Jackfruit

04 January 65 Comments


The word "jackfruit" comes from Portuguese jaca, which in turn, is derived from the Malayalam language term, chakka (Malayalam Chakka pazham : ŕ´šŕ´•്ŕ´•ŕ´Ş്ŕ´Şŕ´´ം). When the Portuguese arrived in India atKozhikode (Calicut) on the Malabar Coast (Kerala) in 1498, the Malayalam name chakka was recorded byHendrik van Rheede (1678–1703) in the Hortus Malabaricus, vol. iii in Latin. Henry Yule translated the book in Jordanus Catalani's (f. 1321–1330) Mirabilia descripta: the wonders of the East.
The common English name "jackfruit" was used by the physician and naturalist Garcia de Orta in his 1563 book ColĂłquios dos simples e drogas da India. Centuries later, botanist Ralph Randles Stewart suggested it was named after William Jack (1795–1822), a Scottish botanist who worked for the East India Company in Bengal, Sumatra, and Malaysia
credit : Jackfruit


Jackfruit atau nama panggilan yang kita sebut di negara kita ni adalah Nangka. Menurut sumber dari Wiki -- si William Jack sorang Scottish botanist kot merupakan orang mula-mula yang guna sempena nama dia Jack. Macam dalam Yakult -- ada Bakteria Shirota -- pon sebab yang memula jumpa tu sorang Japanese Microbiologist yang bernama Minoru Shirota.

So lepas ni kalo ada jumpa buah ke makanan ke bakteria ke hape ke, boh je la nama sendiri. Aku tawu dah kalo si SS dengan si ZF kang ada la tu dia buat onar kehkehkeh =P



J75 Footwear

04 January 30 Comments

J75 footwear ni salah satu brand yang ada dalam beratus lagi jenama lain dalam online store MySale dot my. Lebih kurang sama macam konsep Zalora, Zawara dan online shopping sites yang lain jugak. Banyak pilihan pakaian yang ada daripada ujung kepala sampai ke hujung kaki. Ongkosnya je lagi ade ke tidak hehehe

J75 ni ada jugak untuk men and women. Untuk men biasalah ada casual wear, untuk sports, sandals. Dan macam biasalah untuk mowen memang lagi banyak. Baik dari segi casual, sports, sandals, wedges, boots, high top / low top sneakers, pumps. Haah tak larat nak senaraikan. 

Harga dia ? Padan dengan brand dan tahap selesa. Kalau aku ni mampu cuci mata je lah nengok kehkehkeh =D


Jamu Kaki

04 January 25 Comments
Tengah sedap² balik lunch break mencekik nasik berlaukkan ikan kering + sambal kicap, tetiba ada sorang uncle Cina datang. Owhh macam ku kenal kelibat uncle ini. Si uncle Gdex gerangannya. 
Jenuh jugak belek sana sini. Berkenan jugaklah pada menatang ni. Klik order pastu tup² ok dah sampai. Boleh la bekerja dengan semangat baru bersama kasut baru kehkehkeh =P
Terima kasih Zalora kerana menceriakan hari²ku hehehe

Janji Setia

03 January 27 Comments

credit : Hmetro.com.my 
"... Janji setia ditunaikan dan kini tumpuannya membantu memulihkan trauma isterinya dengan solat berjemaah.
Itu yang dilakukan Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, suami kepada Nur Syafiqa Lah, 22, yang sebelum ini menjadi perhatian selepas mukanya ditoreh penjenayah dalam kejadian pecah rumah di Pasir Puteh, November tahun lalu.
Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung petang semalam di rumah keluarga Nur Syafiqa dan dihadiri kaum keluarga terdekat.
"Eqa masih trauma dengan kejadian itu, jadi saya buat keputusan cepatkan pernikahan supaya saya boleh jaga dia dengan sempurna." kata Mohd Azijja Zafran.
Katanya, kejadian itu bukan saja meninggalkan parut di muka, malah kesan psikologi terhadap isterinya menyebabkan dia bertekad untuk memberi semangat dan kekuatan sebagai seorang suami.
"Alhamdulillah keadaan Eqa semakin baik. Cuma di bahagian tangan masih ada terasa sakit. Apapun sebagai suami saya berjanji akan melindungi dan memberi kekuatan padanya sehingga akhir hayat.
"Apa guna rupa paras yang elok jika hati tidak ikhlas menyayangi seseorang. Saya sudah lama kenal hati budi Eqa dan biarpun wajahnya berubah, bagi saya dia tetap secantik hatinya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azijja berkata apabila bergelar suami, dia kini boleh berdamping dengan Eqa secara sah dan memberi kata-kata semangat jika isterinya itu diganggu memori hitam berkenaan.
"Saya bantu isteri hilangkan rasa trauma dengan mengajaknya solat berjemaah. Dengan itu hati akan lebih tenang dan dekat dengan Allah," katanya yang sebelum ini memaklumkan akan mempercepatkan pernikahannya pada bulan ini berbanding Mac depan.
Dalam kejadian jam 2 petang 30 November tahun lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, Pasir Puteh.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58... "

