Adab mau kena ada

27 April 11 Comments
14 April--mesej wassap : "salam ana. nanti 27 april 2.30 petang mohon hadir mesyuarat puteri umno tau bla.. bla.. bla..

aku balas  inshaAllah kalo takde aral.
aku bukan orang politik.
jenis nak kena join meeting gini memang bukan jiwa aku.

21 April--mesej wassap lagi : "Salam ana..nanti 27 April datang tau 2.30 petang.. bla.. bla.."

aku masih balas inshaAllah.
aku bukan taknak join, tapi sebab bukan jiwa aku.

Pagi 27 April : terserempak pulak kat pasar pagi. "ehh ana ! nanti petang datang tau.. datang kejap untuk sign je pun takpe dah asalkan datang je tau... plisss tau.. datang tau.."

aku senyum kelat je. masih balas inshaAllah.
dalam hati memang tobat takmau pegi.
sebab--TAK MINAT.

jam dah pukul 2.00.. akak ipar, abang long, adik beradik semua pakat balik. anak buah yang satu-satunya ada tu pun ada sama. bergomoi dengan dia sampai terlena sebab hujan lebat. bersyukurnya rasa hujan lebat di saat memang aku berat hati nak pergi meeting yang memang aku tak minat nak pegi.

dalam mimpi rasa selamat gila.

tiba-tiba pintu bilik ada orang ketuk.
mak aku : "tu si **** datang tu suruh pegi mesyuarat ape entah dia kata tu.. bangunla pegi tengok."

bangun dengan muka ketat terus jenguk ke depan.
aku tolak cara baik. takmo pegi sebab aku dah tetido pastu belum mandi. 
try bagi alasan.

"alaaa takpe.. hang g je mandi dulu pstu nanti datang tau.. lambat sikit pun takpe.. datang jugak tau.. tau.. datang tau.. aku tunggu kat bilik mesyuarat tau.. datang tau.."

"hurmm yelah jap g aku p"

dia blah.
aku mandi laju-laju.
capai apa yang patut.
muka ketat sebab mamai kena kejut tengah sedap mimpi tadi.
cakap kat mak nak kuar jap.
kalo siapa datang cari, cakap entah tak tahu kakak pegi mane entah tadi.
aku lepak tepi kolam.
malas aku nak pegi.

seriyes aku rasa manusia jenis paksa camni--macam ****** !
aku ni kalau dah dua kali pesan tapi respon yang orang bagi menunjukkan tak minat, aku terus stop.
takde dah nak paksa-paksa sampai pegi cari ke rumah orang tu pulak.
ape jadahnye engko datang cari sampai ke rumah.
aku cukup benci tau manusia jenis perangai gini.
masa susah--sakit aku ada reti jenguk cari rumah aku?

Ada betulnya

27 April 8 Comments
kawan aku pernah hadap tapi semua berakhir sebelum jadi apa-apa.

kawan aku : ana.. aku dah jauhkan diri dari dia.
aku : ok lah kalau camtu. aku tahu kau boleh.

beberapa purnama lepas tu.

kawan aku : ana.. dia mesej dan call aku semula la. rindu.. sayang.. bla.. bla.. bla..  apa aku nak buat ni ana ? aku taknak jadi orang ketiga macam dalam drama melayu selalu tu. tolong weyh !
aku : aku rasa kau patut jumpa isteri dia dan bagi terus isteri dia baca sendiri semua mesej tu.
kawan aku : weyhh ko rasa isteri dia boleh sabar ke nak jumpa aku untuk baca semua tu? kalau aku jadi isteri dia konfem aku takkan sudi la nak jumpa orang yang nak jadi perampas !
aku : sebab tu jangan cepat melatah. 

"..suami jaga diri.
isteri jaga diri.
perempuan tak / belum bersuami jaga diri.

kalau semua jaga diri--
insyaAllah semua ni tak jadi.."

pheww berat nanang.
moga dijauhkanlah.


Ada Rezeki, Ada Lah..

25 April 4 Comments
kisah kemarin dulu. masa tengah syok layan marathon drama Aku Isterinya dengan akak ipar aku.

kakak ipar : menyampah dah tengok. kejap baik. kejap gaduh. hishh !
aku : alahh standardla citer melayu.
kakak ipar : sedap gak nama dia Mikail. hurmmm anak yang sulung dah bagi nama Rafael Zafuan. kalo rafael dapat adik nanti nak boh nama Mikael Zafuan lah. hehe ok dak ?
hasben beliau (abg long aku lettew) : hamboih siap plan nama dah. kalau gegerl camne? haaaaaa.... 
aku : hehe tak campur aaaa *angkat tangan surrender*

hurmm syok gak plan nama nih. kalo aku la nanti, anak pompuan semua aku nak boh nama depan ada "ana" contoh :

Ana Ariana.
Ana Aneesa.

