Dia Tu Adik Hang | Part II

13 December 17 Comments

Masa tahun 2014 dulu aku dah pernah kongsikan kisah Dia Tu Adik Hang | Part I . Kisah si Abang John yang tersepit dek kerana si Ayah macam melebihkan sangat Adik Abang John tu. Pada hal bukannya penting mana sangat pun. Lebih pada kehendak je bukan keperluan.

Dan sebenarnya lepas dari kisah Part 1 tu, ada je beberapa lagi kisah agak sedih yang Abang John perlu hadap dan korbankan disebabkan perlu menjaga hati si Ayah tu.

Untuk tahun 2017 ni pulak, dah hujung-hujung tahun ni, dengan nak kena standby keperluan sekolah anak apa semua tiba-tiba aku dikejutkan dengan beberapa whatsapp dari Abang John menyatakan yang si Adik dia tu buat hal lagi.

Kalau dulu si Adik nak sangat-sangat beli superbike yang harganya bukan sekecik anak (dah la nak beli superbike harga mahal pastu nak guna nama si Abang John). 

Siapa yang tak berat hati? Guna nama orang lain ni, tak kisahlah nak beli motor ke kereta ke, sebenarnya ia satu tindakan yang amat takde sivik. 

Si Adik tu beli superbike gunakan nama Abang John (tanpa rela hati, Abang John terpaksa akur semata-mata nak jaga hati si Ayah di kampung). Pada hal kalau sabar tunggulah diri sendiri tu ada paysheet gaji sendiri nanti belilah apa pun. Kepala gajah pun kalau nak beli, orang tak marah asalkan guna nama sendiri. Tapi jenis tak sabar sebab masa dia nak beli superbike tu dia dalam status pelatih lagi dan belum ada penyata gaji, tu yang gelabah nak guna sangat Abang John tu.

Dah la banyak kali payment sangkut, sampaikan AEON credit deduct duit dalam akaun Abang John dulu disebabkan guna nama & akaun dia. si Adik buat rilek je tunggu gaji dia masuk (7-8 hari kemudian tu baru gaji dia masuk) . Dah lah tak reti nak mesej minta maaf ke ape ke. TAKDE LANGSUNG.

Kalau kata nak datang ziarah melawat Abang John lagi lah takde. 

Awal bulan Disember 2017 ni pulak, si Adik ada bagitahu Abang John nanti nak minta tolong Abang John pergi Mahkamah sebab si Adik kena saman disebabkan kesalahan tak pasang side mirror kat superbike dia yang beli guna nama Abang John tu. 

Bila Abang John cerita je benda tu kat aku, tiba-tiba rasa panassss je hati ni. Tak cukup-cukup lagi ke si Adik tu menyusahkan Abang John selama ni ? Tu nak kena naik court ape segala tu nanti duit lagi tu. Pastu kang kalo si Adik tu tak cukup duit ke ape ke, dah tentu si Abang John lah kena tolong lagi??? Alamak aih manusia jenis ape kau ni dik! 

Masa Abang John susah, satu ape pon si Adik tak ambik tawu.
Bila time dia susah, sana sini pijak kepala orang nak mintak tolong. 
Hadoi ! Apa jenis manusialah. 

Dah pernah cuba ke?

03 December 9 Comments
Alamak macam lama sunyi sepi. Maklumlah program bersusun nak kena setelkan sebelum hujung tahun habis. Lepas selesai je Karnival Hari Terbuka haritu, aku dengan team aku yang lain teruskan pulak dengan program Inovasi Pertanian Moden (Hidroponik - Dah Cuba Ke?) --- memang nama program diletak sebegitu rupa untuk bagi effect lebih dramatik katanya. kahkahkah

Zaman semakin mencabar sekarang ni memang kalo boleh semuanya nak kena usaha / tanam sendiri je keliling rumah. Kalau sesiapa yang tinggal di kawasan rumah kampung (ada tanah keliling rumah takpe tak kisah lah boleh main campak-campak je benih sayur / benih pokok mesti tumbuh elok punya. 

Kalau jenis tak mampu nak ada rumah bertanah keliling cemane? Hah hidroponik lah penyelesaiannya. Tak payah mikirkan tanah. Tak payah nak mikirkan bila masa nak siram. 

Sepanjang bengkel Inovasi Pertanian Moden ni, aku tengok peserta memang dah tentulah ramai golongan wanita. Standardlah tu mana-mana program pun mesti kaum wanita ni jugak yang ramai join. Program ni PERCUMA sahaja untuk edisi pengenalan kepada warga komuniti Felda sekitar jajahan Wilayah Trolak , Daerah Batang Padang Muallim , Perak ni.

