu :) disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, aku baru nak share segala mak nenek throwback =P


Antu Durian !

05 August 12 Comments

Aku ni nak dikatakan hantu durian tu takdelah hantu sangat. Tapi kalau ada depan mata memang aku takkan lepaskan. Mesti kena bedal dulu 4-5 ulas hehehe

Mungkin ada yang dah cukup kenal dengan Durian Crepe. 
Atau ada yang tak pernah cuba lagi?
Durian Crepe ni sebenarnya isi durian yang dibalut dengan kulit lembut.
Ditambah dengan whipping cream.

Dan untuk yang konfius tentang gambar aku kat atas tu, kenapa ada color hijau dan coklat?
Selalunya durian crepe mesti color kuning kan?
Yes betul. Kuning untuk Durian Crepe.
Hijau tu Oreo Crepe.
Coklat tu Milo Crepe.

Kat tempat aku tinggal ni, ada sorang akak tu dia jual Aneka Crepe.
Maksudnya bukan terhad Durian Crepe sahaja.
Ada Oreo, Milo, Strawberry, Mango.
Bakal ada blueberry dan nutella crepe katanya.

Crepe akak ni antara yang paling sedap dan ikhlas pembuatannya.
Aku dah cuba beberapa crepe di mall tapi tak begitu menepati citarasa.
Ada yang kulitnya keras.
Ada yang isi dalamnya lebih whipping cream je.
Rasa duriannya hujung-hujung aje.
Biasalah niaga dalam mall memang kena kira semua segilah kan?

p/s : throwback kesedapan Durian Crepe masa Mac haritu.
disebabkan mood menulis dah tergendala hampir setahun, ni lah
aku baru nak share segala mak nenek throwback =P