#Fact For Today : Duduk Terlalu Lama Bahaya

17 February 11 Comments

 


Dalam musim pandemik ini, ramai diantara kita yang terpaksa bekerja di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bekerja di rumah ini tahu-tahu sajalah, malas tu pastinya menjadi salah satu penghalang terbesar untuk kita melakukan sesuatu perkara.

Tahukah anda bahawa, duduk terlalu lama sebenarnya adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu kenapa?

Portal Hello Doktor ada menjelaskan berkenaan perkara tersebut, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Siapa sangka duduk dalam satu jangka masa yang panjang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit? Untuk pengetahuan anda, risiko penyakit kanser, sakit jantung, strok, diabetes, sakit buah pinggang, dan pelbagai lagi penyakit lain meningkat jika anda jarang berdiri dan selalu duduk.

Tambahan lagi, individu yang mempunyai hidup yang sedentari (suka berehat di atas sofa, tidak bersenam, berkerja sambil duduk) sebenarnya mempunyai gaya hidup yang tidak aktif kerana mereka jarang bersenam mahupun bergerak.

Individu yang jarang bersenam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati mengejut. Kesan akan jadi semakin buruk jika anda duduk terlalu lama dan langsung tidak ambil berat mengenai kesihatan anda.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society, individu yang duduk lebih 6 jam sehari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit kanser sebanyak 19%.

ELAKKAN KESAN DUDUK TERLALU LAMA, LAKUKAN SENAMAN RINGAN.


Jika anda ingin mengurangkan gaya hidup sedentari, anda haruslah kurangkan masa yang dihabiskan dengan duduk. Di sini kami berikan anda beberapa tip untuk kurangkan gaya hidup sedentari:

  • Bangun dan bergerak apabila ada iklan di kaca televisyen.
  • Bangun apabila anda ingin bercakap menggunakan telefon bimbit.
  • Pecahkan masa anda kepada beberapa bahagian. Cuba bergerak dan berjalan sekurang-kurangnya sekali sejam.
  • Berdiri ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti LRT atau MRT.
  • Naik tangga dan bukan eskalator.
  • Jika rumah anda tidak jauh dari tempat kerja, cuba berjalan atau berbasikal.
  • Gunakan standing desk supaya anda boleh berdiri ketika bekerja.
  • Berjalan selepas makan.
  • Elakkan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer dalam satu jangka masa yang panjang.
  • Habiskan masa terluang dengan ahli keluarga. Bawa mereka ke padang atau taman permainan berdekatan supaya anda juga boleh bersenam dan menghirup udara segar.

Paling penting, elakkan dari duduk terlalu banyak jika anda ingin hidup sihat tanpa penyakit terutama sekali kanser!


Sumber : Hello Doktor

Fareha : Mana Satu Pilihan Hati?

16 February 9 Comments

 


Orang perempuan ni walaupun dah penuh satu almari dengan tudung, tapi masih akan cakap :

"Alamak Abang, saya takda tudunglah nak pakai pergi kenduri rumah si polan tu nanti"

Nasib baik sekarang musim Covid-19 dan majlis kenduri tidak dibenarkan.

Tapi adakah selepas 18 Februari nanti semuanya akan dibuka semula? Jeng jeng jeng hehehe

**************************


Memandangkan aku bekerja & perlu kelihatan kemas setiap hari jadi aku tanpa buang masa terus beli EMPAT helai tudung Fareha Bawal Anti Kedut (BAK) Special Edition (SE) edisi 6.0 kalini.

tapi walau dah beli empat helai, hati ni tetap berasa macam yang lain tu cantik dan kena beli hahaha matilanakkkkkkkkkkk

Fryer : Pernah Buat Macam Ni Guna Air Fryer?

15 February 8 Comments


Ramai orang gemar menggunakan air fryer yang dipercayai lebih sihat dan kurang berminyak berbanding gorengan biasa. Ia juga dikatakan lebih mudah digunakan berbanding kuali biasa selain mempunyai fungsi canggih lain seperti menggril atau membakar kek.

