Anamizu! Memang Trademark Eh?

 



Ada beberapa sahabat yang singgah di blog ni & bertanyakan 
tentang ini kerna apabila terpandang pada senarai Blog Archive,
semua tajuk akan bermula mengikut abjad bulan berkenaan.



Dan sebenarnya tajuk mengikut abjad bulan tu
bermula pada Mac tahun 2013 dulu.

Pada masa tu saja nak mencabar diri 
sebab masa tu ada beberapa trend yang 
beberapa sahabat blog sedang buat antaranya :

-10 Days Photo Challenge
-30 Days Health Challenge

Jadi aku saja-sajalah cuba cabar diri ni,
untuk buat tajuk entry ikut bulan berkenaan.

Sedar tak sedar, dah 10 tahun lebih!
Sebab tu kalau ada yang perasan,
blog ni beberapa kali bertukar template.

Antara sebabnya adalah, ada sesetengah template,
Blog Archive nya tidak dipaparkan secara hiraki / dropdown.
Ada yang hanya papar nama bulan & berapa jumlah keseluruhan entry saja.

Aku ni jenis suka nak tengok senarai tajuk entry berderetttttt
dah macam semut berkawad satu-satu hora horeyyyyyy! 

Begitulah alkisahnya hehehehe

Aminkan Moga Cepat Sihat

 





Kisahnya Si Kakak Syaura (8 tahun) perlu menjalani
pembedahan untuk membuang tonsil.
 
Ini disebabkan dia selalu diserang batuk selsema
dan ambil masa panjang untuk recover.
 
Jadi atas nasihat doktor pakar, disarankan
untuk jalani pembedahan buang tonsil.
 
Pada jam 5.00 petang Isnin (28 April 2025) check in
di Avisena Specialist Shah Alam, Selangor.
 
Datin Seri Bondaku bila dengar je cucu kesayangan perlu dibedah,
hati kecil seorang Opah/Nenek terus sayu & meleleh air mata.
 
Memikirkan kesihatan cucu.
Macam-macam soalan bermain dalam fikiran.
Dan pada jam 8.30 pagi Selasa (29 April 2025),
Si Kakak Syaura dimasukkan ke wad pembedahan.
Tak ambil masa lama lebih kurang 30 minit selesai.
 
Dan Kakak Syaura masih dalam keadaan mabuk ubat bius.
Beransur sedar menjelang lewat petang 29 April 2025.
Kakak Syaura ditemani oleh Ayah saja kerna
Ibu perlu jaga Si Adik Musleh di rumah.
 
Tolong doakan Kakak Syaura cepat sihat
dan dapat kembali ke sekolah seperti biasa,
dan diberi kesihatan yang baik-baik saja selepas ni ya.
Aminnnnnnn

Ada Jemputan Doa Selamat

 


Ahad hujung minggu yang baru lepas, ada jemputan Doa Selamat
daripada Makcik Sofiah (Geng Mesyuarat Tingkap Datin Seri Bondaku)
 
Makcik Sofiah mendapat peluang menunaikan haji pada 10 Mei 2025.
Jadi sebelum berangkat pergi ke sana,
Makcik Sofiah jemput semua ahli mesyuarat tingkap,
sekaligus merangkap jamuan hari raya katanya.


 

Menu utama ada Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Acar Timun,
ada satey, nasi impit, kuah kacang, pelbagai puding & manisan.
 
Tapiiiiii aku tertarik untuk mencuba 'Miang Kam'.
Anak & Menantu Makcik Sofiah yang bawa (order dari kawan ofis katanya).
Cara makannya perlu ambil daun yang macam daun sirih tu,
dan letakkan kekacang, hirisan limau, hirisan bawang & ada sos khas.
Balut kesemua 'barang jampi tu' & ngappp masuk mulut.
Ini pertama kali aku mencuba 'Miang Kam'.
Dah serupa orang makan sirih pula hehehe

Terima kasih Makcik Sofiah atas jemputan & makan-makan.
Moga diberi kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah disana nanti.
 

Apa Yang Tak Hormat?


Kenapa berlaku sampai macam ni? 
Dah banyak kali juga ada orang yang share tentang ni.
Masjid Sitiawan Perak.
Ahli Jawatan Kuasa (AJK) perlu ambil cakna perkara ni.
 
Sebagai AJK Masjid atau orang yang ada jawatan dalam masjid tu,
tak sepatutnya perkara ni berlaku.
Orang bermusafir tumpang singgah di masjid.
Tak perlu rasanya nak berkasar sampai halau keluar.
Kawan tu nak baring menghilangkan lelah perjalanan saja,
bukannya buat perkara merosakkan masjid.
 
