Fikiran Jenis...?

17 February 15 Comments


Dalam ramai-ramai manusia yang aku pernah dipertemukan, aku paling tak duga kalini ada spesis yang jenis kelam-kabut bila masuk bab kahwin. Contohnya : 

"Weyhh umur pun dah 27 takkan tak kawen lagi? Bila lagi nak kawen weyhh? Hang tak rasa tua ka kawen lambat-lambat? Baik kahwin cepat weyhh nanti kalau lambat, susah bab nak bersalin apa semua tu"

Manusia jenis ini engkorang panggil spesis ape?
Aku tak kisah pun sebenarnya kalau nak bercakap soal jodoh,nikah,kahwin ni.
Tapi yang aku cukup pantang adalah bila engkau macam nak persoalkan pulak.

Pada aku-
Aku kahwin ke dak ke, 
Aku kahwin awal ke cepat ke,
Aku ada susahkan hang ke macam mana?
Engkau rasa kahwin lambat tu menyusahkan-
Sila lah kahwin cepat.
Tak payah serabut tiap hari bukak bab kahwin ni depan aku.

Aku ni manusia yang selagi boleh aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.
Selagi boleh aku akan usaha sendiri capai apa yang aku nak.
Soal nikah kahwin ni pada aku, tak perlu banyak bunyi pun.
Ada jodoh kahwin.
Takdak jodoh, buatlah benda lain.
Banyak je benda lain boleh buat.
Travel ke. Memenuhi kehendak kegembiraan diri sendiri ke.
Buat je lah aktiviti lain. Banyak je lagi selain duk hadap scroll instagram je manjang.
Pastu tak habis-habis kelam-kabut serabut mikir pasal kahwin.
Hang nak kahwin silakan. Aku tak pernah halang apa pon.
Tapi kalau sampai kerja hakiki pon jadi caca-marba disebabkan fikiran melayang tak fokus,
pada pendapat aku lebih baik berhenti je lah kerja pastu fokuslah dengan urusan kahwin tu dik oi.

Aku rimas dan lemas dengan spesis manusia yang fikiran jenis macam ni.
Kerja tak fokus pastu sibuk duk hadap benda lain.
Aku cukup pantang sungguh.
Nak disembur, karang jadi gaduh.
Pendam-kemam ajelah sampai sudah.
Aku tak marah. Nikah kahwin tu memang lumrah.
Tapi kalau sampai kerja hakiki pun jadi tak tentu arah,
Berhenti ajelah.
Mudah.

Aku bukan marah ni kahkahkah !

Faboulous Friends | Entry & Bimbo

03 February 31 Comments
Hai engkorang! Terima kasih pada semua yang singgah komen ataupun yang singgah follow takdak komen. Dan terima kasih jugak pada yang tersinggah tanpa sengaja kat blog aku ni hehehe. 

Sebenarnya aku ada 'berhutang entry' dengan beberapa sahabat blogger yang dah lama bertanyakan tentang dua soalan ni :

1)Memang setiap entry blog ni bermula dengan abjad pertama setiap bulan tu ke?
2)Siapa Bimbo dan kenapa pilih nama tu?

Okay kesahnya begini anak-anak hehehe. Mana-mana yang dah lama singgah sini mungkin dah tahu pasal entry blog aku memang bermula ikut Abjad Pertama Setiap Bulan Tersebut. 

CONTOH 1: Bulan Januari - aku akan mulakan entry dengan Huruf  J sahaja.
CONTOH 2 : Bulan Februari - aku akan mulakan entry dengan Huruf  F sahaja.

Soalan Pertama : Kenapa mulakan entry dengan abjad pertama setiap bulan camtu?
Jawapan : Aku saja nak cabar diri aku. Bermula pada hujung Februari 2013 dulu. Nak tengok kepala hotak aku mampu ke dak nak mendisiplinkan diri supaya make sure entry setiap bulan mesti kena ikut huruf pertama pada bulan tu.

Soalan : Hang tak rasa menyusahkan diri ke menambah satu kerja pulak nak fikir huruf tu?
Jawapan : Setiap perkara tu kalau kita buat tanpa terpaksa, dia akan jadi smooth je. Dan aku takdak rasa menyusahkan atau menambah kerja pun.

Okay itu part Entry Setiap Bulan.

Soalan Kedua : Siapa Bimbo dan kenapa pilih nama tu?
Jawapan : Jeng jeng jeng~

Sebenarnya Bimbo tu kereta Persona Aku dan aku pernah tulis pasal kisah tu kat SINI dulu-dulu di awal kehadiran dia dalam hidup aku. Pada mula masa aku baru-baru dapat lesen memandu dulu kononnye aku teringin nak beli kereta Kelisa je (sebab nak beli Mini Cooper tak mampu) Pastu konon-konon nak color pinkish cenggitu tapi disebabkan masa tahun 2011 tu nak cari kereta Kelisa Keluaran Baru dah takde, itu yang abah aku decide alang-alang nak ambik, dia suruh aku ambik Persona sebab bonet luas katanya senang nak angkut segala buah-buahan dan lain-lain harta bila balik kampung.

