Jangan Tunggu : Apa Itu Blood Clot?

 




Tiba-tiba pengsan, rupa-rupanya ada darah beku dalam badan.

Tak mustahil. Ramai tak sedar : Blood Clot (Darah Beku bukan perkara kecil).

Ia boleh membawa kepada serangan jantung, strok, paru-paru berair (pulmonary embolism)

APA ITU BLOOD CLOT? 
APA ITU DARAH BEKU?


Blood Clot ni berlaku apabila darah yang sepatutnya cair menjadi pekat dan membeku di salur darah. Jika bekuan ini bergerak dan menyumbat salur darah utama, boleh jadi sangat merbahaya. 

APA PUNCANYA? 

1.Kurang pergerakan / duduk terlalu lama.
  • Contoh : Duduk terlalu lama dalam perjalanan jauh, kerja pejabat tanpa regangan.

2.Pengambilan gula dan kolesterol berlebihan. 
  • Gula rosakkan dinding salur darah, kolesterol buruk (LDL) mudah terkumpul --> bekuan terbentuk.

3.Dehidrasi (Kurang Air)
  • Darah jadi pekat --> mudah beku

4.Obesiti
  • Lemak berlebihan ganggu aliran darah.

5.Kesan ubat tertentu atau hormon tak stabil.
  • Termasuk pil hormon, pil perancang dan selepas procedur pembedahan.

6.Genetik atau sejarah keluarga.
  • Jika ada ahli keluarga pernah alami DVT (deep vein thrombosis) atau strok. 


APA KITA BOLEH BUAT?

  • Banyakkan minum air.
  • Elakkan duduk terlalu lama.
  • Aktifkan tubuh sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Jom amalkan hidup sihat.
Jangan tunggu serangan pertama, baru kita nak cari ikhtiar.



Jiran Berbagi Bunga Kantan

 

Kisahnya waktu pulang dari kantor semalam petang, cucu Maksu Siah si Haziq datang hantar bunga kantan & ulam selom. Kawan Papa bagi banyak katanya tu yang panjangkan sedekah.

Memandangkan ada perut dalam simpanan peti ajaib, sempatlah keluarkan defrost sekejap dan kemudian rebus dan potong agak sesuai saiz untuk dijadikan kerabu perut.


Siap saja kerabu perut tu, kami pulak panjangkan berkongsi pula sesama jiran kiri kanan.
Bagi Mak Lang sikit, bagi pada Mak Jah sikit & bagi pada Makcik Busu sikit. 
Bila tiba giliran rumah Makcik Busu, dia minta tunggu sekejap & balas pula dengan berbagi bubur kacang durian sebab ada anak saudara datang hantar durian katanya. 
 
Dan Makcik Busu minta tolong bagi-bagi juga sorang 1 bekas pada Mak Lang, Mak Su & Mak Jah sebab Makcik Busu tak pandai bawa motor nak pegi hantar. 
 
Syukur Alhamdulillah berbagi sesama jiran.
Dapatlah merasa sorang sikit rezeki pada petang tu hehehe 

Jadilah Satu Lauk Ni

 

 
 Ini salah satu lauk kgemaran Abah. 
Kebanyakan hari Abah akan request lauk gulai / kari, sambal tumis,
sambal petai, masak taucu, masak kukus serai, masak asam. 
 
 Dan ini salah satu lauk kegemaran Abah juga :
Ikan Kembung Masak Cuka

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK CUKA

*ikan kembung goreng separuh garing dahulu.

BAHAN-BAHAN : 

- 2 biji bawang merah sederhana*

- 4 ulas bawang putih*

- 3 inci halia* 

( Bahan bertanda * dimayang halus )

- Cili Padi Merah & Hijau

- 1 sudu serbuk kunyit

- Timun

- Cuka 

- Biji Sawi

- Serbuk perasa (Cukup Rasa atau jenama lain)

- Sedikit gula 

CARA-CARA :

-Panaskan minyak & tumis bahan bertanda *

-Masukkan biji sawi

-Masukkan 1 sudu serbuk kunyit

-Tumis sampai garing kemudian masukkan cuka

(Sukatan ikut citarasa masing-masing)

-Masuk cili padi & timun

-Serbuk perasa & gula

-Masukkan ikan yang telah digoreng awal tadi.