Perhh.
macam nama komersial pulak rasa.
harapnya bakal jodoh aku bukan jenis takmo kalah.
kalo tidak konfem gadoh pasai nak boh nama.
hahaha !

Air Oh Air

19 April 10 Comments
Pesanan untuk yang dah kawen. isteri-isteri sekalian. bila hasben dok marah, jangan di lawan. p ambik ayaq segelas pastu hembuskan "Ya Latif Ya Latif Ya Latif".. Bukannnya p bantai bedebat pulak. 
Untuk yang belum kawen, take note. nanti dah ada hasben senang. Takyah nak meghoyan bila hasben marah² ;)

Awesome April : Triplets

16 April 8 Comments
16 April -- ada 3 orang terdekat dengan aku lahir pada tarikh yang sama. kak Zanna. Ali. Hasbi. Dua daripadanya team kerja dan si Hasbi pulak anak pada kak Aini yakni sorang lagi team kerja aku jugak. Depa bertiga lahir pada tarikh yang sama pada tahun berbeza. 

Untungnya Kak Zanna ada hasben yang menyayangi.
Untungnya Ali ada buah hati yang selalu bagi motivasi.
Untungnya Hasbi ada ayah ibu yang punya kesabaran tinggi.
ini mini cupcakes.special FREE gift untuk befday boy si Ali. kak normy yakni sorang lagi team kerja aku yang sangat cekap membuat benda-benda makan gini. dah la cekap masak-masak, pastu bagi free pulak tu. pastu pulak hasben dia pulak tulung p delivery terus sampai depan muka si Ali kat ofis. Perhhh heavennya !

Awesome April : Makan Besar

14 April 6 Comments
Tup-tap-tup-tap dah separuh bulan April.. pantas betol masa berlalu. terasa macam baru je awal tahun. pheww~ ini kesah weekend yang baru-baru ni.. Department aku *chewahh department sangaaaat engko kan Ana =P   Arhhh pedulikkan la. aku nak jugak gune term tu walaupon department USP team kerja aku ni ada berapa orang saje = 9 site darab dengan dua orang di setiap site maka dapatlah lapanbelas orang staff.. so kemana sekalipun kami dicampak untuk kursus ke atau apa-apa yang berkaitan, memang LAPANBELAS orang ni je lah yang adenye.. tu belom tolak lagi yang kadang tu cuti sakit ke, ada urgent matters yang menyebabkan tokleh nak join ke hape. haaa tinggal lah lagi belen yang berape tu je.. dedulu setahun sebelumnya, ada sorang Incik Boss yang sangat lah sempoi mempoi yang memang akan join kemana saja atau apa saja program mahupun event yang melibatkan USP Team ni.. tapi kini setelah tampuk pemerintahan bertukar tangan, maka tiada lagi riang tawa dari Incik Boss yang dulunya sangat caring pada semua staff beliau ni sobssss sobsssss T____T

USP Team aku ni ada jugak roger Incik Boss lama tu untuk ajak join makan-makan sesame tapi beliau dah ada planning katenye so tokleh la nak join kamiorang makan-makan weekend aritu.. Sesi makan-makan ni pun sempena meraikan Program Fiesta Jalur Lebar yang kitorang organize masa Disember aritu.. punya la lama dah benda tu setel, baru sekarang ni ada masa free untuk buat sesi makan-makan gini adehhhh ~

Tapi kalini pun tak semua dapat join disebabkan kekangan masa dan jugak jarak memisahkan kita..  sebabnya 9 site yang aku kata awal tadi tu bukan saja site-site kat area Perak Selatan ni je, ada 1 site kat Felda Ijok (Selama, Perak) dan 1 site lagi kat Felda Gunung Bongsu (Kedah) Haaaa jauh baq hang ! jadinya ada 4 orang lagi team mate kamiorang yang tokleh nak join sebab jauh pastu Bosses memang tak bagi la off sesuka hati semata untuk sesi makan-makan hukhukhuk.. Makanya kamiorang yang dapat hadir je lah yang melantak segala makanan yang ada.. Kamiorang decide untuk serang Carlifornia Steak House And Steamboat Restaurant yang terletak kat area Tanjung Malim, Perak (dekat-dekat dengan UPSI Tanjung Malim)
 Sampai je kat restoran tu, aku dengan kawan-kawan lain agak kagum bila tengok decoration dia sebabnya ada macam-macam-macam benda owner dia gantung dan paku kan kat dinding dan jugak siling restoran tu.. daripada sekecik-kecik keychain sampailah ke sebesar-besar gitar ada tergantung kat atas kepala engko ! masa dok order tu mata kemain dok pandang keliling sakan tengok semua benda yang ada.. pastu siap interview owner restoran tu siapa yang gantung, dapat dari mana benda tu semua bla..blaa.. bla.... macam-macam benda jugakla kami dok soal jawab selagi belom sampai makanan yang di order.. bila dah sampai, hape lagi... seraaaaaaannngg ! 

