Jumpa Harta Karun!

 

Hujung minggu haritu kami sekeluarga termasuk Abang Long ikut sama ke Taiping untuk memenuhi jemputan Majlis Doa Selamat di rumah Pak Long (Abang pada Abah).

Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 8.00 pagi dengan dua kereta.

Bong drive 1 kereta & Abang Long drive 1 kereta.

Kami singgah di Kuala Kangsar dulu rumah Abang Ali (Anak Saudara Mak).

Berziarah dulu sebab kali terakhir kami berjumpa masa Hari Raya Aidilfitri dulu.

Selesai di Kuala Kangsar, kami terus gerak menuju ke rumah Pak Long di Taiping.

Lebih kurang jam 11.15 pagi kami selamat tiba di kawasan rumah Pak Long dan waktu tu orang dah mula memenuhi ruang dalam rumah & juga di bawah khemah depan rumah.

Lebih kurang jam 12.15 tgh hari majlis makan pun bermula selepas bacaan tahlil selesai.

Syukur waktu tu cuaca redup mendung kurang panas. 

Lebih kurang jam 3.00 petang kami dah selesai tolong kemas apa yang patut, kami pun minta diri untuk bergerak pulang & Abah ajak ikut laluan lorong bekas rumah arwah Tok Nenek (lorong belakang kurang sikit laluan orang).

Rumah kayu dah runtuh hanya tinggal tapak & lapik batu tiang saja.

Abang Long ajak berjalan pergi ke kawasan terletaknya dapur.

Aku malas nak ikut mulanya sebab terasa bahang walaupun cuaca agak mendung.

Tapi tak lama tu Abang Long jerit! 

"Ini kalau hang tengok musti tak jadi nak balik awal" 

Aku tertanya-tanya apa yang membuatkan Abang Long cakap macam tu.

Tanpa berlengah aku pun terus jalan laju ke arah Abang Long di tapak dapur.

Dan memang betul rupanya Abang Long jumpa harta karun!

Harta Karun yang aku maksudkan bukanlah wang ringgit berjuta.

Tapi hanyalah set-set pinggan mangkuk jenis batu cetakan motif Bunga Kangkung dan Bunga Keladi macam ni saja. 

Alahhh macam ada satu kisah tu "sampah bagi orang lain, adalah rezeki buat kami sekeluarga". Zassssss terus teringat ayat tu! Yaaa ini adalah sampah pada orang lain tapi pada aku, ini adalah harta karun yang tak patut aku tinggalkan macam tu saja.

Aku tanya pada Abah, boleh tak seandainya aku nak bawa pulang pinggan mangkuk lama ni.Yelah almaklumlah itu adalah tapak bekas rumah ibu dan ayah Abah dulu. Apa pun perlulah minta izin sebelum nak ambil apa-apa kan? Dan Abah tak fikir lama, terus Abah kata ambil je semua mana yang rasa boleh diguna lagi sebab dah takda siapa nak datang jejak kat sini lagi.

Aku nampak mata abah ada berkaca. Mungkin sebak sayu terkenangkan kenangan Abah masa kecil dulu hidup di rumah tu. Dulu sebelum rumah tu runtuh dimakan anai-anai, arwah Paksu dan Mak Teh tinggal situ. Tapi lepas Paksu meninggal, Mak Teh pun dah pindah tinggal dengan Maklang, jadi memang takda siapa yang datang ke bekas tapak rumah tu. 

Abah kata lagi, "Kalau kakak tak ambil, pinggan mangkuk ni terbiar macam tu je nanti"
 
Aku dah dapat greenlight macam tu, terus tak lepas peluang. Aku dah macam orang jumpa wang berjuta dalam beg karung guni. Ibarat anak kecil yang dapat jajan penuh depan mata!
 
Sambil aku kutip satu-satu pinggan mangkuk yang dah berlumut & bertanah-tanah tu, Mak aku yang ibarat mandor tengok dari hujung bawah pokok buah cermai, "Nanti kakak nak kena basuh teruk tu sebab dah mula bersalut tanah sarang anai-anai apa semua tu".
 
Aku kata takpelah mak, biarlah bersalut tanah sekalipun, nanti kakak basuh cuci elok-elok. 
Aku kumpulkan pinggan mangkuk yang masih dalam keadaan baik walau dah kotor.
Semuanya aku letak dalam dulang talam zink jenis lama.
Semua barang lejen ni kalau aku cuci, mesti cantik nanti. 