-Aduk rata & siappp! 

***************************************************** 

Ada sesetengah orang suka masukkan timun.

Ada orang lain pula, tak suka masuk timun.

Boleh saja terpulang pada selera masing-masing kan? 

Jumpa Harta Karun!

 

Hujung minggu haritu kami sekeluarga termasuk Abang Long ikut sama ke Taiping untuk memenuhi jemputan Majlis Doa Selamat di rumah Pak Long (Abang pada Abah).

Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 8.00 pagi dengan dua kereta.

Bong drive 1 kereta & Abang Long drive 1 kereta.

Kami singgah di Kuala Kangsar dulu rumah Abang Ali (Anak Saudara Mak).

Berziarah dulu sebab kali terakhir kami berjumpa masa Hari Raya Aidilfitri dulu.

Selesai di Kuala Kangsar, kami terus gerak menuju ke rumah Pak Long di Taiping.

Lebih kurang jam 11.15 pagi kami selamat tiba di kawasan rumah Pak Long dan waktu tu orang dah mula memenuhi ruang dalam rumah & juga di bawah khemah depan rumah.

Lebih kurang jam 12.15 tgh hari majlis makan pun bermula selepas bacaan tahlil selesai.

Syukur waktu tu cuaca redup mendung kurang panas. 

Lebih kurang jam 3.00 petang kami dah selesai tolong kemas apa yang patut, kami pun minta diri untuk bergerak pulang & Abah ajak ikut laluan lorong bekas rumah arwah Tok Nenek (lorong belakang kurang sikit laluan orang).

Rumah kayu dah runtuh hanya tinggal tapak & lapik batu tiang saja.

Abang Long ajak berjalan pergi ke kawasan terletaknya dapur.

Aku malas nak ikut mulanya sebab terasa bahang walaupun cuaca agak mendung.

Tapi tak lama tu Abang Long jerit! 

"Ini kalau hang tengok musti tak jadi nak balik awal" 

Aku tertanya-tanya apa yang membuatkan Abang Long cakap macam tu.

Tanpa berlengah aku pun terus jalan laju ke arah Abang Long di tapak dapur.

Dan memang betul rupanya Abang Long jumpa harta karun!

Harta Karun yang aku maksudkan bukanlah wang ringgit berjuta.

Tapi hanyalah set-set pinggan mangkuk jenis batu cetakan motif Bunga Kangkung dan Bunga Keladi macam ni saja. 

Alahhh macam ada satu kisah tu "sampah bagi orang lain, adalah rezeki buat kami sekeluarga". Zassssss terus teringat ayat tu! Yaaa ini adalah sampah pada orang lain tapi pada aku, ini adalah harta karun yang tak patut aku tinggalkan macam tu saja.

Aku tanya pada Abah, boleh tak seandainya aku nak bawa pulang pinggan mangkuk lama ni.Yelah almaklumlah itu adalah tapak bekas rumah ibu dan ayah Abah dulu. Apa pun perlulah minta izin sebelum nak ambil apa-apa kan? Dan Abah tak fikir lama, terus Abah kata ambil je semua mana yang rasa boleh diguna lagi sebab dah takda siapa nak datang jejak kat sini lagi.

Aku nampak mata abah ada berkaca. Mungkin sebak sayu terkenangkan kenangan Abah masa kecil dulu hidup di rumah tu. Dulu sebelum rumah tu runtuh dimakan anai-anai, arwah Paksu dan Mak Teh tinggal situ. Tapi lepas Paksu meninggal, Mak Teh pun dah pindah tinggal dengan Maklang, jadi memang takda siapa yang datang ke bekas tapak rumah tu. 

Abah kata lagi, "Kalau kakak tak ambil, pinggan mangkuk ni terbiar macam tu je nanti"
 
Aku dah dapat greenlight macam tu, terus tak lepas peluang. Aku dah macam orang jumpa wang berjuta dalam beg karung guni. Ibarat anak kecil yang dapat jajan penuh depan mata!
 
Sambil aku kutip satu-satu pinggan mangkuk yang dah berlumut & bertanah-tanah tu, Mak aku yang ibarat mandor tengok dari hujung bawah pokok buah cermai, "Nanti kakak nak kena basuh teruk tu sebab dah mula bersalut tanah sarang anai-anai apa semua tu".
 
