Fiance
Finger Cut
Kesahnya aku seharian di ofislah harini plus aku tak balik rumah waktu lunch break sebabnya aku attend majlis kesyukuran dan aqiqah anak saudara salah sorang member kerja aku. Bila aku balik kerja lebih kurang jam 6.35 petang camtu, sampai je kat rumah, macam biasalah selalunya ayah aku memang port lepak dia atas kerusi kat tepi pintu masuk rumah tu. So tiap kali aku balik kerja memang akan tabik hormat dia dulu lah baru akan masuk rumah. Maklumlah -- beliau Perdana Menteri dalam rumah tu kan kehkehkeh
Tapi takde pulak aku nampak kelibat ayah aku. Aku pon tanyelah kat Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan :
"Mak, Mana abah?"
"Tu ha ade tertido lepas balik kebun tadi. Tangan luka terkena duri pelepah sawit. Nak tepis, kalo tidak terkena muka. Bila dah tepis, tu yang terkena tangan..."
Hadoi Ajis... Ajis.. nape la kau tak elak?
Hadoi Ajis... Ajis.. nape la kau tak elak?
Macam mana nak elak. muslihat tepis pelepah pakcik belum ajarrrr..
Hahaha adehh terus aku teringat scene Pendekar Bujang Lapok. Kebetulan nama pun Aziz =P
Haduiyai nak gugur rasa jantung aku! Udah le mem besor punya storyline siap sound effect hape segala. Kalah drama slot akasia TV3 tawu tak. Aku pon bukak sesi soal jawab le. Ngape tak bagitawu lah hape semua. Ngape tak call aku kat ofis lah hape segala.
Mem besor cakap takpelah sebab tak parah sangat lagipun cemane nak tepon dah tepon kamu rosak. Hurmm sorry mommy. sorry daddy. Henpon buat hal pulak dah. Asyik on off on off sendiri je semenjak dua menjak ni pastu terus tak buleh on langsung dah T____T Sipbaikla kebetulan adik bongsu aku cuti dan ada kat rumah so mak aku pon call 911 directly henpon adik aku lah. Hadoiyai sipbaikla takde ape sangat. Hurmm tapi tu la ada 1 serpihan duri sawit masih terbenam kat dalam tangan (tu yang aku bulatkan hitam tu).
Tapi tu la kan, cemane abah nye, cenggitu lah juge anak nye (degil takmo p klinik). Berbuih dah mulut (metafora sangat sampai berbuih mulut =P) suruh p klinik untuk keluarkan duri tu tapi buat nehennnnnnn (orang Perak cakap) aje. Nehennnnn tu lebih kurang macam buat derrkkkkk aje.
Hurmm takpe. Kite nengokkan esok jadi cemane. Kalo parah, aku suruh Timbalan Perdana Menteri tu yang pujuk suruh p klinik. Maklumlah, pujuk memujuk ni serahkan aje pada yang pakar. Aicewahhhhhh =P
Fun And Rilex : Lata Tesong & Lata Bongsu
From Putrajaya
Frankfurt With Love
Flu
Dua tiga empat hari p bertapa dalam gua. Bawak diri. Merajuk dengan speed internet kononnya kehkehkeh. Sipbaik sekarang dah mula ada tanda² nak back to normal dah. Ini macamla baru sayang lebeyhhhh muahhh muah muahh :* pftttt~
Sekarang ni musim batok + selsema agaknya. Cuaca Malaysia lain maciammmm sikit la sekarang ni. Panas dia time tengah hari tu perhhhhh sampai pedih menusuk ke kulit. Tah cemana lah orang yang bekerja di tengah panas terik demi kelangsungan hidup. Allahuakbar semoga dikurniakan ketabahan dan kesihatan tahap maksimalah pada diorang :"(
Ada surprise datang bebaru ni. Nanti citer. Jaga diri bebaik k. Jaga kesihatan. Moga yang belum berjodoh -- dipercepatkan jodohnya. Doa untuk aku sama :)
Feveretable : Aku Ada Wali
Fun Facts : Mata Uwang
credit : Atok Dean
Seorang lelaki di Shenzhen,
China, yg telah berada dalam keadaan koma selama lebih setahun tiba2 kembali
sedar apabila seorang doktor meletakkn wang kertas 100 Yuan baru di bawah
hidungnya. Menurut Central European News, pada Ogos 2013 Xiao Li menghabiskan
seminggu di sebuah kafe Internet mencari idea perniagaan siang malam tanpa
berhenti untuk tidur yg kemudian menyebabkn nye pengsan dan koma. Dr Liu Tang
kemudian mendapat idea untok meletakkn wang di hidung Xiao Li setelah
diberitahu keluarga nya bahawa Xiao Li seorg yg mengejar kekayaan. Ni betol² giler duet ni =D
Aku rasa Ah Kak Li Po mesti ada nama yang dia nak rekemen kat mamat giler duit ni. kehkehkeh
For The First Time
"...And we dont know how,
How we got into this situation,
Only doing things out of frustration.
