Apa Yang Mereka Tahu
anamizu
29 August
37 Comments
Semakin tua manusia ni kadang-kadang tu bukan makin peka. Makin pekak pulak. Dah la tu, mulut pon boleh tahan. Kalah wartawan media hiburan.. Aku berharap dan berdoa agar aku dijauhkan berperangai camgitu bila usia meniti senja nanti. hermm.
Eh tak.. Bukan aku skeptikal dengan golongan tua.. Sama sekali tak. Cuma.. tulah orang kata kerana nila setitik, habes satu belanga rosak susu..
Banyak kali golongan² ni hambur soalan yang pada aku tak perlulah.. Tapi mungkin atas alasan 'bergurau', mereka teruskan jugak.. Kalau sekali je tanya soalan tu takpe makcikpakcik.. Tapi bila tiap kali tersua muka makcikpakcik hambur soalan sama tu, rasa macam pfttttt je.. huh ! Barangkali mereka-mereka tu tak tahu rembesan air lior yang keluar masa soalan tu dilontarkan ibarat api dari mulut naga yang membakar hati dan perasaan setengah golongan insan yang mungkin tika itu sedang berperang dengan rasa sebak dan sayu dia sendiri..
"... eh ha si kamu ni bila lagi ? kawan-kawan kamu dah selamat dah kawen tu ha.. memilih sangat kot kamu ni kan ?? .."
Aku melawat Anisa semalam.. melangkah masuk ke Hemisfera dia, aku terasa bagaikan ada something missing.. Terus aku selongkar gerobok dia.. Ada aura kesedihan barangkali.. Aku dapat rasa. Tapi tak semua..
Anisa,
Apa saja yang jadi, aku doakan yang sebaiknya untuk mu Nis.
InshaAllah pedih takkan selamanya.
InshaAlllah Nis.
Oh ya. dan aku pasti, ramai wanita bujang di luar sana yang pada golongan tua itu tadi usia itu sepatutnya sudah menjadi suri pada seseorang , namun masih kekal sendiri. Belom ada teman setia disisi yang dipanggil 'suami'.. Aku yakin alasan mereka ada. Hanya mungkinlah kalau jawapan itu mampu dihamburkan juga seraya soalan itu terhambur didepan muka si penerima.
"...Untuk yang belom direzekikan, sabar je senjatanya.
kecik hati kita bila orang mengata kita, Allah akan bagi 10 kali ganda kebaikan
yang kita tak pernah sangka.." -- Fynn Jamal