Namun, ada kalanya cara penggunaan alat ini tidak tepat sehingga mendapat hasil kurang memuaskan. Berikut adalah lima kesilapan ketika menggunakan air fryer yang mungkin kita sering lakukan.




1. Letakkan air fryer di tempat sesak

Sesetengah orang meletakkan air fryer mereka di tempat yang tertutup atau dikelilingi perkakasan lain. Pun begitu, menurut Thektchn, hal ini boleh menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ia bergantung kepada proses perolakan untuk memasak makanan. Justeru, ia sebaiknya diletakkan dengan ruang keliling sekitar lima inci minimum ketika digunakan.

2. Isi terlalu penuh

Ada yang berfikir memaksimakan ruang di dalam air fryer lebih mempercepatkan kerja. Namun, sebenarnya adalah lebih baik untuk memasak pada kadar optimum bagi memastikan makanan masak secara sekata. Malah, perolakan udara juga dapat berlaku dengan lebih cekap jika terdapat ruangan antara makanan di dalam air fryer.

3. Menggunakan terlalu sedikit atau terlalu banyak minyak

Ramai percaya makanan dimasak dengan air fryer adalah lebih sihat kerana kurang menggunakan minyak. Walaubagaimanapun, ia tetap memerlukan minyak pada kadar sekitar 1/2 sudu teh bagi menjadikan gorengan rangup tanpa ‘basah’ dengan minyak. Bagi sayuran atau makanan berprotein seperti ayam atau stik, gaulkan terlebih dahulu dengan 1/2 sudu teh minyak untuk mempermudah proses masakan.

4. Tak panaskan air fryer terlebih dahulu

Sememangnya ada resipi yang tidak mengarahkan kita memanaskan peralatan tersebut terlebih dahulu. Bagaimanapun, sesetengah orang mendapati tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu membuatkan masakan mereka tidak menjadi. Oleh itu, adalah disarankan memanaskan air fryer selama 10 hingga 15 minit terlebih dahulu sepertimana dicadangkan dalam manual pengguna kebanyakan model perkakasan ini.

5. Tak cuci peralatan dengan kerap

Setiap kali masak, kita mungkin akan meninggalkan sisa seperti cebisan kerak roti dan minyak ketika menggoreng makanan. Sekurang-kurangnya, lap air fryer setelah sejuk bagi meyingkirkan sisa makanan serta basuh dengan sabun selepas penggunaan yang lebih lama.

Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk mengikuti panduan dalam buku manual yang disediakan ketika anda membelinya.


Sumber : Kesilapan Menggunakan Air-Fryer

February Babies

08 February 16 Comments

 


Dah masuk februari. Macam baru je Januari kan? Tup tup dah masuk bulan Februari. Proses PdPR pun masih diteruskan dalam situasi Norma Baharu. Golongan mak-mak tetap teguh dalam mendidik anak-anak. 

Mana nak jadi suri rumah cuci baju lagi.

Mana nak jadi guru untuk sesi PdPR anak-anak lagi.

Tu belum masuk bahagian Oil & Gas lagi kan? hehehe.

Moga mak-mak terus tabah ye.

Golongan guru jugak tak kurang hebatnya.

Tetap perlu menggalas pelbagai tanggungjawab dalam proses norma baharu.

********************************

Untuk aku dan kawan-kawan yang bertugas di barisan hadapan kaunter Pusat Internet Komuniti juga ada macam-macam tanggungjawab. 

Tambah pulak musim Covid-19 sekarang ni semua urusan perlu dilakukan secara atas talian (online). 

Aku dan pasukan rakan sekerja bertugas dalam kawasan petempatan Felda Selatan Perak. 

Penduduk Felda maklumlahkan kebanyakannya warga emas dan pastinya kurang arif tentang internet.

Jadi, sedaya upaya kami cuba bantu sedaya mungkin untuk pelbagai urusan harian.

Dan sebagai tanda terima kasih buat semua pasukan aku, aku senyap-senyap booking Suprise Delivery untuk staff yang lahir bulan Februari.


