Jajan Jepun




Rezeki pagi Jumaat. Encik Boss datang site visit dan bawa sedikit buah tangan dari Jepun.

Minggu lepas Encik Boss terlibat dengan urusan ke Jepun.

Kami yang kena tinggal di pejabat, titipkan pesanan jangan lupakan kami di sini.

Rupa-rupanya Encik Boss tak lupa pesanan kami anak-anak staffnya.

Maka dapatlah merasa sorang sikit jajan dari Jepun ni ehehehe

Moga bertambah murah rezeki dan dibuka seluasnya pintu rezeki Encik Boss.

Andai pergi ke mana-mana lagi, jangan lupa kami di sini ehehehe 

Jom Buat Loaded Potato & Roti Kopi

 


Ini semua permintaan Bong si adik Bongsu.

Menu yang diminta kentang lenyek dan maunya seperti KFC loaded bowl.

Kita tabur sajalah & tambah mayonis dan sos keju.









Roti Kopi juga permintaan Bong. 
Selera Bong di hujung minggu kadang-kadang memang mendugaaaa keimanan kakaknya,
tapi takpa mintalah apa saja, jika habis semua, dengan rela hati sudi saja membuatkannya hehe

Kita buat lebih juga berbagi pada jiran kiri kanan.
Moga Allah bagi sedap semuanya aminnnnnnnn

Jumpa Cendawan Busut

 



Ini kisah rezeki ayahanda sewaktu pergi masuk ke kebun sawit memantau pekerja potong sawit.
Abah terjumpa segerombolan cendawan busut yang masih baru tumbuh dan belum kembang. 

Dan setibanya aku dari kantor, tanpa buang masa lama, aku terus bersihkan, kupas & masak tumis air.

Cendawan Busut ni tak tumbuh di semua kawasan kebun sawit.

Daripada pembacaan & perkongsian orang, cendawan busut ni tumbuh di kawasan yang ada busut anai-anai (itu pun bukan semua tempat)

 *Perlu hati-hati jika nak kutip cendawan yang jumpa di kawasan kebun kerana ada yang beracun

Jumbo Tumbler

 





Tumpang ambil semangat seperti Kak Mim & Botol Comel beliau hehehe.
Moga dapat naikkan semangat untuk lebih banyak minum air putih tahun ni.

Sebelum-sebelum ni agak mencabar nak habiskan 1 botol air putih.
Jadi untuk tahun ni, cuba untuk cabar diri jadi lebih rajin.

Kurangkan gula dalam minuman, 
Tambahkan manis dalam senyuman.
Gittewwwww heheehe




Jiran Bagi Durian!


 
Masa hujung minggu haritu kutip-kutip buah manggis dari pokok belakang rumah.
Pokok manggis yang sebatang kara tu. Kesian dia takda keluarga hehehe

Musim kalini pokok manggis berbuah lebat & dapat hasil agak banyak.
Dapatlah berbagi serba sikit dengan jiran tetangga kiri kanan.

 Dannn jiran pula berbagi buah durian dengan kita sebab katanya musim kalini banyak buahnya.
Terasa bersyukur teramat sangat hidup dan lahir di bumi yang aman damai.
Dapat pula jiran yang baik, bertambah-tambah rasa syukur tu kan? 

Terkenang anak-anak di bumi G4Z4 sana. 
Tiap hari berebut makanan yang dicatu :( 

Jalan Bongkok Ke Depan

  
 Sesi persekolahan 2026 sudah bermula pada 11 Januari 2026.
 Bermacam gelagat anak-anak kecil yang baru pertama kali masuk sekolah.
Ada yang melangkah dengan penuh ceria sebab bertemu rakan-rakan.
Tak kurang juga yang menitiskan air mata sedih berasa ditinggalkan ibu bapa hehe. 
 
  

 Issu Beg Sekolah Berat bukan issu baru.
Beban yang berlebihan pada jangka masa panjang mungkin akan ganggu struktur tulang.
Buat ibu bapa yang berkemampuan sedaya mungkin akan beli beg yang sesuai.
Pada ibu bapa yang kurang mampu dari segi kewangan pula, kebanyakan anak redho.
Tak boleh banyak memilih kerana dapat pergi ke sekolah sudah cukup memberi makna.
 
Mendengar & membaca luahan perkongsian ibu bapa tentang kos persekolahan anak-anak,
sudah cukup buat hati berasa  sayu, sebak, sedih & tak kurang juga berair mata.
 
Moga dicukupkan rezeki buat anak-anak untuk sesi persekolahan.
Moga diberi kesihatan baik & ketabahan dalam mencari rezeki demi anak-anak.
 

Juadah Sempena Tahun Baru

 






Sempena masuk tahun 2026 dan keadaan kesihatan Datin Bonda semakin baik,
Bonda ajak berbagi jaudah untuk ahli jemaah di surau kawasan perumahan kami.

Mungkin ada yang pernah lihat juadah ni.
Ada di sesetengah kawasan disebut Bubur Butir Nangka.
Ada juga tempat menyebut namanya Puteri Mandi.
Kaum Banjar pula lebih sinonim dengan gelaran "Wadai Kipeng".


Entah dari mana datang kerajinan buat berwarna-warni.
Kata Datin Bonda, biarlah cantik di mata & cantik pada rasanya juga.




Dan memandangkan sekarang musim Buah Durian di mana-mana,
Bubur Butir Nangka & Roti Jala Pandan ni kami bungkus-bungkus.
Dan disertakan dengan kuah durian (Serawa / Bubur Durian).

Moga Allah beri rasa sedap untuk semua jemaah.
Dan moga Allah beri kesihatan yang baik buat kita semua aminnnnnn.


Jangan Terkejut!

 


Hai. Moga belum terlambat lagi ucap Selamat Tahun Baru 2026 buat semua sahabat blog aku ni.
Moga dipermudahkan urusan sahabat saya semuanya aminnnnnnnnn.

Dannnnn ada ramai sahabat blog terkejut baca yang pasal entry Dah Habis Iddah tu kan! 
Maafkan sayaaa atas kekeliruan yang berlaku, 
terima kaseh Kak Ujie Othman bantu beri penjelasan hehehe

Betul penjelasan Kak Ujie : habis iddah yang dimaksudkan adalah = cuti blogging hehehe




Iddah yang betul-betul tu jauhhhhhh lagiiiiii kerna belum ada pasangannya ehehe.

Moga tahun 2026 ini membawa lebih ketabahan, keceriaan dan kebahagian buat kita semuaaaa!