Diikutkan sangat perasaan tu...

02 December 13 Comments
Ada banyak perkara yang berlaku dalam setiap hari-hari kita. Ada perkara yang membuatkan kita rasa nak senyuuuuuuuum je sepanjang hari.

Ada jugak perkara yang berlaku, membuatkan kita rasa nak memaki je. Rasa nak bagi penampor sulung je. Kan?

Sebenarnya, kita memang ada hak untuk marah. Allah tak ciptakan perasaan 'marah' tu saja-saja. Tapi walau macam mana kita rasa marah sekalipun, sebenarnya, dalam marah juga ada cara dan batasnya. 

Macam contohnya zaman media sosial sekarang ni, kalau kita marah pada seseorang, terus je nak up status kat social site contohnya fesbuk,twitter instagram dan lain-lain lagi tu.

Tunjuk betapa marahnya kita ni kat orang tu. Sampai ada yang viralkan muka orang tu. Punya nak bagitawu kat satu dunia bahawasanya kita ni betul dan dia tu yang salah. 

Dia yang salah tu perlu di viralkan. Perlu dicanang satu dunia yang dia tu bersalah. Dia tu tak sepatutnya buat camtu kat kita ni. Dia tu macamlah bagus sangat kan? Dia tu tak tawu sebenarnya dia dapat duduk kat kerusi situ pun disebabkan orang-orang macam kita ni lah. Bla bla bla...

Disember Aku dan Anoi

01 December 8 Comments
Cerita harini.
Aku masih sendiri menguruskan hal-hal kerja.
Partner in crime kerja aku masih di HKL.




NOTIS BERHENTI KERJA
Assalam Ana, 
Cik Ida akan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan baby dia.
Saya sudah maklumkan pada dia untuk penyerahan segala tugas,
kewangan dan juga akaun pada Ana.
Saya akan update maklumat terkini secepat mungkin.
Terima kasih.

Aku dapat email daripada Boss awal pagi ni. Seperti yang aku share pada entry sebelum-sebelum ni, pasal partner kerja aku Cik Ida terbersalin awal (melahirkan baby pre-matured) dan baby dia terpaksa stay dalam incubator bermula 31 Ogos haritu.

Aku tak tawu nak rasa macam mana.
Aku tergamam beberapa second lepas baca email ni.

Aku dan Ida (atau lebih mesra dan lebih terbiasa aku gelar dengan panggilan Anoi).
Kami membesar sama-sama. Rumah aku dan Anoi hanya selang sebuah rumah saja.
Dari tadika main sama-sama. Sekolah sama-sama sampai tingkatan lima.
Terpisah sekejap masa zaman diploma dan aku di Tingkatan Enam saja.
Rezeki kerja kami tertulis bersama juga.
Februari 2010 bermula hingga 31 Ogos 2015 saja.

1 September bermula kisah kami masing-masing di tempat berbeza.
Anoi dan Assyifa terpaksa 'bersama' di HKL sana.
Aku sorang saja yang masih setia di tempat kerja.

Semoga keputusan ini memberi hikmah besar pada kami berdua.
Oh ya. dan baby Assyifa juga.

Noi, merambu ayaq mata T________T



Nak bersyukur je lah...

21 November 23 Comments
Setiap kali ada program Karnival yang kami kena buat, walaupun ada banyak acara yang diadakan tapi takkan pernah miss acara cabutan nombor bertuah. Semua yang terlibat hadir dan mendaftar di kaunter pendaftaran pada hari tersebut layak untuk mendapat SATU nombor yang melayakkan diri masing-masing tercalon semasa sesi cabutan nombor bertuah.

Boleh dikatakan sudah 3-4 kali jugak nombor di tangan aku terpilih semasa sesi cabutan nombor bertuah tu. Rezeki barangkali. 

Bukan selalu akan jadi BERTUAH. Yang selalunya mesti tak bertuah. Setakat jadi : "Bertuah punya budak!"  ada la hahahaha

Ini antara hadiah hamper barang makanan dan barangan plastik yang nombor-nombor aku berjaya terpilih menyelit di antara nombor-nombor bertuah tu hehehe

Basikal jenama Marsstar (Mountain Bike) Orange color yang aku dapat semasa cabutan bertuah di Karnival Felda Sg Klah, Sungkai (4 November 2015).

Nasib baik bukan dapat basikal color pink cenggini. Kalau tidak memang menonggeklah setiap hari berkayuh pergi dan balik kerja hahahaha

Alhamdulillah untuk musim karnival tahun ni, terselit juga beberapa kali aku dapat bawa balik hadiah-hadiah bertuah yang disediakan pihak penganjur. Antaranya ada hamper makanan, hamper barangan plastik dan yang paling bertuah adalah dapat menang basikal hehehe

Hangat je hati kengkawan lain bila tengok nombor di tangan aku terpilih dapat menang hadiah basikal tu. Nasib baik bukan menang motor.

Kalau tidak macam iklan Power Root tu la aku buat:
"Saya menang motor"  ahaksss =P



Nak pergi Krabi?