Buat dosa dengan Tuhan, mudah mintak ampun je.
Buat dosa dengan manusia, selagi orang teraniaya tu
tak memaafkan, carilah nanti sampai dapat nak minta maaf.
Hurmm kenapa bila ada jawatan dalam agama,
buat orang lain terasa hina sangat sampai halau macam tu? :(

Ajar Husband Sama-Sama

 


Zaman sekarang kerja-kerja rumah & urus anak
bukan lagi terletak pada bahu isteri semata-mata.
 
Dulu-dulu bolehlah semua isteri yang buat,
kerna katanya isteri 'hanya duduk di rumah saja'.
 
Hello! Di rumah tu bukan duduk saja okay.
 
Akhir-akhir zaman ni, makin menjadi-jadi aniaya pada kaum isteri.
Semuanya letak pada bahu isteri.
Isteri juga keluar bekerja.
Bersesak dalam bas/tren/jalan raya.
Tiba di rumah perlu uruskan rumah.
Urus kain baju.
Urus barang dalam peti sejuk.
Urus sampah sarap.
Urus dapur.
Urus anak-anak.
Ramai suami pulang kerja,
rehat & tak lepas daripada pegang phone.
Penat seharian bekerja katanya.
 
*Kalau semua isteri kena buat,
wahai lelaki, lebih baik terus hidup bujang sajalah.
Jangan kau bebani masalah hidupmu pada wanita.

Amalan Baik Untuk Imun Badan

 


Satu paket untuk satu mug.
Kemudian frozenkan.
 
Lemon satu hiris. Bunga Cengkih 3 kuntum & halia 1 hiris.
Kita lebih suka halia merah sebab baunya lebih kuat.
 
Kalau nak minum, tambah madu 1 sudu & air suam.
Terima kasih sis Joan Keisha semalam share tips ini.
 
Idea yang bagus sebab bahan tak banyak.
 
*Membantu tingkatkan imuniti, antioksidan pada diet,
membantu menurunkan berat badan, membantu pencernaan
dan baik untuk buang angin dalam badan.
 
Sumber : Shuhairi Shuhaini

Ambo Respect Terengganu!

 

Tahniah untuk Negeri Terengganu!

Keputusan ini bukan sekadar larangan ia satu langkah berani demi kesihatan awam dan masa depan generasi muda. Ketegasan Terengganu dalam menangani isu vape menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kesejahteraan rakyat. 

Kerajaan negeri tidak hanya melarang tetapi turut membantu. Melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), anda boleh :

  • Menyertai kursus keusahawanan. 
  • Beralih ke sektor perniagaan yang lebih selamat dan bermanfaat.
 
Dalam dunia yang semakin normalisasikan ketagihan baharu, Terengganu memilih untuk melindungi.  Semoga negeri-negeri lain turut menyusul. Kesihatan bukan urusan individu sahaja, ia tanggungjawab bersama.

Apps Setel Ada, Semua Setel!

 



Pengguna sedia ada yang sudah menggunakan aplikasi Setel
mesti dah biasa dengan apps ini kan?



Dan sekarang aplikasi Setel beri peluang untuk
dapat 3X mata ganjaran!

Wow! Banyak boleh dapat tu!
Jom kita cuba sehingga sebelum Jun 2025!




Seronok kan sambil isi minyak atau beli barang,
dan boleh tebus mata ganjaran 
dan redeem sebagai wallet cash & isi minyak lagi.

Haaa! Apps yang ini memang dijamin boleh dapat untung.
Jom kumpul mata & menang! hehehe

Ada Beza Rupanya

 

 

Ada beza rupanya walaupun nampak macam sama.
Dalam bungkusan plastik.
Dalam tong / tin.

Selalunya yang dalam bungkusan plastik adalah sesuai untuk 
kuih-muih, biskut atau kek.

Untuk yang dalam tin / tong pula lebih sesuai untuk masakan,
dan sebab itu pada tin / tong ada tertera : 

"serbaguna"

Walau ia nampak sama tapi cara penggunaannya berbeza.
Tapi terpulang juga pada selera tekak masing-masing.
Ada yang suka jenama ini.
Ada yang suka jenama lain.
Ikut pada selera & poket sendiri kan? hehehe

Angkat Tangan Siapa Peminat Ni?