Pinggan mangkuk kotor bersalut tanah macam ni, siapa yang nak kan?
 
Aku susun semua dalam bonet kereta Bong. Dah lah takda alas kain apa-apa sebab memang takda terfikir apa langsung bakal terjumpa pinggan mangkuk lama ni. Tiba je dirumah lepas maghrib tu, aku masukkan semua dalam besen besar. Aku rendam dengan air panas yang dicampur dengan clorox & cuka makan. Aku rendam semalaman.
Lepas dah rendam 1 malam dengan campuran air panas, clorox & cuka makan, aku bilas bersih dan aku rendam sekali lagi dengan air panas & serbuk Sabun Cempaka (aku rendam 2-3 jam).
Dan lepas rendaman Sabun Cempaka tu, aku bilas & aku cuci dengan Safety Glo Gel untuk pastikan segala kekotoran tanah-tanah dan bekas clorox dan cuka tu dapat cuci bersih.

Dan hasilnya tadaaaaa! Alhamdulillah aku tunjuk kat Abang Long -- dia kata wow berkilatnya cuci guna apa dan cara macam mana tu? 
 
Huh! Dia tak tawu pinggang aku macam nak terpeleot duduk lama gosok segala kekotoran tanah lumut yang melekat pada pinggan mangkuk tu nak dapatkan dia jadi berkilat tu ehehehe
 
Abah & Mak tersenyum puasss bila dia tengok hasil selepas aku cuci dapat bersih macam tu.Aku tumpang happy tengok ceria wajah Abah tersenyum memandang pinggan mangkuk zaman dia kecil dulu aku dapat cuci bersih. Mesti dalam hati Abah berkata tak sangka anak aku sanggup cuci bersih sampai macam tu sekali. 
 
Barang ni dah jadi kategori khazanah masuk muzium barang lama.
Dan dah takda keluar lagi edisi motif berbunga macam ni.
Dalam group collector pinggan mangkuk lama ramai yang hunting.
Tapi aku tak rasa nak jual. Sebab sentimental value Tok & Nenek ada di situ.
Ini bukan sekadar pinggan dan mangkuk.
Ia adalah kenangan zaman kanak-kanak Abah.
Tak boleh dijual beli & takkan ada ulangan lagi. 

12 comments:

  1. Uishhh..Untung kalau amik...Kenangan ni =D

    ReplyDelete
  2. pinggan legend tu...dh basuh cantik berseri

    ReplyDelete
  3. beruntungnya masih ada pinggan bunga kankung ...kenangan berabad berzaman ni....

    ReplyDelete
  4. wahhhh ini baru betul harta karun hahaha

    ReplyDelete
  5. Fuhh…betul-betul jumpa harta berharga ni Ana!
    Akak pun ikut tersenyum tengok hasil cucian Ana. Memang macam pinggan baru.
    Lepas ni kalau guna pinggan tu, mesti Abah Ana terkenang masa lalu.

    ReplyDelete
  6. Memang betul-betul harta karun tu, itu kalau jual pun orang cari tu. Memang pinggan mangkuk zaman dulu-dulu tahan dan cantik kan.

    ReplyDelete
  7. Inilah harta karun sebenar, harta peninggalan atok nenek kita... Akk pun ada beberapa biji pinggan makan bunga ros ni, hadiah dari arwah Mak. Sayang sangat 🥹

    ReplyDelete
  8. wah..memang excited la jumpa pinggan2 ni..tgh trend kan sekarang ni...vintage gitu
    rumah arwah nenek MA dulu ada pinggan mcm ni..tak tau siapa yg amik

    ReplyDelete
  9. Kaaaaaak, ya Allah bersih macam baruuuu kak ana buaaat 😍😍😍😍😍. Memang cantiiik lah..saya catat caranya, pakai Clorox dan cuka makan yaaa 👍👍👍.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Maaf ya tertekan, nak tulis wah!..cantik tu..banyak ..memang rezekilah tu ya

      Delete
  11. Wahh banyak ni. Sekarang pun dah mahal. Dapat jugak yang arwah tok punya sebab mak pak sedara semua tak nak.

    ReplyDelete