Dimasak Cenggini Laju Je

07 December 19 Comments

 


Sekarang macam dah mula musim selsema batuk.

Pergi klinik / farmasi pun penuh orang yang selsema batuk.

Bila dah pakat batuk selsema, selera makan pun terganggu.

Tekak pun mula memilih sikit.


Macam resepi Roti Bakar Butter Sekaya ni.

Hambik je roti sebuku tu tapi ikutlah pada berapa yang nak makan.

Jangan pulak bantai buat semua kalau engkorang sorang aje nak makan.

Tapi yang pasti bila buat versi gini, roti tu tak sempat berkulat hehehe

Sapu je banyak-banyak sekaya tu biar meleleh-leleh-leleh lantak situ =P



Dah Tiba Waktunya

06 December 8 Comments

 


Hai engkorang semua.

Moga baik-baik saja semuanya ya.

Sebenarnya ada satu kejadian yang berlaku.

Masa semua orang sibuk pulang ke kampung halaman,

bersempena dengan cuti hari mengundi tempoh hari,

macam tu jugak dengan keluarga aku.


Selesai je urusan mengundi haritu, 

kami sekeluarga masing-masing sibuk dengan aktiviti keluarga.

Bila dah berkumpul ramai-ramai tu tentulah makan-makan kan?

Dan macam biasa anak bulus kesayangan mak - si Comot main lari-lari.


Bila dah masuk waktu maghrib, Comot tak balik balik.

Selalunya dia tak pergi jauh mana pun.

Mak dah tak sedap hati bila sampai malam tak nampak kelibat Comot.



Sampailah dah esoknya subuh mak tetap tercari-cari mana si Comot tak balik.

Sebab selalunya bila azan maghrib je Comot mesti akan masuk dalam rumah.

Dan tiap malam memang akan masukkan dalam 'rumah' dia untuk tidur.

Rupanya petang 19 November 2022 tu kali terakhir lah Mak tengok Comot.


Awal pagi terang je 20 November 2022 (Ahad) tu mak terus ronda keliling kawasan.

Dari kejauhan mak nampak kelibat tepi jalan.

Mak panggil tapi takda respon.

Mak pergi dekat.

Comot penuh luka kat tangan dan kaki,

macam kena gigit atau serangan haiwan pemangsa T__T

Mak tak sanggup nak ambil dan terus panggil Abah.

Abah uruskan semua dan tanam Comot di kawasan belakang.

Takda tanda kena langgar.

Mak kata malam tu ada terdengar anjing menyalak kuat.

Mungkin Comot nak selamatkan anak-anak kucing yang takda ibu.

Dan Comot terkorban T______T


Mungkin dah tiba waktu Comot pergi.

Dulu aku dan Mak ambil Comot di kawasan pasar basah.

Masa tu semua badan Comot penuh kudis dan tak bermaya.

Moga Comot tenang di alam sana.

Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku dan Mak T____T

Ni Untuk Abah

13 November 29 Comments

 


Aku dah lama menyuarakan hasrat hati nak belikan rocking chair ni untuk Abah.

Adik beradik aku yang lagi tiga orang kesemuanya lelaki tu setuju aje.

Orang lelaki memang tak banyak soal ye?


Setelah beberapa purnama, kami adik beradik akhirnya berjaya juga belikan kerusi ni.
Istimewa untuk Abah sempena ulangtahun kelahiran Abah yang ke 65 pada 06 November.
Moga Abah dapat rilek santai dengan hati yang tenang sambil goyang kaki hehehe

Nak Tema Roblox

11 November 17 Comments

 


Bulan November ni merupakan bulan sambutan kelahiran beberapa insan tersayang.

Antara yang paling awal adalah si budak kecik ni --- Zhafran Amsyar (anak saudara).



Dan si budak Zhafran Amsyar ni tengah gilakan Roblox.

Sempat dia request nak kek dan semuanya tema Roblox lah katanya.

Mak dia dah pening memikir macam mana nak cari baker yang boleh buat.

Mujurlah juga Kak Izzah (kawan office aku) ada suggest sorang baker tu.

Cubalah tanya kata Kak Izzah mungkin ada rezeki Amsyar.


