First Day Puasa : Insulin

 



Sempat bawa Bonda makan Roti Sarang sebelum tiba Ramadhan.


Syukur Alhamdulillah Bonda dibenarkan keluar wad dua hari sebelum puasa.
Doktor sahkan jantung, paru-paru, buah pinggang semua dalam keadaan baik.

Tapi memandangkan kandungan gula agak tinggi, maka Bonda perlu mengambil suntikan insulin.



Insulin Bonda perlu dilakukan 3 kali (siang hari) dan 1 kali (malam hari sebelum tidur)
Maka bermulalah permulaan suntikan insulin pada perut Bonda setiap hari.

Buat masa sekarang ni hanya aku dan abah bergilir lakukan suntikan insulin.
Bong belum ada kekuatan untuk lakukan suntikan (dasar muka ganas tapi hati lembut si Bong)



Cuaca agak mencabar panassssss sekarang ni.
Doktor had kan pengambilan air hanya 500ml sahaja untuk satu hari.

Moga Bonda diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa.
Dan moga kita semua juga diberi ketabahan menempuh hari-hari yang panas..

9 comments:

  1. Semoga bonda dapat jalani proses rawatan dengan lancar… moga bulan puasa ni tak hypo… moga akan dikurniakan kesembuhan oleh Allah.

    Selamat berpuasa, Ana & keluarga.

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kesembuhan dan dapat jalankan ibadah puasa.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan urusan rawatan. Cie memang tak berani la nak cucuk insulin tu.

    ReplyDelete
  4. samalah dgn abe kie yg kena ambik insulin sejak tahun lps. bila puasa ni bacaan cantik je. Jika hari2 biasa mahunya belas2 gak.

    ReplyDelete
  5. bong takut jarum ke tuuuu ;-)

    selamat berpuasa utk ana sekeluarga

    ReplyDelete
  6. Semoga yang baik-baik saja untuk Bonda.

    ReplyDelete
  7. Allahu... ni perkara paling ditakuti saya sejak dapat diagnosis diabetes 3 tahun lepas. Setakat ni belum kena cucuk insulin lagi, tapi kena makan ubat diabetes tiap2 hari dan jaga makan sbb takut buah pinggang merosot huhu. Semoga bonda Ana sihat selalu dan boleh menjalani ibadah puasa dgn selamat.

    ReplyDelete
  8. semoga bonda diberikan kesihatan yg baik. banyak jugak ye smpai kena cocok 4 kali dalam sehari

    ReplyDelete
  9. Takpe... pelan² nanti Bong boleh tolong cucuk juga.
    Semoga bonda terus sihat ya.

    ReplyDelete