Jodoh Bertemu
Jadikan Hijrah Lebih Bermakna
Kredit sumber : Islam Agamaku
Salam Maal Hijrah 2025.
1 Muharram 1447H.
Hijrah itu pengorbanan.
Hijrah itu perjuangan.
Hijrah itu persaudaraan.
Hijrah membentuk perpaduan.
Moga tahun hijrah membawa bersama lebih banyak rahmat,
Moga lebih dekat dengan Tuhan Pencipta Alam,
Moga lebih teguh dalam hijrah,
Moga dipermudahkan urusan mencari rezeki demi keluarga,
Moga tahun baru Hijrah ini membawa keberkatan, keampunan & hidayah dalam kehidupan.
Semoga tahun Hijrah ini menjadi titik mula ke arah :
- Iman yang lebih teguh.
- Amal yang lebih berkat.
- Kejayaan ke arah kebaikan.
Selamat menyambut Tahun Baru Islam 1447H.
Salam Maal Hijrah semua.
Jangan Buang Akar Daun Bawang!
- Potong daun bawang lebih kurang 3-5 cm dari akar.
- Tanam di dalam pasu kecil atau botol minuman yang dipotong.
- Gunakan medium tanah yang lembap (boleh spray tanah untuk beri kelembapan)
- Simpah di tempat yang teduh berlampu atau di tepi tingkap (ada cahaya matahari).
- Siramkan 1-2 kali dalam satu hari selama beberapa hari.
- Cuba eksperimen mudah ni & ayuh raikan dengan daun bawang! ehehehe
Jambu Batu Hijau & Merah
Javanese Cuisine : Punten Sambal Hijau
- 1 cawan beras
- 2 1/2 cawan air kosong
- 1/2 cawan santan pekat
- Garam & gula secukup rasa
- 200gm cili besar
- 50gm cili padi (taknak pedas guna cili yang hijau)
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Udang Kering sedikit
- Ikan Bilis sedikit
- Asam keping
Jala Kuning Diraja & Kuah Durian
Jom Amalkan! Waktu Badan Manusia
5.00 - 7.00 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk buang air besar waktu ini. Jika tidak, penyakit akan mudah berkumpul.
7.00 - 9.00 pagi
Wajibkan diri untuk bersarapan pagi. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang-kadang orang bersarapan lewat selepas kam 9.00 pagi, berat badan boleh naik mendadak walaupun makan hanya 1 kali sehari!
9.00 - 11.00 pagi
Organ limpa bekerja. Sebaiknya elakkan makan pada waktu ini.
11.00 - 1.00 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya tidur seketika (take a nap). Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1.00 - 3.00 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua pada waktu ini.
3.00 - 5.00 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya kerap buang air kecil pada waktu-waktu ini.
5.00 - 7.00 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air pada waktu ini.
7.00 - 9.00 malam
Perikardium. Elakkan makan berat pada waktu ini.
9.00 - 11.00 malam
Waktu terbaik untuk berehat dan tidur.
11.00 - 1.00 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat akan boleh naik mendadak.
1.00 - 3.00 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk deep sleep.
3.00 - 5.00 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit athma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan pada waktu ini.
Kredit : FB Group Diet Sihat
*********************************************
Badan engkorang ikut macam waktu ni tak?
Usus besar engkorang membuang dua kali sehari tak?
Jemputan Majlis Tahlil
Ada juga Puding Sirap Selasih, Kuih Peniram, Kuih Talam Keladi dan aneka dadih (dalam box di ruangan tepiiiiiiiii meja ni : tak muat dalam frame)
Majlis Tahlil bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi lebih kurang. Dan kemudian semua tetamu jemputan mulakan serangan di meja juadah pada jam 11.35 pagi. Perut dah bekeroncong, memang molek benar semua juadah dah tersusun rapi.
Aku ulang makan rojak buah & mini cupcake vanilla & banyak minum air kosong sejuk saja memandangkan cuaca panassss ya rabbiiiiiiiiii sampai sakit kepala T__T
Selesai majlis lepas zohor & kami bantu kemas-kemas serba sikit & perlu minta diri awal sebab perlu pulang ke hujunggggggggggg Selatan Perak
(syukurrrr kerna hujung minggu itu tiada cuti yang bersambung & keadaan trafik lancar sajo tapi tetap juga kebas-kebas montot.. dasar tak boleh travel jauhhhhhhhhhh kehkehkeh)
Moga arwah Pak Lang ditempatkan bersama orang-orang beriman aminnnnnnnn
Jamu Tekak : Roti Poket Doremon
Jumlah Darah, Banyak Tak?
Jujur Terkesan Kes Ibu Ditikam Anaknya
Juga Tempat Buang Kalori
Jantung Kedua
Jika Semua Bantu,Mudah Kan?
Jenazah Kemalangan Pelajar UPSI
Jadi Beban : Bukan Harta
Jadi Ibu Bapa Terbaik