Hidro Mini Set ni tetiba buat aku jatuh cinta pulak dengan hidroponik. kahkahkah 


Nah Motocross FREE!

05 November 11 Comments
Hamboiiii tajuk bukan main hehehe. Hai engkorang semua. Sorry busy sikit lately. Alasan cliche. Tiap kali lama tak hapdet mesti bagi alasan cenggitu. 

Sebenarnye ini throwback salah satu aktiviti semasa Karnival Hari Terbuka Pusat Internet masa 22 dan 23 September haritu. 

Aktiviti Autoshow Motocross bersama abam-abam rider !





Ekceli bukan mudah untuk dapat kumpulkan abam-abam rider Motocross ni semua. Dah la diduga dengan kekangan budget serta jarak waktu promosi yang sangat singkat (sebab aku terima budget program SEMINGGU sebelum tarikh berlangsung! pada hal tarikh dan proposal dah submit lama berzaman dah).

Dah la budget masuk lambat. Pastu orang atas demand pulak nak aktiviti yang Wow lah ! yang Gempak lah! Naik serabut mikir nak penuhi kehendak anak tekak depa sebab banyak aktiviti kena rombak.

Kalau masa banyak lagi tak kesahlah nak mikir aktiviti dan nak submit surat apa semua. Ini last minute pastu demand nak macam-macam. Herghhhh~

Nasib baiklah abam-abam rider ni semua jenih boleh kawtim punya orang. Alhamdulillah syukur dapat jugak meletopkan suasana karnival dua hari tu. 

Rasa puas hati dapat tengok komuniti semua bagi kata-kata positif dan berharap semoga akan ada lagi program cenggitu pada masa akan datang.

Leganya rasa bila dah selesai. Barula buleh lurus kaki.



Selesai | Program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia

25 September 4 Comments

Hai engkorang. sorry agak lama senyap sunyi sebab busy sikit menguruskan program Karnival Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Karnival ni diadakan setiap tahun pada hujung tahun suku terakhir selalunya tapi tahun ni diawalkan atas sebab-sebab tertentu.

Disebabkan tempat aku jadi lokasi pertama dan disebabkan duit bajet program masuk sangaaaaat lewat ( 7 hari sebelum program) , perkara tu amat mengecewakan aku. Pada hal, kertas kerja program dah diarahkan submit pada bulan Julai dulu lagi dah. Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan.

Banyak aktiviti yang telah dirancang dan alhamdulillah Allah pinjamkan DUA HARI yang sangat cantik cuacanya dari pagi hingga ke petang. Dapatlah komuniti hadir pada kedua-dua program tu. Kalau cuaca hujan entahlah macam mana agaknya.

Nanti aku kongsikan beberapa aktiviti yang agak menarik untuk diceritakan :)


Short Trip Part 2 : Kellie's Castle

11 September 11 Comments
Selesai je jelajah Taman Rekreasi Gunung Lang kami terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Kellie's Castle yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, Perak. 
Memandangkan waktu tu Raya Kedua Aidiladha dan Hari Sabtu jadi memang orang sangat ramai. Parking kereta pun penuh dalam kawasan tu. Kami terpaksa parking di kawasan tepi jalan besar tu je dan brader yang jaga parking tiket kat situ pesan tak boleh park lama-lama ye kat tepi jalan tu katanya. Yelah sebab engko tak dapat duit parking dari kami kan, tu pasal engko pesan cenggitu =P Disebabkan cuaca panas terik gila dan brader tu dah sound cenggitu tadi jadi kami tak berlama-lama pun kat Istana Kellie tu. Begambar sekeping dua untuk dibuat kenangan dan beli fridge magnet sebutir dua dan terus gerak balik je. Waktu tu jalan pun dah mula banyak kenderaan yang menghala balik ke Selatan tak kira kat highway ataupun jalan lama.
Sebenarnya Istana Kellie ni bangunan tak sempat siap disebabkan ownernya meninggal dunia semasa istana ni 'sedang dibina' dan selepas kematiannya bangunan istana terus dalam keadaan 'sedang dibina' tu jugak. Tempat ni juga sering menjadi lokasi untuk wedding photoshoot sebab keunikan bagunan tu sendiri. Ada juga kisah misteri kat sini sebab ada yang pernah ternampak sosok di salah satu sudut dalam istana tu.

SEJARAH KELLIE'S CASTLE

Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Sumber : Istana Kellie