Omar Popiah Famous Medan Selera Taiping

17 October 13 Comments




Okay sambungan entry pergi kenduri . Lepas perut pun dah kenyang bedal nasi kenduri tak toleh kiri kanan tu, macam biasalah bila di majlis kenduri kendara akan bertemu saudara mara yang dah lama tak jumpa. 

Maka bermulalah sesi beramah mesra.

Sesi soal jawab soalan wajib "ni anak yang nombor dua ni bila lagi ni" 

Dan macam biasa kita rilek je jawab inshaAllah tahun depan nanti kami bagi kad jemputan.

Dah dapat jawapan diorang akan senyaplah ehehe


Borak punya borak, soal jawab gedebuk gedebak -- selesai.
Jeling jam, waktu pun dah menuju ke waktu asar.
Selesaikan segala yang wajib pastu Abah nak bawak ke tempat makan zaman bercinta dulu.

Abah dan Mak memang sama-sama membesar di Taiping.
Kalini Abah nak belanja Popiah Omar.
Lokasinya di Medan Selera Larut Matang.




Tempat makan ni antara lokasi wajib kalau ke Taiping.
Tapi bila waktu hujung minggu, memang luar biasa ramai orang.
Kalau tahap kesabaran agak kurang, baik batalkan aje niat tu hehehe

Kami bertuah sikitlah masa order Popiah dan Satey tu orang kurang ramai.
Dalam setengah jam penantian, muncul dah di depan mata.

Sekali lagi tak toleh kiri kanan. 
Al-maklumlah banyak sangat sesi soal jawab.
Masing-masing senyap fokus betul mencekik kehkehkeh

Satey kat sini ada pilihan ayam, daging dan perut.
Abah dan Mak memang suka betul satey perut.
ABC Cendol pun ngam rasa dan harganya.
Selesai mencekik, perlu sambung perjalanan pulang.

Orang Jemput Kita Pegi

16 October 8 Comments

 


Hujung minggu kini kembali meriah dengan jemputan majlis walimatul'urus setelah beberapa tahun tergendala disebabkan si kobid durjana itu. Orang dah jemput, kita takkan nak tengok saje ye dak? hehehe. 


Pengantin perempuan adalah sepupu sebelah mak selamat disatukan dengan pasangannya di Bagan Serai Perak. Bertolak dari rumah pada jam 8.30 pagi dan berhenti beberapa kali di R&R Tapah, R&R Bukit Gantang & Hentian Taiping sebab mak dan abah perlu beberapa kali ke tandas dan perlu rehatkan diri sekejap sebelum teruskan perjalanan.


Tiba di perkarangan majlis jam 12.00 tengah hari dan memang sesuai sangatlah perut pun dah bekeroncong. Tak toleh kiri kanan, terus fokus suapan demi suapan hingga titisan terakhir. Terasa sedap betul nasi minyak berlaukkan ayam masak merah dan air asamnya tu.

Selalunya cuba makan dengan Suku Suku Separuh tapi disebabkan hari minggu, kita cheat day lah hehehe

Doa buat pasangan mempelai moga bahagia hingga syurga.

Oyen Oh Yeah Petshop

15 October 8 Comments

 


Pasti ramai pencinta kuncing atau paling tidak pun ada membela sekor dua Si Bulus di rumah. Apa diorang sebut 'Bibik & Tuan' (Si Bulus adalah tuan dan si tuan adalah Bibik sebab kena jadi tukang cuci poo poo si Bulus hehehe)





Tempat ni memang heaven untuk Bibik membeli belah barang keperluan si Bulus. Rambang mata masuk kedai Oyen Oh Yeah ni. Ada di Batu Caves dan ada juga di cawangan Gombak dan Wangsa Maju. Segala mak nenek untuk Si Bulus ada bermula dari dry dan wet food, suppliment / vitamin dan lain-lain lagi.

Atau kalau jauh, boleh juga order saja di shopee pee peee peee Oyen OhYeah

Tak rugi melabur pada si Bulus. Tumpang tambah pahala ye dak?

Omak Nak Keladi!

13 October 9 Comments

 


Orang lain dah lama kena gatal miang keladi ni. Aku pun sebenarnya dah lama cuci mata tengok macam-macam pesen pokok keladi lalu lalang tapi ku tahannnnnn jebat sebab memandangkan ada yang kata sesetengah pokok keladi ni leceh sikit penjagaan dia. Tapi ada juga yang kata agak mudah asal cukup air dan baja sudah memadai.



Tapi memandangkan mak aku meluahkan rasa teringin dia nak dapatkan sepokok dua keladi artificial atau senang cerita mak nak pokok keladi yang tiruan aje. Lebih mudah nak urus. Tak perlu siram, tak perlu baja kehkehkeh

Hujung minggu haritu aku pun ambil keputusan bawa mak cuci mata ke pekan kampar dan lepas tu saja pusing jauh meronda pulak ke pekan teluk intan. Lepas dah selesai cuci mata di sekitar Kampar dan Teluk Intan & masa menghala pulang tu mak kata ajak meronda sekitar pekan.

