Jom Buat Kaswi Gedik Gula Merah

Ini permintaan Abah sebab teringin nak makan Kuih Kaswi Gula Merah.

Bukan takda jual tapi Abah lebih suka makan homemade punya hehehe


 

RESEPI KASWI GULA MELAKA

BAHAN UNTUK AIR GULA
- 1 cawan gula merah
  (bukan gula pasir merah)
- 1 cawan gula putih
- daun pandan 
- 2 cawan air 

BAHAN UNTUK ADUNAN KASWI
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi kayu
- 2 cawan air
- 1 sudu besar air kapur
- sedikit garam

*untuk warna gelap yang lebih menarik, boleh masukkan 1 atau 2 sudu kicap pekat

- Campurkan semua bahan air gula ke dalam bahan adunan.
- Tapiskan adunan yang telah dikacau sebati
- Sapu (oleskan) acuan dengan minyak
- Pastikan air dalam periuk kukus mendidih baru mula kukus.
- Kukus selama 10-15 minit & tunggu sejuk,boleh keluarkan dari acuan.
- Letakkan kelapa parut sebagai hiasan kuih kaswi gula melaka.

************************************************

Tak lama dulu aku pernah buat Kaswi Gedik Perisa Pandan.
Alkisahnya waktu tu Kakak Ipar berkumpul di kampung,
maka muncul lah idea ajak buat Kaswi Pandan & Kuih Sagu.

Kalini permintaan Abah nak Kuih Kaswi Gedik Gula Merah.
Kita cuba tunaikan & buat lebih untuk berbagi jiran sebelah hehehe


12 comments:

  1. Sedapnya nanti nak try buat la.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Homemade mmg lagi sedap, sebab ada ramuan rahsia; kasih sayang 😁
    Jangan lupa hantar ke jiran Gombak Ana :p

    ReplyDelete
  3. Belum pernah rasanya makan Kaswi nie...mahu cuba juga la

    ReplyDelete
  4. terima kasih ana kongsi resepi, nanti kak ana nak cuba, kalau dulu-dulu buat kuih kaswi ni dalam talam sahaja kan acuannya, potong-potong dan sadur kelapa parut, laa nih lawa dah dalam acuan :)

    ReplyDelete
  5. Wah, seronoknya Abah dapat makan Kuih Kaswi Gula Merah homemade! Memang sedap kan kuih ni, apatah lagi kalau buat sendiri. Resepi yang dikongsi pun nampak mudah dan pasti sedap dengan air gula merah yang manis. Semoga Abah suka dengan kuih kaswi kali ni, dan bagus juga buat lebih untuk jiran-jiran. Memang best bila dapat berkongsi rezeki dengan orang sekeliling. 😊

    ReplyDelete
  6. Sedap kaswi ni.. tapi nak tunggu wife buatnya alahai.. selalu beli aje bila nak makan hihii..

    ReplyDelete
  7. Teringin sangat jadi Jiran kakak 😂😄😄😄. Pasti sedaaap nih. Kue ini pun ada di sini. Tp susah sikit nak cari.

    ReplyDelete
  8. fav sy kuih kaswi ni... tp kat sini kalau jual bau kapur je yg lebih...

    ReplyDelete
  9. suka kaswi gula merah ni..nk2 yg gedik2 lembik

    ReplyDelete
  10. macam mudahnye nak buat...

    ReplyDelete
  11. tapi bila dah malas mcm ldy, mmg x jadi :P :P :P.. boleh x tolong poskan...hihi

    ReplyDelete
  12. Dia buat kaswi gedik plak ni....

    ReplyDelete