Jemput Jemput Kentang

03 July 6 Comments

 


Ini bukan jemput-jemput. Ini namanya Begedil.

Kalau jemput-jemput besar yiniiii boleh tercekik dik! hehehe

Topup stock begedil untuk si Bong.

Kadang-kadang tekak jemu makan lauk ayam,ikan,daging.

Jadi goreng begedil dan makan saja dengan kuah sup dan sambal.

Yang tu pun menambah-nambah nasi hehehe



Jom Buat Kerepek Sukun

03 July 7 Comments


 


Masa Abah ke market pagi semalam, Abah terjumpa orang berjualan buah sukun.
Buah Sukun ni pun salah satu buah yang sukar nak jumpa di kawasan Ana ni.
Jarang-jarang sekali nak dapat bertemu dengan buah ni.

Beberapa tahun lepas ada sepokok sukun di belakang rumah Mak Lang jiran sebelah.
Tapi terpaksa ditebang waktu nak besarkan kawasan bilik air di belakang.
Jadi dah tinggal kenangan saja pokok sukun di rumah Mak Lang.

Ini permintaan si Bong lah nak makan kerepek sukun katanya.
Mak kata buat cucur sukun sajalah lebih mudah kerja.
Tapi macam biasalah tekak seorang Bong taknak.
Nak kerepek sukun lagi sedap katanya.

Demi memenuhi permintaan si Bong, gigihlah seorang kakak bersilat selepas balik kerja.
Nak selesaikan mengupas & menghiris nipis-nipis 3 biji sukun boleh tahan jugalah.
Berpeluh ketiak demi sesuap kerepek sukun.

Bukan taknak guna alat penyagat tu supaya lebih nipis, tapi dia buat hal.
Biasalah bila kita nak guna, waktu tu lah kejadian macam-macam.

Jadi kita hiris sajalah guna tenaga yang ada.
Tung tang tung tang, bersilat hadap api dapur,
Siaplahhhh kejadian kerepek sukun rangup.
Puas hati dapat juga 2 balang tinggi hehehe



Jelly Bunny Shoes

02 July 9 Comments

 




Kisahnya Aku Sepasang Kasut yang sudah banyak menabur bakti ke sana ke sini.
Sudah mula terbelah (cracked) di sana dan di sini.
Dapat beli barang dengan affordable price dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama,
memang sangat memberi satu kepuasan hati yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.



Dan pabila tiba jangka hayatnya, perlu ditukar dengan baru.
Beli masa ada flash sale & dapat voucher di TikTok.
Tolak sana, tolak sini, dapat beli dengan harga yang mampu milik.

Selesa pakai sebab material jenis getah & tapak jenis lebih tebal.
Pakai waktu musim panas dan juga musim hujan takda masalah.
Ada lubang-lubang untuk pengudaraan lebih selesa. Yihaaa~  hehehe


Jom Buat Sambal Nyet Berapi

02 July 11 Comments


 

Ini semua permintaan si Bong lah untuk stock dia bawa bekal.

Bong makan kena ada sambal kalau tidak rasa tak lengkap katanya.

Jadi seorang kakak gigih buatkan apa saja yang diminta asalkan makan habis licin hehe.

Ada setengah orang suka sambal nyet yang banyak biji cabainya.

Tapi si Bong sejenis kurang suka biji, jadi perlu ada kegigihan yang tinggi juga untuk buang biji.

Itu pasal nak buat kerja ni perlu pemilihan 'timing' yang tepat juga.

Kalau mood rajin tak datang, tak mau jadi hehehe


Jolok Buah Manggis

01 July 12 Comments

 



Belakang rumah kita ada satu je pokok Manggis.

Ini pun dapat hasil setelah berebut dengan tupai.

Kawasan rumah ni terpaksa berebut dengan tupai, musang buah & kelawar.

Diorang buat kerja selalunya waktu malam.

Kita ni waktu siang baru boleh nak melawat pokok.

Pokok Manggis ni last berbuah lebat masa musim PKP dulu.

Masa tu memang makan sampai lebam sebab ahli keluarga lain tak dapat rentas daerah.

Setelah beberapa tahun dia merajuk, tahun ni pulak dia berbuah.

Walau tak selebat yang dulu, syukur masih dapat merasa makan hasil pokok sendiri hehehe



Jariah Jumaat Penutup Jun

01 July 8 Comments

 




Jumaat terakhir Bulan Jun, Bong request nak bawa bekal Pocket Doremon,
Disebabkan ada stock daging korban haritu, kita jadikan inti pocket.
Sumbat penuh-penuh biar kembung buncit pocket & kenyang perut Bong hehe




Dan sempena Hari Jumaat juga, Bong nak bawa sesuatu untuk kongsi dengan kawan-kawan.
Disebabkan kakak Bong ada sikit kerajinan yang lebih, kita sediakan 3 jenis.

1)Spicy Beef Sandwich
2)Choco + Peanut Sandwich
3)Sushi Bread Roll

Tiga Jenis juadah sempena Jumaat penutup Bulan Jun.
Semoga Allah bagi sedap untuk kawan-kawan Bong semua aminnn~



Jala Klasik Kuning Diraja

01 July 5 Comments

 


Memandangkan Durian pun mula muncul di mana-mana, Abah pulak suka makan serawa durian.

Mak pun suka makan serawa durian dengan roti jala klasik.

Jadi kita buatkan Roti Jala Klasik Kuning Diraja untuk ahli jemaah rumah ni.

Buat lebih sikit untuk berbagi kongsi dengan jiran sebelah-sebelah.

Moga Allah bagi sedaplah pada tekak semua aminnnnn~