Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal

 


Menu Puasa Enam Syawal Day 1 : Ikan Puyu Goreng, 
Sambal Bilis & Sayur Campur

Menu Puasa Enam Syawal Day 2 : Mee Sup Bebola & Aiskrim Goreng 
(Aiskrim yang selepas digoreng tak sempat ambil gambar dah licin)


Menu Puasa Enam Syawal Day 3 : Pajeri Nenas, Ikan Goreng,
Croissant Spicy Beef Feeling & Buah Mangga 

Menu Puasa Enam Syawal Day 4 : Lala Tumis Pedasss Manjaahhh & Puding Roti

Menu Puasa Enam Syawal Day 5 : Satay Ayam 

Menu Puasa Enam Syawal Day 6 : Potato Bread With Spicy Chicken Filling & Lontong


Syukur Alhamdulillah selesai sudah Puasa 6 Syawal.
Moga kita diberikan kesihatan yang baik & dapat bertemu lagi Ramadhan & Syawal depan.

Boleh sambung beraya lagi yeayyyyyy!

Anak-Anak SPM

 



Keputusan Peperiksaan SPM 2025 sudah keluar pada 31 Mac 2026 baru-baru ini.
Tahniah pada semua anak-anak / adik-adik yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang.

Pada yang kurang cemerlang akademik usah gusar kerana kini ada banyak cabang peluang.
Terserah pada diri sendiri mahu memilih laluan yang mana terserah minat masing-masing.

Tapi walau apa sekalipun yang menjadi pilihan diri,
Usah jadi begini ya adik-adik.

Choba cari apa yang tersembunyi di situ?
Sedaranya yang hancur SPM tapi nampak macam penulis tu yang hancur hehehe

Masam Muka Dengan Suami

 



Issu dalam rumahtangga seringkali menjadi topik hangat juga di sosial media.
Dan tak sepatutnya perkara-perkara atau masalah rumahtangga dikongsi begitu.

Lebih baik selesaikan cara yang sepatutnya saja tanpa upload di sosial media.
Atau lebih senang, tak payahlah kahwin kalau tak bersedia nak hadap pelbagai dugaan.
Hidup je lah membujang, senang tak perlu nak pikir hal tanggungjawab keluarga semua.

Lelaki bila jadi suami sepatutnya lebih peka. Bukan pekak betul tak? ehehe

Mengapa Kapal Malaysia Lepas Di Tengah Perang?

 






IRAN INGAT JASA MALAYSIA PADA MEREKA 38 TAHUN YANG LALU.

Dunia hari ini seolah-olah sedang menahan nafas. Di Selat Hormuz, laluan sempit yang menjadi nadi kepada hampir satu pertiga perdagangan minyak dunia, suasana tidak lagi seperti biasa. Langit dipenuhi radar, laut dipantau ketat, dan setiap pergerakan kapal kini membawa risiko yang bukan kecil.

Kapal-kapal gergasi dari pelbagai negara mula mengurangkan operasi. Ada yang berpatah balik. Ada yang memilih untuk menunggu. Malah, ada juga yang menjadi mangsa diserang, atau terperangkap dalam ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Namun, di tengah kekacauan itu… muncul satu fenomena yang cukup luar biasa. Kapal minyak Malaysia dilaporkan terus belayar tanpa gangguan.Bagi pemerhati geopolitik, ini bukan sekadar berita kecil. Ini adalah satu persoalan besar.

Semalam, 26 Mac 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa melalui rundingan terus dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, kapal-kapal kita telah diberikan "pelepasan awal"

Kenapa Malaysia? Adakah kerana kekuatan ketenteraan? Adakah kerana pengaruh ekonomi? Atau ada sesuatu yang lebih mendalam daripada itu?.

Jawapannya Bermula 38 Tahun Lalu .......

Untuk memahami apa yang berlaku hari ini, kita perlu kembali ke tahun 1988. Ketika itu, Iran baru sahaja keluar daripada perang panjang yang memusnahkan ekonomi dan infrastrukturnya. Negara itu dipulaukan oleh banyak kuasa besar. Rizab kewangan merosot. Bekalan makanan terjejas. Dunia memandang Iran sebagai risiko, bukan rakan.

Kebanyakan negara memilih untuk menjauhkan diri. Tetapi Malaysia membuat pilihan yang berbeza. Di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia tampil ke hadapan. Bukan dengan syarat yang berat, bukan dengan agenda tersembunyi tetapi dengan satu bentuk bantuan yang sangat asas namun kritikal iaitu makanan.