19 November 9 Comments
Baru-baru ni kawan kerja aku (dari site lain) 
berpeluang menjejakkan kaki ke Thailand. 
Aku pulak? 
Macam biasalah.
Masih duduk kat kerusi dalam ofis tu. 
Hadap kerja-kerja harian. 
Punya tak bes life aku ahahaha



Kawan aku si A ni berpeluang p ke sana pon,
disebabkan dia ikat perut beberapa bulan 
untuk saving tabung ayam dia semata-mata nak pergi ke sana. 
Dah lama dah teringin katanya nak pergi 
dan akhirnya dapat jugak dia merealisasikan impian dia.

Si A pergi bawak kereta sendiri aje ke sana. Dua buah kereta. Satu dia drive dan satu kereta lagi adik dia drive. Pergi satu family dia. Saja nak cuba bawak kereta sendiri katanya. Aku pun belum sempat soal jawab dia lagi tentang pro n cons membawa kenderaan sendiri ke negara orang. Nanti kalau dia agak free sikit, aku buat sesi soal jawab. Kalau engkorang ada soalan drop kat komen nanti aku tolong tanyakan. Pengerasnye senang je : belanje kepsi kehkehkeh =P

Pastu dapatlah seketul coin purse yang comel ni special edition dari Krabi. Tak dapat jejak kaki, dapat orang yang tak lupa kat kita masa dia p travel pun jadilah nakkkkkkkk hehehe

Nak tunggu aku p sana entah bila aku pon tak tawulah nak cakap. Banyak kali jugak aku dok bercakap pasal ni (pasal nak travel jauh tapi .. ermm tapi... ermm ) 

Maybe one fine day. 
Gittewwwww =P




Nak Tahu Siapa Selalu Stalk Akaun Facebook Kita?

18 November 37 Comments
Aku pengguna tegar browser Chrome. Jarang sangat aku guna browser lain sebab browser yang lain selalu mengecewakan aku. Ada yang tak support adobe flash player lah, ada yang tak support Java lah dan lain-lain sebab yang membuatkan aku terus setia guna Chrome saja.

Pastu aku dapat tawu tentang Facebook Flat Extension daripada blog Ubi Badok dan kalau sesiapa pengguna tegar Chrome macam aku, bolehlah terus klik ke sini untuk dapatkan extension Facebook Flat tu. 

Mudah je step dia untuk download extension tu. Klik - klik - klik je pastu pooffff ! Tadaaaaa kikiki

Facebook Flat Extension ni kita boleh disable kan dia kalau kita nak guna balik facebook style yang biasa tu. Lepas tu pulak, layout facebook flat ni jugak bebas daripada segala iklan bersepah menyelit muncul kat celah-celah akaun facebook kita tu. Laju pon laju daripada facebook yang biasa t



Pastu pulak, baru-baru ni, ada satu new feature pulak untuk sesiapa yang menggunakan Facebook Flat Extension ni. Ada satu feature yang dinamakan 'Profile Visitors' . 

Untuk apa benda tu kan? Nampak dak tu yang dia tulis : 

"People that visit your profile most"

Nampak kan? Dari situ, kita boleh tawu siapa yang selalu stalk facebook kita. Ye dok? Tiada lagi kerunsingan tentang siapa yang selalu jadi stalker kat fesbuk kita hahahaha



NICU stands for?

18 November 8 Comments
Alhamdulillah dah hampir selesai semua lokasi Karnival Hari Terbuka Pusat Internet under department yang aku bekerja sekarang ni.


10 Oktober : Felda Gunung Bongsu,Kedah
11 Oktober : Felda Ijok, Selama,Perak
14 Oktober : Felda Sungai Behrang,Slim River,Perak
17 Oktober : Felda Besout 2,Sungkai,Perak
31 Oktober : Felda Trolak Utara,Sungkai,Perak
4 November : Felda Sungai Klah,Perak
7 November : Felda Besout 1,Sungkai,Perak
14 November : Felda Besout 4,Sungkai,Perak
24 November : Felda Besout 5,Sungkai,Perak

Tinggal satu lagi lokasi terakhir. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti. Dan buat masa ni, aku masih lagi berkerja seorang diri sebab partner kerja aku masih belum dapat masuk kerja sebab bersalin baby pre-matured masa 31 Ogos haritu. 



Khabar gembira aku dapat kemarin - dia akan room in bersama baby pindah dari wad KK9 kepada wad KK8 dan baby juga sudah mampu breastfeed direct daripada ibu dia. Berat juga semakin naik. Lepas 79 hari barulah dapat stay bersama dengan baby. Touching tak touching imagine sendirilah cemane rasa dia kan.

Mohon doa daripada kawan-kawan ya :")



Na, Mintak Tolong...

17 November 18 Comments
Macam biasa.. Tempat kerja aku ni dah memang jadi tempat wajib untuk cecikgu terutamanya cikgu tadika mohon pertolongan sebabnye majoriti cecikgu tadika di kawasan sekitar kawasan kampung aku ni, cikgu-cikgunya berusia hampir 40-50 tahun. Maka dengan itu, apa saja yang melibatkan kerja-kerja pengkomputeran mesti terus datang ke tempat kerja aku ni sebab alasannya cuma DUA:

iaitu TAK PANDAI GUNA KOMPUTER dan TIADA MASA. 