sampaikan lupa langsung nak snap gambar decoration dalam restoran tu ! Tapi disebabkan aku rajin sikit, aku pon google la.. ni semua hasil dari menggugel.. kalo nak lagi, silalah gugel saja kehkehkeh
  
itu hasil menggugel.. bawah ni pulak hasil yang sempat kami snap masa dah setel kenyang tahap gaban pastu masing-masing tak larat nak bawak perut.. muka-muka kekenyangan semuanya ni.. kemain lagi pakat bedal steamboat + western segala steak abeh semua Abg Long (Abg Lan) tulung order.. Last-last yang kena tulung perabih sapa dia? Nin dia aku ni la.. Mana tak makin melebaq baq hang ! Haisshhhh =P

 Nota Khas :

Dear Incik Boss,
Kami rindu moment makan-makan, travelling dengan Incik Boss.
Kami rindu moment ngadu² kat Incik Boss T___T

Yang rindu plus sayu,
Staff² Incik Boss.

April | Langkawi

02 April 16 Comments
Dah 2 April pon arini (time entry ni dipublish la). satu april aku bermula agak baik. partner kerja aku si Ida pulang dari Langkawi dengan membawa chocolate yang amat pelbagai ! aummmm ! memandangkan aku tak dapat nak join p Langkawi, yelah mana boleh nak joinnye, deme p honeymoon weyh ~ ahaksss !
Tapi alhamdulillah -- kepulangan Ida bukan dengan tangan kosong. Hari masa Ida bertolak balik dari Langkawi tu, belom pon sempat sampai rumah dia, dia drop kan dulu segala mak nenek chocolate yang aku kirim kat rumah aku walaupon ade jalan satu lagi sebenarnye untuk balik ke rumah dia tapi demi nak bagi cekelat² fresh yang dibeli dengan penuh kasih sayang, sanggup ida singgah dulu rumah aku.. hehehe terima kaseh Ida sebab sudi tolong borongkan cekedis² tu semua.. ni sayang hang lebih nih ! hehehe
 
Ni antara cekelat² wajib boronglah kalo p Langkawi kan ? Daim--Hershey's Kisses--Toblerone. Gambaq  ni aku cedok kat google je sebab yang version Ida borong untuk aku tu habeh dah aku pulun dok repeat makan dengan adik aku si Aiman tu wahahaha ! Pastu padan muka aku dok terlioq pulak lagi bila dok google gambaq ni semua sebabnya aritu lupa pulak nak kirim kat Ida mintak belikan Mars , Twix, MilkyWay tu.. ni dok telioq lagi menggoogle gambaq cekelat Langkawi.. Hurmmm nak kena scroll instagram sat. cari seller cekelat Langkawi camnih huwawawa T____T

Mengamalkan Kesederhanaan

29 March 13 Comments
Smart pulak tengok bila guna simple template rupanya. guna pulak font Courier perhhhh ! feeling konon² guna type witer gittew ~ hahaha *kagum sorang-sorang*
sebenaqnya dok jeles lagi kat partner aku Ida yang tengah honeymoon kat Langkawi skang ni. kemain syok wo depa p jenjalan kat pantai. tulis nama atas batu lalalalaa~ mohon jangan dilupakan aku wuwuwu T__T

cheyy dak aih. sebenaqnya aku tompang heppy bila tengok kawan² seronok + bahagia. tapi realitinya, tak semua pasangan yang dah kawen tu rasa 'bahagia' sebenarnya. ramai sekarang ni pasangan yang dah kawen tapi duduk jauh-jauh. contoh terdekat pada aku -- si Ida ni dengan hasben dia. Ida dok kat dalam Felda ni area Sungkai,Perak pastu hasben dia pulak kat Salak Tinggi, Sepang kerana atas tuntutan kerja. Berjumpak pon hujung minggu je la kadang tu Ida balik sepang, kadang tu hasben dia balik mai Felda ni. Nak buat cemana, bukan mintak nak jadi camtu tapi faktor sebab kerja, so terpaksala sebegitu. 

