Jangan Tunggu : Apa Itu Blood Clot?

 




Tiba-tiba pengsan, rupa-rupanya ada darah beku dalam badan.

Tak mustahil. Ramai tak sedar : Blood Clot (Darah Beku bukan perkara kecil).

Ia boleh membawa kepada serangan jantung, strok, paru-paru berair (pulmonary embolism)

APA ITU BLOOD CLOT? 
APA ITU DARAH BEKU?


Blood Clot ni berlaku apabila darah yang sepatutnya cair menjadi pekat dan membeku di salur darah. Jika bekuan ini bergerak dan menyumbat salur darah utama, boleh jadi sangat merbahaya. 

APA PUNCANYA? 

1.Kurang pergerakan / duduk terlalu lama.
  • Contoh : Duduk terlalu lama dalam perjalanan jauh, kerja pejabat tanpa regangan.

2.Pengambilan gula dan kolesterol berlebihan. 
  • Gula rosakkan dinding salur darah, kolesterol buruk (LDL) mudah terkumpul --> bekuan terbentuk.

3.Dehidrasi (Kurang Air)
  • Darah jadi pekat --> mudah beku

4.Obesiti
  • Lemak berlebihan ganggu aliran darah.

5.Kesan ubat tertentu atau hormon tak stabil.
  • Termasuk pil hormon, pil perancang dan selepas procedur pembedahan.

6.Genetik atau sejarah keluarga.
  • Jika ada ahli keluarga pernah alami DVT (deep vein thrombosis) atau strok. 


APA KITA BOLEH BUAT?

  • Banyakkan minum air.
  • Elakkan duduk terlalu lama.
  • Aktifkan tubuh sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Jom amalkan hidup sihat.
Jangan tunggu serangan pertama, baru kita nak cari ikhtiar.



10 comments:

  1. terima kasih untuk infonya ya.. ^^

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Moga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share info 🄰

    ReplyDelete
  4. Sangat2 bahaya blood clot ni. Takde amaran awal. Tau2 je dah colapse.

    ReplyDelete
  5. Mari kita amalkan gaya hdup sihat.
    Semoga istiqamah.

    ReplyDelete
  6. Kalau selalu migrane pun kena check juga. Apa pun kita jaga kesihatan diri semuga sihat-sihat selalu

    ReplyDelete
  7. Tq Ana.
    Alhamdulillah back on track utk banyakkan exercise. Slowly but surely Insha Allah

    ReplyDelete
  8. thanks Ana atas perkongsian, lagi satu kalau ada masalah darah tinggi dan dah kena makan ubat..jangan culas makan ubat kan...

    ReplyDelete
  9. Takut bila baca. Ada kawan sekolah, masuk hospital, sebab kena strok. Ada blood clot, doktor kata. Dia tak gemuk pun. Bahaya sungguh la.

    ReplyDelete
  10. Good info, terima kasih info yg meyedarkan...takut.....moga dijauhkan

    ReplyDelete