Terbaca kes kematian disebabkan oleh sabit sawit dibawa menaiki motorsikal.
Sabit Sawit yang dibawa menaiki motorsikal ni pemandangan biasa pada warga Felda.
Sejak dari awal tahun 1960-an pembukaan Tanah Rancangan Felda dulu lagi,
memang normal bawa sabit sawit menaiki motorsikal TETAPI
tiap kali nak bawa tu segala mata sabit tu dibalut tebal dengan kain.
ataupun dengan gunakan getah tiub dalam motorsikal supaya lebih selamat.
Dan cara bawanya juga adalah sepatutnya galah tu perlu dipendekkan,
kerana galah pokok sawit selalunya panjangnya 10-20 kaki & disambung gunakan klip khas.
Jadi sepatutnya sabit sawit yang nak dibawa menaiki motorsikal perlulah dibuka klip & dipendekkan,
dan perlu dibalut kemas bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
Aku sendiri sebagai anak jati Felda, memang tidak setuju dengan cara bawa sabit yang sebegitu.
Dan sepatutnya pihak majikan atau pengurusan perlu tegas dalam memberi peringatan hal ini.
Tak semena-mena sudah menyebabkan 1 nyawa melayang.
Sudahlah Ramadhan beberapa hari saja lagi nak Hari Raya.
Betapa luluh beratnya ujian Ibu Ayahnya.
Memanglah ajal maut di tangan Tuhan Yang Maha Esa,
tapi perkara sebegini wajar diambil pengajaran.
Al-Fatihah buat mangsa.
Moga Allah beri kekuatan ketabahan buat keluarganya :(


kesian sangat budak tu. dalam perjalanan nak pergi kelas kan..
ReplyDeletengeri sangat lepas tertengok gambar.. Allahuakbar
Sedih sgt bila sy baca tragedi terbunuh kerana kena hiris leher oleh sabit ni. Sy mengajar di sekolah dalam ladang dan jadi fenomena biasa berselisih dgn pekerja yg memikul galah sabit sambil menaiki motosikal..
ReplyDeleteSaya tak perasan berita tentang sabit sawit tapi siapa tak sedih bila ada ahli keluarga kita jadi mangsa.
ReplyDeleteAda dulu saudara buat macam tu tapi dia makan tuan. Rodok perut tuannya sendiri nasib baik tak terburai isi perut. Sedih budak yang meninggal tu. Al fatihah buat aruah
ReplyDeletekesian adik KV hari tu otw nak pergi exam. selalunya kawasan felda panjang galah sabit tu.
ReplyDeleteDulu selalu jumpa orang bawa galah panjang sabit ni, naik motor. Setiap kali selisih je, serammm rasa.
ReplyDelete