 

 
Ini permintaan si Bong. Disebabkan kawan tempat kerja dia bawa ke ofis banyaaaaak,
maka si Bong pun minta izin untuk ambil bawa pulang beberapa biji buah mangga ni.



Pada mulanya, ingatkan Bong nak makan cicah colek macam yang Kuah Rojak Mak Bee tu.
Rupa-rupanya Bong kata boleh tak kalau tolong buatkan jeruk?

Tapi nak jeruk yang tak perlu letak serbuk asam tu,
sebab tak suka nanti jadi terlebih masin.

Bong hanya nak yang direndam dengan air garam,
dan kemudian bilas dan rendam dengan air gula.
Kemudian tambahkan beberapa biji asam boi 
dan hirisan cili api untuk lebih kick katanya.

Masukkan ke dalam botol kaca.
Atau apa-apa bekas yang sesuai.
Dan peramkan ke dalam peti sejuk.
Ambil masa lebih kurang dua hari.

Selepas dua hari, sudah boleh buka dan makan yeayyy!

Allahu.. Ayah Mertua Masih Ada?

 

 

Terbaca satu perkongsian di FB Group.
Sedihnya andai terkahwin dengan lelaki yang hanya tahu tabur benih saja.

Sebab tu orang dulu-dulu selalu pesan,
"belajar betul-betul bab nikah kahwin"

Banyak lagi lelaki tu perlu belajar antaranya :
Bab nafkah isteri dulu,kemudian anak-anak.
Dan kemudian baru pada orang tuanya.

Sebab ayahnya masih ada dan yang wajib
beri nafkah pada ibunya itu adalah bapanya.

Kasihan nasib isteri dan anak-anak.
Ini juga antara sebab kenapa wanita trauma dengan perkahwinan.
Dan sebab itu juga wanita perlu ada kerja.
Perlu ada lesen memandu & perlu pandai buat duit sendiri.
Jangan hanya bergantung harap pada suami semata-mata.
Kerna perkahwinan bukan jaminan hidup terus bahagia.
Banyak pancaroba dan dugaan turun naiknya.

Moga dipermudahkan urusan insan-insan yang teraniaya :( 

Apps Ni Boleh Dapat Duit Ke?

 

Kisahnya semasa kami keluar rehat makan tengah hari, kami didatangi seorang kakak yang agak muram wajahnya. Bersama dengan dia ada dua anak kecil perempuan. Dia mendekati kami & terus tanya soalan : 

"Kak. apps ni betul boleh dapat duit ke?"

Sambil dia tunjukkan skrin smartphone yang penuh calar agak teruk. Dia tunjuk beberapa apps yang kami tak pernah dengar antaranya :


- Steps Cash   -AttaPoll    -Golden Survey   -Cash Giraffe

Kami memang tak pernah dengar & tak pernah guna apps yang dia tanya tu. Dia kata saya tengah terdesak sebab suami kena berhenti kerja sebab company kurangkan orang. Dan dah 3 bulan tak dapat bayar sewa rumah & owner rumah dah beri notis keluar rumah.

Kami hanya berpandangan dan hanya bagitahu kami tak pernah guna apps tu semua. Dan tak berani nak cadangkan untuk dia guna. Risau scammer apa semua. Maklum sajalah zaman sekarang ni ada macam-macam teknik orang nak pergunakan orang kan? Moga dipermudahkan urusan akak tu sekeluarga.

Zaman semakin keras sekarang :(

About Faber Castell : Young Artist Award 2025

 


Buat anak-anak yang meminati seni lukis dan warna,

jangan lepaskan peluang sertai Pertandingan Mewarna Anjuran Faber Castell Malaysia.





Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang.

Zaman sekarang sangat beruntung kerana banyak penganjuran sebegini.

Bakat terpendam anak-anak dapat disalurkan dengan adanya pelbagai medium.

Rugi betul usia dah jauh daripada remaja 17 tahun.

Kalau tidak dah turut serta dah hehehe

Anggap Merokok/Vape Perkara Kecil?

 

 
Mungkin ada orang anggap merokok atau vape di depan anak tu perkara kecil.
Tapi ketahuilah bahawasanya anda mungkin sedang merosakkan masa depan anak-anak.

Anak-anak yang sedang membesar ini ibarat :
"Monkey Do What Monkey See"  

Apa saja perbuatan / amalan baik yang kita lakukan,
akan mudah menjadi ikutan pada anak-anak.

Begitu juga sebaliknya.
Pilihan di tangan kita kan?


Ahah! Kalini Snickers M&M's


Ahah! Peraduan Beli, Tebus & Menang juga
Tapi kali ini daripada Snickers dan M&M's.