Surprise Bouquet untuk Nadiyah yang lahir 02 Februari

Surprise Bouquet untuk Anisa & juga Shakila yang lahir 05 Feb dan 07 Feb

Anisa dan Shakila takda di rumah semasa penghantaran tu jadi, anak saudara masing-masing yang tolong sambut bouquet untuk diorang. 

Aku pesan pada Delivery Man tu supaya rahsia kan siapa pemberi.

Dan cukuplah tolong doakan moga si pemberi sihat dan murah rezeki 
serta dapat bantu komuniti selalu.

Musim Covid ni ramai yang tertekan.
Aku harap dengan pemberian ni, dapatlah ceriakan perasaan diorang.

Moga engkorang semua pun ceria aje setiap hari okay :)


FunFact February : Tealive Buy 1 Free 1

03 February 9 Comments

 


Haaaaaa yang ni memang khas untuk engkorang peminat Tealive ! Rasanya sesiapa yang peminat tu mesti dah tahu lebih awal daripada aku yang baru je terperasan berkenaan promosi ni masa belek apps Touch N Go.

Biasalah faktor usia ni memang lambat sikit sedar hal-hal sebegini kehkehkeh.

Okay pada yang dah tahu , mungkin boleh kongsi pengalaman engkorang promosi Buy 1 Free 1 Tealive ni. 

Pada yang baru je nak tahu, ini aku kongsikan sikit :


1.Tempoh Promosi ni : 25 Januari 2021 hingga 14 Mac 2021. 

2.Beli mana-mana minuman Tealive yang pertama pada harga biasa dan nikmati minuman kedua secara percuma yang bernilai RM 6.60 di kedai Tealive yang mengambil bahagian.

3.Pengguna mesti membuat pembelian menggunakan Program Mini Touch 'n Go eWallet, dan mengaplikasikan kod promo B1F1. Promosi ini hanya sah untuk pembelian pengambilan (pickup purchase).

4.Minuman percuma terhad kepada 120,000 transaksi pertama. 

Musim-musim covid ni ada macam-macam jugak promosi jualan. 

Engkorang dah cuba ke beli promosi Tealive ni? 



FunFact February : Biar Betul Set Periuk Dessini Macam Ni?

01 February 9 Comments

 


Hai semua! Moga dalam keadaan baik-baik hendaknya. Rasa macam baru je masuk tahun 2021 kan tapi dah selesai 31 hari Januari. Si Corona pun dah masuk setahun dah berlegar merata-rata entah bila nak boleh selesai. 

Sebenarnya dah lama jugak aku ushar je perihal Set Periuk Dessini yang ada 6 beradik tu. Daripada Shopee buat sale sebelas-sebelas lah, Dua belas-Dua belas lah. Bukan main macam-macam produk berjoget-joget kat tv setiap bulan kan? Lama dah memikir , best sangat ke guna Set Periuk Dessini tu? Betul ke kalau guna set periuk Dessini tu semua kerja-kerja memasak jadi lebih mudah? 

Dan yang paling penting dalam banyak-banyak alasan tu adakah benar set periuk Dessini tu tak melekat bila kita guna untuk masak apa saja masakan dalam tu???

Belek punya belek, mulanya aku nak ambil Set Periuk Dessini yang warna maroon.

Tapi bila pilih set periuk warna maroon mesti kitchen tools dah sold out yang warna maroon. 

Pastu belek lagi konon-konon nak ambik yang set warna pinky-pinky pulak. Belek sana, belek sini bila set kitchen tools ada warna pinky, set periuknya pulak sold out warna pinky.

Haishhhhhh saje mempermainkan perasaan aku tau.

Sudahnya belek sana belek sini, aku buat keputusan ambik Set Periuk Dessini Dark Purple dan juga Kitchen Set 12 Tools warna Purple jugak (walaupun tak berapa Dark Purple tapi kira boleh lah asalkan masih bertemakan purple tu) 

*Mesti orang laki nak kata complicated nye lah hai orang pompuan.