Hurmm dah tertulis takdir Eqa diuji sampai tahap muka ditoreh, mata ditumbuk. Manusia... manusia.. Kejadian ni masa 30 November 2014 haritu. Berat dugaan dia tapi Alhamdulillah sekarang dah sah bernikah. Boleh dah suami jaga dia sebaiknya. Allahuakbar. Moga bahagia sampai Jannah. 
Harapnya kita-kita juga begitulah.
Salam Maulidur Rasul =)

Join : Postcards Giveaway from Czech & Germany

02 January 35 Comments


TAG : E-cha  | Cik Fafa  | Nur Inani
GiveAway tamat 9 Januari 2015 
[11:59 malam waktu Malaysia]
Haritu ada luck masa Aisya buat give away Keychain Paris yang kiut miut tu. Syukur and hepy kemain aku masa envelope tu sampai. Eksaited engko! Dapat keychain tu sepasal. Dapat SETEM Germany tu lagi sepasal! Suka! suka! suka! =D
Dah la aku kemain perasan muda panggil Aisya 'kakak' pulak tu! Sekalinya bila baca entry Aisya yang nak request hadiah untuk befday tu, rupanya Aisya lahir tahun 1991 -- sebaya adik aku! Opsss maafkan hakak ye Aisya. TERperasan muda remaja pulak ahaksss =D
Errr aku rasa macam aku je paling last join GA nih. Dah ramai yang join aku tengok. Nak tag 3 orang kawan blog pon jenuh aku mikior haaaa kehkehkeh =P

Judgemental | New Item

02 January 45 Comments
credit : Sukan Star

Kalau nak bersedekah atau memberi, biarlah yang masih boleh digunakan. Macam contoh pakaian baby atau telekung / sejadah boleh je nak bagi yang bukan new item tapi make sure lah barang tu masih dalam keadaan elok.
Iye memang betol -- "Bersyukurlah ada orang nak bagi" tapi cuba letak diri sendiri pada tempat diorang (mangsa-mangsa yang memerlukan). Nak ke terima yang dah tak boleh digunakan? Mestilah taknak jugak kan. Mentaliti manusia ni haiiii tah lah. 
Bukannya diorang taknak bersyukur, tapi tu lah -- kalau pakaian / barangan yang diberi tu pon dah tak boleh digunakan, hurmmmm acaner tu ? Takpelah yang penting niat tu IKHLAS. Hurmm yelah nak. Ikotlah masing²
Ada yang sudi borong new garments banyak² untuk disedekahkan pada mangsa banjir. 
Semoga segala apa yang kita ikhlas sedekah untuk mereka--
ditempiaskan pahala setiap satunya. Aminnn.
Salam Maulidur Rasul =)

Juanda & Jangmi

02 January 24 Comments

credit : Fedtri Yahya

Berat dugaan yang mereka hadapi. Kematian secara mengejut yang memang amat sukar buat mereka. Moga Allah merahmati mereka Aminn. 

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk. Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

credit : asrtoawani


Hati² walau apa juga aktiviti yang kita lakukan. Ingatlah orang tersayang. Semoga kita dijauhkan dari segala kejadian tak diigini =)

Jejari Rajin | December

01 January 38 Comments

Ini antara top ten taiko yang rajin komen sepanjang December 2014. Kakak cantek , adik manis dan abang kacak silalah terjah rumah diorang nih. Konfem diorang balas jejak rumah korang pulak. Siap drop bom bertalu plak lagi nanti. Siap sedia aje lah menunggu dengan apa yang patut kehkehkeh =D


Terima kaseh ye rajin komen sini. Kemain rajin lagi ye komen sana sini. Muaahhh ciked! :*   Errr sipbaik semua pompuan. Kalo lelaki muahhh ciked jugak tapi kena lapik la hahaha


Junaidah 365

01 January 37 Comments

Ini Amar la mula sebut pasal Junaidah 365 ni. Terus si ZarulFarhana tanya lagu apa sebab tak pernah dengar. 

Lagu Junaidah ni siap ada sekuel dia tau. Tajuk dia Junaidah 730 pulak =D



Aku gigihkan tempek untuk tatapan khas ZF lagu ni. Jangan bantai gelak pulak tau ZF. Ada sesiapa nama Junaidah ? Special lagu ni untuk dia kehekehkeh =P


Januari Hari Ini

01 January 37 Comments

Banyak kenangan pahit manis ditinggalkan sepanjang tahun 2014. Hari ni dah masuk Januari 2015 dah pun. Semoga segala ujian yang ditempuh sepanjang 2014 dapat memberi perubahan positif pada kita semua.

Bertambah usia, bertambah tua. Moga bertambah jugaklah amal jariah segala. Bumi pon makin tua. Makin tak lalu dah nak tanggung perbuatan kejam manusia.

Apa pon semoga kita semua sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA. Aminnn :)