Kenapa pilih nama BIMBO?


Aku tak pernah terfikir pun nak bagi nama tapi lepas tengok cerita Herbie Fully Loaded, aku terinspirasi dan aku rasa macam bonding tu lebih rapat dengan kereta sendiri bila bagi nama hahahaha. Spontan je aku terfikir nak letak nama Bimbo tu sebab masa tu tak tahu lagi maksud perkataan Bimbo tu benda ape. Bila aku dah tahu maksud Bimbo tu agak kurengggggg, aku rasa macam bersalah pulak namakan kereta aku dengan nama Bimbo tu. 
Ada jugak terfikir nak tukar nama lain tapi aku macam dah selesa panggil dia Bimbo. Tapi tengoklah nanti. Aku memang ada planning nak buat transformasi kat dia sebab dari awal aku beli memang takda upgred apa langsung disebabkan aku tinggal dengan mak ayah aku dan ayah aku cukup pantang kalau sesaja perabeh duit pada benda-benda yang dia rasa tak penting mana pun (biasalah permikiran ayah-ayah. Diorang akan rasa satu pembaziran kalau makeup-makeup kereta ape semua tu). Dan depends pada perubahan tu nantilah tengok sama ada perlu tukar nama yang lebih sesuai ataupun macam mana tengoklah nanti. 

Aku dah banyak kali planning nak tukar color lah.
Nak tukar sportrim lah.
Nak tambah itu lah, nak tambah ini lah.
Tapi setiap kali aku suarakan pendapat nak tukar itu ini,
mesti mak abah aku reject. Diorang kata baik simpan je duit tu kakak.

Ater camane kome? :P
Gitulah kesahnye. Rasanya dah langsai hutang DUA PERSOALAN yang dah tertangguh lama hehehe.

Jangan Buat Hal Ye?

31 January 7 Comments
Hai engkorang. Moga sihat semua. Aku alhamdulillah sihat adanya. Bimbo (kereta Persona aku) je yang demam sikit haritu. Tapi takdelah demam ape sangat sebenarnya sebab selama ada dengan aku, dia belum pernah ada sakit teruk (major problem). Walaupun dia pernah dilanda 'sakit misteri dulu' tapi Aku bersyukur sangat belum pernah lagi Bimbo dilanda sakit teruk yang mana sekaligus boleh menyebabkan poket juga akan turut sakit teruk kehkehkeh

*Pic masa Bimbo terpaksa dibawa check-up menggunakan tow truck*

Masa terpaksa towing tu pun aku sangat bersyukur sebab Etiqa Insurans tak kenakan apa-apa bayaran langsung sebab jarak rumah aku ke Pusat Sevice Proton yang aku minta tolong hantar tu tak melebihi 40km. Jadi FREE je lah towing tu. Legaaaaa rasa. 

Cuma process tukar alat ganti, bateri, tayar dan maintenance tu macam biasalah memang kena siap sedia duit siap-siaplah. Aku ni apa-apa hal memang bersyukur sangatlah sebab masih ada Abah yang selalu remind aku berkenaan hal-hal kereta ni. Pastu Abang Long aku pun sama tukang remind pasal kereta. Maklumlah tuan badan ni pompuan, memang selalunya zero pasal hal kereta tapi semenjak dah terjadi beberapa kejadian haritu, aku sikit sebanyak celik jugaklah pasal hal kereta ni hehehe

Kisah dulu-dulu :

Lahirnya Bimbo dan aku ambil dia masa 31 Mac 2011.
Tak lama lagi masuk 31 Mac 2019 nanti dah 8 tahunlah dia dengan aku.
Tinggal beberapa bulan je lagi nak clear hutang. 
Pastu lapanglah sikit nak mikir hal rumah dan rumahtangga. Cewaahhh hahaha


Jodoh Datang Tanpa Diduga...

13 January 17 Comments

Dalam kesibukan aku dan team sekerja aku berkejar nak selesaikan Program Karnival Pusat Internet sepanjang Disember 2018 yang lepas, terselit jodoh salah sorang daripada kami.

Dan semestinya bukan aku. Aku masih belum selamat lagi. Jangan tanya bila. Sabar tunggu kad jemputan dari aku hehehe.

Team rakan sekerja aku si Asmah bertemu jodoh pada 28 Disember 2018. Walaupun beberapa kali pedih dalam percintaan akhirnya Allah hadirkan jodoh dia. 

Dan siapa sangka jodoh dia adalah rakan sekelas masa belajar dulu. 
Dah lah satu kampung.
Satu kelas pulak tu dulu-dulu.
Lorong belakang rumah pulak tu.

Aku tak boleh lupa kata-kata Asmah :

"Kalaulah saya tahu dia jodoh saya, tak payah saya susah-susah hati. Dah tentu dari dulu lagi bercinta senang je satu kelas-satu kampung" 

Tapi itulah yang dikatakan jodoh itu rahsia Allah kan?
Hanya DIA yang tahu siapa dan di mana jodoh kita.

Aku doakan semoga jodoh Asmah dan semua sahabat aku kekal selamanya.
Moga jodoh aku juga dipermudahkan urusan segalanya.