Trying to make it work but man these times are hard..."
......................................................................................
Fizah : Ana.. hang je yang faham apa aku rasa weyh. Hang tau kan perangai Fizi camna selama ni punya control la segala benda yang aku nak buat.. SEGALANYA. nak p mana kena update. p dengan sapa etc bla..bla..bla...
Pantang nampak status wassap aku 'online' mesti kecoh dok tanya aku wassap dengan sapa bla..bla.bla.. Pada hal kadang tu aku tengah dok baca mesej yang beratus dok masuk kat group wassap tu je pon sebenarnya. Tapi dia punya tahap curious tu ala mak ai T___T
Aku : Hurmmm aku perasan lama dah perangai Fizi tu. Tapi tu lah, kalo hang sendiri pun rasa camtu, kira hang normal la tu. Aku nak cakap banyak pun, aku rasa hang lagi kenai dia. Kan?
Fizah : Stress aku lah.. Sampaikan aku rasa macam terkongkong gila. Dedulu aku buleh je layankan lagi perangai dia. Tapi lately ni aku rasa makin melampau pulak. Hang tengok sendirilah dia sampaikan datang cari aku kat ofis punya nak tengok aku ni betoi ke p ofis atau aku tipu dia. Hadoila..
Aku : Tu la pasal tu. Tahap kronik dah aku tengok. Terpulang kat hang je sekarang ni. Pilihan kat tangan hang. Aku takleh nak cakap apa pun sebenarnye cuma aku dah lama kesian kat hang la dok hadap benda ni..
Fizah : Hurmm tu la.. Bukan tak boleh aku nak clash ke apa tapi tu la, dia jenis tahap kronik mai cari apa semua tu yang buat aku takot tu.. Sat lagi naya je aku hurmm..
......................................................................................
Kesian betoi kat Fizah. Tudiala si Fizi (bf Fizah) tu punya perangai. Aku sendiri pon takot manusia jenis obses sampai cenggitu. Lama dah sebenarnye aku dok perati je kes Fizah ni (cewahh perasan macam detektif conan pulak dah kehkehkeh)
Tapi tu la aku sendiri takleh nak cakap apa. Fizah sendiri je yang kena make move sekarang ni aku rasa. Berat nanang ngat aih mende gini.
Nak je aku tumbuk muka si Fizi tu. Ape hal engko nak paksa control hal orang? Bukan engko hasben dia ke hape pon. Chissssssskek betol perangai cenggitu.
Moga dijauhkanla dari manusia² yang perangai sebegitu. Aku dah la jenis pantang orang control² atau nak mengarah² life aku ni. Heshhh~
Five For Fighting
"Its not easy to be.. me..."
Fill Up Your Heart
"...selami syukur kemudian selami sabar, kemudian barulah dapat selami ikhlas.. apabila dah tahu erti ikhlas maka hati akan sentiasa damai dan tak ada penat..."
"Umpama kita berak (buang air besar). Pernah dak kita kira berapa banyak kita keluarkan? Tak pernah kan? Haaaa ikhlas yang paling ikhlas sebenarnya camtulah. Bila kita bagi atau keluarkan, kita tak pernah teringat balik atau berkira dengan apa yang kita dah bagi"