Mug / Cawan M&M's so cute!
Pembelian RM 12.00 ke atas dalam satu resit.
Tempoh kempen bermula 15 Mac - 14 Mei 2025.

Scan QR dan ikut langkah yang diberikan.
Mudah kan? Nampak mudah tapi hehehehe


 

Adik Tenggiling Hijau

 

Masih ingat tak lagi suatu hari?

Dulu aku pernah cerita berkenaan Tenggiling Hijau Ni.

 


Tenggiling Hijau atau Proton Pesona Hijau Aku ni dah bersama

dengan aku sejak 2011 dulu lagi. 

Dan hari ini, aku TERrrrrnampak ada satu iklan di marketplace FB,

tentang satu lagi tenggiling hijau tapi kategori 'adik'.

 

 

Ya itu dia 'adik tenggiling hijau'.

Walaupun pada hakikatnya 'adik tenggiling hijau' tu merupakan Abang,
kerana tahun lahirnya jauhhhh lebih awal daripada Tenggiling Hijau (Proton Pesona) ,
tapi jika si kecil hijau itu dapat ku miliki,
dia tetap akan menjadi adik kerana dia ahli keluarga baru.
 
Tapi pabila melihat pada harganya Ringgit Malaysia 7,800.00 ....
Waduhhhh waduhhhh kayaknya lamberrrrttttt lagi untuk menjadikan dia milikkuuuuuu
 
Semoga suatu hari nanti dapat ku jadikan dia milikku.
Semoga Allah perkenankanlah doaku ini aminnnnnnnnn

Ahah! Beli & Menang Mamee Monster!

 



 



 

Ada satu lagi peraduan daripada Mamee Monster Malaysia.
Pelbagai hadiah menarik daripada Mamee Monster bakal dimenangi.

Comel-comel semua barangan Mamee Monster!
Syarat & Cara untuk sertai boleh terus klik MameeMonsterMy 


Sambil membeli boleh sertai.
Siapa tahu rezeki terselit di mana-mana kan? hehehe

Akak! Tolong!

 

Bong bagitahu kawan-kawan dia nak datang berhari raya, 

molek benarlah memandangkan hari minggu Sabtu & Ahad.

Mujurlah jejari kakak mu ini ada semangat rajin yang muncul.

Terjadilah Kek Batik Roll (selalunya orang buat kek batik versi petak-petak)

Kali ini kakak mu rajin sikitttttt nak gulung 

(sebenarnya nak memudahkan simpan masuk dalam peti sejuk) hehehe


  
Ya permintaan Bong minta buatkan Popia Big Mac.
Kita cuba tunaikan sedaya mana bahan yang ada hehehe



Dan menu utamanya Nasi Hujan Panas,
ayam masak merah kacang pea,
dan acar timun nenasssss.
 
Selepas Zohor kawan-kawan Bong datang serbu.
Syukur juadah cukup untuk semua tetamu yang datang.
Tak pasti sama ada tetamu lapar atau memang sedap,
tapi semua juadah habis.
Syukur Alhamdulillah moga Allah bagi sedap pada
tekak semua kawan-kawan Bong hehehe

Ada Terselit Rezeki

 

 
Waktu bulan Ramadhan yang lalu, 
mood rajin tiba-tiba datang dan join contest.
Syaratnya mudah saja.
Beli mana-mana produk Mighty White & scan QR & ikut arahan.
 
Alhamdulillah terselit rezeki Mighty Raya Pack wuhuuu!
Terima kasih Mighty White!
 

Alkisah Puasa 6 Syawal

 


Ini kisah pada Rabu yang lalu.
Kami sekeluarga selesai berpuasa sunat 6 Syawal.

Juadah berbuka puasa kami Rendang Burung Puyuh.

 
Ketupat Palas yang kami sempat frozen.


Dan aku memenuhi permintaan Abah teringin nak makan roti jala.
Kalini aku buatkan roti jala Kedah Hijau Kuning.
Dan warnanya light-light saja tak terang sampai KL sana boleh nampak hehehe

Cicah dengan Rendang Burung Puyuh.
Abah kata kalau ada Pulut Kuning mesti lagi umphhhh! 
Takpe next kita buat untuk Abah hehehe

Ai : Create Cute Sticker

 


Saja tangan gatal-gatal mencuba-cuba di Chat GPT.
Almaklumlah jika bukan pengguna Iphone, maka tidak tersedia
'sticker / emoji' versi kiut-miut begini.

