Jumpa Cendawan Busut

 



Ini kisah rezeki ayahanda sewaktu pergi masuk ke kebun sawit memantau pekerja potong sawit.
Abah terjumpa segerombolan cendawan busut yang masih baru tumbuh dan belum kembang. 

Dan setibanya aku dari kantor, tanpa buang masa lama, aku terus bersihkan, kupas & masak tumis air.

Cendawan Busut ni tak tumbuh di semua kawasan kebun sawit.

Daripada pembacaan & perkongsian orang, cendawan busut ni tumbuh di kawasan yang ada busut anai-anai (itu pun bukan semua tempat)

 *Perlu hati-hati jika nak kutip cendawan yang jumpa di kawasan kebun kerana ada yang beracun

17 comments:

  1. Sedapnya Ana.. lama tak jumpa cendawan busut ni. Dulu dusun arwah ayah Akk pun ada cendawan busut tumbuh. Seronok mengutipnya.
    Betul, kena hati² dgn cendawan, ada yg beracun dan boleh bawa maut.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa! Saya suka sangat cendawan busut tumis air ni, tambah belacan dengan ikan bilis memang bertambah2 nasi dibuatnya 😮‍💨

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan cendawan
    Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  4. satu menu kampung yg amat saya nantikan ialah sayur air cendawan. Dimakan pulak dgn ikan rebus goreng! Aduh! Sedap sekali...

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak makan cendawan ni. Sedap tumis air. Goreng pedas2 pun sedap. Kena hati2 takut terkena yang beracun.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan cendawan busut ni..

    ReplyDelete
  7. Dah jarang2 jumpa cendawan busut sekarang ni

    ReplyDelete
  8. sampai ke sini dapat rasa sedapnya cendawan busut masak tumis air tu..rasanya last makan zaman budak2 dulu ni Ana,dekat bandar mmg xjmp dah cendawan ni

    ReplyDelete
  9. Akak tak pandai tengok cendawan busut ni. Risau terkutip cendawan ada racun.

    ReplyDelete
  10. MZ cendawan lover! terliurnyaaa

    ReplyDelete
  11. Kalau paham mana yg beracun ,mana yg tidak oke. Tapi Krn saya tak paham, jadi memang memilih utk beli di pasar atau supermarket. Takut pula terpilih jamur beracun kalau petik di hutan 😅

    ReplyDelete
  12. Suka juga makan cendawan ni.

    ReplyDelete
  13. mmg kena masuk kebun baru dpt.cendawan ni. kat pasar byk cendawan tiram

    ReplyDelete
  14. Gulai masak lomak pun sodap

    ReplyDelete
  15. macam mana kalau nk tau dia beracun? kalernya lagi buruk ke

    ReplyDelete
  16. Sedap ni masak air... terasa manis cendawannya.

    ReplyDelete
  17. Fav kak SA ni...tapi susah nak jumpa..kalau yang jual kat pasar pun banyak yang dah kembang..x best...

    ReplyDelete