Fun And Rilex : Kompleks Sejarah Pasir Salak

hai engkorang. harini aku off day. dan memandangkan dalam kepala aku dah lama plan nak menjejakkan kaki ke Pasir Salak so arini aku decide untuk merealisasikan impian aku.

mulanya konon² nak gerak seawal jam lapan atau sembilan pagi, namun niat suci murni itu terpaksa ditangguhkan kerana perut aku buat hal pulak. entah apa benda yang aku silap makan malam sebelumnya tu aku pon tak pasti lah. mungkin makan berger special yang adik aku si aiman beli kot sebab banyak sangat dia letak sos blackpepper sampai meleleh-leleh-leleh masa nak suap ke mulut =.='
last² lebih kurang jam 10.30 jugak baru bertolak dari Felda aku ni. sampai dekat Kompleks Pasir Salak tu lebih kurang jam 12 tengah hari. gambar replika labu sayung tu sebenarnya dekat simpang 4 traffic light yang pertama.. kena terus lagi sampai jumpa simpang traffic light yang kedua baru amek ke kiri.. pastu tak jauh dah dari situ akan jumpa lah simpang menghala ke Kompleks Pasir Salak tu..

cantik dan unik bangunan Kompleks tu rupanya. itu lah first time aku jejak kaki ke situ walaupun aku sendiri anak jati Perak =P   

siap ada Terowong masa--Sejarah Pasir Salak. untuk masuk dalam tu kena lapor diri dulu kat pondok pengawal depan pintu masuk -- kena tulis nama pelawat, dari mana, berapa orang hadir bersama etc.. pastu baru la boleh masuk ke kawasan kompleks tu.

cantik betol- tepi Sungai Perak.

dalam bangunan unik Kompleks tu, ada diorama tentang sejarah pasir salak, perang di Perak, Kedah, dan negeri kat tanah melayu yang lain. kagum tengok susun atur replika patung dalam tu semua. diorang buat sebijik gambaran masa zaman kesultanan dulu². masuk dalam terowong sejarah tu satu--satu kepala otak aku flashback semula apa subjek yang cikgu sejarah ajar dedulu.. terasa kagum dengan semangat pejuang pada zaman tu. pastu tingkat bawah dia pulak ada Galeri Keris. macam-macam bentuk dan saiz keris ada. tak pernah terfikir pon selama ni.

TAPI.. haaa ada tapi. dalam terowong sejarah dan galeri keris tu no cameras allowed. dan sepanjang perjalanan dalam tu jugak ada abang security follow je kita. mungkin sebab nak pelihara keunikan atau mungkin jugak ada sebab mistik yang lain ke entahla. 

rupanya perjalanan dalam terowong sejarah tu amek masa lebih kurang setengah jam jugak la. keluar je dari situ jam pun dah 12.45 dekat-dekat nak masuk jam 1 tengahhari dah. perut pun dah berkeroncong, so aku  pon decide untuk park tepi Sungai Perak depan sana sikit daripada kompleks tu dan kami pon makan kat tepi sungai tu bawah pokok sambil ditemani angin yang tak berapa nak sepoi-sepoi sangat. sebab angin tepi sungai agak kuat. 

Layan angin menderu tepi sungai best jugak.

13 comments:

  1. tak pernah lagi jejak sini..besarnya labu sayung tu..

    ReplyDelete
  2. Macam best tempat tu kak ana... hehe... boleh bawak balik sarawak tak labu sayung tu? hehehe...

    "keep smiling"
    ^_^

    ReplyDelete
  3. Sg perak belah mne ni ek?hahahaha.suami belah perak sna..tp sungai perak ada labu sayung ni mcm xpnh nmpk la pulak.sungai perka pjg kan?hihihi ;p

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi Perak, selalu pi ipoh ja. :D , pekena burger bakar..
    Pasir salak belum pernah sampai, mungkin next boleh cuba pi kot, santai sambil makan angiin, sekarang panas kuat, elak outdoor sikit :D

    ReplyDelete
  5. saya tak pernah sampai pasir salak,cuba share gambar2 kat situ...

    ReplyDelete
  6. salam. tak penah menjejakkan kaki ke sana lagi hikks

    ReplyDelete
  7. Saya yang orang Perak ni pun masih belum berkesempatan berkunjung ke Pasir Salak ni. Hehe. Apa pun, melawat tempat-tempat menarik di negara kita ni memang banyak manfaatnya.

    ReplyDelete
  8. I love Pasir Salak, eventhough I never really been there, only passing by with car there.. Cause I read a novel about Pasir Salak before, the historical one ^^

    ReplyDelete
  9. ade komen kat ig cik ana pi sini hihi

    rajinnya kalan2 on weekend

    kite skrg malas nak jenjalan wuwwuu -_-

    ReplyDelete
  10. duk dekat upsi 2 tahun tapi x pernah sampai pun lagi kat pasir salak..huhu

    ReplyDelete
  11. sini pon sama x pernah jugak sampai.
    dpt suami org kuale kangsar tp nak kesini macam jauh je.ngehngeh :D

    ReplyDelete
  12. sy org perak gak.tp utara perak la.ni pun sbb lahir je kt tepeng.sesekali mengorek sejarah best jugak.tiada dulu tiadalah sekarang...

    ReplyDelete