Aku kata takpelah mak, biarlah bersalut tanah sekalipun, nanti kakak basuh cuci elok-elok. 
Aku kumpulkan pinggan mangkuk yang masih dalam keadaan baik walau dah kotor.
Semuanya aku letak dalam dulang talam zink jenis lama.
Semua barang lejen ni kalau aku cuci, mesti cantik nanti. 

Pinggan mangkuk kotor bersalut tanah macam ni, siapa yang nak kan?
 
Aku susun semua dalam bonet kereta Bong. Dah lah takda alas kain apa-apa sebab memang takda terfikir apa langsung bakal terjumpa pinggan mangkuk lama ni. Tiba je dirumah lepas maghrib tu, aku masukkan semua dalam besen besar. Aku rendam dengan air panas yang dicampur dengan clorox & cuka makan. Aku rendam semalaman.
Lepas dah rendam 1 malam dengan campuran air panas, clorox & cuka makan, aku bilas bersih dan aku rendam sekali lagi dengan air panas & serbuk Sabun Cempaka (aku rendam 2-3 jam).
Dan lepas rendaman Sabun Cempaka tu, aku bilas & aku cuci dengan Safety Glo Gel untuk pastikan segala kekotoran tanah-tanah dan bekas clorox dan cuka tu dapat cuci bersih.

Dan hasilnya tadaaaaa! Alhamdulillah aku tunjuk kat Abang Long -- dia kata wow berkilatnya cuci guna apa dan cara macam mana tu? 
 
Huh! Dia tak tawu pinggang aku macam nak terpeleot duduk lama gosok segala kekotoran tanah lumut yang melekat pada pinggan mangkuk tu nak dapatkan dia jadi berkilat tu ehehehe
 
Abah & Mak tersenyum puasss bila dia tengok hasil selepas aku cuci dapat bersih macam tu.Aku tumpang happy tengok ceria wajah Abah tersenyum memandang pinggan mangkuk zaman dia kecil dulu aku dapat cuci bersih. Mesti dalam hati Abah berkata tak sangka anak aku sanggup cuci bersih sampai macam tu sekali. 
 
Barang ni dah jadi kategori khazanah masuk muzium barang lama.
Dan dah takda keluar lagi edisi motif berbunga macam ni.
Dalam group collector pinggan mangkuk lama ramai yang hunting.
Tapi aku tak rasa nak jual. Sebab sentimental value Tok & Nenek ada di situ.
Ini bukan sekadar pinggan dan mangkuk.
Ia adalah kenangan zaman kanak-kanak Abah.
Tak boleh dijual beli & takkan ada ulangan lagi. 

Jom Lompat! Hadiah Dari Sahabat Blog!

 

Alhamdulillahhhhh tak sangka ada rezeki terselit menjadi salah seorang penerima 






Ada sepuluh sahabat blog yang tersenarai antara 10 orang terpantas komen Nak pada entry GiveAway yang sis Notie up haritu.
 

 Terima kasih Sis Notie atas pemberian sempena GiveAway Birthday!
Moga Allah kurniakan rezeki melimpah ruah & kesihatan yang baik selalu aminnnn
 
Tahniah juga pada semua sahabat yang tersenarai
sebagai penerima & majoriti mereka pun sudah terima hadiahnya.
Ada orang tak percaya masih wujud lagi ye dunia blog? hehehe 
 

Jadi Ibu & Ayah : Tanggungjawab

 


Menjadi ibu dan ayah ni semuanya adalah tentang TANGGUNGJAWAB kan?

Sekiranya tak mampu untuk jadi ibu ayah yang bertanggungjawab, tak usah ada anak lah.

Ada kata-kata seakan-akan bunyinya begini :

"Anak-anak tak minta pun jadi anak kita, tapi kita sebagai ibu bapa yang tak henti-henti merayu untuk diberikan anak"

Bila Allah dah berikan anak, jagalah amanah sebaik-baiknya.

Hidup ada anak-anak ni tak sama dengan hidup bujangan.

Aku ni walaupun belum kahwin & takda anak,tapi aku cukup rasa terkesan bila ada issue anak-anak.

Hati rasa bagai ditoreh-toreh bila ada ibu bapa yang dera anak.

