Mengeratkan Silaturahim

 



Kisah 08 Syawal (Sabtu 28 Mac) selepas Isyak aku dan Bong menyemperit untuk dibawa waktu berziarah ke rumah Paklong sebelah Abah (jemputan kenduri tahli serta rumah terbuka Hari Raya).


Dapat berjumpa sepupu, dua pupu, tiga empat pupu semasa majlis kenduri & rumah terbuka.
Tapi tak sanggup berlama-lama di bawah khemah, cuaca terlalu panas terik.



Pelbagai juadah tersedia antaranya nasi minyak dan nasi putih.
Aku memilih nasi putih dan lauk daging, ayam masak merah serta acar timun.
Walau air hanya sirap tetapi disebabkan titisan peluh ais batu tu terlalu menggoda untuk ditolak.
Kuih-muih di meja Dessert Table juga ada pelbagai tapi aku hanya ambil apam polkadot saja.

Selebihnya kenyang minum air saja disebabkan cuaca terlalu panas.

Selesai berborak panjang dan bersalam bermaafaan sesama saudara semua,
Masing-masing pun perlu bergegas pulang ke sarang kerana perlu kembali bekerja.
Moga dipanjangkan umur lagi untuk bertemu bersilaturrahim pada masa akan datang.

1 comment:

  1. Masya-Allah, cantiknya kejadian kuih semperit Ana. 😋
    Close-up betul gambar apam polkadot tu, sampai buat akak rasa nak pergi cari kuih ni esok.

    ReplyDelete