Malaysia menghantar minyak sawit dalam jumlah besar melalui perjanjian kewangan bilateral (BPA), tanpa bergantung kepada sistem dolar Amerika. Ini bukan sekadar transaksi ekonomi. Ini adalah tindakan berani membantu sebuah negara yang sedang “jatuh” ketika dunia lain memilih untuk tidak peduli. Pada ketika itu, mungkin tiada siapa menyangka bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan puluhan tahun kemudian.

Minyak Sawit lebih daripada Komoditi. Minyak sawit Malaysia bukan sekadar eksport. Dalam konteks Iran pada tahun 1988, ia adalah talian hayat.Ia mengisi dapur yang kosong. Ia membantu rakyat yang kelaparan.Ia menjadi simbol bahawa masih ada negara yang sanggup berdiri bersama mereka. Dalam dunia politik antarabangsa yang sering didorong oleh kepentingan, tindakan Malaysia ketika itu dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Kini, lebih tiga dekad kemudian, dunia kembali menyaksikan ketegangan besar di rantau Teluk. Selat Hormuz menjadi titik panas. Kawalan diperketat. Risiko serangan meningkat. Setiap kapal yang melalui kawasan ini perlu berdepan dengan kemungkinan terburuk.

Namun Malaysia berada dalam kategori yang berbeza.Laporan menunjukkan bahawa kapal-kapal Malaysia diberikan laluan lebih selamat satu bentuk “keistimewaan” yang tidak dinikmati oleh banyak negara lain.

Kenapa?

Kerana bagi Iran, Malaysia bukan sekadar rakan dagang. Malaysia adalah negara yang pernah membantu ketika mereka berada di titik paling lemah. Diplomasi yang berlaku hari ini bukan bermula semalam. Ia dibina di atas asas kepercayaan yang telah ditanam sejak tahun 1980-an.

Tidak hairanlah mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad begitu disanjung tinggi pada zamannya dihormati oleh kawan mahupun lawan. Suaranya lantang, prinsipnya tegas, dan setiap kenyataannya mampu menggegarkan media-media Barat serta mencorakkan wacana dunia.

Kini Iran balas budi kepada Malaysia dengan tidak menyekat kapal-kapal Malaysia melalui selat Hormuz sebagai jasa yang mereka pernah diselamatkan 38 tahun dahulu oleh Malaysia.

Kredit : Tuah Qkenji

Mengeratkan Silaturahim

 



Kisah 08 Syawal (Sabtu 28 Mac) selepas Isyak aku dan Bong menyemperit untuk dibawa waktu berziarah ke rumah Paklong sebelah Abah (jemputan kenduri tahli serta rumah terbuka Hari Raya).


Dapat berjumpa sepupu, dua pupu, tiga empat pupu semasa majlis kenduri & rumah terbuka.
Tapi tak sanggup berlama-lama di bawah khemah, cuaca terlalu panas terik.



Pelbagai juadah tersedia antaranya nasi minyak dan nasi putih.
Aku memilih nasi putih dan lauk daging, ayam masak merah serta acar timun.
Walau air hanya sirap tetapi disebabkan titisan peluh ais batu tu terlalu menggoda untuk ditolak.
Kuih-muih di meja Dessert Table juga ada pelbagai tapi aku hanya ambil apam polkadot saja.

Selebihnya kenyang minum air saja disebabkan cuaca terlalu panas.

Selesai berborak panjang dan bersalam bermaafaan sesama saudara semua,
Masing-masing pun perlu bergegas pulang ke sarang kerana perlu kembali bekerja.
Moga dipanjangkan umur lagi untuk bertemu bersilaturrahim pada masa akan datang.

Menyertai : Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #3 (April - Jun 2026)

 


Jom sertai Segmen Bloglist Cie !
Sangat mudah syarat-syaratnya.
Segmen ni akan tamat pada : 31 Mac 2026 jam 11.59pm

Jom sambung beraya!

Majlis Pertunangan Syed Saddiq & Bella Astilah

 







Tumpang gembira melihat majlis pertunangan YB Syed Saddiq & Bella Astilah.
Moga ikatan pertunangan yang dibina membawa ke jinjang pelamin & kekal selamanya.
Lebih mengharukan hantaran dari pihak lelaki khusus buat Bakal Isteri & Bakal Anak-anak.

Simpanan ASB, Simpanan Tabung Haji & Simpanan Pendidikan SSPN untuk anak-anak.
Walau Bella yang bertunang, entah kenapa hati kita turut berbunga melihatnya.