Pastu ada sorang lagi. Tini--kawan aku jugak. Dia cikgu. mengajar kat Hulu Selangor. hasben dia cikgu jugak, mengajar kat Melaka. Ha tudia ! status dia kat fesbuk banyak gak yang sedih² aku tengok. bukan nak kata mana-mana pihak, entahla pada hal benda ni buleh je setel. Undang-undang manusia yang buat. tapi tu lah, entahlah. malas nak pepanjang cakap. satgi kata haaa kalo hang pandai, hang je lah p buat. hahaha
Puan Kutu kata tu betoi sangat. Masa sebelum kawen ni la pon nak puas holiday memana. apa orang kata lone ranger ? lagi senang sebenaqnya nak gerak p memana. packing pastu gerak. takyah nak pening² apa dah. bajet ciput pon apa ada hal ye dak ? nama pon single mingle. 
Hamboihh Lea Isnawi kemain lagi hang no soh cepat² tawen ? bak mai calon mai. kehkehkeh

Mengadap Cuti

27 March 9 Comments
Phewwww musim cuti sekolah ada beberapa program sinonim antaranya kenduri kendara sana sini pastu satu lagi ofkos lah aktiviti yang berkenaan cuti sekolah. aku dengan partner aku pon memang tiap kali cuti sekolah diwajibkan untuk organize Program Khas sempena cuti sekolah. target group is up to us. boleh pilih sama ada nak kategori budak sekolah sahaja atau pun nak libatkan sekali mak ayah atok nenek segala bagai. Untuk meramaikan dan memeriahkan lagi program, aku dengan partner aku pon decide untuk libatkan sekali semua anggota keluarga yang ada daripada sekecilnya hingga lah ke sebesarnya tapi untuk slot pertandingan yang memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan beberapa aplikasi komputer, kami cuma fokus pada kategori berumur 13 hingga 18 tahun saja. Untuk slot penutup melibatkan upacara Bacaan Yassin dan majlis kesyukuran -- kami jemput satu kampung. hehehe
   
 
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dari hari pertama program hinggalah selesai majlis bacaan yassin dan penyampaian hadiah. bila dah lepas, lega rasa. barulah boleh kembali blogjumping ziarah blog kengkawan yang dah singgah sini. windu seyh ! kehkehkeh

*partner aku si Ida off day lepas setel program ni. start Khamis sampai Ahad ni. Dia p honeymoon dengan hasben dia kat Langkawi. jeles baq hang orang dah ada hasben. buleh p memana tanpa perlu mendatangkan kerisauan di hati Bonda. ala omak kawenkan aku  sobsss sobbsss T_____T

Monopod Dan Pop Phone

23 March 13 Comments
salam mac.. mac tinggal beberapa hari je lagi bakal berakhir.. minggu ni start dah marathon kenduri kahwen sana sini.. maklumlah dah start cuti sekolah kan. memang sinonim dia dengan majlis kenduri kendara lah. tak kira kenduri apa sekalipon. masa ni lah nak buat kenduri kahwen, kenduri cukur jambul, kenduri bertunang, kenduri berkhatan. haishhh memacam lagilah. 
   
  
Aku rasa dua benda ni memang tengah trend sekarang nih. MONOPOD dan jugak POP PHONE RETRO. kalo yang rajin scroll kat instagram, rasanya memang dah kenal sangat dua benda ni sebabnya ramai sellers dok pulun meniaga menatang dua ni dan memacam harga ada. dari semurah-murahnya, sampailah semahal-mahal Ya Rabbi. cuma rajin dengan tak rajin nak explore je.
Pada yang memang taktau langsung apa dia menatang MONOPOD tu, dia sebenarnye macam kaki tripod yang photografer selalu guna untuk boh camera kat situ. tau kan ? haaa cuma MONOPOD ni dia ada satu kaki je so sebab tu nama dia MONOPOD. guna dia untuk apa? sama jugak macam tripod, untuk boh camera kan? ha tapi yang ni ada special sikit sebab boleh klip kan henfon kita kat situ. pastu set timer, pastu tarik je panjangkan monopod tu pastu steadyyyyyyyy je maintain senyuman pastu..... prappp ! Tak perlu lagi mintak tolong orang lain untuk snap kan gambar kita. tak mengira masa dan waktu, malah ketika majlis walimatul'urus juga kita boleh berselfie beramai-ramai tanpa perlu meminta bantuan sesiapa wahahaha gittew =P
Pastu pulak yang gagang telefon macam zaman dedulu tu kan haa nama uptodate dia POP PHONE RETRO. fungsi dia sama macam earphone je sebenarnye cuma yang version gagang telefon ni lebih trendy dan macam ala-ala mengimbau zaman silam ketika menggunakan telefon rumah dulu kala.. pastu pulak pada sesiapa yang jenis memang suka bergayut lama-lama, guna pop phone ni lebih selamat sebab dia boleh reduce kan radiation gittewwwww =P
Pastu pulak sekarang ni ada satu benda lagi aku tengah order --- universal clip lense macam kat gambar atas ni yang ada TIGA different lense which is fisheye + wide + macro yang boleh kita clip kan je kat fon kita tu pastu baru lah snap pic sebanyak mana yang kita mahukan.. weeeeee ~