Untuk tahun ni, aku diminta untuk tolong designkan brochure 
untuk hari pendaftaran murid tabika 
kemasukan 2016 nanti. MINTAK TOLONG DESIGNKAN okay. 
Untuk pengetahuan engkorang semua, aku memang takde ambil sebarang jurusan komputer ataupun design atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Aku jenis explore je selagi boleh. Dan untuk itu, demi membantu cecikgu tadika sekitar sini, aku tak kenakan sebarang charge pun selalunya. Artwork & Design (yang tak seberapa daripada kepala hotak aku tu aku tak charge apa pun kat deme)

Aku ni jugak ada satu kelemahan : SUSAH UNTUK MENOLAK KALAU ORANG MINTA TOLONG (depends jugak tolong dari segi apa. kalau melibatkan kewangan memang aku tolak tanpa was-was. hahahaha) 

Entry kalini panjang lebih sikit daripada biasa. Kalau sanggup nak baca, boleh la klik readmore. Kalau tak sanggup, takyah teruskanlah kehkehkeh


Namanya Tugu Monas

11 November 30 Comments
Aku pernah dengar pasal Tugu Monas ni masa dengar satu lagu dari seberang tu.. apa tajuk dia aku dah lupa tapi yang aku ingat memang ada kat lirik dia : "...Tugu Monas...." hahaha haaa gitteww =P


sumber : Monas

Aku tak pernah sampai pun lagi ke Tugu Monas (Jakarta) ni. Ini pun cuma souvenier dari Incik Boss aku (Ex Boss aku yang sempoi gila dedulu tu). Incik Boss aku ni memang kalo p memana, jenis tak pernah lupa kami ex staff dia. Dia anggap kami-kami ni dah macam adik-adik / anak-anak dia. 

Haritu dia ada urusan kerja kat Bangkok-beli jugak something untuk kami. Pastu urusan kerja kat Singapore pon sama jugak. Kalini dia lepas ada urusan kerja di Indonesia -- pun ingat jugak belikan something untuk kami-kami ni semua. Terima kaseh Incik Boss. 

Terharu saya sebab Encik tak pernah lupa kami T__________T (panjang gila muka terharu. Tak taw coding cemana nak buat bagi boleh boh icon-icon yang macam kat whatsapp tu. yang ada monyet tutup mata apa semua tu) Ada sesapa taw dak? Cer kongsi cer kongsi kikiki




Oooi Lama Tak Hapdet

21 October 44 Comments
Aku agak bizi terlajak bizi sebenarnye semenjak dua tiga menjak ni. Memandangkan kena kerja sorang² sebab partner kerja aku terbersalin awal daripada due date dia. Pastu pulak banyak program luar kena buat. Tu yang lama tak muncul sini.

Bebaru ni pulak, turn ofis aku kena buat Open Day (Karnival) untuk komuniti sekitar sini. Aku terpaksa mohon bantuan rakan² sekerja dari site lain untuk bantu aku sepanjang persiapan sebelum, semasa dan selepas program. Sipbaiklah jugak diorang semua tak berkira tenaga. Sudi jugak tolong aku ni. 

Alhamdulillah penuh jugak dewan untuk program separuh hari tu. Mulanya masa pagi tu aku...

Online Video Rotator

01 October 24 Comments
Bebaru ni aku didatangi (tudia skemanya rasa ayat) oleh seorang cikgu tadika (bukan cikgu tadika yang selalu datang bawak anak murid dia belajar komputer kat ofis aku ni) Ni cikgu dari tadika kawasan jajahan kampung sebelah.

Dia datang ofis aku pastu mintak bantuan kat aku cemana nak combine video yang dia record kat fon untuk jadikan 1 video panjang terus. Bila aku dah tolong tunjukkan cara untuk transfer video dari henfon dia tu masuk ke komputer pastu aku ingatkan bolehlah terus combine kan aje. 

Rupanya tidak seperti yang aku angankan. Tak semudah itu. Dah la masa dia datang tu waktu tu lah jugak ramaaaaaaai pulak customer datang waktu yang sama. Masa tu lah jugak semuanya perlu dibantu macam-macam. Semput gak aku mulanya tu. Sana sini dok panggil.

Aku terpaksa handle ofis sesorang bermula 1 September haritu disebabkan partner kerja aku TERbersalin awal (baby pra-matang) masa subuh 31 Ogos kat Hospital Kuala Lumpur. So bermulanya September aritu maka bermulalah jugak timeline kerja berseorangan bagi aku. Semuanya aku kena handle sorang compare sebelum ni kami berdua handle sesama.

Bila dah terpaksa kerja sesorang, segala masalah aku kena telan sesoranglah sebab takde dah lagi sebelah sayap T__T . 


Untuk kes cikgu tadika yang datang mintak tolong tu,