Sehina itu je ke nilai nyawa anak-anak di mata ibu bapa yang jenis ni? 

Kalau taknak jaga, serahlah pada saudara ataupun takyah beranak.

Orang lain yang tak dapat zuriat, menangis mencuba sehabis daya.

Yang mudah dapat anak, semudahnya biarkan macam tu je.

Jiwa Yang Sedang Berperang

Ramai yang semakin hari --- semakin tertekan dengan kehidupan.
Ya benar kadang-kadang ramai antara kita merasa kehilangan.
Dan kadang-kadang kehilangan itu bukan titik noktah tapi, jalan sunyi menuju kekuatan baru. 

Percayalah bahawa setiap perancangan Tuhan itu ada hikmahnya.

Teruskan melangkah. Yakinlah setiap ujian itu ada sinarnya.

Dalam setiap sunyi, ada suara jiwa yang sedang dibina semula.

Benar kadang-kadang ada kehilangan yang tiada galang ganti.

Tapi teruskanlah kuat dan tabah demi insan-insan yang masih disisi.

Kita kuat sama-sama okay! 

Salam Jumaat barokah, moga Allah beri ketabahan pada kita semua ya! 

Jem Strawberi Atau Krim?

 


Pagi ni sarapan roti Gardenia Quick Bites Pandan Gula Melaka dengan Gardenia Quick Bite krim strawberi. Masa kemunculan Roti Gardenia versi yang ni, waktu tu hanya ada perisa jagung & perisa coklat. 
 
Sekarang dah ada pelbagai rasa dan dua ni antara rasa yang terkini.
 

Roti Gardenia ni kalau panaskan semula guna air fryer mmg bertambah sedap.

Makan panas-panas ibarat baru je lepas siap dibakar hehehe 

Jemari Rajin : Tambah Stock


Ini semua permintaan Bong sebab begedil ni salah satu makanan paling Bong suka. 
Mak dan Abah pun suka juga. Makan nasi lauk sup kosong dengan begedil ni pun dah cukup.

Ada sesetengah orang suka rebus kentang. Aku lebih suka potong nipis & goreng.

Lepas selesai goreng tu aku lenyekkan kentang semua tu dan masukkan daun bawang / daun sup.

Masukkan juga bawang goreng crispy banyakkkkk banyakkkkk.

Tambah serbuk perasa. Boleh tambah daging juga kalau suka.




Bentukkan ikut saiz yang kita suka. 
Nak besar ke nak kecik ke sukahati sebab tekak kita nak makan.
Kadang-kadang ada masa tekak taknak lauk ikan / daging.
Teringin nak makan sup dengan begedil je ehehehe

Jauh Dari Seberang Laut

 

Sewaktu tibanya dari kantor, kebetulan sama dengan ketibaan lori kurier Gdex di depan rumah. Abam kurier minta tandatangan dan hulurkan satu bungkusan berat dan atas nama aku! 

Aku yang masih pening lalat baru pulang dari kerja tanpa banyak soal  terus saja tandatangan dan sambut bungkusan. 

Tapi kepala aku ligat berpusing memikir apa barang yang aku beli ni sebab selalunya segala pembelian barang online, semuanya aku letak nama Datin Seri Bonda dan bukan nama aku.

Bila aku pusing-pusing & aku telek alamat pengirimnya owhhhhhhhhh! Ini makcik tawu ini!

Ini bungkusan istimewa jauhhhhhh nun dari seberang laut! 

Hati berbunga-bunga sebijik macam bunga-bunga pada dua beg cenderahati ni!
Tapi kenapa ada dua beg? 

Eh! Dalam beg berbunga-bunga tu ada satu lagi bungkusan Tawau Cocoa!
Dan isi dalamnya subhanallah! 

 Dalam beg bunga pertama tadaaaa!
Ada kain batik merah, coin bag & special case Brunei Darussalam! 

Tawau White Coffee dan juga fridge magnet Rumah Terbalik Sabah!
Ini berebut dengan si Bong sebab Bong peminat coffee! ehehehe 

Dan lagi satu bungkusan dibuka tadaaaaaa!
Ini menjadi pojaaaaann hati orang-orang dapur!
Ikan bilis bukan satu tapi DUAaaaa jenis!
 
