Memasukkan Cacing

 




Ini alkisah semalam petang sebelum nak pulang dari kantor.
Tengok-tengok tayar belakang sebelah penumpang kok leper kehabisan angin??

Hurmmmm nasib agak baik lot kedai tak jauh sikit tu ada Bengkel Motorsikal.
Minta tolong Uncle Taukey pam kan dulu tambah angin tayar.
Nak bayar wang pada Uncle tapi dia taknak terima sebab sikit saja tolong katanya.
Moga diberi kesihatan yang baik & banyak rezeki masuk lagi Uncle ya!

Tanpa berlengah terusss menuju ke Kedai Tayar di hujunggggg lot kedai 800 meter dari situ.
Dengan cuaca masih panassss terikkkkkk kaww kawwwwww.
Abang Kedai Tayar tersengeh dari kejauhan.
Dia buat kerja pantas walaupun buat tengah panasssss terikkkkkk tu.

Aku cuba bincang masih boleh ditampal atau tidak tayar kereta aku tu.
Dia kata tunggu sekejap ye dia tolong check dulu.

Manusia ramai betul keluar masuk kedai tayar.
Masing-masing ganti tayar untuk persediaan pulang berhari raya rasanya.

Setelah 15 minit aku termanggu menanti,
akhirnya Abang Tayar kembali.
Dan dia kata masih boleh diselamatkan sebab paku yang tembus tu bukan di kawasan tepi.
Jadi dia hanya masukkan 'cacing tayar' dan pamkan semula tayar tadaaaaaa kembali sihat!

Boleh lah bertahan lagi hingga kemasukan gaji nanti.
Syukurrrr Allah permudahkan urusan.
Dengan bayaran 5 Ringgit Malaysia, selesai urusan tayar untuk hari itu.

4 comments:

  1. Ingatkan cari cacing nak memancing rupanya cacing tayar.

    ReplyDelete
  2. Suspens tgk perkataan cacing tu.rupa2 cacing tmpl tayar🤣

    ReplyDelete
  3. kembang tengkuk akak bila baca tajuk...cacing tayar tu apa erk...hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Memang namanya cacing tayar ye?

    ReplyDelete