Jurulatih & Peserta MAWO Felda Trolak Mendonia!

 

Susulan kejayaan orkestra Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab Felda Trolak, MARESMAF Wind Orchestra (MAWO), yang telah mencipta sejarah apabila berjaya memenangi Anugerah Emas Golden Diploma Award di Festival Antarabangsa Orkestra Tiupan 2025 yang berlangsung di Prague, Republik Czech. 

Pengetuanya, En.Zeidi Zakaria memaklumkan kejayaan 53 pelajar berusia antara 14 hingga 17 tahun itu terhasil daripada disiplin tinggi serta fokus luar biasa, meskipun mereka hanya mempunyai masa terhad untuk berlatih.

Kejayaan tersebut tidak hanya menerusi bidang muzik, malah prestasi akademik pelajar juga cemerlang dengan 17 orang pelajar mencatatkan CGPA melebihi 3.75. 


 

Kebanyakan pelajar ahli MAWO terdiri dari keluarga B40 & hanya mula mengenali muzik orkestra setelah memasuki MRSM tersebut berbanding negara Eropah di mana pendedahan awal kepada muzik orkestra adalah kebiasaan. MAWO  membuktikan bahawa keterbatasan bukan penghalang kejayaan.

"Kita satu-satunya wakil Asia, tapi pelajar kita tidak gentar bersaing dengan peserta dari 10 negara Eropah seperti Switzerland, Austria, Hungary & Jerman. 

MRSM Ulul Albab Felda Trolak merupakan satu-satunya MRSM dengan kumpulan orkestra tetap, menjadikannya perintis dalam menjadikan muzik sebagai sebahagian daripada pendidikan holistik.

Sumber : Harian Metro 

*****************************************

Tahniah buat jurulatih & semua peserta ! 

Sebagai anak Felda & keberadaan MRSM Felda Trolak dalam zon daku, tumpang bangga! 

Moga terus mendonia dan capai mengharumkan nama negara! 

Jagung Crispy

 


Ini kejadian hujung minggu juga bilamana seorang Bong buat permintaan nak Cucur Jagung yang rangup di luar lembut di dalam. 

 Nasib baik kakak mu ini masih ada saki baki kerajinan itu Bong.

Maka terjadilah Cucur Jagung Crispy untuk Bong.

BAHAN-BAHAN nya mudah saja :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung pulut
  • *Gandakan tepung jika perlu buat banyak.
  • *Sedikit garam, gula, serbuk perasa di bancuh dengan air.
  • *Sukatan air lebih kurang 170ml (untuk sukatan ini).

BAHAN SAMPINGAN (OPTIONAL)

  • *Jagung 
  • *Udang Cincang kasar
  • *Bawang Merah dihiris kasar
  •  *Daun bawang / daun kucai
  • *Lobak Merah dihiris halus / potong dadu

CARA-CARA :

  • *Letak / masukkan apa saja sayur tambahan jika suka
  • *Satukan kesemua bahan, pastikan adunan kental.
  • *Kemudian sudukan / jemput gunakan jari jemari dan 'deep fry'
  • *Gunakan jari jemari lebih afdhal. Itu barulah dinamakan air tangan hehehe 

 

Cucur Jagung Rangup di luar lembut di dalam siapp! 

Siapa je yang menolak kehadiran cucur jagung kan?