Moga Allah kurniakan kebaikan, keberkatan & kebahagian yang tiada tara buat mereka.
Buat Ayden & Ara, moga kalian berdua tidak akan merasa kurang kasih sayang dari siapa pun.

#BellaSyedYes --- Suka sangat dengan hashtag ni (hasil daripada cadangan fans mereka sewaktu sesi live dulu)


Memanfaatkan Epal Fuji

 



Rezeki Bong ada boss belanja 1 box premium gift Epal Fuji.

Saiz dia besar luar biasa daripada standard saiz epal yang selalu di pasaraya tu.

Bong ni bukan boleh. Ada je idea dia datang. Dia ajak buat apple pie.

Sudahlah waktu musim hari raya ni pasaraya yang dekat kawasan kami licin rak barang.

Mujur ada dapat puff pastry. Kita pun cubalah tunaikan permintaan Bong nak apple pie.

Okay Bong approve. Sedap katanya macam apple pie Mekdi.

Nanti boleh buat stock frozen katanya mudah nak makan bila-bila masa.


Marathon Biskut Raya

 


Popia Nestum

Tart Cadbury (tapi tukar gunakan alfredo dark choc cube)

Nutella Pod (tukar juga gunakan Beryls chocolate)

Cornflakes Caramel 

Disebabkan 1 hari sebelum Hari Raya baru dapat cuti, makanya kita marathon usaha siapkan beberapa jenis kuih / biskut raya seawal selepas waktu sahur.

Dimulakan dengan menggulung kulit-kulit popia.
Nasib baik juga hari akhir ramadhan tu suhu panasssss kaw kaw.
Jadi cepat jugalah kulit popia tu kering & lebih mudah digoreng.

Selesai Popia Nestum, terus sambung pula dengan Tart.
Dugaan juga bilamana body acuan taknak bagi kerjasama.
Terpaksalah tekan / picit guna acuan manual. 
Untuk coklat tu aku & Bong gunakan Alfredo Cube Dark Choc.

Diteruskan dengan yang ketiga iaitu Nutella Pod.
Yang ni pun kami tukarkan Nutella dengan gunakan Berryls Dark Choc.
Aku nak buat saiz besar-besar nak cepat siap tapi Bong kata nak saiz kecil.
Lebih comel dan senang 1 kali masuk mulut je hilang kata Bong.

Dan yang terakhir Cornflake Caramel.
Bahan-bahan tak banyak & antara yang paling mudah.

Kami berjaya marathon siapkan 4 jenis ni sebelum menjelang maghrib akhir ramadhan.
Nak menyiapkannya terasa nak patah pinggang tapi makannya sekejapan saja licin!

Bong dah berzikir ajak repeat buat sebab kawan-kawan nak datang beraya katanya.
Nanti kita doa moga semangat kerajinan datang dulu ya Bong!

Maaf Segala Salah Silap - Syawal 2026

 



Tahun ni kami tema Red Ruby ala-ala maroon macam tu lebih kurang.
Dan syukur alhamdulillah keadaan kesihatan Bonda semakin baik selepas keluar wad haritu.

Terserlah ceria wajah Ayah Bonda sebab tahun ni sesi beraya di sebelah kami.
Semua anak cucu menantu pulang berkumpul.

Salam Aidilfitri & Maaf segala salah silap daripada Ana sekeluarga ya! 

Menu Hujung Ramadhan Day 26 - 30

 



Menu Ramadhan Day 26 : Ikan Kembung Sambal Pedas Manjaaaah 
(Jenis pedas-pedas ni permintaan Bong)


Menu Ramadhan Day 27 : Ikan Belanak Masam & Kacang Buncis Goreng Campur Pedal 


Menu Ramadhan Day 28 : Murtabak Pisang Caramelizeeee & Murtabak Daging Selambak 
(Abah request Murtabak Pisang & Bong request Murtabak Daging)

Ramadhan Day 29 : Ayam Masak Halia & Pulut Kuning + Kurma Ayam


Ramadhan Day 30 : Nasi Impit & Rendang Ayam Tua 

**********************************************

Tamatlah sudah 30 hari & lebih pada 30 menu masak sendiri di rumah.
Rekod tahun ni tiada jejak kaki ke mana-mana bazar ramadhan.
Fully utilize memasak di rumah walaupun ada hari hanya satu menu ehehe

Al-maklumlah ikut pada kadar meter kerajinan & kesempatan waktu.
Sesudah tamat 30 hari Ramadhan, ada kesempatan siapkan beberapa jenis biskut raya.