Jajan Untuk Birthday Boy

 

 
 Ini permintaan Bong
(Si Adik Bongsu aku) 
Pada mulanya aku bercadang nak ajak Bong jalan-jalan sempena cuti.
Tapi Bong awal-awal lagi kata nantilah pegi jalan.
Ada nak minta tolonggggg ni katanya.
 
Kek Batik Indulgence with Coffee Snow
 
Ececeyyyy nama takmau kalah ehehe
 
 Aku ingatkan Bong nak apa.
Rupa-rupanya Bong nak mintak tolong buatkan Kek Batik Indulgence.
Untuk dia beri pada hari jadi anak kawan dia (Baby Haziq 6 Years Old).
 
Aku check bahan-bahan di rumah tapi ada yang tak ada.
Jadi, hari Jumaat waktu Bong nak pulang kerja,
aku senaraikan apa bahan-bahan yang perlu dibeli.
 
Makanya, malam tu sebelum diulit mimpi,
tung tang tung tang bersilat di dapur.
Menyiapkan adunan Kek Batik Indulgence paling mudah.
Mudah untuk dilihat tapi tak mudah untuk dibuat kalau takda kerajinan hehehe
 
 
Adunan kedua buat lebih untuk berbagi pada Mak Lang, Mak Su & Mak Jah.
Adunan ni kena kurangkan manis sebab yang nak makannya semua dah manissss ehehee
 
Makanya, hari Sabtu seawal jam 11.00 pagi, dah siap packing 
untuk Bong bawa Kek Batik Indulgence Homemade
untuk diberi sebagai hadiah pada birthday boy  
sebab pada jam 11.30 pagi Majlis Sambutan Ulangtahun Haziq bermula.
Aku tak dapat nak ikut ada urusan lain. 
 
Moga Allah beri sedaplah pada tekak semua hehehe 

16 comments:

  1. Bagusnya Bong ni, susah² bawakan kek utk anak kawan tu ye... Lagi bagus kakaknya, rajin melayan hehe

    ReplyDelete
  2. Ha betul la kata tuan tanah. Tak mudah kalau tak rajin๐Ÿ˜…KBida memang tak rajin. Memang beli je selalu๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  3. Rumit nak buat tapi kesedapan kek tu tak cukup 1 slice sedap betul.

    ReplyDelete
  4. sedap kek batik ni walaupun bahan nya simple je

    ReplyDelete
  5. Sedapnya favorite kita ni.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kek batik indulgence. Cantik kejadiannya.

    ReplyDelete
  7. Wahhh..Pandainya sis buat...=q

    ReplyDelete
  8. sedapnya kek batik indulgence...biasa buat kek batik biasa je ..tu pn lama gile tk buat

    ReplyDelete
  9. betul sangat tu Ana, kalau takde kerajinan, memang tak jadi kek batik nie...linda dah berangan asyik nak buat je...tpai, belum jadi realiti lagi.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Fuh! Sedapnya Ana.
    Nama panjang kemain tak mau kalah sesuai dengan rupanya yang menggiurkan.

    ReplyDelete
  11. Wah..sedapnya.kalau dekat leh order..sbb x rajin tu ๐Ÿ˜… happy belated bday Bong ๐Ÿฅณ berkongsi rezeki ngan kawan2... ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  12. Untung lah boleh request terus buat. Nak request jugak lah macam ni. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  13. waduh waduhhhh
    ini sangat sedappppp

    ReplyDelete
  14. wowwww... cantik kejadiannya tu.
    Ni mesti biasa buat.. nampak pro.

    ReplyDelete
  15. Pandainya Ana buat kek batik indulgence ni. Jadi sangat. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹
    Akak rajin makan je, buatnya malas.

    ReplyDelete
  16. Ok confirm, saya nak buat kek batik jugaaa ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dah lamaaa sangat tak buat cake ini. Dulu awal2 viral memang sukaaa lah buat utk kudapan di rumah ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete