Misteri
Mandi Sungai

Bahagia sungguhla si budak kenit ni dapat main air. Jenuh pujuk ajak naik. Sampaikan kena tukar shif la aku dengan papa dia. Budak kecik mana yang tak naik syeikh bila jumpa air. Mula-mula je acah-acah takot, pastu huhhhhh tak lalu la engko nak melayan kerenah dorang ni.
Sipbaikla aku ada sorang ni je anak sedara. Kalau lah ramai, pengsang makcik nak oiiiiii!
Meningkat Usia

Jumaat lepas kawan-kawan sekerja aku buat majlis makan-makan. Ini perkara biasa yang kami memang buat setiap bulan. Hari yang kami pilih selalunya adalah Jumaat waktu lunch hour (12 hingga 2 petang).
Slot itu je yang kami (staff perempuan) dapat berkumpul (sebab kami bertugas di site yang berbeza) dan waktu tu je rehat agak panjang. Yelah staff lelaki kena pergi solat Jumaat. Jadi waktu itu kami gunakan sebaiknya untuk pastikan aktiviti makan-makan ini berjalan lancar.
Kebetulan Mei ni bulan kelahiran aku. Tak sangka pulak kawan-kawan aku planning ada kek segala. Kami bincang untuk makan ala-ala kampung je sebab lauk utamanya ikan keli bakar , air asam , ulaman, sambal belacan, kepah masak masam manis, masak lemak daging salai dan ada jugak ikan pekasam.
Terima kasehlah sahabat-sahabat aku ni yang tak kedekut dan susah payah planning untuk majlis makan-makan kalini. Kek ni pulak Mama Ayish sponsor. Siap suruh aku teka lagi apa jenis kek ni kat dalamnya. Rupanya it is rainbow cake! 7 layer engko!!! Homaiiiiii mekaseh Mama Ayish!!!
Besday aku sama dengan sahabat blogger Plain83. Satu-satunya sahabat maya yang sama besday dengan aku setakat ni hehehe. Semoga semua orang dikurniakan kebahagiaan dan keindahan setiap hari. Aminnnnn :)
Menggapai Awan
Alhamdulillah cuaca kat tempat aku harini sangat sejuk. Feeling-feeling macam ada di Cameron Highland pulak. Walaupun bekerja di hari Ahad, harini terasa bersemangat luar biasa pulak. Masa awal paginya tu, aku planning nak pergi wedding anak jiran kat area ofis aku kerja ni. Pastu tup-tup masa jam 12 lebih tu turun hujan lebat selebatnya. Langsung aku stuck dalam ofis takleh nak pergi ke mana. Nampak gayanya memang takde rezeki aku la nak makan kenduri T___T
Menjoinkan Diri : GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA
Klik banner untuk join
Muhasabah
Aku tumpang exited pulak bila partner kerja aku pregnant. Scha cakap ingatkan aku yang pregnant! Hamboiiii hahahaha =P Makcik ni kawen pon belum lagi. Kalo ada pon, MENGANDUNGi air dan lelemak je la kehkehkeh
Terasa satu perasaan istimewa sangat ye pada mommy to be ni kan? Yelah diberi peluang merasa 'perasaan seorang ibu' tu perhhh lain macam. Moga sihat saja hendaknya pada semua mommy to be dan juga baby.
Salam Jumaat semua :)
Mereka
Memeningkan Kepala Juga
Ada tak benda alah ni keluar bila nak drop komen kat blog aku ni? Ada few blogs yang aku singgah nak drop komen pastu keluar benda ni. Mungkin tuan blog tak sedar kot pasal benda ni.Sakit mata jugak aku nak masukkan captcha yang keluar tu.
Ada jumpa masalah cenggini tak?
Mentaliti

Ni aku screencapture daripada komen-komen orang kat page rotikaya. Tudia ha amekaw. Ada betoinye jugak part 'mentaliti mak / ayah' tu. Anak-anak (perempuan mostly) takdelah nak buat grand sangat pun sebenarnye bab nikah kawen ni. Tapi tu lah bila masuk part orang tua kita -- memang susah gak arrr nak dibantah.
Aku pun sokong sangatlah kalau buat majlis sederhana dan simple. Tak payah membebankan. Aku cukup respect parents yang boleh tolerate dan terima seadanya menantu tanpa perlu wang hantaran ribu riban. Aku sangat respect. Moga-moga orang tua aku juga sebegitu kelak hendaknya. Aminnnn.
Marbeles People April
Mingu-mingu akhir bulan April kesihatan tak berapa baik. Dapat jejak rumah kawan-kawan pun tak berapa padu sangat momentumnye. Moga-moga hari mendatang sihatlah hendaknye. Boleh buat onar lagi kat ruang komen kawan-kawan sana sini hehehe
Terima kasih pada engkorang yang sudi singgah sini. Maaf sebab tak dapat nak buat kacau sangat kat komen box engkorang sebulan dua ni. Rindunya masa lapang saat-saat jadi mandor haritu. Boleh blogwalking sampai kematu jari jemari. Kini tiada lagi itu semua huwawawawa T____T
Mentekedarah
Minggu lepas ada seminar anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat kat puncak Cameron Highland. Paling bestnye hanya salah sorang saja daripada 2 orang staff for each sites yang boleh pergi. Tak boleh pergi dua orang sekali ok. pfttt~ Selalu sangat cenggitu. Sorang je kena pergi atas alasan ofis kena run macam biasa. Waddefak ? Hape la salahnya pergi je semua sekali. So aku tak pergi. My partner yang pergi.
Tinggal lah daku keseorangan meneruskan hari seperti biasa. Dua hari pulak tu seminar tu. kesian kamiorang yang kena tinggal ni. Nengok kan aje lah kengkawan hapdet phewwww indahnya berada di puncak cameron. Takpelah nak buat camne kan. Makcik redho nak T__T
Sipbaikla my partner tak lupa kat aku yang ditinggalkan ni. Dia belikan la jagung manis, keledek madu dari cameron dan of kos stroberi. Cameron kan lubuk stroberi. Terubatlah juga duka di hati sebab kena tinggal.
Tapi balik daripada seminar tu, partner aku pun mulakan lah sesi bercerita panjang lebar kat aku.
Rupanya bukan boleh rilex goyang kaki.
Ada tugasan pulak nak kena buat. Haishhh~
Rupanya bukan boleh rilex goyang kaki.
Ada tugasan pulak nak kena buat. Haishhh~
Mata Sakit

Dengan keadaan mata kiri makin bengkak dan tak boleh nak bukak tu, aku gagahkan jugak drive pegi klinik. Akak nurse kat kaunter pendaftaran tu siap cakap :
Akak Nurse : "Eh Ana, nape ni?"
Aku : "Urmm kena sakit mata kak.."
Akak Nurse : "Haaa.. Ana last datang klinik November 2013 dulu.. Lama dah tak pernah datang ye.." siap senyum simpul lagi akak nurse ni kat aku.
Aku : "Err.. hehe haah kak. Dulu tu je last datang. Ni baru sakit, tu la Ana baru datang pulak hehe"
Sempat lagi akak nurse tu check sejarah aku. Memangla last aku datang klinik masa tu November 2013 sebab tragedi ni. Lepas pada tu memang dah tak pernah jejak kaki kat klinik dah sebabnye aku kan jarang sakit demam. Pastu macam takde sebab je aku nak pergi sesaje kat klinik tu. Lainlah kalau ada doktor hensem single mingle ke yang aku boleh ejas. Ehemmmm! =P
Berbalik pada sakit mata. Dedulu, masa mak dan adik aku pernah kena sakit mata, ubat yang akan diberi daripada klinik kat tempat aku ni adalah sejenis eye drops yang botol kecik molek macam yang Alacot tu (jenis cecair). Cara guna dia adalah dengan titik kan dalam mata yang sakit. Pastu nanti akan terasa pahit je kat tekak masa masuk kat mata.
Tapi masa aku kena sakit mata haritu, nurse cakap ubat jenis tu dah takde so dia kasi aku jenis yang satu lagi yang macam tube tu (bukan jenis cecair). Jenis macam krim berminyak sikit. Cara guna dia adalah dengan tarik sikit eyelid kita ke bawah pastu picitkan je krim tu (dia akan keluar panjang je) pastu terus je letak pada mata yang sakit tu. Memang berkesan ubat ni pada aku. Lepas guna 2-3 kali (dalam sehari), mata dah makin ok dan bengkak pada mata makin surut. Alhamdulillah. Takdelah lagi aku dok komplen mata macam nak tercabut.
Dan ini lah jugak kali pertama selama 5 tahun aku kerja, aku amek MC. Bukan aku mintak pun, doktor tu yang bagi. 3 hari gak la aku dapat MC. Dia kesian tengok aku agaknye. Yelah masa aku masuk bilik dia tu memang mata aku tak boleh bukak pastu bengkak. Dia tanya sejak bila sakit ni, aku pun jawabla malam tadi. Tapi dengan nada yang sayu penuh belas kasihan mengharap agar dapat surat cuti sakitlah sebenarnye. Syukurrrrrr. Kalau tidak memang aku tak mampulah nak pergi kerja dengan bijik mata dah merah macam bijik saga pastu mata macam nak tercabut je bila duduk. Memang kena baring je. Bertambah bersyukur lagi sebabnya sakit aku ni kena di saat-saat cuti agak bersambung-sambung. Dapatlah jugak aku rest betul-betul.
Tapi, tu pun customer masih ada yang datang cari ke rumah. Mintak tolong itu ini. Wal hal kita ni sakit bukan di buat-buat. Allahuakbar. Sabar ajelah nak :")
Tapi, tu pun customer masih ada yang datang cari ke rumah. Mintak tolong itu ini. Wal hal kita ni sakit bukan di buat-buat. Allahuakbar. Sabar ajelah nak :")