*Aku malas fikir bab jodoh ni sebenarnya sebab Mak aku semacam ada perasaan berat je bila tiap kali Abang Long dan Kakak Ipar aku suarakan pasal jodoh aku.

*Mak aku banyak kali bersuara : "Kalau Kakak dah kawen nanti, tambah-tambah kalau dapat orang jauh, macam mana lah mak dengan abah ni"

Takpe mak, ketahuilah mak, selagi mana terdaya, takkan ku sia-siakan mak dan abah.
InshaAllah.


Jangan Ditanya Kemana : Karnival Hari Terbuka Pusat Internet

05 January 5 Comments



Hai semua ! Salam tahun baru 2019 ! Moga belum terlambat ucap selamat tahun baru pada engkorang semua. Sorry terlajak bizi pulak lepas last update hujung november haritu. Ingatkan mulanya Management kata budget untuk program semuanya dah dibekukan buat sementara waktu, jadi kononnya bersemangatlah nak update dan ziarah blog engkorang.

Tiba-tiba masuk je awal Disember terus Management inform budget tak jadi beku dan akan masuk anytime saja so kami semua diarahkan proceed untuk program Karnival Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd. 

Dengan kelam-kabutnya kami terpaksa proceed surat jemputan ape segala less than a week! Tujuh lokasi dalam Kluster / Daerah yang sama bermula :

  • 15 & 16 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Trolak Utara
  • 17 & 18 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 4
  • 19 & 20 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 1
  • 23 & 24 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Sg Behrang
  • 24 & 25 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 5
  • 26 & 27 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Gunung Besout 2
  • 30 & 31 Disember : Karnival Pusat Internet Felda Sg Klah

TUJUH LOKASI dalam Kluster Batang Padang/Muallim : Perak
SATU LOKASI dalam Kluster Selama : Perak
SATU LOKASI dalam Kluster Bandar Bharu Kulim : Kedah

SEMBILAN LOKASI semuanya Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital ni.

Tujuh lokasi Karnival kami perlu selesaikan dalam masa DUA MINGGU non stop! Letihnya usah ditanya hanya Allah saja yang tahu. 

Buat julung kalinya jugak tahun ni Management request kena buat karnival tu DUA HARI. Udahlah staff pun ada berapa ketul je. Itu belum kira yang tak boleh datang sebab ada hal keluargalah ada hal kesihatanlah dan lain-lain lagi. Nak kena handle semua lokasi dalam masa yang singkat dengan kekuatan anggota yang sangat terhad adalah sesuatu yang amat menekan emosi, rohani serta fizikal. Silap percaturan memang nak hangin sesaje.

Engkau tak sempat nak prepare untuk lokasi sendiri pun disebabkan perlu bantu lokasi-lokasi lain. Tak sempat nak berfikir. Tak sempat nak ada life selagi belum selesai program semua tu. 

Alhamdulillah program tempat aku pada 26 & 27 Disember berjalan lancar semuanya. Sesi penutup aku jemput Hafiz Hamidun sebagai icon Digital Sharing disebabkan slot Digital Sharing ni salah satu slot wajib yang kami perlu penuhi.

Untuk aktiviti dua hari karnival di lokasi aku, memang aku isi kaw-kaw untuk semua peringkat umur boleh join bawak sekali anak bini, cucu cicit boleh join segala aktiviti yang ada. Sebabnya pada lokasi-lokasi sebelum tu, ada dapat feedback & komen daripada komuniti sekitar berkenaan aktiviti tak berapa banyak dan ada beberapa cadangan supaya tambah aktiviti serta pelbagaikan supaya semua peringkat umur dapat hadir libatkan diri. 

Sakit kepala memikirkan untuk penuhkan aktiviti usah ditanyalah. Mana nak memikir aktiviti lagi, mana nak kena pergi memborong hadiah-hadiah lagi. Mana nak packing segala mak nenek hadiah lagi. Rasa macam tak cukup dua tangan.

Untuk hadiah utama cabutan bertuah aku decide beli DUA SMARTPHONE disebabkan ini juga request daripada Management supaya banyakkan hadiah-hadiah berunsurkan DIGITAL. Barulah bertepatan dengan bidang Pusat Internet katanya. Hadoilah letih weyhhhh memikirkan nak penuhi segala permintaan dengan keadaan last minit semuanya. 

Kalau ikutkan memang membara je dalam jiwa ni tapi apakan daya, ku pendam juaaaa ahakss~
Yang penting feedback Boss pada sesi penutup di lokasi aku katanya :

"Saya amat terharu dan sangat bangga dengan pencapaian Ana dan rakan sekerja kerana dapat menjalankan Program Karnival Pusat Internet Dua Hari ini dengan jayanya dan memenuhi segala yang ditetapkan. Andai ada rezeki, tahun depan saya akan double kan budget di lokasi ini"

Syukur alhamdulillah bila Boss cakap cenggitu. Terasa hilang segala penat lelah menempuh hari-hari yang meletihkan tu semua. Moga janji ditepatilah hendaknya tahun depan dapat budget double. Yihaa~