Sebenarnya takdelah complicated mana.

Boleh je nak pilih set periuk color lain.

Pastu kitchen set tu color lain.

Tapi biasalah ada orang-orang yang jenis 'penyakit' OCD sikit-sikit, memang sakit mata bila warna tu berlain sikit (tapi aku takdelah OCD pun) kehkehkeh

 





Lepas dah fikir habis-habis, akhirnya yeayyyyyy dah dapat Set Periuk Dessini Dark Purple idaman hati! Sekali dengan 12 Tools Kitchen Set Purple yihaaa! 

Perasaan masa kurier datang hantar depan pintu tu alahai Tuhan aje lah yang tahu ibarat macam orang bagi hadiah kat kite pulak (pada hal sendiri beli, sendiri bayar, sendiri pulak seronok hahaha)

Okay nanti kita tengok sejauh mana keberkesanan Set Periuk Dessini Dark Purple ni.

Adakah benarrrr tidak menyebabkan masakan melekat?

Atau adakah ia akan memberi sakit hati? 

Jeng jeng jeng~ 
 





Jangan Stress Sangat

30 January 9 Comments
Hai engkorang semua. Musim pandemik Covid-19 belum berakhir. Makin hari makin banyak pulak kes harian kan? Macam-macam dugaan perlu dihadapi sepanjang masa bermulanya wabak Covid ni kan? Segalanya Norma Baharu. 

Proses belajar pun hanya di rumah (PdPR). 
Kesian guru-guru perlu mengajar secara online.
Kekangan usia lagi.
Kekangan gadget lagi.
Tak kurang juga ibu bapa.
Kalau anak satu takpe.
Kalau anak 3-4-5 orang?

Para peniaga pun terkesan.
Segala pasar tani, pasar malam tidak dibenarkan.
Pendapatan sudah tentu terjejas.

Orang ada-ada takpelah,
PKP setahun pun ape ade hal kan?

Semua orang sama je. 
Ada dugaan dan tekanan masing-masing.
Terpulang pada kita je macam mana nak hadapi.

*************************************************

Ada orang ambil peluang sepanjang tempoh PKP ni upgred skill / kemahiran diri contohnya berkebun ataupun belajar buat hiasan Simenfero contohnya macam cendawan simen. Boleh menambah pendapatan juga di musim covid ni. 

KITAR SEMULA BEKAS SABUN CECAIR JADI BEKAS BUNGA


BELAJAR BUAT CENDAWAN BATU DARIPADA SIMEN 

Seronok tengok macam-macam ilmu yang orang kongsi dari pelbagai medium sama ada facebook, instagram, tiktok, twitter dan lain-lain. Kita jauh lebih bernasib baik ada kemudahan gadget dan internet. Perlu tolak jauh-jauh perasaan stress okay =)


Dah Habis 'Iddah'

22 December 8 Comments

Hai engkorang moga semua sihat. Empat bulan tak hapdet ape-ape. Dah serupa duduk dalam pantang 'iddah'. Orang 'iddah' pun tiga bulan aje ye dak? Nak buat cemana mood nak menulis tak berapa datang kehkehkeh

Sebenarnya sibuk sikit selesaikan urusan program dan semuanya kena buat secara digital (online) sahaja memandangkan Covid19 masih berlegar-legar dan memang tak nampak rupa macam akan berakhir dalam masa terdekat. Jadi bermula pada suku kedua, suku ketiga dan suku keempat, aku dan rakan sekerja semua diarahkan jalankan program semua menggunakan medium facebook & instagram. 

PROGRAM SUKU KEDUA : Jun 2020


PROGRAM SUKU KETIGA : September 2020


PROGRAM SUKU KEEMPAT : November 2020


Buat sahabat yang baru tersinggah ke blog aku ni, salam kenalan untuk semua. Aku merupakan petugas di Pusat Internet Komuniti dalam fasa Felda di negeri Perak. Mudahan mood menulis datang semula hehehe