Jadi, kita yang android user boleh cuba gunakan ayat / prompt / arahan berikut
untuk menghasilkan beberapa siri sticker comel.

Creat A 3D render of nine chibi cute hijabi girl stickers, each with a unique expression and pose: wink, shock, happy laughter, thankful, thumbs-up, apologetic, headache, polite smile, and angry shout. Each character has big expressive eyes, rounded face, and wears pastel-colored hijabs with subtle flower details and vibrant outfit. Speech bubbles above each character contain Malay phrases: "Ok Beres!", "Laparlah", "HEHEHEHE!", “Terima Kasih!”, "Baik!", “Maaf”, "Jom Balik!", "Sama-sama", and "Erkk Kenyang!". All set on a clean 10:16 canvas with a soft white-to-pastel gradient background. Smooth lighting and vibrant, cheerful tone. Pixar-inspired 3D style.



Jika untuk sticker versi laki-laki kiut-miut juga boleh.
Hanya perlu tukar sedikit saja pada arahan tersebut :

Creat A 3D render of nine chibi cute boy stickers, each with a unique expression and pose: wink, shock, happy laughter, thankful, thumbs-up, apologetic, headache, polite smile, and angry shout. Each character has big expressive eyes, rounded face, and wears pastel-colored shirt with stripe shirt,jeans pant and vibrant outfit. Speech bubbles above each character contain Malay phrases: "Ok Beres!", "Laparlah", "HEHEHEHE!", “Terima Kasih!”, "Baik!", “Maceh!”, "Jom Balik!", "Sama-sama", and "Sorrylah". All set on a clean 10:16 canvas with a soft white-to-pastel gradient background. Smooth lighting and vibrant, cheerful tone. Pixar-inspired 3D style.

Sumber Rujukan : Ai Cute Stickers

Tapi untuk gunakan dia sebagai sticker di whatsapp,

perlu install apps sticker maker dulu & baru boleh generate image menjadi sticker comel.

Ada pelbagai versi lagi yang sering dikongsi di media sosial

dan antaranya adalah Gibli style yang tular baru-baru ini

masa awal Hari Raya haritu kan?

Abah Check Up Mata

 

Hari ini 16 April 2025 (Rabu) sekali lagi Abah perlu hadir rutin rawatan mata
di Klinik Pakar Mata Hospital Teluk Intan Perak.

 
Alhamdulillah keadaan Datin Seri semakin pulih selepas tragedi Kena Minyak Panas.
Dan seperti biasa, Datin Seri akan bawa 'Bakul Doremon'.
Sebab Datin Seri tak boleh takda air masak yang sejuk dingin.
Thermos plastik bulat biru tu menjadi pujaaan hati Datin Seri,
walaupun ada pelbagai jenis thermos Tyso & sebagainya,
tetap yang jenis gemok montok plastik itu juga pilihannya.
 
Pakcik & Makcik ini pula lain kisahnya.
Sambil aku & Datin Seri menanti Abah menunggu giliran di dalam,
 
Si suami mencari kad pengenalan katanya ada dalam beg.
Puasss si isteri mencari tapi tetap takda.
 
Nada suara seakan mula bertukar tinggi.
 
Aku & Datin Seri yang ada berhampiran,
segera mengalihkan pandangan ke arah lain.
Tak lama kemudian pasangan tu bangun & beredar.
 
Sayup-sayup kedengaran si suami berkata :
 
"Macam mana boleh takda kalau dah letak dalam beg tu"
"Tu lah tak check lagi sebelum pegi tadi. Ni nak patah balik dah lah jauh!"
 
Si isteri hanya tunduk sugul dari kejauhan.
 
Urusan check-up bermula ambil nombor jam 10.00 pagi.
Duduk berdiri. Duduk bangun berjalan duduk kembali.
 
Sepatutnya Doktor perlu keluarkan benang jahitan pada mata Abah.
Tapi katanya tempoh belum cukup 'matang'.
 
Dan nanti Abah perlu hadir lagi bulan hadapan.
 
Hampir jam 2.00 petang baru selesai giliran check-up.
 
Kebas kematu segala otot & tulang-temulang.
Ditemani pula cuaca yang membahang panas.
 
Abah & Datin Seri terus ajak pergi cari makan.
Perut dah main drum berkeroncong katanya.
Sikit lagi boleh pengsan kelaparan.
Kami teruslah ke Gulam Rasul - 
salah satu Kedai Makan Mamak
yang lejen di PekanTeluk Intan.
 
Temujanji seterusnya nanti perlu hadir lagi 21 Mei 2025.