Allahuakbar banyak sungguh pemberian Sis Amie Little Kitchen dari Lahad Datu.
Syukur Alhamdulillahhhhhhhhhhh 
 
Ini semua disebabkan aku salah seorang daripada senarai Top Komentator Jan-Jun 2025 di Blog Sis Amie Little Kitchen. Terima kasih banyaaaakk buat Sis Amie atas pemberian yang sangat banyaaaakk ni. Moga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik, rezeki yang lebih banyak dan moga Sis Amie terus kongsi pelbagai resepi & kisah perjalanan di pelbagai negara. 
 
Datin Seri Bonda kata banyaknya Sis Amie bagi.  
Rasa macam terbang melayang dapat hadiah dari sahabat blog alam maya ni! ehehe 

Jolok Buah Manggis

 

Kat rumah ni ada satu je pokok manggis. 
Syukur dapat juga merasa walaupun terpaksa berperang dengan tupai.
 
Memandangkan rezeki perlu dikongsi, jadi biarlah si tupai nak makan.
Makanlah wahai tupai, yang penting tinggal sikit ingat orang belakang ni
 

Kutip-kutip & timbang. Ada lah dapat 4 kg lebih.

Maka berkongsi rezeki sorang sikitlah dengan Mak Lang dan Maksu.

Moga ada rezeki lagi sepanjang musim berbuah kali ni. Aminnnnn 

Jantung Kuat Makan Apa?

 

Zaman 20-an dulu, badan rasa macam kebal. Makan tengah malam, minum air manis hari-hari, tidur lambat.. Badan tetap rasa segar, otak ligat, usus pun tak banyak karenah.

 Tapi  bila usia dah mencecah 40-an, baru terasa perbezaannya.

Tenaga cepat surut, susah nak fokus, tidur tak nyenyak, dan badan rasa lemah tanpa sebab yang jelas. Perut mula meragam, angin tak habis-habis.

 Ramai pada masa ni baru terfikir nak ambil suplemen tapi tahu tak, ada banyak sumber semula jadi yang kita boleh dapat dari dapur sendiri lebih murah, lebih selamat dan lebih menyeluruh. 

Tempe & jeruk sayur sangat bagus untuk bantu usus.

Jika susah tidur, makan kekacang atau pisang paling membantu.

Ikan sardin , ikan kembung pula baik untuk jantung kuat.

Jadi, kita pilih sendiri. Mana satu yang kita nak? 

Jus Dalam Kotak Ok Ke?

 

Cuba kita check dalam peti sejuk di rumah kita. Ada simpan stok minuman yogurt berperisa, bijirin warna-warni, jus buah dalam kotak atau granola bra manis?

Ya, ia nampak sihat dan anak-anak pun suka kan? 

Tapi hakikatnya, kebanyakan produk ini tinggi gula tersembunyi, pewarna, dan kalori yang tak diperlukan oleh badan.

 

Pengambilan sekali sekala tak mengapa. Tapi kita perlu elakkan hi dijadikan hidangan harian. Makanan-makanan ni memberi risiko terutama pada tubuh anak-anak yang sedang membesar.

Moga kita diberi kesihatan yang baik hendaknya aminnnnn 

Jangan Main-Main

 



Betul tu. Tahap kelemahan mental kita masing-masing berbeza. 
Ada orang yang memang boleh atasi dengan cara makan.
Ada orang dengan cara buat aktiviti seperti hiking, berbasikal.

Ada orang pula atasi dengan cara jalan di pantai.

Setiap orang tak sama.
Andai dia luah di social media dapat buat dia lega, biarkan dia.
Cukup kita mendoakan andai tak dapat bantu apa-apa.

Kita tak tahu serumit apa ujian yang dia hadapi.
Moga kita semua ada tempat untuk meluah ruang rasa kan?




Jan - Jun Goals Apa Khabar?

 



Apa khabar Jan - Jun 2025 Goals kita?
Ada yang sudah green checked all kah? 

Aku berjaya buy a CARpet di Kedai Ecoshop 2.60 ahakss!

Setakat ini syukurrrr takda tambah hutang yang baru.
Syukur juga diberi kesihatan yang baik.
Moga terus dapat peluang berbakti lagi pada Mak dan Abah.

Moga sahabat semua juga baik-baik saja aminnnnnnn