Dan memang tertulis rezeki Amsyar. 
Aunty Baker tu terima oderan tema Roblox ikut kehendak Amsyar.
Maka, 03 November 2022 (Khamis) malam buatlah sikit makan-makan.
Sebab Amsyar kata dah lama tak dapat buat makan-makan dengan kawan.

Iyelah sebab PKP pun sampai masuk dua tahun kan?
Selalunya memang tiap tahun buat sikit makan-makan.
Untuk tak menghampakan, kita usahakan juga demi si kecil.

Amsyar cakap dia taknak hadiah apa-apa,
dapat makan-makan dengan kawan pun dah cukup.
Wahhhhh lapang hati mama dia dengar jawapan tu.

Selamat hari kelahiran ke Lapan Tahun.
Moga terus jadi anak soleh Amsyar.


Ni Penyakit Miang

09 November 17 Comments



Hujung minggu macam biasalah.

Memang hari untuk Bersamamu Emak Tersayang hehehe. 

Mak aku memang dah terkena miang keladi hehehe.


Pantang dengar Geng Mesyuarat Tingkap beritahu ada tempat jual keladi.
Mesti nak terjah kikikiki. Walau tak beli pun takpe yang penting cuci mata kata Mak ehehehe.


Melangkah masuk je terus disambut dengan ramah.

Pandai staff dan pemiliknya sebab layanan memang tiptop.

Dan itu paling bahaya sebab tentu akan membuatkan kena datang lagi hehehe



Ni benda ni lah yang buat makin terkena miang keladi.

Kecil bukan sebarang kecil.

Kecil tapi menggoda mata Mak aku hahaha

Nutritions Canned Food

04 November 8 Comments

 


Ini semua kerja sepupu aku yang otak gila-gila sikit Si Geena.

Dan dia jenis sayang anak bulus.

Tak kesahlah jumpa anak bulus kat mana-mana,

dia mesti akan bagi makanan. 

Dia banyak juga adopt stray cat.

Dan ada dua ekor yang paling dia sayang : Chuteh dan Gubus




Hanya ada dua ekor je anak bulus dalam gambar tu : Gubus dan Chuteh.

Yang kaler oren tu bukan anak bulus ye kawan-kawan hehehe

Sepupu aku si Geena deco dua ketul budak bulus ni,

sempena Halloween Give Away by MamaCat.

Moga ada terselit rezeki untuk budak dua ketul ni.


Nak Salahkan Siapa Cium Bontot?

02 November 16 Comments

 


Permulaan November yang agak kurang baik buat sahabat aku.

Sahabat aku ni kerjanya berjualan buah-buahan di pasar tani.

Balik je dari urusan jualan petang semalam, ternampak khabar duka.






Kereta Pak Polisi sudah menciom bontot lori sahabat aku tu.

Terkedu juga bila kawan-kawan bersoal jawab.

Moga dipermudahkan urusan sahabat aku.

Sepatutnya yang langgar belakang memang salah.

Tak kira dalam apa situasi kan?

Atau ada pengecualian...? 


Namanya Orang Perempuan

02 November 12 Comments

 


Allah memang ciptakan makhluk dengan pelbagai rupa dan bentuk.

Sama ada manusia, haiwan ataupun makhluk yang selain itu.

Kebolehan dan kelebihan pun berbeza sama sekali.


Orang lelaki usahlah hairan.

Memang kelebihan orang perempuan begitu.

Bak kata Ustaz Syamsul Debat : 


Si Ayah masa tengah baca paper depan tv, kalau kain langsir terjatuh pun, dia buat tak nampak je langsir tu jatuh.

Tapi, kalau si Mak, masa tengah goreng ikan kat dapur, sempat lagi kemas bakul sampah pastu pergi ke depan buang letak pada tong sampah luar. Lepas buang tu ternampak pulak kain langsir terjatuh tadi tu, betulkan dulu langsir tu walaupun si Ayah ada je kat situ. Pastu si Mak terus pergi dapur terbalikkan ikan goreng tadi sebelah lagi. Helokkk je kejadian ikan goreng tu tak hangit.

Memang itu kelebihan orang perempuan.

Sebab itu kalau orang perempuan bebel,

Biarkan aje. 

Itu memang salah satu job scope perempuan.

Demi kebaikan seluruh isi rumah hehehe