Dua tiga kedai juga dah masuk tapi belum menepati apa yang mak nak cari.

Rupanya mak ada dengar dari Geng Mesyuarat Tingkap dia yang ada kedai bunga buat sale jualan pokok keladi tiruan. Memang tak lepaskan peluanglah bila sampai je kedai tu rupanya banyak yang dah sold out. 

Ramai betul peminat pokok keladi walaupun yang tiruan ni rupanya. Mak aku pun terus sambar dua ketul pokok keladi yang ada warna merah-merah dan yang takda merah. 

Pasu dan kaki pasu tu gunakan je mana yang ada kat rumah. Lain kali baru pikir beli lain. Cantik juga walaupun hanya keladi tiruan. Sejuk jugalah mata memandang sudut nampak kehijauan kemerahan. Takpe mak lain kali kita beli lagi tapi itupun kalau masih ada hehehe

Mak kata tolonglah tengok-tengokkan di Shopee pokok keladi yang lain pula.

Engkorang terkena miang keladi ke belum? 


Orang Meminjam Buat-Buat Lupa

12 October 5 Comments

 


Dah selalu kita dengar situasi bilamana orang yang meminjam hujungnya minta tangguh untuk bayar semula atau lebih teruk lagi buat-buat lupa yang dia dah berhutang.

Ada pernah jadi pada kawan aku sendiri.

Dia pernah bantu pinjamkan duit pada kawan dia tapi yang meminjam tu seronok je pergi jalan sana sini tanpa bayar semula duit yang dah pernah dipinjam. Amboiiiiii amboiiiii apa ingat orang yang dah bagi pinjam tu bank hang ke?


Aku pinjam screenshot ni daripada facebook salah sorang sahabat. Dia share daripada slah satu group yang dia join. Manusia ni memang selalu lupa daratan. Masa susah bukan main manissssss lagi berjanji nanti dapat gaji nak bayar semula tapi hujung-hujung nanti orang yang bagi pinjam / bagi hutang tu pulak yang terpaksa menuntut semula dah macam dia yang menagih simpati. 

Moga dijauhkanlah sifat berhutang tapi lambat bayar ni ye.

Jangan sampai kena santau pulak sebab tak bayar hutang member! hehehe

Oloh Olohh Olohh Bakpo Gini?

11 October 7 Comments

 


Mood rajin baru nak datang dah muncul masalah lain pulak alahaiiiiiiiii halohhhh halohhhh halohhhhh huk alohhhh bakpo jadi gini pulok?




Kita ada je update blog tapi kat list kawan-kawan nampak gaya last updated hanya 1 week ago. Dulu dulu dah pernah jadi masalah tak terindeks pada list kawan-kawan macam ni jugak tapi tak lama lepas tu jadi helok semula.

Ini kali kita cuba biarkan dulu tengok dia nak ada perubahan ke tidak.


Opss! Aktiviti KerasTangan

11 October 15 Comments

Hai engkorang semua! Moga semua sihat hendaknya. Maaf lama tenggelam di lautan dalam hehehe. Tapi nampak gaya sikit-sikit berenang-renang kembali ke daratan kehkehkeh

Semenjak dua tiga menjak ni, aku mula terjebak dengan benda ni. 

Benda ni sebenarnya datangnya dari luar negara (China terutamanya sebab memang kilangnya di sana) dan dah merebak ke segenap pelosok dunia gittewww

Benda ni dikenali sebagai 'cream  glue' ataupun gam krim. Dan kalau tengok video-video penghasilan seni daripada Cream Glue ni dia seakan-akan krim yang buat kek tu tapi yang ni versi tak boleh dimakan.



Dan pasangan kepada Cream Glue tu pulak adalah benda ni yang disebut sebagai 'Charms' dan charms ni jugak dia direka dengan pelbagai bentuk macam gula-gula, lollipop, botol dan pelbagai bentuk lagi menyerupai bentuk yang sebenar tapi ia juga tak boleh dimakan.


Apabila Cream Glue dan Charms tu digabungkan maka ia boleh menghasilkan pelbagai hasil seni yang cantik dan antaranya kita boleh dekorasi photo frame yang lama tu supaya naik semula serinya hehehe



Dan bila tangan semakin gatal dan datang kerajinan, maka habislah segala photo frame yang ada tu kita bersihkan dan make-up dia cantik-cantikkkkkk! 

Ada banyak lagi benda lain kita boleh buat dengan Cream Glue dan juga Charms sebenarnya.
Tunggu kerajinan akan datang lagi nanti kita tengok apa benda lain yang boleh kita buat hehehe

Sampai Setahun,Kemana Menghilang?

29 September 9 Comments

 




Last updated 07 September 2021

Dan dah lepas 07 September 2022


Terima kasih kengkawan yang selalu sudi bertanya khabar & sudi tinggalkan doa di ruang komen & email. Engkorang semua memang istimewa kerana walaupun hanya kenal di blog tapi lain maciammmm ukhwahnya :)


Moga engkorang semua sihat hendaknya.

Banyak perkara yang jadi.

Banyak benda nak dikongsi.

Aku akan balas jejak engkorang yang sudi ke sini :)