February Not So Fabulous

 


Sudah separuh Februari. 
Dan Februari aku bermula agak kurang enaknya.

Bonda sekali lagi perlu rawatan rapi.
Sudah beberapa hari di kamar hospital.

Ayahanda setia bertandang setiap hari.
Aku sebagai anak perempuan tunggal satu-satunya perlu berkorban lebih.
Almaklum kerana Bonda di kamar wanita.
Mujur juga ada Bong boleh singgah bantu sebentar.

Moga Ramadhan yang bakal menghampiri, membawa rahmat & beri sinar kesihatan buat Bondaku.

Lekas sembuh semula Mak.
Nanti kita jalan-jalan cari makan lagi sebelum puasa.



 

12 comments:

  1. smoga bonda cpt sembuh & dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  2. semoga bonda cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. semoga bonda cepat sembuh dan dpt berpuasa di rumah. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat Mak Ana dan moga Ana kuat semangat melalui semua ini ya 💪🏼

    ReplyDelete
  5. Salam kenal dan saya doakan Bonda Ana akan kembali sihat.

    ReplyDelete
  6. Syafakillah.
    Stay strong ye Ana... Semoga dipermudahkan urusan rawatan bonda dan urusan sekeluarga juga 🤲🏻

    ReplyDelete
  7. Semoga Bonda Ana cepat² sihat. Semoga dipermudah urusan Ana dan keluarga dalam menjaga Bonda. 🤲

    ReplyDelete
  8. Allahu... semoga dikurniakan syifa buat bonda ana... sabar ye... doa selalu semoga bonda cepat discaj dan rehat di rumah

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan semuanya, diberi kesembuhan buat bondanya

    ReplyDelete
  10. Kak ana, ikut sedih membaca kabar ini. Saya doakan, untuk mama kakak diberikan yg terbaik oleh Allah, apapun itu. Semoga Allah angkat penyakitnya . ☺️🤗🤗

    ReplyDelete
  11. Moga Allah melancarkan dan melapangkan setiap urusan kalian sekeluarga. Tolong sampaikan salam pada bonda. Mudah-mudahan diangkat segala sakit dan dikurniakan kesembuhan.

    ReplyDelete
  12. Allahu...
    Semoga mak Ana cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan Ana sekeluarga.

    ReplyDelete